Ayat Majmuk Gabungan
Ayat Majmuk Gabungan
Ayat Majmuk Gabungan
Pengenalan
Ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayatayat tersebut dengan kata hubung.
Perkaitan ayat dalam ayat majmuk boleh digambarkan seperti gambar rajah berikut:
Ayat Majmuk Gabungan
Ayat 1
Kata hubung
Ayat 2
Jika ayat-ayat yang digabungkan itu mempunyai unsur yang sama dan diulang, maka bahagian yang sama itu boleh digugurkan. Contoh: A. Pauline pandai bermain bola. B. Pauline pandai bermain hoki. Pauline pandai bermain bola dan hoki.
Ayat-ayat yang disambungkan adalah jenis yang sama dan boleh terdiri daripada ayat penyata, ayat perintah atau ayat tanya. Namun, ayat-ayat tersebut tidak boleh dicampuradukkan jenisnya dan perlu mempunyai hubungan makna untuk menjadikannya gramatis. Contoh:
Ali rajin belajar tetapi adiknya malas. (ayat yang gramatis) Ahmad rajin belajar dan tidur! (ayat yang tidak gramatis)
Ayat-ayat ini boleh disambungkan tanpa kata hubung dengan nada suara berfungsi sebagai penanda, iaitu disuarakan sebagai deretan penyataan. Contoh: Faustina berdiri tegak, (sambil) memerhatikan gerak-geri mereka.
Kadangkala penggunaan kata hubung dihilangkan sama sekali. Contoh: Adik ke sekolah (dan) ayah ke pejabat. Adik ke sekolah, ayah ke pejabat. Ini adalah kerana dan tidak menerima tekanan, maka dan boleh digugurkan. Makna ayatnya tetap tidak berubah.
3. Gabungan yang susunannya menggabungkan dua ayat atau lebih, menggunakan kata hubungan yang berpasangan
Kata hubung: lebih baikdaripada, apakahataupun, adakahatau(pun), sama adaatau Contoh: Lebih baik mereka pergi dengan bas daripada memandu kereta sendiri. Adakah berita itu benar atau(pun) khabar angin sahaja? Sama ada berita itu benar atau tidak belum pasti.