Ucapan Majlis Perlancaran Program

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 3

UCAPAN MAJLIS PERLANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG DAN MENTOR MENTEE Tarikh : Masa : Tempat : Terima kasih pengacara

majlis. Yg. Berusaha Para Penolong Kanan, Guru-Guru ..kanan, Guru2 cemerlang, T Hj Shamsudin, sebagai gur2 bimbingan dan kaunseling, Rakan2 guru serta semua murid/Murid-murid yang saya yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum, SALAM SEJAHTERA, SELAMAT PAGI kepada semua. Pertama-tama, saya ingin mengucapkan Tahniah dan syabas kepada JK pengelola kerana berjaya mengelolakan pelancaran program ini dengan cemerlangnya. INI menunjkkan tanda kerjasama dan permuafakatan yang sentiasa terjalin di SMK Dato Kamarudin. Tuan-tuan dan puan-puan serta murid-murid yang saya kasihi sekalian, Program Guru Penyayang dan Mentor-Mentee yang di ilhamkan oleh Y Bhg. Dato Seri Abdul Ghaffar b Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, dilancarkan Kementerian Pelajaran Malaysia pada 1Mac 2012 di semua sekolah di seluruh pelosok Negara. 1. Program ini bertujuan untuk menunjukkan SIFAT KEPEDULIAN(concerned) guru terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasihsayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling hormat-menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. 2. Di samping itu, program ini dilaksanakan untuk menawan jiwa raga(heart and mind) murid agar mereka menghargai dan menyayangi sekolah, guru, ibu bapa, masyarakat dan Negara. Para pelajar yang dikasihi sekelian, APA MAKSUD PENYAYANG.. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan berbelaskasihan serta menghormati orang lain. Penyayang atau caring bermaksud merasa prihatin dan empati terhadap orang lain. Ini bermakna guru penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat kepedulian (concerned) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters / no child left behind) Dengan cara mengamalkan sifat dan perlakuan seperti yang disebut tadi. Seorang guru penyayang sentiasa mengutamakan kebajikan dan pembelajaran muridnya. Guru SENTIASA MEMBERI didikan dan tunjuk ajar dengan penuh kesabaran sehingga muridnya menguasai pelajaran (menitikbertakan outcome daripada output).

SEMUA GURU YAG BERADA DIHADAPAN ANDA NI MERUPAKAN GURUPENYAYANG BUKTIYA Guru percaya dan yakin (believe and have faith) pada muridnya. Dengan cara ini muridnya akan yakin dan percaya dengan kebolehan diri sendiri . Nel Noddings (1988) and Lisa Goldstein, Suatu kajian dan tulisan menyatakan bahawa penyayang itu satu proses ;iaitu, sesuatu yang guru buat dan bukan apa yang guru rasa . Ini bermaksud tingkahlaku guru dalam bilik darjah dan semasa interaksinya dengan murid-muridnya menggambarkan sikap penyayang seorang guru. Sifat penyayang itu nilai moral yang diamalkan guru selalu dandapat dirasakan muridnya. Guru penyayang; mengenali muridnya dengan rapat, mengetahui dan memahami kebolehan, kekuatan dan kelemahan muridnya tetapi juga berusaha membantu murid itu meningkatkan kekuatannya, dan mengatasi kelemahannya. Pendek kata, guru penyayang membantu murid membangunkan potensinya ke tahap semaksimum mungkin. Guru penyayang juga merupakan pendengar yang sabar dan setia. Dengan bersifat reseptif dan mendengar kepada masalah murid, mesra dan boleh didampingi. Satu lagi ciri guru penyayang ialah guru itu sentiasa berusaha melebihi tanggungjawabnya, iaitu go above and beyond untuk membantu muridnya di dalam dan di luar bilikdarjah. Ringkasnya guru penyayang sentiasa go the extra mile untuk membantu muridnya,terutamanya murid-murid yang pemalu atau yang menghadapi masalah pembelajaran. OK Para pelajar yang disayangi sekelian Anda, para pelajar mempunyai kebolehan pembelajarandan tahap kefahaman yang berbeza-beza. Ada yang cepat faham konsep yang diajar,sementara terdapat murid yang menghadapi kesukaran untuk memahami pengajaran guru. Guru sentiasa peka kepada masalah mereka ini. Sesuai dengan prinsip No child left behind Guru sentiasa peka dan sensitif terhadap keperluan individu yang berbeza-beza ini akan dapat membantu murid berkeperluan khas untuk sama-sama mencapai kejayaan seperti rakan-rakannya yang lain.

Satu lagi kajian kajian yang dibuat 30 tahun kebelakangan ini semakin menunjukkan kepentingan hubungan guru penyayang dalam meningkatkan motivasi, penbelajaran dan pencapaian murid. Kajian-kajian mendapati bahawa guru penyayang dapat mewujudkan persekitaran bilik darjah yang lebih kondusif dan mesra,menggalakkan murid untuk menunjukkan tingkahlaku sosial yang lebih bertanggungjawab RASuLULLAH, 1. Sesiapa yang tidak mengasihi, dia tidak dikasihi. Mengucup cucunya Hassan,

2. Umamah binti Al Assdi atas bahu. Ruku didudukkan di atas lantai, didokong semula apabila bangun meneruskan solat .BERSABAR 3. Sesungguhya aku bagi kamu seperti BAPA terhadap anaknya, 4. IMAM ALGGAZALI, guru hendaklah mmandang murid seperti anaknya sendiri, menyayangi, memperlaku seperti layaknya anak sendiri

Tentu sahaja. Murid-murid yang merasakan guru mereka penyayang didapati lebih berjaya dan kurang kemungkinan tercicir dari persekolahan. Program Mentor Mentee, program ini telah lama wujud Mentor berasal dari perkataan Greek yang bermaksud rakan, kaunselor atau guru yang boleh dipercayai. Mentor biasanya terdiri dari orang yang mempunyai pengalaman dalam memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukannya. Mentee pula dirujukan kepada individu yang menerima pertolongan. Dalam memberi khidmatmenolong, mentor yang berpengetahuan danberpengalaman bertindak sebagai pembimbing, rakan dan guru kepada mentee yang memerlukanbantuan untuk menambahbaikan lagi dirinya sama ada dalam konteks pembentukan kerjaya,pendidikan, kerohanian, kesihatan mental dan dalam apa jua aspek-aspek pembangunan diri. Dalam konteks sekolah, mentor itu biasanya guru dan mentee adalah murid. Program mentormentee ini bertujuan untuk menentukan bahawa setiap murid itu mempunyai orang yang lebih arif yang boleh dirujuknya dan mendapatkan bimbingan danbantuan dalam menyelesaikan masalah. Mentor boleh memantau kemajuan menteenya. Program mentor-mentee ini boleh dilihat sebagai satu kaedah pengisian atau amalan guru penyayang. Sidang hadirin yang saya hormati sekalian, Membudayakan amalan penyayang merupakansifat professional guru dalam hubungannya dengan murid, ibu bapa, dan komuniti. Jika sifat professional askar ialah disiplin dan kepatuhan, sifat professional guru ialah penyayang. Hanya dengan mengamalkan amalan penyayang, dapat gurumelaksanakan tugas hakikinya mendidik dan membentuk sahsiah murid-murid. Saya percaya bahawa jika amalan guru penyayang ini dapatbanyak gejala sosial, salahlaku disiplin, dan keciciran di kalangan muridsekolah akan dapat dikurangkan. Pada masa yang sama, pembelajaran dan pencapaian dalam peperiksaan awam akan dapat ditingkatkan. Terima kasih dan tahniah sekali lagi kepada.. dengan ini saya bagipihak pengetua melancarkan Program Guru Penyayang dan Mentor dan Mentee Peringkat Sekolah menenah DatoKAmaruddin dengan rasminya. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai