Teori Pembelajaran Sosial Dan Pendekatan Humanis

Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 52

Pelopor Teori Pembelajaran Bandura

Dalam tahun 1941, Miller dan Dollard telah mencadangkan bahawa teori pembelajaran dan peniruan yang menolak anggapan teori tingkah laku tradisional. Ini disebabkan oleh teori pembelajaran tersebut gagal untuk mengambil kira perihal respons baru, iaitu proses melambat atau menyegerakan proses pengukuhan peniruan. Ramai antara ahli psikologi behavioris mendapati bahawa pelaziman operan memberi keterangan yang terhad tentang pembelajaran. Ada antara mereka yang telah meluaskan pandangan mereka tentang pembelajaran dengan menambah proses- proses kognitif seperti jangkaan, pemikiran dan kepercayaan yang tidak boleh diperhatikan secara langsung. Satu contoh tentang pandangan seperti ini telah dikemukakan oleh Albert Bandura dalam teori kognitif sosial. Bandura percaya bahawa pandangan ahli teori behavioris tentang pembelajaran walaupun tepat tidaklah lengkap. Mereka hanya memberi sebahagian sahaja keterangan tentang pembelajaran dan tidak mengambil kira aspek- aspek penting terutamanya pengaruh- pengaruh sosial ke atas pembelajaran. Dalam tahun 1963, Albert Bandura dan Walters telah menghasilkan buku Skop Learning and Personality Development, di mana beliau meluaskan skop teori pembelajaran dengan menjelaskan lagi prinsip pembelajaran pemerhatian dan peneguhan.

biodata
Albert Bandura dilahirkan di Mundare Northern Alberta Kanada, pada 04 Disember 1925. Masa kecil dan remajanya dihabiskan di desa kecil dan juga mendapat pendidikan di sana. Semasa di University of British Columbia, beliau menaiki bas awal kerana terpaksa berebut dengan pelajar jurusan lain memandangkan kelas pengenalan psikologii adalah satu -satunya kelas yang paling awal diadakan di universiti tersebut.

Kemudian, beliau melanjutkn pelajaran ke Universiti Iowa dan di sini beliau banyak dipengaruhi oleh Kenneth Spence, seorang pakar psikologii pembelajaran yang terkenal pada ketika itu.

Albert Bandura sangat terkenal dengan teori pembelajaran sosial (Sosial Learning Theory), salah satu konsep dalam aliran behaviorisme yang menekankan pada komponen kognitif dari pemikiran, pemahaman dan evaluasi. Albert Bandura menjabat sebagai ketua APA pada tahun 1974 dan pernah dianugerahi penghargaan Distinguished Scientist Award pada tahun 1972.

Semasa bertugas sebagai tenaga pengajar, Beliau sangat disayangi oleh pelajar-pelajarnya kerana sikap beliau yang ambil berat dan sanggup memberi bantuan maklumat yang mereka perlukan.

Teori Sosial
Mazhab sosial menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori mazhab behavioris dengan mazhab kognitif. Ia juga dikenali sebagai mazhab neobehavioris. Teori ini juga dikenali sebagai Teori Perlakuan Model. Albert Bandura, seorang tokoh mazhab sosial ini menyatakan bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan permodelan. Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar.

Teori Bandura
Bandura menggunakan sekumpulan kanak- kanak tadika berumur 36 tahun untuk menjalankan kajian dan berjaya membuktikan bahawa kanak- kanak keseluruhannya meniru model yang ditonton dengan gaya yang lebih agresif. Beliau merumuskan bahawa pelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Teori pembelajaran sosialis menekankan pembelajaran melalui proses permodelan iaitu pembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan. Teori ini terdiri daripada teori permodelan Bandura.

CIRI- CIRI TEORI PEMODELAN BANDURA : Unsur-unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa , misalan dan teladan

Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai model dan akan menguasai kemahiran itu jika dia memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan. Proses pembelajaran meliputi pemerhatian , pemikiran , peringatan ,peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai.

PRINSIP PEMBELAJARAN MELALUI PEMERHATIAN/ PERMODELAN


Bandura (1986) mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan iaitu

Tumpuan
Penyimpanan penghasilan

motivasi.

1) Tumpuan ('Attention') Subjek harus memberi tumpuan kepada tingkahlaku model untuk membolehkannya mempelajarinya. Sama ada subjek memberi perhatian atau tumpuan tertakluk kepada nilai, harga diri, sikap, dan lain-lain yang dimiliki. Contohnya, seorang pemain muzik yang tidak yakin diri mungkin meniru tingkahlaku pemain muzik terkenal sehingga tidak mewujudkan stailnya yang tersendiri.Bandura & Walters (1963) dalam buku mereka "Sosial Learning & Personality Development" menekankan bahawa hanya dengan memerhati seorang lain pembelajaran boleh berlaku.

2) Penyimpanan ('Retention') Subjek yang memerhati harus mengekod peristiwa itu dalam sistem ingatannya. Ini membolehkan subjek melakukan peristiwa itu kelak bila diperlukan atau diingini.

3) Penghasilan ('Reproduction') Setelah mengetahui atau mempelajarai sesuatu tingkahlaku, subjek juga mesti mempunyai kebolehan mewujudkan atau menghasilkan apa yang disimpan dalam bentuk tingkahlaku. Contohnya, memandu kereta, bermain tenis. Bagi sesetengah tingkahlaku kemahiran motor diperlukan untuk mewujudkan komponen-komponen tingkahlaku yang telah diperhatikan. 4) Motivasi Motivasi juga penting dalam pemodelan Albert Bandura kerana ia adalah penggerak individu untuk terus melakukan sesuatu.

Bandura mengajukan usulan untuk mengembangkan strategi proses pembelajaran iaitu seperti yang berikut:

Strategi Proses 1. Analisis Tingkah Laku Yang Akan Dijadikan Model Terdiri Daripada: a. Apakah karakteristik dari tingkah laku yang akan dijadikan model itu berupa konsep, kemahiran motor atau efektif? b. Bagaimanakah urutan atau sekuen dari tingkah laku tersebut? c. dimanakah letaknya hal-hal yang penting (key point) dalam sekuen tersebut?

2. Tetapkan Fungsi Nilai Dari Tingkah Laku Dan Pilihlah Tingkah Laku Tersebut Sebagai Model.

a. Apakah tingkah laku (kemampuan yang dipelajari) merupakan hal yang penting dalam kehidupan dimasa datang? (Success prediction)
b. Bila tingkah laku yang dipelajari kurang memberi manfaat (tidak begitu penting) model manakah yang lebih penting?

c. Apakah model harus hidup atau simbol? Pertimbangan soal pembiayaan, pengulangan demonstrasi dan kesempatan untuk menunjukkan fungsi nilai dan tingkah laku.
d. Apakah peneguhan yang akan didapat melalui model yang dipilih?

3. Pengembangan Sekuen a. Untuk mengajar motor skill, bagaimana cara untuk mengerjakan sesuatu pekerjaan/ kemampuan yang dipelajari: how to do this dan bukannya not this. 4. Implementasi pengajaran untuk menunut proses kognitif dan motor reproduksi.

EKSPERIMEN ALBERT BANDURA


Eksperimennya yang sangat terkenal adalah eksperimen Bobo Doll yang menunjukkan kanak-kanak meniru seperti perilaku agresif dari orang dewasa disekitarnya Albert Bandura, seorang tokoh mazhab sosial ini menyatakan bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan permodelan. Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar.

KUMPULAN A = Disuruh memerhati sekumpulan orang dewasa memukul, menumbuk, menendang dan menjerit ke arah patung besar Bobo.

Hasil = Meniru apa yang dilakukan orang dewasa malahan lebih agresif.
KUMPULAN B = Disuruh memerhati sekumpulan orang dewasa bermesra dengan patung besar Bobo. Hasil = Tidak menunjukkan sebarang tingkah laku agresif seperti kumpulan A.

Rumusan: Tingkah laku kanak-kanak dipelajari melalui peniruan/ permodelan. Hasil keseluruhan eksperimen: Kumpulan A menunjukkan tingkah laku lebih agresif dari orang dewasa. B dan C tidak menunjukkan tingkah laku agresif. RUMUSAN: Tingkah laku peniruan/permodelan adalah hasil dari peneguhan.

Teori Bandura lebih lengkap dibandingkan teori belajar sebelumnya karena itu menekankan bahwa lingkungan dan perilaku seseorang dihubungkan melalui sistem kognitif orang tersebut. Bandura memandang tingkah laku manusia bukan semata-mata refleks atas stimulus (S-R bond), melainkan juga akibat reaksi yang timbul akibat interaksi antara lingkungan dengan skema kognitif manusia itu sendiri. Pendekatan teori belajar sosial lebih ditekankan pada perlunya conditioning (pembiasaan merespon) dan imitation (peniruan). Selain itu pendekatan belajar sosial menekankan pentingnya penelitian empiris dalam mempelajari perkembangan kanak-kanak. Penelitian ini berfokus pada proses yang menjelaskan perkembangan kanak-kanak, faktor sosial dan kognitif.

Pendekatan humanis
Pendekatan ini dipelopori oleh Abraham Maslow. Menurut beliau manusia sebagai insan yang baik serta mulia dan mempunyai dorongan sejati untuk berkembang ke arah kesempurnaan diri. Pendekatan Abraham Maslow ini digunakan untuk melihat keperluan manusia untuk mencapai kesempurnaan kendiri.

Pelopor:
Carl rogers Abraham maslow

Menurut Teori humanistik, tujuan belajar adalah untuk memanusiakan manusia. Proses belajar dianggap berhasil jika si pelajar memahami lingkungannya dan dirinya sendiri. Pelajar dalam proses belajarnya harus berusaha agar lambat laun ia mampu mencapai aktualisasi diri dengan sebaik-baiknya. Teori belajar ini berusaha memahami perilaku belajar dari sudut pandang pelakunya, bukan dari sudut pandang pengamatnya.

Biodata
Abraham Harold Maslow lahir pada 1 April 1908 di Brooklyn, New York. Mengikuti pengajian psikologi di Universiti Cornell, Universiti WisconsinMadison. Mendapat ijazah sarjana muda pada tahun 1930, peringkat sarjana pada tahun 1931 serta diiktiraf dengan gelaran doktor falsafah pada tahun 1934. berkahwin dengan Bertha Goodman dan mempunyai dua orang anak. merupakan antara pengasas kepada Institut Esalen di California.meninggal dunia pada 8 Jun 1970, akibat serangan jantung

Abraham Harold Maslow Teori Maslow didasarkan pada dasarnya bahawa di dalam diri individu ada dua perkara: Suatu usaha yang positif untuk mengembangkan kekuatan untuk melawan atau menolak perkembangan itu. Maslow mengemukakan bahawa individu berperilaku dalam upaya untuk memenuhi keperluan yang bersifat hirarki.

ESTETIK
PENGETAHUAN PENYEMPURNAAN KENDIRI PENGHARGAAN DIRI KASIH SAYANG SEKUNDER

KESELAMATAN
FISIOLOGI

PRIMER

Maslow membahagikan keperluan-keperluan manusia menjadi tujuh hierarki. Bila seseorang telah dapat memenuhi keperluan pertama, seperti keperluan fisiologi, barulah ia dapat menginginkan keperluan yang terletak di atasnya dan seterusnya. Hierarki keperluan manusia menurut Maslow ini mempunyai implikasi yang penting yang harus didalami oleh guru pada waktu guru tersebut mengajar anak-anak muridnya. Ia mengatakan bahawa perhatian dan motivasi belajar ini mungkin berkembang sekiranya keperluan dasar pelajar tersebut belum dipenuhi.

Keperluan fisiologi

Manusia perlu memenuhi keperluan asas. Mengikut Maslow, manusia sama ada dalam hidupnya ataupun bekerja dalam organisasi akan berusaha mendapatkan keperluan asas terlebih dahulu. Selagi keinginan ini tidak dipenuhi, seseorang akan bertindak demi mendapatkan kepuasan keinginannya.

Keperluan Keselamatan

Keinginan yang tergolong dalam keinginan keselamatan ialah kestabilan, pergantungan, perlindungan, bebas daripada ketakutan dan kebimbangan. Termasuk keinginan kepada struktur, peraturan, undang-undang, had-had dsb. Manusia perlu hidup dan bekerja bebas daripada bahaya, ancaman dan tekanan. Manusia memerlukan persekitaran yang selamat supaya kehidupan dan kerja seharian mereka berkeadaan terjamin.

Keperluan Kasih Sayang dan Sosial

Manusia memerlukan kemesraan, sokongan moral, dan perasaan kekeluargaan daripada orang-orang di sekeliling mereka. Manusia yang bertugas dalam organisasi memerlukan pihak pengurusan yang dapat menghayati keperluan mereka, peka terhadap masalah yang mereka hadapi serta memberi sokongan moral terhadap tugas yang sedang dijalankan. Jika keperluan sedemikian tidak disediakan secara memuaskan, ahli-ahli organisasi akan bertindak dan menjejaskan perjalanan organisasi.

Keperluan Penghargaan Diri

Maslow memecahkan keperluan ini kepada dua kategori : -keperluan untuk penghormatan. -keperluan kepada nama baik (good reputation).

Manusia memerlukan kewibawaan dalam menjalankan tugas.


Mahukan sumbangan dianggap penting dan diberi penilaian yang tinggi. Jika sumbangan tidak diiktiraf dan disanjung sewajarnya oleh pihak pengurusan, minat dan motivasi pekerja untuk berkhidmat dalam organisasi akan menjadi lemah.

Keperluan Pencapaian Hasrat Diri


Maslow menyatakan keperluan ini adalah untuk : for strength, for achievement, for adequacy, for confidence in the face of the world, and independence and freedom . Manusia memerlukan sesuatu yang dapat mengembangkan potensi kebolehan mereka untuk mendapat pencapaian yang paling tinggi. Dalam organisasi, pekerja mengharapkan pihak pengurusan akan melengkapkan atau meningkatkan infrastruktur yang terdapat dalam organisasi supaya dapat meningkatkan potensi dan kebolehan mereka. Jika gagal,mereka akan berasa kecewa dan menjejaskan produktiviti dan prestasi individu serta organisasi.

Keperluan Mengetahui Keperluan mengetahui adalah berkaitan dengan perasaan ingin tahu sesuatu perkara. Ia berhubung juga dengan keperluan mencari, menyusun serta menganalisis sesuatu maklumat. Untuk mengetahui sesuatu perkara, seseorang itu mestilah berusaha mencari jawapan mengenai makna kehidupannya dan tentang kewujudan dirinya. Dalam konteks sekolah, guru mestilah sentiasa mengajar dengan cara ikuiri penemuan dan kajian supaya semua pelajar dapat melibatkan diri dalam proses mencari maklumat dan pemikiran reflektif.

Keperluan Estetik Keperluan estetik adalah merujuk kepada keperluan manusia untuk memiliki dan memahami keindahan dan kecantikan dalam dirinya. Salah satu untuk memiliki perasaan tersebut adalah dengan cara memiliki baranganyang cantik dan mempunyai unsur-unsur kesenian dalam dirinya. Akibat keperluan ini manusia sanggup membelanjakan beratus malahan beribu ringgit untuk memiliki barangan yang indah . Dalam konteks sekolah pula, pelajar perlu digalakkan supaya lebih melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dapat mengembangkan otak kanan mereka seperti dalam bidang drama, muzik dan sebagainya

Kesimpulan

Teori Maslow lebih banyak berlandaskan kepada keinginan manusia yang bersifat tabii dan universal. Keperluan atau keinginan mesti dipenuhi dan dicapai bagi kesempurnaan perjalanan individu. Teori ini memainkan peranan yang besar kepada mereka yang berurusan dengan manusia sama ada mengurus, mentadbir atau mengetuai.

Biodata
Dilahirkan Januari 8 di Oak Park, lllinois, 1902 dan meninggal 1987. Dilahirkan dalam keluarga yang kuat berdisplin, penuh keagamaan dan bermoral tinggi. Rogers mula belajar di Universiti of Winconsin dalam bidang pertanian tetapi dua tahun kemudian bertukar kepada bidang keagamaan di Union Theological seminary di New York. Walau bagaimanapun Rogers keluar dari kumpulan keagamaan kerana mempertikaikan beberapa doktrin agama serta mempersoalkan tentang makna kehidupan. Beliau lebih memikirkan dirinya sebagai seorang ahli psikologi klinikal dan berikutnya beliau terus melanjutkan pelajaran ke Teachers College, Columbia Universiti dan mendapat Ph.D 1928. Semasa di Columbia, sudah nampak Rogers cuba mengharmonikan idea idea yang bertentangan seperti fahaman Freudian dengan metod statistik saintifik. Kemudian fahaman keagamaan dengan fahaman saintifik, gerakhati dengan objektif dan klinikal dengan statistik. Gelaran profesor diterima di Ohio State tahun 1960. Tahun 1942, ia menulis buku pertamanya, Counseling and Psychotherapy dan secara bertahap mengembangkan konsep Client-Centerd Therapy.

Teori Humanistik Mengikut Pandangan Carl Rogers


Carl Rogers adalah satu satunya pakar yang amat mementingkan manusia sebagai manusia, dan menyangkal keras pandangan yang melihat manusia sebagai objek yang boleh dimanipulasi sama ada dari dalam atau luar. Beliau juga mementingkan perkembangan manusia yang positif dan melihat semua manusia sebagai entiti entiti yang baik dan mulia. Semua tingkah laku mereka didorong oleh pencapaian kesempurnaan kendiri. Ada beberapa suasana atau keadaan yang dapat membantu manusia untuk berkembang secara positif. Amir Awang (1987) mencatatkan tiga suasana tersebut, iaitu : 1. 2. Kejujuran, keikhlasan dan kebenaran. Penerimaan tanpa syarat dan perasaan ambil berat.

3.

Kefahaman yang mendalam.

Dalam membentuk teori personaliti kemanusiaan, Rogers memberi tumpuan kepada individu dan kendirinya. Mengikut pendapatnya lagi, seseorang itu mempersepsikan objek serta pengalaman pengalaman dan memberi makna kepadanya. Sistem persepsi dan pemberian makna yang berkeseluruhan ini membentuk ruang fenomenal individu berkenaan dan dalamnya, ada peristiwa yang disedari serta ada yang tidak disedarinya.

Rogers membezakan dua jenis belajar, iaitu:


1. Kognitif 2. Experiential ( pengalaman atau signifikansi)

Guru menghubungan pengetahuan akademik ke dalam pengetahuan terpakai sebagai contoh, seseorang individu tersebut memperlajari mesin dengan tujuan untuk memperbaiki kereta. Pembelajaran experiential merujuk kepada pemenuhan keperluan dan keinginan pelajar. Kualiti pembelajaran experiential merangkumi:penglibatan pelajar secara individu, berinisiatif, evaluasi oleh perlajar itu sendiri, serta adanya kesan yang berpusatkan kepada pelajar.

Menurut Rogers yang terpenting dalam proses pembelajaran adalah pentingnya guru memperhatikan prinsip pendidikan dan pembelajaran, iaitu: Menjadi manusia bererti memiliki kekuatan yang wajar dan semangat untuk belajar. Pelajar tidak harus belajar tentang hal-hal yang tidak ada faedah serta kelebihannya. Pelajar akan mempelajari hal-hal yang bermakna bagi dirinya. Pengorganisasian bahan pelajaran bererti menghubungkan antara organisasi bahan dan idea baru sebagai bahagian yang bermakna dan penting bagi diri individu tersebut. Pembelajaran yang bermakna dalam masyarakat moden masa kini bererti belajar tentang proses

Oleh itu, pembelajaran yang menarik minat mereka akan lebih mudah diterima apabila ancaman luaran berada pada tahap minimum. Maka pembelajaran yang berlaku adalah atas usaha pelajar itu sendiri adalah lebih kekal dan bermakna. Semangat inkuiri terbuka yang tinggi di dalam diri individu dapat memupuk sifat peneguhan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dengan lebih berkesan

Contoh situasi mengikut pandangan Carl Rogers:

Hakimi murid tahun lima yang tidak mendapat kasih sayang dari ibu bapanya dan sentiasa dinafikan haknya dari adik beradiknya yang lain. Situasi ini telah menyebabkan hakimi suka menyendiri dan tidak yakin pada dirinya sendiri sehingga menjejaskan pelajarannya.

PRINSIP-PRINSIP
Dari bukunya Freedom To Learn, ia menunjukkan sejumlah prinsip-prinsip dasar humanistik yang penting diantaranya ialah :

Manusia itu mempunyai kemampuan belajar secara pengalaman sendiri. Pembelajaran yang signifikan terjadi apabila seseorang itu masteri dalam pelajaran yang dirasakan mempunyai relevansi dengan maksud-maksud sendiri. Pembelajaran yang menghalang perubahan di dalam persepsi mengenai dirinya sendiri diangap mengancam dan cenderung untuk ditolaknya. Tugas-tugas belajar yang mengancam diri ialah lebih mudah dirasakan dan diasimilasikan apabila ancaman-ancaman dari luar itu semakin kecil. Apabila ancaman terhadap diri pelajar rendah, pengalaman dapat diperolehi dengan berbagai cara yang berbeza-beza dan terjadilah proses belajar.

Pembelajaran yang bermakna diperoleh pelajar dengan melakukannya perkara tersebut sendiri.

Pembelajaran berjalan lancar apabila pelajar dilibatkan dalam proses belajar dan mengikut tanggungjawab terhadap proses pembelajaran itu.
Pembelajaran inisiatif sendiri yang melibatkan peribadi pelajar yang kuat, baik perasaan mahupun intelek, merupakan cara yang dapat memberikan hasil yang mendalam dan lestari dalam diri.

Kepercayaan terhadap diri sendiri, kemerdekaan, kreativiti lebih mudah dicapai terutama jika pelajar dibiasakan untuk mengawasi diri dan mengritik dirinya sendiri dan penilaian dari orang lain merupakan cara kedua yang penting. Pembelajaran yang paling berguna secara sosial di dalam dunia moden ini adalah belajar mengenai proses belajar, suatu keterbukaan yang terus menerus terhadap pengalaman dan penyatuannya ke dalam diri sendiri mengenai proses perubahan tersebut.

Perspektif islam
Pandangan Saidina Omar Kata-kata Saidina Umar Al-Khattab yang masyhur tentang mendidik anak iaitu bermainlah dengan anak kamu selama 7 tahun, umur 7 ke 14 tahun masa untuk mendisiplinkan anak dan apabila berusia 14 ke

21 tahun, berkawanlah dengan mereka.

Didik anak ikut zamannya.

Pandangan Saidina Ali


Saidina Ali juga berpesan supaya kita mendidik anak mengikut tahap kecerdikannya. Pesannya: Pada tujuh tahun yang pertama, bermain dengan anak kamu, didik anak kamu pada tujuh tahun berikutnya serta berkawan dengannya pada tujuh tahun selepas itu.

Hal ini bermakna kita hendaklah bermesra, bermain dan bergurau dengan anak yang berusia di bawah tujuh tahun. Selepas usianya tujuh tahun, kita wajar mendidik dan mendisiplinkan mereka serta diajarkan cara beribadah secara betul. Ketika ini juga hendaklah diajarkan menghormati hak orang lain dan menunaikan suruhan orang yang lebih tua.

Selepas usianya 14 tahun, kita perlu menjadi kawan mereka supaya mereka dapat merujuk masalah dan mengadu kepada kita jika berhadapan dengan masalah. Kebiasaannya pada usia ini, mereka akan mencari kawan lain sekiranya kita tidak menjadi kawan kepada mereka. Sekali mereka mencari kawan di luar, agak susah untuk kita menasihati mereka.

Dalam Mendidik Kanak-kanak: Pengasuh : wanita, kuat pegangan agama. Kanak-kanak jangan dibiarkan tidur pada waktu siang (malas). Ajar adab-adab makan. Ajar supaya kikis sikap angkuh. Jangan galakkan mengadu jika dimarahi guru.

Implikasi Terhadap Guru Menunjukkan kasih sayang terhadap pelajar Menjauhi diri daripada mengharapkan ganjaran Memperbaiki akhlak pelajar secara lembut Mengajar mengikut aras kebolehan

Mengamalkan apa yang diajarinya

IMPLIKASI TEORI-TEORI PEMBELAJARAN TERHADAP PEMBELAJARAN MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS


MASALAH PENGLIHATAN

Berikan gambaran yang jelas tentang bilik darjah dan sekolah. Guru hendaklah membawa kanak-kanak tersebut berjalan di persekitaran sekolah dan terangkan kepadanya apa yang dilihat. Semasa memandu arah, benarkan pelajar tersebut memegang anda.

Gunakan tulisan yang kasar-kasar apabila menulis di papan tulis dan menggalakkan juga supaya kanak-kanak lain melakukan perkara yang sama.

MASALAH PENDENGARAN

Kanak-kanak yang dilahirkan tanpa pendengaran tidak dapat bertutur. Oleh itu guru perlulah mengajar mereka cara-cara untuk menyampaikan buah fikiran, menyatakan keperluan, dan melepaskan perasaan.

Kanak-kanak yang dapat mendengar suara yang kuat selalunya mengalami perkembangan pertuturan yang lambat. Mereka patut diajar mendengar dan bercakap dengan baik. Mereka boleh berkomunikasi dengan cara lain juga iaitu bahasa isyarat.

Kanak-kanak ini mudah meradang. Mereka sukar menumpukan perhatian pada sesuatu perkara dengan agak lama. Maka, guru pelulah kreatif untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Antaranya guru boleh menggunakan tangan, mimik muka, gerak badan, menulis dan bercakap.

MASALAH PEMBELAJARAN

bahan-bahan, teknik, kaedah, teknologi pengajaran dan pembelajaran perlu disedia dan diubahsuai mengikut keprluan individu.

Gerak kerja serta aktiviti-aktiviti latihan dan pengukuhan perlu digred berpadanan dengan keupayaan individu dengan merujuk kepada Rancangan Pengajaran Individu (R.P.I)

Kerjasama dan interaksi yang baik dengan murid-murid serta guru-guru kelas boleh meningkatkan usaha dan kerja-kerja pemulihan.

Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran biasanya memerlukan aktiviti berstruktur. Aktiviti ini perlulah dirancang dengan teliti mengikut langkah-langkah kecil untuk membolehkan murud menguasai konsep atau kemahiran langkah demi langkah.

Anda mungkin juga menyukai