Kalau Tuan Pergi Ke Kedai
Kalau Tuan Pergi Ke Kedai
Kalau Tuan Pergi Ke Kedai
di kaki? Ada sebiji roda pedati Bentuknya bulat daripada besi Bila bermain diikat sekuat hati Dilempar hidup dipegang mati? Buah budi bedara mengkal Masak sebiji di tepi pantai Hilang budi bicara akal Buah apa tidak bertangkai? Burung nuri burung dara Terbang ke sisi taman kayangan Cubalah teka wahai saudara Semakin diisi makin ringan? Bunga orkid indah warnanya Penyeri taman dan juga hutan Ramai orang datang bertanya Bintang apa hidup di lautan? Pak Pung Pak Mustafa Encik Dollah dirumahnya Ada tepung ada kelapa Gula Melaka jadi intinya Kelip-kelip kusangka api Kalau api mana asapnya? Hilang ghaib disangkakan mati Kalau mati mana kuburnya? Budak-budak bermain batu Batu dikira satu persatu Badannya lurus bermata satu Ekornya tajam apakah itu? Jika tuan membeli tikar Tikar anyaman dari mengkuang Kalau Tuan bijak pintar Ular apa membelit pinggang?
Masak tumis sambal petai Makan kenyang sambil sendawa Anda menziarah sahabat handai Buah apakah yang akan dibawa? Pokoknya bulat dan juga rendang Masam dan hijau ketika muda Buahnya berbentuk seperti bintang Sudah masak, kuninglah ia Belayar perahu dari Bentan Menyusur tepi Selat Melaka Lebar kepala dari badan Apakah ikan cubalah teka? Mak Minah menanak minyak Kemenyan dibakar dengan setanggi Dua peha beranak banyak Untuk mendaki tempat yang tinggi? Orang bekerja diberikan upah Hidangan disaji dalam talam Gajah putih ditengah rumah Layar terkembang di waktu malam? Gigi berduri tatah bersigai Pembelah kayu ia berguna Jika tuan orang yang pandai Benda apakah makannya dua cara? Jika ke kedai pergi berbelanja Belikan saya sudu dan senduk Jika pandai katakan ia Semakin berisi semakin menunduk? Kalau tuan pakai lencana Pakailah songkok di atas kepala Kalau Tuan bijak laksana Binatang apakah tiada kepala? Pisau lipat dimainnya kera Tangannya luka lalu terjun Makan kuat tidak terkira
Kenyangnya tidak tahi bertimbun? Minah ketawa terjerit-jerit Melihat koyak pada seluar Orang putih duduk sederet Pagar didalam tebing diluar? Tuan puteri belajar menari Tari diajar oleh Pak Harun Kalau Tuan bijak bestari Apa yang naik tak pernah turun? Jawapan semua teka-teki di atas, sila lihat di bawah sekali
Senarai Jawapan Jawapan 1 : Ayam Jawapan 2: Gasing Jawapan 3: Buah Melaka Jawapan 4 : Belon Jawapan 5 : Tapak Sulaiman Jawapan 6 : Buah Melaka Jawapan 7 : Kilat Jawapan 8: Jarum Jawapan 9: Tali Pinggang Jawapan 10: Buah Tangan Jawapan 11: Belimbing Jawapan 12: Ikan Pari Jawapan 13: Tangga Jawapan 14; Kelambu Jawapan 15: Gergaji Jawapan 16: Padi Jawapan 17: Ketam Jawapan 18: Api Jawapan 19: Gigi Jawapan 20: Umur