Contoh Karangan Banjir PDF
Contoh Karangan Banjir PDF
Contoh Karangan Banjir PDF
CONTOH KARANGAN
Bahasa Kitani
Berdua nargi
Maksud mempunyai dua tempat kediaman. Contoh Ayat Walaupun dia sudah berpindah ke rumah perpindahan namun dia masih tinggal di Kampong Ayer. Rupa-rupanya dia berdua nargi.
Hujan lebat yang turun sejak kebelakangan ini telah menyebabkan kampung kamu dilanda banjir. Ceritakan suasana dan keadaan di kampung kamu semasa banjir itu.
Sejak beberapa hari yang lalu, hujan lebat turun tidak berhenti-henti di kampung saya dari pagi hingga lewat petang dan sekali-sekala diikuti angin kencang serta rebut petir. Oleh kerana kampung saya terletak di kawasan tanah rendah, jadi paras air semakin hari semakin meningkat. Keadaan ini menyebabkan para penduduk mula berasa bimbang akan berlakunya banjir. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami mula mengemaskan barang-barang yang penting dan berharga. Pada bila-bila masa saja kami akan berpindah ke tempat yang lebih selamat. Akhirnya, pihak berkuasa mengumumkan bahawa paras air sudah berada di paras bahaya dan semua penduduk kampung perlu dipindahkan dengan segera. Kelihatan pasukan penyelamat yang terdiri daripada anggota-anggota bomba, polis dan askar mula memindahkan mangsa-mangsa banjir ke pusat pemindahan dengan sampan dan bot. Barang-barang yang penting dan berharga juga dipindahkan ke tempat yang selamat. Dalam masa beberapa jam sahaja, semua penduduk kampung sudah dipindahkan. Yang tinggal hanyalah hasil-hasil tanaman penduduk kampung yang musnah teruk di samping kenderaan-kenderaan yang tidak sempat dipindahkan. Nasib baik tiada kemalangan jiwa berlaku. Kami meninggalkan kampung kesayangan kami dengan perasaan yang sedih kerana seluruh kampung sudah hampir ditenggelami air. Namun apa yang boleh kami lakukan ialah berdoa agar air bah akan surut dengan cepat dan keadaan kembali seperti biasa.
Kebanyakan penduduk kampung ditempatkan di pusat-pusat pemindahan yang disediakan. Ada yang berpindah ke rumah sanak saudara. Semasa berada di pusat pemindahan, kami dibekalkan pakaian dan alat-alat keperluan harian oleh pihak kerajaan dan badan-badan kebajikan. Kaum wanita pula bergotong-royong untuk menyediakan makanan. Oleh kerana semua sekolah yang berdekatan ditutup, maka para pelajar tidak perlu menghadiri kelas. Jadi, kami menghabiskan masa dengan bermain bersama-sama, menonton televisyen dan tidak lupa juga mengulangkaji pelajaran. Kami hidup seperti sebuah keluarga yang besar, tanpa mengira kaum dan latar belakang. Banjir yang disifatkan sebagai yang paling dahsyat dalam sejarah kampung kami akhirnya surut selepas seminggu. Sekali lagi, kami dibantu oleh anggota-anggota penyelamat untuk memindahkan barang-barang kami ke rumah masing-masing. Sekembali ke kampung, kami berasa sungguh sedih apabila melihat keadaan di sekeliling rumah yang begitu kotor kerana dipenuhi sampah dan lumpur. Barang-barang yang tidak sempat dipindahkan ada yang sudah rosak. Binatang-binatang ternakan mati lemas dan tanaman turut musnah. Setiap keluarga mengalami kerugian yang besar. Kami terpaksa menghabiskan masa selama dua hingga tiga hari untuk membersih dan mengemaskan rumah masing-masing. Banjir yang dahsyat ini meninggalkan kenangan pahit buat semua penduduk kampung. Kami berdoa agar kejadian sebegini tidak akan berlaku lagi dan berharap agar pihak berkuasa membaiki sistem perparitan dan mendirikan benteng-benteng di tepi sungai untuk memastikan banjir yang dahsyat sebegini tidak berulang lagi.
Berkulat tangga
Maksud Terlalu lama menghilang. Contoh Ayat Setelah berkulat tangga barulah dia menjejakkan kakinya ke rumah saudaranya itu.
Berganti sarung
Maksud kahwin lagi. Contoh Ayat Setelah lama menjanda barulah dia berganti sarung tahun ini.
DIALEK MELAYU BRUNEI (ehsan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei)
baksis
Maksud hadiah ( wang ) Contoh Ayat Selapas pincin, ia mendapat baksis.
balibit
Maksud permukaan (bukit, jalan raya, dll) yang tidak rata.
balingkuk
Maksud tidak lurus; bengkok.