Kemahiran Generik Dalam Kalangan Pendidik

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 17

KEPENTINGAN KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN BAKAL PENDIDIK.

KAJIAN KES: PELAJAR TAHUN 4, PENDIDIKAN TEKNIK VOKASIONAL, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM.

ROZANIS BINTI MUSTAPA

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

PENGHARGAAN

Alhamdullillah segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam dan selawat serta salam kepada Al Rasul S.A.W atas perkenan Yang Maha Esa dan kekuatan yang diberikan olehNya ke atas hambaNya ini,maka dengan rahmat dan izinNya, maka projek ini siap bagi memenuhi penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa jua yang terlibat dalam membantu saya menyediakan kertas kerja ini khususnya, saya ingin merakam penghargaan ikhlas yang tidak terhingga khas kepada penyelia dissertasi, Tn. Hj. Zainudin bin Hj. Hassan atas nasihat, bimbingan dan sokongan yang diberi sepanjang tempoh penyelidikan laporan projek ini.

Tidak lupa jutaan terima kasih kepada suami tercinta, mak dan abah, adik-adik dan rakan-rakan 4 SPH (PKPG) 03/06 seperjuangan kerana banyak memberikan sokongan, kritikan dan galakan yang tidak pernah putus dan tidak kira masa dan tempat. Akhir kata, semoga projek ini dapat memberi manfaat dan sumbangan kepada semua pihak dan generasi yang akan datang.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruknya itu datangnya daripada saya jua.

Wassalam.

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kepentingan kemahiran generik di kalangan bakal pendidik. Kajian kes telah dijalankan terhadap pelajar tahun 4, Pendidikan Teknik Vokasional, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Ada tiga objektif kajian yang ingin dicapai. Pertama untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap kepentingan kemahiran generik dalam diri pendidik. Kedua, untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap keberkesanan penggunaan kemahiran generik dalam diri pendidik. Ketiga, untuk melihat perbezaan diantara kepentingan kemahiran generik di kalangan bakal pendidik dengan demografi. Instrumen kajian menggunakan borang soal selidik telah diedarkan dan seramai 50 orang responden memberi kerjasama. Data daripada soal selidik dianalisis dengan menggunakan pakej SPSS For Window Version 14. Analisis data kajian menggunakan kekerapan, peratus dan min. Akhirnya crosstab digunakan untuk melihat perbezaan diantara kepentingan kemahiran generik dengan demografi. Hasil kajian menunjukkan bahawa min keseluruhan analisis kajian berada pada tahap tinggi dengan skor min melepasi tahap 4. Ini menunjukkan bahawa kemahiran generik adalah penting dan perlu ada dalam diri pendidik. Manakala analisis crosstab antara 40 item kepentingan kemahiran generik dengan pengalaman bekerja dan jantina responden, menunjukkan bahawa 100 peratus responden bersetuju mengatakan bahawa kemahiran generik penting perlu ada dalam diri pendidik. Berdasarkan hasil kajian keseluruhan, pihak institusi pendidikan dan Kementerian Pelajaran Malaysia harus peka terhadap kepentingan kemahiran generik kepada golongan pendidik bagi memartabatkan profesion perguruan.

ABSTRACT

The purpose of this research is to study the importance of generic skills among teachers to be. The participants of this research were year 4 students Technical Vocational Education, Faculty of Education, Technology University of Malaysia (UTM). There are three objectives of this study that has been identified. Firstly, the objective of the study is to identify students perception on the importance of generic skills for teachers. The second objective of this study is to find out students perception on the effectiveness of using generic skills among teachers. Finally, the study aim to find out the difference between demography and the importance of generic skills among teachers. The questionnaire has been distributed to the 50 respondents. All the data that has been collected, was analyzed by using SPSS for Window version 14 into statistical description of frequency, percentage, crosstab and mean score. From the study that has been conducted, it is found that the importance of generic skills for teachers is high in the mean score and the effectiveness of using generic skills by teachers score higher than level 4 based on the result of data analysis. While in crosstab analysis of 40 items of the importance of generic skills with the respondents working experience and gender shows that 100 percent respondents agree with the statement that generic skills is very important and should have in all teachers. In conclusion, the research found that all the educational institution and Ministry of Education should realize the generic skill is very important to all teachers in order to escalate the educational profession.

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI CARTA SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

ii iii iv v vi vii xii xv xvi xvii xviii

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6

Pengenalan Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah Persoalan Kajian Objektif Kajian Kepentingan Kajian

1 3 4 5 5 5

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

1.7 1.8

Skop Kajian dan Batasan Kajian Definisi Istilah 1.8.1 Kemahiran 1.8.2 Generik 1.8.3 Kemahiran Generik

6 7 7 8 8

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 2.2 2.3 2.4

Pengenalan Kepentingan Kemahiran Generik Kajian-kajian Terdahulu Rumusan Kajian Lepas

12 13 17 22

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7

Pengenalan Reka bentuk Kajian Persampelan Instrumentasi Kajian Rintis Prosedur Pengumpulan Data Analisis Data

24 24 25 25 29 31 32

BAB 4

ANALISIS DATA

4.1 4.2

Pengenalan Analisis Latar Belakang Responden 4.2.1 Umur

34 35 35

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

4.2.2 Jantina 4.2.3 4.2.4 4.2.5 4.3 Bangsa Pengalaman Bekerja Pengkhususan

36 37 37 38 39

Analisis Persoalan Kajian Bahagian B 4.3.1 Kepentingan Kemahiran Generik Dalam Diri Pendidik dari Aspek Kemahiran Berkomunikasi 4.3.2 Kepentingan Kemahiran Generik Dalam Diri Pendidik dari Aspek Kemahiran Bekerja Dalam Kumpulan 4.3.3 Kepentingan Kemahiran Generik Dalam Diri Pendidik dari Aspek Kemahiran Penyelesaian Masalah 4.3.4 Kepentingan Kemahiran Generik Dalam Diri Pendidik dari Aspek Kemahiran Fleksibal atau Mampu Menyesuaikan Diri 4.3.5 Kepentingan Kemahiran Generik Dalam Diri Pendidik dari Aspek Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat 4.3.6 Kepentingan Kemahiran Generik Dalam Diri Pendidik dari Aspek Kemahiran Keyakinan Diri 4.3.7 Kepentingan Kemahiran Generik Dalam Diri Pendidik dari Aspek Kemahiran Etika atau Moral

40

42

44

46

48

50

52

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

4.3.8

Analisis Kepentingan Kemahiran Generik Dalam Diri Pendidik Mengikut Hirarki 54

4.4

Analisis Keberkesanan Penggunaan Kemahiran Generik Dalam Diri Pendidik 56

4.5

Analisis Perbezaan Antara Kepentingan Kemahiran Generik Dengan Demografi Dari Aspek Pengalaman Bekerja dan Jantina 4.5.1 Perbezaan Antara Kemahiran Berkomunikasi Dengan Pengalaman Bekerja dan Jantina. 4.5.2 Perbezaan Antara Kemahiran Bekerja Dalam Kumpulan Dengan Pengalaman Bekerja dan Jantina. 4.5.3 Perbezaan Antara Kemahiran Penyelesaian Masalah Dengan Pengalaman Bekerja dan Jantina. 4.5.4 Perbezaan Antara Kemahiran Fleksibal Atau Mampu Menyesuaikan Diri Dengan Pengalaman Bekerja dan Jantina. 4.5.5 Perbezaan Antara Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat Dengan Pengalaman Bekerja dan Jantina. 4.5.6 Perbezaan Antara Kemahiran Keyakinan Diri Dengan Pengalaman Bekerja dan Jantina 69 67 65 63 61 59 59

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

4.5.7

Perbezaan Antara Kemahiran Etika Atau Moral Dengan Pengalaman Bekerja dan Jantina 71

BAB 5

RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 5.2

Pengenalan Pencapaian Objektif 5.2.1 Kepentingan Kemahiran Generik Dalam Diri Pendidik 5.2.2 Keberkesanan Penggunaan Kemahiran Generik Dalam Diri Pendidik 5.2.3 Perbezaan Antara Kepentingan Kemahiran Generik Di Kalangan Bakal Pendidik Dengan Demografi

74 74

75

76

77 79 80 81 82

5.3 5.4 5.5 5.6

Rumusan Dapatan Kajian Cadangan Cadangan Kajian Lanjutan Penutup

RUJUKAN LAMPIRAN

83 88

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Kemahiran merupakan satu keperluan asas bagi seseorang pekerja selain daripada mempunyai pengetahuan asas yang kukuh dalam bidang yang diceburi. Pekerja yang tahu akan tanggungjawab mereka, seharusnya dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberi dengan sempurna dan berkualiti kepada sektor pekerjaan yang diceburinya, seperti sektor pendidikan. Guru adalah penentu kepada kualiti pendidikan yang terdapat di sekolah. Oleh itu, guru seharusnya mempunyai pengetahuan asas yang kukuh dalam bidang yang diceburi, kemahiran pedagogi, dan memiliki beberapa kemahiran asas yang lain bagi melengkapkan diri sebelum menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Untuk menerapkan sesuatu kemahiran dalam diri seorang individu, ianya perlu bermula dari tempat latihan. Menurut Asmah (2001), segala jenis latihan guru, sama ada latihan permulaan untuk menyediakan guru-guru baru, mahupun latihan lanjutan yang bersifat continuing professional development yang dijalankan di maktab-maktab perguruan dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam, perlulah berkemampuan untuk bertindak sebagai tapak semaian yang dapat menghasilkan guru yang berkualiti.

Untuk melahirkan guru yang berkemahiran dan boleh menggunakan pengetahuan asas dalam bidang diceburi serta pedagogi, kurikulum pendidikan guru perlu berupaya membentuk guru-guru agar yakin dengan kebolehan diri yang ada

disamping menekankan beberapa kemahiran asas bagi membantu guru dalam perjalanan hidupnya sebagai seorang pendidik yang berperkerti mulia, berkeyakinan, bersedia menerima pelajar dengan baik, serta berusaha menyediakan pengalamanpengalaman yang boleh memajukan pelajar ke tahap maksimum.

Menurut Kartini (2002), beberapa kemahiran generik perlu dikuasai oleh guru bagi melaksanakan pedagogi bestari seperti kemahiran berfikir, kemahiran mentaksir, kemahiran pemudahcara, kemahiran mentaksir dan menilai dan kemahiran teknologi komputer. Sekiranya guru mempunyai ilmu pengetahuan tentang subjek yang diajar sahaja tidak mencukupi. Selaras dengan tuntutan teknologi maklumat dan komunikasi, guru seharusnya telah menguasai pelbagai kemahiran generik seperti kemahiran berfikir, kemahiran teknologi komputer, kemahiran pemudahcara, kemahiran pedagogi dan mengintegrasi teknologi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

Sehubungan dengan itu, kemahiran asas seperti kemahiran generik adalah sangat penting yang harus diketahui oleh guru akan kepentingannya untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran ini juga tidak boleh dipandang remeh sewenang-wenangnya, jika Malaysia ingin menempuh era-globalisasi ke arah membangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri K-worker, celik dan mahir dalam teknologi komputer, mampu bersaing pada peringkat tempatan dan pada peringkat global, bahkan memiliki jati diri dan daya saing yang tinggi seperti negaranegara maju yang lain seperti Jepun dan Jerman. Menurut Azalya (2003), bagi menghadapi cabaran globalisasi rakyat Malaysia perlu dilengkapkan dengan asas pendidikan dan latihan yang kukuh serta mempunyai pelbagai kemahiran umum termasuk kebolehan berkomunikasi dan menguasai bahasa.

1.2

Latar Belakang Masalah

Maktab-maktab perguruan serta Institusi Pengajian Tinggi Awam, adalah merupakan tempat melatih golongan pendidik, untuk menjadi seorang guru yang berkualiti serta mampu menghadapi cabaran dalam dunia pendidikan yang kian mencabar terutamanya berkaitan dengan teknologi.

Terdapat segelintir guru pelatih apabila menjalani latihan mengajar, tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan sempurna ketika proses pengajaran seperti kawalan kelas, persediaan mengajar dan kesediaan bentuk penyampaian ilmu tidak dapat dilakukan dengan sempurna seperti yang dikehendaki dalam penilaian. Menurut Abdul Raof (1991), berdasarkan permerhatian dalam latihan mengajar, ada guru pelatih yang tidak mengikuti rancangan pelajaran yang disediakan oleh sekolah, ada guru pelatih tidak ambil berat tentang disiplin pelajar, tidak berminat mengajar kelas yang lemah, tidak sanggup menghadapi masalah disiplin pelajar lemah, guru pelatih jarang atau tidak mahu berbincang dengan guru lain dalam menyelesaikan masalah, kurang melibatkan diri dengan aktiviti sekolah, tidak kreatif dan inovatif dalam pengajaran, kurang faham membuat perancangan pelajaran dan lebih mengutamakan teori dari praktikal.

Bukanlah mudah untuk kita berdepan dengan dunia pekerjaan yang kian mencabar, rumit dan kompleks keperluannya. Dengan memiliki sekeping sijil, diploma atau ijazah belum pasti seseorang itu meraih pekerjaan yang sempurna ataupun dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik. Di samping kelayakan akademik seseorang itu perlu memiliki ketrampilan yang baik, mempunyai pelbagai kemahiran dan pengalaman seperti kemahiran kepimpinan, merancang dan membuat keputusan, pengurusan masa, berfikir kreatif dan kritis perlu dikuasai oleh seseorang sebelum menyertai dunia pekerjaan yang mencabar seperti sebagai seorang guru.

Sehubungan dengan itu, pengkaji ingin mengkaji kepentingan kemahiran generik di kalangan bakal guru atau pendidik pendidikan teknik vokasional kepada pendidik. Dengan ini, pengkaji dapat membuat kesimpulan dan cadangan akan kepentingan kemahiran generik dalam diri pendidik atau guru, untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan di Malaysia.

1.3

Pernyataan Masalah

Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengkaji apakah persepsi pelajar Pendidikan Teknik Vokasional, Universiti Teknologi Malaysia, iaitu bakal guru terhadap kepentingan kemahiran generik. Antara aspek yang ingin dilihat ialah masih terdapat di kalangan pelajar atau bakal guru, tidak faham sepenuhnya apa itu kemahiran generik dan kepentingannya dalam pendidikan untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh kemahiran generik yang masih kurang digunakan ialah kemahiran merancang dan mengurus serta berfikir secara kreatif dan kritis. Dalam era zaman globalisasi, kemahiran generik amat penting untuk memperluaskan pengetahuan guru-guru dan seterusnya pengetahuan ini boleh disampaikan kepada murid.

Dalam matapelajaran yang berkaitan dengan Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di sekolah. Subjek teknikal ini memerlukan kemahiran generik untuk menjelajah lebih jauh lagi mengenai teknologi terkini. Oleh itu kemahiran berkomunikasi, kemahiran menggunakan teknologi, kemahiran kerja berkumpulan adalah sebahagian dari kemahiran generik yang diperlukan dalam diri seorang guru atau pendidik.

1.4

Persoalan Kajian Kajian ini adalah merujuk kepada persoalan-persoalan berikut: a) Apakah persepsi pelajar terhadap kepentingan kemahiran generik dalam diri pendidik? b) Apakah persepsi pelajar terhadap keberkesanan penggunaan kemahiran generik dalam diri pendidik? c) Adakah terdapat perbezaan antara kepentingan kemahiran generik di kalangan bakal pendidik dengan demografi?

Anda mungkin juga menyukai