Hubungan Etnik
Hubungan Etnik
Hubungan Etnik
Segregasi merupakan pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesubuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya seperti Dasar Aparteid di Afrika Selatan yang dilaksanakan antara tahun 1948-1994 b) Akomodasi
Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A + B + C, disini A, B dan C merujuk kepada budaya.
Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis dan menghormati antara satu sama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling bergantung. konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni. Jika dilihat di luar Malaysia, Switzerland ialah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik jerman, perancis dan itali saling membuat penyesuaian antara mereka. c) Akulturasi
Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat penerima.
Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses pinjam meminjam. Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung dan kemudian diolah serta dijadikan usur kebudayaan sendiri. Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti penggunaan tali leher, angpau, makanan, hiburan dan sebagainya. Tetapi, jika unsur budaya yang diambil itu tidak diolah dengan baik, pastinya tindakan ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada sesuatu masyarakat.
Tidak mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai tahap akulturasi. Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang mendatangkan manfaat seperti pakaian barat. Unsur-unsur budaya yang tidak bebrbentuk kebendaan seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar diterima. d) Asimilasi
Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Menurut Vander Zanden (seorang ahli sosiologi), asimilasi ialah satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. konsep ini diwakili dengan formula A+B+C =A, disini A dalam hal ini mewakili golongan dominan smentara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti. Contohnya, orang melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia, apa yang berlaku keatas masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya proses asimilasi. Namun, bagi etnik cina di Kelantan serta Baba dan Nyoya, asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama.
Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan
etnik etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti; terdapt banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik; dan kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti. e) Amalgamasi
Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik.
Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A+B+C=D, disini A,B, dan Cmewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgam, satu kumpulan baru terhasil daripada penyatuan A,B dan C. Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan parkahwinan campur lalu membentuk satu genarasi baru atau budaya baru tanpa menuruti budaya asal mereka. 2. Jelaskan TIGA (3) faktor pembentukan pluraliti di Malaysia
Pengenalan
Pluralisme budaya bukan fenomena baru dalam Alam Melayu. Interaksi antara pelbagai budaya seperti Arab pra-islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam dan Eropah (yang diwakili oleh Portugis, Sepanyol, Belanda dan British) dengan budaya Alam Melayu telah berlaku sekurang-kurangnya sejak abad ke 5 masihi lagi.
melahirkan satu ciri fenomena sosial yang istimewa dalam Alam Melayu, iaitu fenomena kepluralitian budaya.
Konsep-konsep asas hubungan etnik sangat relevan untuk memahami situasi hubungan etnik yang terdapat dalam kalangan masyarakat majmuk Malaysia.
Kepelbagaian etnik sama ada secara langsung atau tidak, memainkan peranan penting dalam hubungan etnik di Malaysia. Berdasarkan kepelbagaian inilah, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah dan program bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat. Antara lanhkah penting yang diambil ialah menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara selepas peristiwa 13 mei 1969. Kerajaan juga telah bertindak secara aktif dengan menubuhkan majlis Penasihat Perpaduan Negara pada peringkat pusat dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Negeri pada peringkat negeri. Penubuhan majlis ini bertujuan mmbincangkan isu-isu perpaduan kaum di Malaysia secara harmoni dan tidak menggugat kestabilan politik yang sedia wujud. Kerajaan juga telah memperkenalkan pelbagai dasar termasuk Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk memupuk perpaduan nasional.
Kharmonian hubungan etnik di Malaysia terlihat dalam setiap lapisan masayrakat melalui rumah terbuka, penerimaan budaya antara etnik dan perkongsian kuasa politik. Sebagai contoh, hubungan etnik yang harmonis di Melaka dibuktikan lagi dengan jelas hingga kini melalui seni bina Masjid dan rumah ibadat lain. Masjid Kapitan Kling dan Masjid Tengkera misalnya, mempunyai gabungan seni bina cina, melayu, arab dan india. Masjid-masjid yang dibina pada zaman kesultanan melayu melaka adalah unik iaitu mempunyai menara berunsurkan pagoda dan ukiran campuran bermotif tempatan, arab dan india seta cina.
Pada masa ini pula, Kementerian Kesenian, kKebudayaan dan Warisan telah memperkukuh lagi warisan kesenian rakyat Malaysia seperti tarian, muzik, pemakaian pakaian tradisional dan makanan dalam kalangan masyarakat majmuk malaysia. Misalnya, makanan etnik melayu seperti nasi lemak menjadi kegemaran rakyat Malaysia; begitu juga dengan masakan etnik cina seperti nasi goreng cina, mi hailam dan masakan india seperti kari. Manakala dari segi pakaian, para pelajar bukan melayu tidak berasa janggal memakai baju kurung dan baju melayu, khususnya pada hari Jumaat. Semasa sambutan tahunan Hari Kemerdekaan,
kesenian rakyat Malaysia seperti pakaian dan alat muzik telah dipaparkan. Begitu juga perbarisan kontinjen pasukan Malaysia dalam mana-mana acara sukan tlah memaparkan kesenian rakyat Malaysia.
Sebagai ahli masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik, kita harus mengelakkan sikap prejudis, stereotaip, rasisme dan diskriminasi bagi memupuk keharmonian dan perpaduan nasional. Sebaliknya, konsep seperti akomodasi wajar dijadikan panduan dalam menjalinkan hubungan etnik di Malaysia.
PLURALITI
MASYARAKAT
ALAM
MELAYU
DALAM
SEJARAH
* Dua konsep yg sering digunakan untuk menjelaskan ciri-ciri Asia Tenggara ialah pluraliti dan masyarakat plural (plural society).
Pluraliti: istilah yg digunakan untuk merujuk kepada masyarakat pelbagai bangsa di alam Melayu sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah (Eropah) yg terbentuk melalui proses semula jadi tanpa sebarang rancangan pemaksaan di sebaliknya.
Masyarakat
Plural:
Terbentuk selepas zaman kedatangan orang-orang Eropah. Penjajah membawa masuk pendatang asing dari China dan India ke Asia Tenggara untuk kepentingan ekonomi. Dasar penjajah menyebabkan mereka gagal berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar dan sistem sosial-politik-agama yg wujud di Asia Tenggara.
Kesannya wujud kelompok-kelompok masyarakat yg hidup terasing daripada kelompok yg lain walaupun tinggal di tempat yg sama (Masyarakat Majmuk)
- Penjajahan Barat : menjadi titik pemisah antara Pluraliti dan masyarakat Plural.
* Pluraliti alam Melayu boleh dikaji berdasarkan pluraliti sosial dan alam sekitar. * Pluraliti sosial dapat dilihat berdasarkan realiti kehidupan masyarakat yang ada.
* Pluraliti alam sekitar merujuk kepada keadaan alam sekitar dan muka bumi alam Melayu yang begitu mudah berinteraksi dengan kawasan-kawasan lain di dunia. * Cth: Bunga raya dibawa dari kepulauan Pasifik.
Getah
dibawa
dari
Brazil.
Pembentukan
Pluraliti
di
alam
Melayu
1.
Hubungan
dengan
Cina
dan
India.
* Hubungan antara alam Melayu dengan Cina dan India telah lama berlaku. * faktor perdagangan- alam Melayu menjadi persinggahan para pedagang dari kedua-dua benua tersebut.
* Abad ke-7 Masehi - kewujudan institusi pengajian agama di alam Melayu pada zaman kerajaan Melayu Sri Vijaya. Alam Melayu terkenal sebagai pusat pengajian dan penyebaran ilmu pengetahuan.
Zaman
Hinduisme
dan
Buddhisme.
* Hinduisme dan Buddhisme tidak memberi kesan yg besar dalam kehidupan rakyat biasa berbeza dengan pengaruh Islam (menurut Syed Muhammad Naguib Al-Attas). * Bukti: tidak terdapat kitab-kitab yg membincangkan idea-idea besar seperti falsafah, ketuhanan dll yg berasaskan Hinduisme & Buddhisme di alam Melayu, yg ada Cuma kitab-kitab yg bersifat kesenian.
- Hinduisme & Buddhisme diterima baik di kalangan pemerintah alam Melayu sebelum kedatangan Islam. Mitos Hinduisme mengukuhkan institusi raja di alam Melayu. Kebesaran raja-raja juga digambarkan menerusi candi-candi yg didirikan.
Penjelmaan
dari
segi
material
dan
non-material.
- Dapat dilihat dan difahami berdasarkan perubahan yg bersifat epistemologikal yg dibawa oleh penjajah Inggeris.
Epistemologikal:
iaitu
asal
mula
sesuatu
ilmu
pengetahuan.
Perubahan epistemologikal: perubahan dari segi ilmu pengetahuan yg melibatkan cara berfikir dan cara melihat sesuatu yg seterusnya akan melibatkan perubahan terhadap cara memahami sesuatu.
- Sebelum kedatangan penjajah Inggeris, ilmu pengetahuan di alam Melayu banyak berasaskan epistemologi yg bercorak metafizik atau ilmu yg bersumberkan alam ghaib.
* Amalan perubatan perdukunan dan perbomohan yg menggunakan jampi mantera dalam berinteraksi dengan pihak alam ghaib adalah manifestasi yg jelas mengenai ilmu metafizik alam Melayu.
* Kedatangan Inggeris mengubah epistemologi yg bersifat non-material ini kepada epistemologi fizikal yg bersifat rasional saintifik. Asasnya ialah pembuktian sesuatu material menerusi panca indera dan kemudiannya dipertingkatkan menerusi alat-alat saintifik. * Kesannya muncul pelbagai ilmu dan institusi moden, pengenalan kepada ekonomi kapitalis yg berorientasikan pasaran dan birokrasi politik. Kesemua ini kemudiannya dikenali sebagai ilmu kolonial.
* Zaman empayar Melaka: zaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan Melayu. * Melaka menjadi tempat pertemuan para pedagang dari seluruh pelosok dunia sehingga digelar The Venice of the East.
Dari
segi
pemerintahan
* Para pegawai istana terdiri drp campuran orang-orang Melayu tempatan dengan bangsa-bangsa asing yg datang berdagang dan menetap di istana.
- Perkahwinan campur di antara pemerintah Melaka dengan anak pemerintah China dll.
Pemerintah
Melaka
mengambil
kira
keharmonian
di
antara
kaum.
* Perlembagaan Melaka yg berasaskan ajaran Islam (Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka) menyumbang kepada kemakmuran dan kemajuan sistem pemerintahan Melaka.
Dari
aspek
perdagangan.
* Perdagangan Melaka berjalan dengan lancar hasil daripada sistem pemerintahan terbuka dan pentadbiran pelabuhan yg cekap.
- Pelaksanaan Undang-undang Laut Melaka menjamin tahap keselamatan yg tinggi kepada ribuan kapal pedagang.
* Kecekapan kawalan terhadap hasil rempah-ratus yg menjadi tarikan kepada kedatangan pedagang asing.
Kependudukan. * Zaman empayar Melaka zaman pluraliti. Berlaku penghijrahan secara alamiah
tanpa ada paksaan daripada mana-mana pihak, mereka tidak memerlukan pasport dan visa untuk memasuki sesuatu kawasan.
* Pedagang Arab, Cina, India dll telah berasimilasi dengan penduduk tempatan dengan baik sekali dan telah mewujudkan kategori masyarakat yg tidak pernah wujud sebelumnya iaitu masyarakat Baba dan Mamak.
- Empayar Melaka memperlihatkan wujudnya interaksi aktif di kalangan pelbagai kaum dan bangsa di Melaka.
Kebudayaan.
* Keterbukaan pemerintah empayar Melaka menerima kehadiran para pedagang daripada seluruh pelosok dunia tanpa syarat-syarat yg menyulitkan memungkinkan pelabuhan Melaka berkembang sbg pelabuhan penting dunia.
* Kemajuan perdagangan dan kemajuan sebagai kota metropolitan memungkinkan Melaka wujud sebagai kota multi-budaya, setiap budaya mempunyai tempat masingmasing.
- Pluralisme budaya bukanlah suatu fenomena baharu dlm alam Melayu. Interaksi antara pelbagai budaya seperti Arab pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam dan Eropah (Portugis, Sepanyol, Belanda & British) dgn budaya alam Melayu telah berlaku sekurang-kurangnya sejak abad ke-5 Masihi lagi.
satu ciri fenomena sosial yg istimewa dlm alam Melayu, iaitu fenomena kepluralitian budaya
Pengasasan
Masyarakat
Plural.
* Penjajahan British membawa bersama-sama dasar pentadbiran yg selaras dengan kemajuan mereka dari segi ilmu pengetahuan.
* Prinsip, sistem, struktur dan dasar yg diamalkan dalam pemerintahan mereka jauh berbeza dengan sistem yg ada di alam Melayu.
- Perubahan epistemologikal yg besar ialah dari segi pemisahan di antara Negara dan Agama. Kesannya di alam Melayu, pemerintahan negara dikawal oleh penjajah manakala agama & adat istiadat peribumi di bawah pengawasan sultan Melayu.
* Sistem pentadbiran berasaskan pengagihan kuasa di antara tiga unsur penting: Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman diperkenalkan. Berbeza dengan kuasa mutlak raja yg tiada agihan kuasa.
* Hasil daripada pemerintahan moden itu berkembangnya sistem ekonomi kapitalis yg berasaskan ekonomi perindustrian dan perdagangan. Sistem ekonomi ini bergantung kepada pasaran, modal dan buruh.
- Perkembangan pesat ekonomi kapitalis inilah yg mendorong kepada kewujudan masyarakat plural di alam Melayu dengan kemasukan bangsa asing yg dibawa oleh penjajah untuk tujuan pengeksploitasian ekonomi dengan segera dan
menguntungkan.
Aspek
Geo.budaya.
o Kepulauan Melayu (Nusantara): Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Borneo, selatan Filipina, gugusan Kepulauan Maluku, Jawa & Sumatera.
o Penduduk - masyarakat terawal ialah orang Melayu yg terdiri daripada pelbagai suku etnik & mempunyai pelbagai kepercayaan & cara hidup.
* Mereka terangkum sebagai Rumpun Melayu (mempunyai ciri-ciri persamaan budaya yg jelas antara satu suku dgn suku yg lain)
Aspek
Rumpun
Bangsa.
o Di Semenanjung Tanah Melayu: Penduduknya ialah kelompok Melayu yg bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan cara hidup orang Melayu & beragama Islam. o Sebahagiannya datang dari sekitar Kepulauan Melayu (cth: Jawa, Banjar, Bugis, Minangkabau, o Suku asli Jakun, Sakai, Melayu-Patani) Senoi dll.
Sabah. bumiputera.
o Terdapat pelbagai suku peribumi: Kadazandusun, Murut, Bajau, Bisaya, Suluk, Iranun, o Bajau, Idahan, Brunei, Bisaya, Melayu-Brunei, Suluk masyarakat Kedayan bumiputera dll. Islam.
o Kadazandusun dan Murut - masyarakat bumiputera bukan Islam (beragama Kristian & fahaman animisme) tetapi sebahagiannya juga beragama Islam.
Sarawak. bumiputera.
o Terdapat pelbagai suku peribumi: Iban, Melanau, Kelabit, Bidayuh, Penan, Melayu, Murut, Bisaya, Kenyah, Kayan, Kedayan dll.
Melayu,
Melanau
&
Kedayan-
masyarakat
bumiputera
Islam.
o Iban, Murut, Kelabit, Kenyah, Kayan & Bisaya - masyarakat bumiputera bukan Islam (beragama Kristian & fahaman animisme) tetapi sebahagiannya juga beragama Islam.
Aspek
Bahasa.
o Bahasa Melayu - berasal drp bahasa Austronesia / dikenali sebagai bahasa MalayPolinesia. BM berkembang menjadi 150 cabang bahasa lain mengikut suku yg ada di Kepulauan Melayu.
o Kedatangan ajaran Hindu - pengaruh bahasa Sanskrit dalam BM kuno. o Pengaruh Islam (Abad ke-13 & ke-14 M) - BM berkembang pesat, pengenalan tulisan Jawi menyebabkan perkembangan ilmu (Kesusasteraan, Teologi, Falsafah & Tasawuf)
o BM bersifat dinamik - menjadi Lingua-franca di alam Melayu terutamanya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Kerajaan
Tradisi
Melayu.
+ Zaman Hindu-Buddha - pemerintahan beraja. Cth: Kerajaan Kedah Tua, Langkasuka, + + Zaman Selepas Srivijaya IslamMelaka kerajaan kerajaan & Melaka, Johor-Riau, Majapahit. Aceh. Brunei.
Penguasaan
ke
atas
Melaka:
Portugis
1511,
Belanda
-1641.
* Penguasaan British ke atas pelabuhan P.Pinang -1786, Melaka - 1824 & Singapura 1826.
* Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 - Pembentukan sempadan Kepulauan Melayu di bawah pengaruh British dan Belanda.
* 1874 - Pengenalan Sistem Residen di Negeri2 Melayu Bersekutu & Sistem Penasihat di NNMTB.
Di
Sarawak
Penguasaan
keluarga
Brooke
(1841-1946.
* Di Sabah - Pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) -(1881-1946) * Dalam proses campur tangan ke atas kerajaan Melayu, kuasa Barat (British) mengiktiraf orang Melayu sebagai Tuan kepada tanah airnya. British berhubung dgn sultan-sultan * Penjajahan Melayu untuk mendapatkan penentangan persetujuan mereka. tempatan.
mengakibatkan
tokoh/masyarakat
* Penjajahan British - meninggalkan kesan yg besar dlm politik, demografik & sosioekonomi T.Melayu.
KEWUJUDAN
MASYARAKAT
MAJMUK/PLURALISTIK
* Berkait rapat dengan dasar British mengeksploitasi ekonomi T. Melayu untuk keuntungan yg cepat dan maksimum.
* Migrasi orang Cina - dari Kwangtung & Fukien - dibawa masuk melalui sistem kontrak buruh, tiket kredit, secara berkumpulan & persendirian.
* *
1895-1927 1931 -
lebih 34%
drp drp
juta
org
Cina
berhijrah ialah
ke
T.Melayu. Cina.
penduduk
T.Melayu
org
* Di Sarawak - org Cina bertumpu di kawasan bandar Sibu, Miri & Bintulu. * Di Sabah - SBBU membawa masuk buruh asing spt org Cina, Filipina, Jawa & Jepun - bekerja di ladang tembakau, getah, kelapa, pembalakan & pemeliharaan mutiara.
* Migrasi orang India - dari India Selatan & dibawa melalui sistem Kangani * Bermula pada th 1880-an & pesat pada abad ke-20.
* 1911- org India - 10% drp penduduk T.Melayu. & meningkat kpd 15% pd th 1921. * Mereka bekerja di ladang2 getah, sektor perkhidmatan & kerja raya.
* Migrasi penduduk Melayu dr Indonesia, Jawa & Sumatera: bekerja dlm sektor pertanian * Terdapat & juga tinggal migrasi di penduduk luar Arab-Parsi & bandar. Ceylon.
* Imigran yg masih tinggal di T.Melayu membentuk satu masyarakat yg tetap & mengasaskan organisasi sosial masing-masing.
* Cth: orang-orang Cina membentuk persatuan & pertubuhan sosial masyarakat mereka (Huatuan).
* British melaksanakan dasar Pecah dan Perintah bagi memudahkan kawalan ke atas imigran tersebut.
* Kesannya: Pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi, pengasingan tempat tinggal dan pengasingan sistem pendidikan
* *
Kumpulan Melayu -
etnik
menceburi &
sektor petani
ekonomi (sektor
yg luar
berbeza: bandar)
nelayan
* *
Cina India -
dan kerja
perdagangan raya.
* Sistem Ekonomi Duaan /Dualisme Ekonomi: Perkembangan sistem Ekonomi Moden & Ekonomi Tradisional tidak seimbang.
* Sistem pendidikan: Sekolah Inggeris, sekolah Melayu, sekolah Cina dan sekolah Tamil. * Hubungan kaum baik dalam konteks bercampur tetapi tidak bersatu.