BAB 8 - Kemahiran Kolaboratif

Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 24

TOPIK 8

KEMAHIRAN
KOLABORATIF
Disediakan oleh
Mohamad Hafizuddin Bin Harun
KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK ABAD KE-21
DEFINISI
• Kolaborasi ialah “aktiviti bekerjasama ke arah
matlamat bersama” (Hesse, Care, Buder,
Sassenberg & Griffin, 2015)
• Pembelajaran Kolaborasi adalah pendekatan
pendidikan utk mengajar & belajar yg melibatkan
sekumpulan pelajar yg bekerjasama utk
menyelesaikan masalah, melengkapkan tugas, atau
mencipta produk (Johnson, & Holubec, 2008)
• 3 Konsep utama pendekatan yang akan memberi
manfaat kepada individu. Dillenbourg, Baker, Blaye
dan O’Malley (1995)
• Konstruktivis sosial
• Sosio-budaya
• Kognisi bersama
• Pendekatan Konstruktivis Sosial – hasil kajian Piaget
• Kolaborasi adalah pemangkin kepada perkembangan kognitif
pelajar (Chi & Wylie, 2014; Ernest, 1998; Handal, 2003)
• Pendekatan Sosio-budaya – oleh Vygotsky
• Interaksi sosial menjadi sebati apabila individu terus belajar (Rogof,
1991; Wertsch, del Rio & Alvarez, 1995; Wegerif, Mercer &
Daweset, 1999)
• Zon Perkembangan Proksima – terdapat jurang di antara apa yg
boleh dipelajari sendiri oleh individu berbanding dengan apa yg
individu tsb boleh pelajari dengan bimbingan orang dewasa atau
rakan sebaya utk belajar
• Pendekatan Kognisi Bersama (atau ahli interaksi)
• Menekankan bhw interaksi sosial tidak dapat dipisahkan daripada
pemikiran & perbuatan individu (Plucker & Barab, 2005; Van den
Bossche, Gijselaers, Segers, Wottjer & Kirchner, 2011)
• Manfaatnya meliputi aspek pemikiran, interaksi sosial dgn individu
lain yg membawa kepada pembelajaran & pemikiran yg dikongsi
bersama melalui interaksi
• Johnson & Johnson (2009) – 3 tindakan yg diambil
oleh seseorang individu apabila dikaitkan dengan
individu lain. Seseorang individu akan
• Bekerjasama utk mencapai matlamat bersama
• Bersaing dgn orang lain utk mencapai matlamat yg sukar
didapati & hanya boleh dicapai oleh seseorang atau
beberapa individu shj
• Bekerja secara individu utk mencapai matlamat yg
ditetapkan oleh diri sendiri & tidak melibatkan matlamat
individu lain
• Johnson & Johnson (2009) – pembelajaran
Kolaboratif menghasilkan
• Pencapaian lebih tinggi & peningkatan produktiviti
• Jalinan hubungan lebih baik melalui tingkahlaku
mengambil berat & saling menyokong
• Meningkatkan kesihatan psikologi, kecekapan sosial &
keyakinan diri
MANFAAT KEMAHIRAN
KOLABORASI
• Loal dan Ghodsi (2012) meringkaskan manfaat-
manfaat ini kepada 4 bahagian utama
• Manfaat dari aspek sosial
• Manfaat dari aspek psikologi
• Manfaat dari aspek Akademik
• Teknik pentaksiran murid dan guru ganti
• Manfaat Sosial
• Pembelajaran kolaboratif membantu membina sistem
sokongan sosial untuk pelajar;
• Pembelajaran kolaboratif membina pemahaman yang
pelbagai dalam kalangan pelajar dan kakitangan;
• Pembelajaran kolaboratif menubuhkan suasana positif
untuk menghasilkan model dan mengamalkan
kerjasama dalam kumpulan; dan
• Pembelajaran kolaboratif membina komuniti
pembelajaran.
• Manfaat Psikologi
• Pengajaran berpusatkan pelajar meningkatkan
keyakinan pelajar;
• Kerjasama mengurangkan kebimbangan; dan
• Pembelajaran kolaboratif membina sikap positif
terhadap tenaga pengajar.
• Manfaat Akademik
• Pembelajaran kolaboratif mendorong kemahiran
pemikiran kritis;
• Pelajar terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran;
• Keputusan pelajar di dalam bilik darjah dapat
ditingkatkan;
• Menjadi model yang sesuai kepada teknik penyelesaian
masalah pelajar;
• Kuliah pada skala yang besar dapat dikecilkan kepada
skala individu; dan
• Pembelajaran kolaboratif secara khususnya membantu
memberi motivasi kepada pelajar dalam kurikulum yang
spesifik.
• Teknik Alternatif Pentaksiran Pelajar dan Tenaga
Pengajar – Teknik pengajaran kolaboratif
menggunakan pelbagai cara pentaksiran.
PERSAMAAN & PERBEZAAN ANTARA
PEMBELAJARAN KOLABORATIF &
KOOPERATIF
• Pembelajaran Kolaboratif
• Setiap ahli bekerja berasingan dan hadir bersama utk
matlamat bersama utk kumpulan secara keseluruhannya
• Pelajar mengatur dan membahagikan tugas antara mereka

• Pembelajaran Kooperatif
• Setiap ahli menggunakan kemahiran & pengetahuan
mereka utk membantu antara satu sama lain &
bekerjasama
• Setiap ahli diserahkan peranan yg khusus dlm aktiviti;
kerja disiapkan bersama
• Persamaan Antara Pembelajaran Kolaboratif Dan
Pembelajaran Kooperatif
• Tenaga pengajar bertindak sebagai fasilitator bagi kedua-dua
pembelajaran.
• Kedua-dua pendekatan ini merangkumi pembelajaran aktif dan
pengalaman pembelajaran yang dikongsi oleh pelajar dan tenaga
pengajar adalah serupa.
• Pelajar memainkan peranan yang lebih dalam kedua-dua
pendekatan ini berbanding kerja individu dan seterusnya
meningkatkan kemahiran kognitif mereka.
• Pelajar dapat menjelaskan idea mereka dengan lancar dalam
kedua-dua pendekatan pembelajaran ini dan pada masa yang
sama membina kemahiran berpasukan melalui interaksi sosial.
• Perbezaan Antara Pembelajaran Kolaboratif & Pembelajaran Kooperatif
• pembelajaran kooperatif
• Pendekatan ini berpusat kepada pengajar
• melibatkan setiap ahli kumpulan menggunakan kemahiran & pengetahuan
masing-masing utk membantu satu sama lain secara bekerjasama.
• setiap ahli kumpulan diberikan peranan yg khusus dalam aktiviti tertentu.
• Kerja dilakukan bersama & memerlukan usaha seluruh ahli kumpulan.
• fasilitator menyediakan maklumat atau membantu utk mengarahkan ahli
kumpulan ke sumber yg boleh didapati.
• Fasilitator terlibat dengan lebih aktif
• cenderung utk mendengar & memerhatikan perbincangan & tugas yg
perlu dilakukan oleh pelajar
• akan turut campur tangan apabila keperluannya timbul.
• Tugasan yg telah selesai dihantar kepada tenaga pengajar atau fasilitator
utk disemak & dinilai.
• Fasilitator yg menyemak & memberikan markah kepada setiap ahli
kumpulan atas usaha mereka – umumnya, keseluruhan kumpulan akan
mendapat markah yg sama.
• sesetengah ahli mungkin lebih cekap daripada yang lain dan ahli yang cekap
mampu menutupi kelemahan ahli yang lain. Ini merupakan semangat
berpasukan yang baik.
• Kelemahan: individu yang tidak mahu maju akan tetap berat tulang dan
hanya bergantung pada kejayaan ahli yang bekerja keras. Ini akan
membawa kepada prestasi yang tidak seimbang dalam kalangan ahli
kumpulan walaupun keseluruhan pencapaian kumpulan dalam keadaan
yang baik.
• pembelajaran kolaboratif
• Pendekatan ini berpusat kepada pelajar
• setiap ahli kumpulan bekerja secara berasingan dan kemudiannya
berkumpul untuk mencapai matlamat bersama sebagai satu pasukan.
• Pelajar mengatur dan membahagi tugasan antara mereka.
• Setiap ahli akan melaksanakan tugas yang diberikan dan tugasan-tugasan
tersebut akan disatukan sebagai usaha satu pasukan.
• Setiap ahli kumpulan mencari bahan mereka sendiri
• Ahli kumpulan serta kumpulannya lebih berdikari
• aktiviti-aktiviti secara umumnya tidak dipantau oleh tenaga pengajar.
• Pelajar boleh membuat keputusan sendiri dan juga boleh
mendapatkan bantuan sekiranya perlu daripada fasilitator.
• setiap ahli kumpulan terlibat dengan pentaksiran – melakukan penilaian
sendiri serta menilai ahli kumpulan yang lain.
• Fasilitator berperanan memberikan markah kepada setiap ahli kumpulan
dan juga keseluruhan kumpulan dengan mengambil kira penilaian yang
dilakukan dalam kalangan ahli kumpulan tersebut.
• kejayaan prestasi kumpulan bergantung pada kejayaan terkumpul oleh
setiap ahli.
• Setiap individu diambil kira dan sumbangan setiap individu penting kepada
individu tersebut dan kepada kumpulan.
• Seorang ahli tidak boleh sekadar berusaha dan berjaya secara individu
tanpa melihat prestasi ahli kumpulan yang lain.
• Ahli kumpulan yang cekap perlu membantu ahli yang lemah untuk maju ke
hadapan supaya setiap ahli dapat memberi sumbangan sebaik yang
mungkin.
KAJIAN EMPIRIKAL
KEATAS KOLABORASI
• Kolaborasi mungkin tidak memberi manfaat kepada
setiap pelajar dalam setiap situasi
• Sesetengah mungkin menguasai yg lain
• Bagaimanapun, kolaborasi boleh meningkatkan
pemikiran kritis; penyelesaian & meningkatkan ilmu
• Kuhn (2015)
• mendapati tidak banyak kolaborasi yang berlaku dalam kajian
eksperimen yang dijalankan.
• mendapati kolaborasi tidak memberi manfaat kepada setiap pelajar
di setiap situasi pembelajaran. Sesetengah pelajar mendapat
manfaat yang lebih apabila bekerja secara individu daripada bekerja
secara berkumpulan.
• Antara masalah lain yang timbul adalah prestasi kolektif
dalam kumpulan sukar untuk ditentukan kerana ahli yang
cekap mungkin mendominasi aktiviti kumpulan tersebut.
• Tambahan pula, kebanyakan kajian menumpukan kepada
pembelajaran individu dalam kumpulan dan bukannya
pencapaian kumpulan secara keseluruhan.
• Kajian pembelajaran kolaboratif
• menunjukkan terdapat kesan positif atas kumpulan apabila
menyelidik tentang hasil kognitif pelajar.
• Didapati bahawa kerja kumpulan kurang berkesan apabila
melibatkan pembelajaran hafalan iaitu menghafal dan mengingat
semula maklumat.
• Sebaliknya, manfaat kolaborasi diperoleh daripada maklum balas
dan komen oleh ahli kumpulan mengenai pemikiran individu;
• kolaborasi kurang berkesan pada remaja berbanding pelajar yang lebih
muda dan lebih tua;
• kolaborasi lebih berkesan dalam kandungan Sains, Teknologi, Kejuruteraan
dan Matematik (STEM) berbanding kandungan bukan STEM; dan
• apabila ahli kumpulan perlu bergantung antara satu sama lain semasa
melakukan tugasan maka, hasilnya mungkin lebih baik (Kuhn, 2015; Kyndt,
Raes, Lismont, Timmers, Cascallar & Dochy, 2013; Noroozi, Weinberger,
Biemans, Mulder & Chirazi, 2012).
PENTAKSIRAN
KEMAHIRAN
KOLABORATIF
• Bagaimana utk menaksir prestasi individu dalam kolaborasi?
• Definisi-definisi terperinci oleh Binklet et al (2012) ditakrifkan
spt berikut

• Seorang yg ada kemahiran tsb apabila dia memiliki


pengetahuan, kemahiran, & sikap/nilai/etika utk berbuat spt
yg berikut:
• Boleh berinteraksi secara berkesan dengan yang lain
• Boleh bekerja secara berkesan dalam kumpulan yg pelbagai
• Boleh menguruskan projek-projek
• Boleh membimbing & memimpin yg lain
• Bertanggungjawab utk orang lain
• Pengetahuan
• Berinteraksi secara berkesan dengan individu lain
• Mengetahui masa yang sesuai untuk mendengar dan bercakap.
• Bekerja secara berkesan dalam kumpulan yang pelbagai
• Mengetahui dan mengenali peranan individu bagi kumpulan
yang berjaya dan mengetahui kekuatan dan kelemahan diri dan
mengenali dan menerima juga kekuatan dan kelemahan ahli
kumpulan yang lain.
• Mengurus projek
• Mengetahui bagaimana untuk merancang, menetap dan
mencapai matlamat serta cara memantau dan merancang
semula apabila terjadi sesuatu yang tidak dijangka.
• Kemahiran
• Berinteraksi secara berkesan dengan individu lain
• Bercakap dengan jelas dan peka dengan pendengar dan tujuan.
• Mendengar dengan prihatin, sabar dan jujur.
• Berkelakuan dengan cara yang dihormati dan professional.
• Bekerja secara berkesan dengan kumpulan yang pelbagai
• Memanfaatkan perbezaan sosial dan budaya untuk menghasilkan
idea yang baharu dan meningkatkan inovasi dan kualiti kerja.
• Mengurus projek
• Mengutamakan, merancang dan menguruskan kerja untuk
mencapai hasil yang diingini oleh kumpulan.
• Bimbing dan pimpin orang lain
• Menggunakan kemahiran interpersonal dan penyelesaian masalah
untuk mempengaruhi dan membimbing ahli yang lain untuk
mencapai matlamat.
• Memanfaatkan kekuatan ahli untuk mencapai matlamat bersama.
• Memberi inspirasi kepada ahli untuk mereka mencapai kemajuan
melalui contoh teladan dan tidak mementingkan diri.
• Memperlihatkan integriti dan etika dalam menggunakan pengaruh
dan kuasa.
• Sikap/Nilai/Etika
• Berinteraksi secara berkesan dengan individu lain
• Mengetahui masa yang sesuai untuk mendengar dan bercakap.
• Berkelakuan dengan cara yang dihormati dan professional.
• Bekerja secara berkesan dengan kumpulan yang pelbagai
• Menghormati budaya yang berbeza dan bersedia untuk bekerja secara
berkesan dengan individu daripada pelbagai latar belakang sosial dan
budaya.
• Memberi respons secara berfikiran terbuka kepada idea dan nilai yang
berlainan.
• Mengurus projek
• Tekun untuk mencapai matlamat walaupun berhadapan dengan
halangan dan tekanan.
• Bertanggungjawab dengan individu lain
• Bertindak dengan tanggungjawab dan memikirkan tentang
kepentingan komuniti yang lebih besar.
• Beberapa persoalan timbul mengenai pentaksiran pembelajaran
kolaboratif.
• Apabila mentaksir, adakah hasil kerja individu ataupun hasil kerja
kumpulan yang lebih penting sebagai hasil daripada kolaborasi?
• Bagaimanakah pula keupayaan individu untuk bekerjasama dengan
individu lain dalam kumpulan?
• Webb (1997) menegaskan bahawa pentaksiran secara tradisional
menilai hasil sama ada untuk kerja individu atau kerja
berkumpulan.
• Namun, kini terdapat penekanan dan tumpuan pada keupayaan
individu untuk bekerjasama dengan individu lain dalam kumpulan.
• Cabaran dalam pentaksiran kemahiran kolaboratif adalah
bagaimanakah untuk menentukan prestasi individu.
• Ia berkaitan dengan persoalan bagaimanakah untuk memberikan
markah kepada setiap ahli kumpulan bagi memastikan kecekapan
sebenar setiap ahli dapat diukur.
• Perkara ini mungkin mudah untuk dilakukan pada kumpulan yang
kecil, namun, cabaran yang sebenar adalah pentaksiran dalam
kumpulan berskala besar.
MENINGKATKAN
PEMBELAJARAN
KOLABORATIF
• Rakan Perkongsian utk pembelajaran abad ke-21 menghadirkan 6
peringkat pendidikan utk inisiatif-inisiatif pembelajaran
kolaboratif
1. Bilik darjah – kolaborasi dlm persekitaran bilik darjah
2. Sekolah – kolaborasi merentas bilik darjah dan peringkat
3. Luar sekolah – program, aktiviti, perkhidmatan dsb
4. Daerah sekolah – mengenalpasti bagaimana sumber-sumber
digunakan utk menggalakkan kolaborasi dlm ruang-ruang
pembelajaran & budaya
5. Peringkat negeri – galakkan latihan-latihan pengajaran dan
persekitaran pembelajaran yg menggalakkan kolaborasi
6. Peringkat kebangsaan – sokongan berterusan utk penyelidikan yg
sedang dijalankan keatas kolaborasi yg berkesan

• Setiap peringkat menumpukan perbincangan kepada tiga aspek


penting – Intervensi, pentaksiran dan penilaian.

Anda mungkin juga menyukai