Faktor Masyarakat Plural Malaysia

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 8

Faktor masyarakat plural

1. Faktor penjajahan barat

Barat ingin menguasai Tanah Melayu atas beberapa faktor yang nyata iaitu: a) Faktor ekonomi (kekayaan) b) Faktor politik (kekuasaan) c) Faktor sosial (ketuhanan) Terbentuknya masyarakat plural di malaysia adalah disebabkan oleh beberapa faktor utama iaitu faktor penjajahan Barat ke atas Tanah Melayu, dasar ekonomi penjajah Barat yang menggalakkan kedatangan imigran ke tanah melayu, dasar pentadbiran penjajah Barat, kesediaan setiap kaum untuk bekerjasama dalam men untut kemerdekaan serta sikap toleransi dan hormat -menghormati antara masyarakat berbilang kaum. Faktor pertama yang utama ingin dikupas ialah kedatangan penjajah Barat yang telah menjajah tanah melayu atas beberapa faktor antaranya ialah faktor ekonomi, faktor kekuasaan dan faktor sosial. Dari segi faktor ekonomi, penjajah barat ingin menguasai kekayaan hasil bumi yang terdapat di Tanah Melayu seperti bijih timah, emas dan lain-lain lagi yang amat diperlukan dalam perkembangan Revolusi Perindustrian. Hal ini menyebabkan kuasa-kuasa Barat membuat perjanjian tentang pengaruh kekuasaan mereka terhadap Tanah Melayu dan kawasan di sekitarnya.

2. Faktor kedatangan imigran ke Tanah Melayu

Kebanjiran buruh asing yang datang dari China dan India disebabkan oleh pelbagai faktor : i. Faktor Tarikan (Luaran) a. Kekayaan ekonomi Tanah Melayu. Perkembangan perusahaan getah dan bijih timah di Tanah Melayu telah menyediakan peluang pekerjaan

b. Kenggangan orang-orang Melayu bekerja sebagai buruh. Kerajaan British membuat persetujuan dengan kerajaan India membenarkan kemasukan buruh secara terancang bagi mengatasi kekurangan tenaga buruh c. Berkembangnya sistem ekonomi ekspot yang berteraskan perladangan dan industri. Perkembangan perusahaan getah dan bijih timah yang pesat di Tanah Melayu memerlukan penggunaan tenaga buruh yang ramai d. Aktiviti agen buruh (kongsi gelap) dan majikan untuk menggajikan buruh asing. Terdapat majikan/pengusaha ya ng menguruskan pengambilan imigran misalnya merlalui Sistem Kangani dan Sistem Kredit Tiket dan juga Sin Kheh e. Ikatan persaudaraan dan rakan yang telah berhijrah terlebih dahulu

ii. Faktor Tolakan (Dalaman) a. Kejadian bencana di negara asal (Cina, Ind ia, dan Jawa). Keadaan politik yang tidak stabil di negara asal imigran b. Kekurangan rangsangan ekonomi c. Lebihan penduduk dan kekurangan bekalan makanan

5. Kesan-kesan penghijrahan/peluasan kuasa Inggeris di Tanah Melayu

i. Pewujudan masyarakat yang majmuk a. Kemajmukkan budaya/adat b. Kemajmukkan agama c. Kemajmukkan pendidikan d. Kemajmukkan bahasa e. Kemajmukkan ras f. Kemajmukkan politik - kepelbagaian pertubuhan politik yang mewakili setiap kaum

ii. Pembukaan bandar-bandar baru dan pembinaan infrastruktur Kewujudan bandar-bandar baru dan pembukaan tanah bagi tujuan peladangan dan perdagangan seperti Raub - pelombongan emas, pembinaan jalan raya, dan jalan keretapi seperti jalan keretapi yang menghubungkan Taiping dan Port Weld, Klang

dan Kuala Lumpur, dan akhirnya jalan keretapi yang menghubung dari negeri ke negeri di Tanah Melayu

iii. Berkembang parti politik berasaskan kaum Wujudnya parti berasaskan kaum seperti UMNO - Melayu, MCA - Cina, MIC - India, Pasok - Kadazan Dusun, AMCJA - gabungan pertubuhan dan keahlian yang terdiri daripada orang-orang bukan Melayu yang memperjuangkan kesejahteraan kaum masing-masing iv. Kemajuan ekonomi Tanah Melayu Peningkatan hasil mahsul Tanah Melayu adalah kesan dasar ekonomi Inggeris serta kemasukan buruh asing. Ini dapat dilihat daripada pendapatan negeri -negeri Melayu bersekutu seperti Perak dan Selangor, serta negeri -negeri Selat. Sebagai contohnya konsep Persekutuan 1896 adalah untuk membantu negeri -negeri yang kurang mampu dengan tidak menjejaskan pendapatan kuasa Inggeris

v. Wujudnya polarisasi pekerjaan dan demografi

vi. Timbulnya kesedaran Nasionalisme di kalangan orang Melayu vii. Berlakunya kacau bilau dan gangterisme

viii. Semakin jauh kemunduran orang Melayu dari segi ekonomi

ix. Kesan sosial dan ekonomi akibat kemasukan imigran Cina dan India menyukarkan proses perpaduan kaum kerana mereka telah membentuk organisasi sosial dan budaya masing-masing

x. Kemasukan beramai-ramai imigran Cina dan India ialah telah membawa kepada pertambahan penduduk di Tanah Melayu

xi. Kawasan bandar lebih ramai didiami oleh kaum bukan Melayu yang menjadi pusat perkembangan ekonomi moden. Pembinaan petempatan dan bandar baru seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Teluk Anson, Taiping dan lain -lain xii. Kemasukan imigran menyebabkan perkembangan getah dan bijih timah semakin pesat

xiii. Menyumbangkan tenaga buruh dalam pembinaan jalan raya dan jalan keretapi xiv. Pengenalan sistem pendidikan vernakular dengan sukatan pelajaran dan bahasa pengantar yang berbeza

xv. Kesan yang terakhir ialah pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi mewujudkan pengasingan kaum

Kemajuan ekonomi yang dinikmati oleh Tanah Melayu bukan untuk orang -orang Melayu, malahan penguasaan dan penghijrahan masuk bangsa asing telah menjarakkan dan menjauhkan orang Melayu daripada merasai kekayaan ekonomi negara sendiri. Hakikat ini dapat dilihat melalui jadaul berikut yang menunjukkan pemilikan ladang getah: (Emerson, 1974) Keluasaan Ladang Eropah Melayu Cina India 100 sehingga 1000 ekar 357 23 287 118 1000 dan 296 - 12 -

Dalam industri pelombongan bijih timah orang Melayu boleh dikatakan tidak memiliki dan tidak mengambil bahagian apa -apa pun. Lombong-lombong yang ada hampir semuanya dimiliki oleh orang Eropah dan Cina (Emerson, 1974)

xvi. Perkongsian kuasa dalam politik Tanah Melayu

Terbukti dengan wujudnya gabungan UMNO, MCA dan MIC dan membentuk parti perikatan dalam pilihanraya 1955. Pada tahun 1951 memperlihatkan gabungan ahli -

ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk memben tuk Sistem Ahli. Ini membuktikan wujudnya sistem perkongsian kuasa dalam politik Malaysia

6. Dasar Inggeris dan kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia

Dasar Inggeris terhadap Tanah Melayu dapat dilihat daripada beberapa tindakan pemerintah Inggeris terhadap kedatangan orang -orang asing ke Tanah Melayu. Dalam hal ini ia dapat menentukan persoalan bagaimana Inggeris membantu mewujudkan masyarakat Malaysia yang majmuk. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kemajumukan ras, tetapi merangkumi pelbag ai aspek dalam politik dan sosial. Perbincangan mengenai tajuk ini dapat difahami jika kita melihat beberapa dasar Inggeris seperti huraian berikut:

i. Dasar Politik

Perbincangan ini berkisar pada aspek dasar imigrasi Jabatan Perlindungan Orang Asing, dan undang-undang buruh

Sejak tahun 1874 dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing. Dalam hal ini Inggeris seolah -olah menggalakkan kemasukan orang asing melalui sistem -sistem kemasukan seperti indenture, kangany, kontrak, dan bebas. Hal ini berbeza dengan tindakan Inggeris pada 1930an, dengan Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak menghantar pulang orang -orang imigran balik ke negara asal mereka. Selain itu, undan g-undang imigrasi pada tahun 1930an juga menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu. Seperkara yang menarik tiadanya sekatan terhadap kemasukan orang asing ke negara ini sebelum undang -undang imigrasi 1930an disebabkan oleh keperluan Inggeris un tuk mendapatkan tenaga buruh bagi menrancakkan ekonomi perlombongan dan peladangan selain buruh bagi melaksanakan pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan keretapi dan jalan raya

Keadaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan Perlindungan Orang Asing bagi melindungi para buruh imigran daripada tindasan dan penganiayaan para

kongsi gelap mahupun majikan. Dengan wujudnya jabatan ini, ini bermakna buruh buruh ini dilindungi oleh pemerintah Inggeris dan ia menunjukkan bahawa seolah olah kerajaan Inggeris menggalakkan kemasukan buruh asing. Ini juga menjelaskan bahawa terdapat tindakan dan dasar kerajaan Inggeris mempastikan mereka tidak kehilangan buruh bagi menjana ekonomi Tanah Melayu. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan undang -undang buruh yang memerlukan para majikan untuk memberikan kemudahan yang sepatutnya kepada buruh imigran ini. Dengan keadaan ini ia bukan sahaja menggalakkan kemasukan buruh asing, tetapi menggalakkan mereka untuk tidak pulang ke negara asal mereka. Hal ini ter bukti semasa kemelesetan ekonomi 1927-1932 orang-orang asing ini keberatan untuk pulang ke negara asal mereka dan ini menjadi masalah kepada pemerintah Inggeris

Oleh itu, merujuk dasar-dasar pemerintahan Inggeris ini membuktikan bahawa kewujudan masyarakat majmuk di negara ini adalah hasil pelaksanaan dasar yang berkehendakkan buruh imigran bagi menjana ekonomi dan membolehkan penjajah mendapat keuntungan ekonomi dengan tidak mengambil kira permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat pribumi

ii. Dasar Ekonomi

Dasar ekonomi komersial - kapitalisme dan bebas. Perubahan sistem daripada sara diri kepada sistem komersial. Pembukaan tanah dan ladang serta peningkatan pelombongan bijih timah

Wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh

Keperluan pemodenan prasarana baru yang memerlukan tenaga buruh

iii. Dasar Sosial

Penekanan aspek ini lebih dijuruskan kepada Dasar pendidikan pemerintahan Inggeris. Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia. Melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang

perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan pen didikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia. Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan pendidikan serta men gambil para guru dari negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskan bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam dasar pendidikan mereka. Bagi orang-orang Melayu ia hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak memberi peluang untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu akedemik. Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan kepada anak-anak para bangsawan Melayu sahaja. Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan or ang asing kerana mereka tahu bahawa mereka masih lagi memperoleh pendidikan walaupun di negara asing. Ini juga menjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah

7. Aspek-aspek lain

Kelemahan orang Melayu untuk merebut dan menjana ekonomi


8. Kesan Positif Akibat Perkembangan Bandar Baru

a. Kesan akibat perkembangan bandar baru ialah mendorong terbinanya sistem pengangkutan moden yang lebih baik

b. Ia juga melahirkan ke mudahan persekolahan. Contohnya sekolah terawal di Malaysia ialah Penang Free School (1825)

c. Kesan yang lain ialah taraf kesihatan yang lebih tinggi di bandar kerana terdapatnya kemudahan perubatan seperti hospital, pusat penyelidikan dan sebagainya. Kemudahan hospital yang terawal di Malaysia dibina di bandar -bandar perlombongan. Contohnya di Taiping (1878), Kuala Lumpur, Batu Gajah, Gopeng, Kuala Kangsar dan Kelang

d. Kesan positif yang lain ialah keadaan perumahan di bandar lebih terancang dengan adanya kemudahan asas yang lengkap
9. Kesan Negatif Akibat Perkembangan Bandar Baru

a. Bandar tradisional (asal) bumiputera yang jauh dari sistem pengangkutan serta pusat perlombongan dan ladang getah terbengkalai. Contohnya bandar Kuala Terengganu, Kuala Selangor dan Johor Lama. Perkembangannya tidak setanding dengan bandar yang baru muncul

b. Bandar lama hilang kepentingan dan tidak berkembang setelah pengeluaran bijih timah berkurangan. Contohnya Tumpat (Kelantan), Port Weld (Kuala Sepetang) dan Kuala Kangsar (Perak)

c. Berlakunya imigrasi (penghijrahan) penduduk luar bandar yang menyebabkan kurang tenaga manusia di luar bandar, dan golongan ini menjadi golongan miskin di bandar

d. Kesan negatif yang lain ialah mewujudkan kemakmuran/kemajuan yang tidak seimbang di antara bandar dan luar bandar. Contohnya dalam bidang pelajaran, kesihatan dan kemudahan awam yang lain

e. Proses perbandaran membentuk masyarakat majmuk yang kompleks berasaskan kegiatan ekonomi dan pola tempat tinggal di Malaysia yang berbez a hingga kini. Contohnya orang Melayu di kampung, orang China di bandar dan orang India di ladang-ladang.

Anda mungkin juga menyukai