0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
113 tayangan11 halaman

RPH PJ Full

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1/ 11

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH ) Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan Tahun 2

Mata Pelajaran: Pendidikan Jasmani Masa: 30 minit (0730-0800) Tarikh: 10 September 2012 Tunjang pembelajaran 1: Kecergasan

Tahun: 2 Sarabah Bilangan Murid: 19 orang Tempat: Gelanggang Blok E Aktiviti : Kelenturan

Definisi kelenturan: Kebolehan menggerakkan badan dan bahagian-bahagiannya melalui satu julat pergerakan tanpa rintangan (strain) kepada artikulasi dan lekatan otot (Johnson & Nelson, 1986)

Hasil Pembelajaran: Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;


1. PSIKOMOTOR

: Melenturkan badan dengan teknik yang betul secara dinamik dan statik pada otot-otot utama.

2. KOGNITIF

: Menyatakan sekurang-kurangnya 3 otot utama yang terlibat semasa melakukan aktiviti kelenturan.

3. AFEKTIF

: Menunjukkan sikap kerjasama dengan ahli kumpulan semasa aktiviti kelenturan

Pengalaman sedia ada murid: Mempelajari kemahiran melenturkan badan dengan betul.

Penerapan nilai: Kerjasama, Berdikari

Kemahiran berfikir: Membanding dan membezakan penggunaan otot semasa melakukan aktiviti kelunturan

Kaedah Pengajaran : Penyelesaian masalah

Penggabungjalinan : Sains dan Matematik

Alatan : Skital, Wisel, Pundi Kacang

LANGKAH / MASA Permulaan (5 minit)

AKTIVITI Memanaskan badan

BUTIRAN MENGAJAR 1. Murid diminta untuk membuat satu barisan di belakang kon yang pertama. 2. Kemudiannya, guru meminta murid untuk lompat katak ke kon kedua. 3. Seterusnya, murid melakukan lompat bintang ke arah kon 3 secara sisi. 4. Murid melakukan lari anak

PENGELOLAAN KELAS

BBM/ CATATAN BBM : -4 buah skital -Wisel Strategi : Arahan TKP : -Kinestatik Nilai : Menepati masa, patuh pada arahan guru

ke kon 4.
5. Murid kembali ke kon 1

dengan melakukan larian pantas. 6. Murid membentuk huruf U untuk melakukan regangan.

Kedudukan semasa menjalankan aktiviti pemanasan badan. Petunjuk : = Kedudukan Guru = Kon

LANGKAH / MASA

AKTIVITI

BUTIRAN MENGAJAR

PENGELOLAAN KELAS

BBM/ CATATAN

1. Pelajar melakukan regangan pada bahagian tangan dan kaki dalam kiraan 8. 2. Murid duduk dan kaki diluruskan. 3. Murid diminta menyentuh hujung kaki dengan menggunakan keduadua tangan. 4. Tarik nafas sebanyak 3 kali sebelum memulakan pembelajaran. Kedudukan semasa melakukan regangan.

Strategi : -Arahan -Demonstrasi Alatan : -Wisel

1. Murid akan mengelilingi guru dalam kedudukan U atau ladam kuda. 2. Murid tidak menghadap matahari. 3. Guru akan mendemonstrasikan regangan dan murid

LANGKAH / MASA Perkembangan (10 minit)

AKTIVITI Aktiviti 1 Mengutip pundi kacang

BUTIRAN MENGAJAR 1. Murid diberikan setiap seorang pundi kacang. 2. Mereka diberi arahan melepaskan pundi ke arah belakang. 3. Murid kemudiannya membongkok dan mengambil pundi kacang melalui dua belah kaki. 4. Ulang aktiviti dalam posisi duduk dengan mengambil pundi kacang di sisi kiri dan kanan.

PENGELOLAAN KELAS mengikut pergerakan guru.

BBM/ CATATAN Strategi : -Arahan -Demonstrasi Alatan : -Pundi Kacang TPK : -Logik Matematik Anggaran Jarak

Posisi murid semasa melakukan aktiviti mengutip pundi kacang

LANGKAH / MASA

AKTIVITI

BUTIRAN MENGAJAR

PENGELOLAAN KELAS

BBM/ CATATAN

Kedudukan murid semasa melakukan aktiviti mengutip pundi kacang.

LANGKAH / MASA

AKTIVITI Aktiviti 2 Kembar Siam

BUTIRAN MENGAJAR 1. Murid diminta untuk mencari pasangan masing-masing. 2. Kemudian, murid diminta untuk duduk membelakangkan pasangan masing-masing dan belakang murid-murid haruslah bersentuhan antara satu sama lain. 3. Murid diminta untuk berlunjur dengan lutut difleksikan. 4. Kemudian, pegang tangan rakan di atas aras kepala. 5. Seterusnya, fleksikan pinggul secara bergilir-gilir.

PENGELOLAAN KELAS

BBM/ CATATAN Strategi : -Arahan Alatan : -Wisel

Posisi murid semasa melakukan aktiviti Kembar Siam.

Kedudukan Murid semasa melakukan aktiviti Kembar Siam.

LANGKAH / MASA Kemuncak (10 minit)

AKTIVITI Permainan Kecil (Menggapai Bintang)

BUTIRAN MENGAJAR 1. Murid dibentuk kepada 4 kumpulan. 2. Murid diminta untuk meluruskan barisan masingmasing sebelum melakukan aktiviti ini. 3. Kemudian, guru memberitahu peraturan permainan ini, iaitu murid haruslah membuat satu garisan dengan menggunakan anggota badan mereka untuk mencapai kon penamat. Akan tetapi, anggota badan yang telah digunakan tidak boleh digunakan lagi. 4. Murid diberikan masa 2 minit untuk melakukan aktiviti ini. 5. Kumpulan yang paling cepat mencapai kon penamat dan tidak melanggar peraturan permainan ini dikira pemenang.

PENGELOLAAN KELAS

BBM/ CATATAN Strategi : -Arahan TKP : -Kinestatik -Visual Ruang Alatan : Wisel

10 meter

Posisi murid semasa melakukan aktiviti Menggapai Bintang.

LANGKAH / MASA Penutup (5 minit)

AKTIVITI Aktiviti 1 Pengenduran Muzik= Bella Lulaby

BUTIRAN MENGAJAR 1. Murid di berdiri di posisi yang selesa. 2. Murid diminta untuk melakukan aktiviti pengenduran terhadap otot yang terlibat semasa melakukan aktiviti. 3. Kaki kanan dihulurkan ke hadapan dan goyanggoyangkannya. Tukar kaki dan lakukan pergerakan yang sama. 4. Kedua-dua angan dihulurkan ke hadapan dan goyangkan tangan ke arah depan, atas, bawah dan sisi. 5. Kepala ditolak ke arah atas, bawah, kiri dan kanan. 6. Tarik nafas dan hembus sebanyak 3 kali.

PENGELOLAAN KELAS

BBM/ CATATAN Strategi : -Arahan -Demonstrasi Alatan : -Wisel

Kedudukan murid semasa melakukan aktiviti pengenduran.

Posisi murid melakukan aktiviti pengenduran.

LANGKAH / MASA

AKTIVITI Aktiviti 2 Perbincangan

BUTIRAN MENGAJAR Guru bertanyakan soalan kepada murid : 1. Menyatakan otot-otot yang digunakan semasa melakukan semua aktiviti di atas. 2. Menyatakan apakah aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan semasa melakukan aktiviti-aktiviti di atas. Guru memberi pujian dan galakan kepada semua murid kerana mampu membuat aktiviti kelenturan.

PENGELOLAAN KELAS Guru bertanyakan kepada pelajar dan pelajar menjawab soalan.

BBM/ CATATAN Strategi : -Bertanya soalan

Refleksi Guru : ________________________________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai