Artikel-Teknik Main Peranan

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 3

Nama : Unit :

Mohd Taufiq B. Mohd Desa ( 910904 08 6605 ) BM / PJ / PSK (A)

Tajuk Penulisan Artikel: Kekuatan dan Kelemahan Teknik Main Peranan Dalam Pengajaran Pendidikan Jasmani.

Menurut Wee Eng Hoe (1995), teknik ialah cara yang lebih khusus atau spesifik yang digunakan untuk mengajar atau menguji sesuatu kemahiran atau aspek yang lain. Seperti kaedah, teknik juga dipraktikkan di dalam bilik darjah untuk tujuan tertentu dalam mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik dicipta untuk membantu guru menjayakan sesuatu kaedah pengajaran. Bagi subjek Pendidikan Jasmani di sekolah rendah, terdapat beberapa teknik pengajaran yang boleh diaplikasikan oleh para guru bagi mempelbagaikan cara pengajaran mereka di dalam kelas seperti teknik main peranan. Main Peranan merupakan satu situasi yang melibatkan murid-murid memegang sesuatu peranan sama ada sebagai dirinya sendiri atau individu lain dan kemudiannya bertindak atau beraksi sebagaimana yang dikehendaki oleh situasi yang ditentukan. Menurut Helen Ten Hong Beng (1992), teknik main peranan amat sesuai untuk diaplikasikan dalam subjek Pendidikan Jasmani selain daripada teknik demonstrasi dan latih tubi. Murid-murid boleh belajar dan diajar untuk berfikir dan bercakap secara spontan serta melakukan aksi yang sesuai dengan situasi yang telah ditetapkan oleh para guru. Jika peranan yang diberikan kepada mereka berbeza daripada

pengalamannya yang sebenar, maka murid hendaklah diberikan peluang untuk menyediakan atau mendapatkan maklumat yang lengkap tentang peranan tersebut sama ada melalui pembacaan atau membuat rujukan daripada sumber-sumber tertentu. Di samping itu, guru juga boleh menyediakan maklumat tersebut mengikut keperluan. Teknik ini sebenarnya amat berkait rapat dengan prinsip pembelajaran yang terkandung dalam pembelajaran konstruktivisme. Menurut Yusoff Ismail (1992), teknik ini dilaksanakan dengan memberi perhatian kepada murid bagi memberikan peluang untuk mereka berkongsi persepsi atau pendapat sesama mereka. Selain itu,

ia turut menggalakkan murid untuk menghormati pendapat atau idea daripada rakan mereka. Malahan, teknik ini juga boleh digunakan dalam strategi pengajaran berpusatkan murid dan ia sekali gus akan menggalakkan murid untuk belajar dan bekerja secara berkumpulan. Pun begitu, teknik main peranan juga turut mempunyai kelemahan yang perlu diketahui oleh para guru. Misalnya, perasaan gelisah mungkin timbul di kalangan murid yang tidak pernah ada pengalaman berlakon Hal ini akan menyebabkan lakonan murid yang kurang baik dan pembelajaran menjadi tidak menarik. Ia seterusnya akan menimbulkan perasaan bosan di kalangan penonton dan mereka pula mungkin akan membuat bising atau mengejek kesilapan murid tersebut. Selain itu, melalui teknik ini juga hanya murid yang terlibat dalam aktiviti sebegini sahaja yang akan mendapat pengalaman secara langsung dan faedah-faedah daripada penggunaan teknik ini. Konklusinya, sebagai seorang guru yang cemerlang kita perlulah peka dengan tahap dan keupayaan murid-murid. Keberkesanan pengajaran subjek Pendidikan Jasmani adalah bergantung kepada keupayaan guru dalam

mempelbagaikan teknik pengajaran mereka dalam menarik perhatian dan minat murid-murid untuk terus belajar bersama guru.

(326 patah perkataan)

Senarai rujukan : Amran Lee Abdullah. (2007). Siri Pendidikan Jasmani dan Sukan Perancangan Kerja Tahunan Pendidikan Jasmani dan Penyediaan Pengajaran Harian. Petaling Jaya : Sutrapadu (M) Sdn. Bhd. Amran Lee Abdullah. (2007). Siri Pendidikan Jasmani dan Sukan Sukaneka / Sukan Ragam dan Permainan Kecil. Petaling Jaya : Sutrapadu (M) Sdn. Bhd. Helen Ten Hong Beng. (1992). Pengajaran Pendidikan Jasmani Awal Kanak-Kanak Belajar Melalui Pergerakan. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Teng Boon Tong. (2001). Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan. Petaling Jaya : Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd. Wee Eng Hoe. (2009). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Edisi Kedua. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd. Wee Eng Hoe. (1995). Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Edisi Kedua. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Yusoff Ismail. (1992). Strategi Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan KBSM. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

http://www.kssronline.com/p/teaching-aids-resources.html (1 Ogos 2012) http://www.staripoh.com/muat_turun/Bahan%20PPK/hsp/hsp_pjasmani.html (1 Ogos 2012)

Anda mungkin juga menyukai