31115554topik8tamadunbarat PDF

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 19

Topik

Tamadun Barat

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Menerangkan Zaman Kegelapan Eropah; Menghuraikan Zaman Kebangkitan (Rennaisance); Menjelaskan ciri-ciri penjajahan dan penerokaan; Merumuskan Zaman Pasca Kolonial; Menilaikan ciri-ciri umum tamadun Barat; dan Menaksirkan pemikiran kontemporari sains sosial Barat.

PENGENALAN

Tamadun Barat dikatakan tamadun dominan hingga ke hari ini. Namun, asasnya tetap dibina atas tamadun-tamadun yang terdahulu. Tamadun Barat juga mendapat input dari tamadun kontemporari dengannya. Kajian Tamadun Barat sering melibatkan tamadun terdahulu seperti tamadun Yunani, Rumawi, India, Islam dan Cina. Untuk modul ini, kita mulakan kajian kita dengan Zaman Kegelapan Eropah (Dark Ages), iaitu dari tahun 500 hingga 1000M.

118 X

TOPIK 8 TAMADUN BARAT

8.1

ZAMAN KEGELAPAN EROPAH

Secara kasarnya, Zaman Kegelapan Eropah berkaitan rapat dengan kemunculan dan kejatuhan tamadun Islam. Zaman Kegelapan Eropah (Dark Ages): 500- 1000. Islam dan zaman kebangkitan Islam - Nabi Muhammad s.a.w. (sila rujuk Topik Tamadun Islam): 570 632. Serangan kaum Mongol ke atas empayar Islam menandakan berakhirnya zaman kegemilangan empayar Arab-Islam: 1258.

Sewaktu Zaman Kegelapan, Eropah rata-rata dilitupi hutan tebal dengan penempatan-penempatan kecil bertaburan yang terasing dari satu sama lain. Sistem jalannya pula masih kecil dan bahaya dan penggunanya terdedah kepada ancaman binatang buas serta perompak. Dari situasi ini, timbul sistem pemerintahan berdasarkan tanah yang berpusat pada rumah-rumah agam (sistem Manorial) yang dikuasai oleh pihak aristokrat. Rumah-rumah agam ini berfungsi sebagai entiti berotonomi. Literasi dalam kalangan penduduk pada masa itu terhad kepada mereka yang menuntut di biara-biara dan mereka yang mampu menggaji guru persendirian. Setelah berhentinya serangan orang gasar (barbarians) ke atas Eropah pada abad ke-8, Eropah secara keseluruhan mula mengalami kebangkitan. Raja Charlemagne mula membaiki keadaan penduduk apabila beliau menaiki takhta di Perancis. Beliau mendapatkan pemikir Alcuin untuk mengajar di sekolah di istana beliau dan Alcuin akhirnya berjaya memperkenalkan sistem penulisan piawai, yang dinamakan Carolingian Miniature, yang kemudiannya diikut oleh negara-negara Eropah yang lain. Menjelang abad ke-11, Eropah mula mengalami pembangunan di bandar-bandar dan puak petani (serf) mula meninggalkan kehidupan mereka iaitu berkhidmat dengan tuan-tuan tanah untuk berkerja di kawasan bandar. Upah mereka mula dibayar dengan duit dan bukannya tempat tinggal dan makanan. Penggunaan duit membolehkan perjalanan lebih jauh dilakukan tetapi pusat aktiviti di penempatan-penempatan yang bertaburan itu masih di Gereja. Perkembangan perhubungan membawa kepada pelbagai konflik yang sebahagian besarnya telah dibawa kepada Papal Court di Rom. Kes-kes itu dibicara berdasarkan undang undang yang tertera di dalam The Digest kerana koleksi undang-undang dari Yunani telah hilang sejak abad ke-6. Zaman Kegelapan Eropah tidak mempunyai sistem untuk mengkaji alam semesta

TOPIK 8 TAMADUN BARAT

W 119

seperti yang telah ada pada kaum Yunani. Ia dianggap pengetahuan yang hilang. Orang-orang Eropah tahu yang pengetahuan ini mungkin wujud di dunia Islam sejak abad ke-9. Penemuan semula sistem irigasi dan pertanian, alat-alat seperti abacus dan astrolabe berlaku apabila jatuhnya kota Arab di Toledo, Sepanyol pada tahun 1085. Jannat-al-arif di Alhambra, Granada menggunakan teknologi taman yang tidak pernah dilihat. Perpustakaan Cordoba mempunyai lebih 400,000 naskah ilmu dan katalognya memenuhi 44 volum. Mereka menggunakan kertas, suatu yang masih asing di Eropah. Ramai pemikir dari Eropah pergi ke Cordoba untuk menimba ilmu. Maka timbullah para pemikir Eropah yang memulakan Zaman Kebangkitan Eropah. Antaranya Adelard (astronomi), Robert of Chester, Hermann of Carinthia, Hugh of Santalla, Raymond of Marseilles, Plato of Tivoli dan Michael the Scot. Mereka inilah yang menterjemahkan naskah-naskah ilmu ke dalam bahasa-bahasa Eropah. Antara ilmu yang diterjemah adalah karya Ibn Sina dan darinya mereka mempelajari penggunaan logik secara silogisme, iaitu mencari perkara yang tidak kita ketahui berdasarkan dua perkara yang kita ketahui sama ada secara positif atau negatif. Jadual 8.1 menyatakan contoh-contoh pemikiran positif dan negatif.
Jadual 8.1: Pemikiran Positif dan Negatif serta Contohnya Pemikiran Positif Negatif Contoh-contoh Pemikiran Semua kehidupan akan mati; Aku hidup; aku akan mati. Tidak ada orang Cina berambut kerinting; Josie berbangsa Cina: rambut Josie tidak kerinting.

Teknik ini adalah antara perkara-perkara yang membawa kepada zaman kebangkitan semula iaitu Era Rennaisance.

SEMAK KENDIRI 8.1


Dengan ringkas, nyatakan sejarah zaman kegelapan Eropah.

120 X

TOPIK 8 TAMADUN BARAT

8.1.1

Zaman Kebangkitan (Renaisance)


Man is The measure of All things.

Mengikut http:\\www.dictionary.com, kenyataan di atas adalah kenyataan seorang ahli falsafah Yunani purba, iaitu Protagoras yang bermaksud, manusia adalah individu yang bukannya Tuhan ataupun undang-undang moral yang tidak boleh berubah. Manusia itu sendiri adalah nilai yang utama. Kenyataan ini memberi kita gambaran bahawa manusia adalah perkara utama dalam pembangunan tamadun dunia. Keinginan untuk pembangunan ini yang membawa kepada zaman kebangkitan. Zaman Kebangkitan membawa pembangunan yang cepat dan pesat ke seluruh Eropah. Malah ciri dan kewujudan zaman ini sebagai entiti sejarah juga dipertikaikan beberapa ahli kaji sejarah. Namun, di sinilah bermulanya kemodenan Barat yang kita kenal hari ini. Sebagai entiti sejarah, pada Zaman Kebangkitanlah timbulnya tema-tema distinctive dalam politik, pendidikan, kesusasteraan, pembinaan, kesenian, keagamaan, kehidupan sosial, musik dan keseluruhan gaya hidup di Eropah. Kesinambungan tema moden sekarang juga boleh dikatakan bermula di zaman ini. Secara kronologi, pengaruh terbesar di awal zaman ini dikatakan kritikan Petrach ke atas tamadun zaman pertengahan yang membawa kepada pemikiran humanism yang mendominasi pemikiran di Eropah, terutamanya di Itali sehingga abad ke-15. Bencana Besar (Great Plague) dari 1348 hingga 1350 membawa kematian yang tinggi dan juga membawa kepada mobiliti penduduk secara meluas. Ini akhirnya membawa kepada rombakan politik di Sepanyol, Perancis dan England yang mewujudkan kerajaan-kerajaan yang besar pengaruhnya. Johannes Gutenberg (1398 1468), telah mencipta mesin cetak movable type yang membolehkan buku-buku dicetak dengan meluas. Ini ditambah pula dengan pembangunan jalan-jalan yang lebih baik membolehkan buku-buku itu disebar dengan lebih meluas ke seluruh Eropah. Kebangkitan ilmu ini membolehkan bangkitnya Eropah di zaman Rennaisance. Jadual 8.2 menyatakan tempoh kewujudan Zaman Kebangkitan (Rennaisance) di seluruh Eropah dan reformasi keugamaan yang berlaku ketika itu.

TOPIK 8 TAMADUN BARAT

W 121

Jadual 8.2: Zaman Kebangkitan (Rennaisance) dan Reformasi Keugamaan di Eropah Zaman Kebangkitan (Rennaisance) dan Reformasi Keugamaan di Eropah Renaissance (1400-1550) x x x x x Tempoh-tempohnya Raja-raja Tudors di England (1485-1603). Valois di France (1328-1589). Hapsburgs di Holy Roman Empire (1438-1806). Renaissance Popes (1447-1521). Humanism dan penulisan: Petrarch (1304-1374), Machiavelli (1469-1527), Erasmus (1467-1536), Jean Bodin (1530-96), Shakespeare (1564-1616). Kesenian Renaissance: Classicism: Bramante (14441514), Leonardo da Vinci (1452-1519), Raphaelv(1483-1520), Michelangelo (1475-1564). Penjelajahan: Prince Henry the Navigator, Diaz (1487), Vascovvda Gama (1497- 99), Columbus (1492), Magellan (1519- 22), conquistadors (Cortes, Pizarro). Martin Luther (1483-1546): the Indulgence Controversy and the Ninety-Five Theses (1517). Anabaptism John Calvin (1509-1564): Institutes of the Christian Religion (1559). The

Reformasi keugamaan Eropah (1517-1598)

di

x x x x x

Charles V (1519-64), Francis I (1515-47), Henry VIII (1509- 1547). Reformation Popes (1534-90): Council of Trent (1545-63). St Ignatius of Loyola (1491?-1556): Society of Jesus Peace of Augsburg (1555): cuius regio, eius religio Religious Wars in France (1562-98): Edict of Nantes The Invincible Armada (1588): Elizabeth I (1558-1603). Thirty Year's War (1618-48): Peace of Westphalia Ferdinand II, Holy Roman Emperor (1619-37); Gustavus Adolphus, King of Sweden (1611-32); Cardinal Richelieu (1585-1642), Chief Minister of the King of France. Peace of Westphalia 1648.

122 X

TOPIK 8 TAMADUN BARAT

SEMAK KENDIRI 8.2


Apakah yang anda faham tentang Zaman Kebangkitan (Rennaisance)? Bincangkan.

8.2

PENJAJAHAN DAN PENEROKAAN

Penjajahan dan penerokaan telah berlaku ketika Zaman Kolonial. Di Zaman Kebangkitan Eropah, Revolusi Industri di Eropah menimbulkan keperluan kepada bahan mentah dan perkembangan politik membawa kepada wujudnya kerajaan-kerajaan besar yang mampu membiayai penjelajahan keluar Eropah. Maka bermulalah Zaman Kolonial Eropah yang akhirnya merebak hampir keseluruh dunia.

8.2.1

Zaman Kolonial

Kolonisasi adalah sebenarnya terma yang luar. Maksudnya bermula dari kemasukan atau pun perpindahan sesuatu kumpulan ke dalam sesuatu tempat dan terus hidup persama penduduk asal hinggalah kepada pengalihan kuasa secara formal dan sepenuhnya oleh kuasa asing yang datang dan menakluki sesuatu kawasan atau daerah. Kolonisasi oleh kuasa Barat pada awalnya tertumpu ke kawasan-kawasan berlainan, iaitu: (a) (b) (c) (d) Portugis Afrika dan Timur; Sepanyol Benua Amerika; Inggeris America Utara; dan Perancis Afrika Utara.

Walau bagaimanapun pembahagian ini tidak bertahan lama apabila kuasa-kuasa Eropah ini terus mengembangkan jajahan mereka. Secara amnya, ekspedisi penjajahan Eropah adalah bermotifkan keperluan bahan mentah, agenda pemantapan ekonomi kerajaan dan perluasan pengaruh. Agenda ekonomi ini terserlah, contohnya, apabila kuasa-kuasa (Inggeris, Perancis dan Belanda) menyerahkan pengurusan jajahan mereka kepada syarikat berkanun seperti East India Company. Ada juga negara-negara yang cuba memulakan penjajahan mereka sendiri apabila mereka mendapati tanah-tanah jajahan tertutup kepada

TOPIK 8 TAMADUN BARAT

W 123

produk mereka seperti Jerman dan Jepun. Penutupan ini adalah salah satu faktor tercetusnya Perang Dunia 1 dan 2.

8.2.2

Berakhirnya Zaman Kolonial

Kolonisasi Barat pada asasnya berbentuk eksploitatif pada awalnya tetapi ia kemudiannya membawa juga agenda penyebaran agama dan eksploitasi oleh syarikat persendirian. Pendidikan dan bangkitnya semangat nasionalis di tanahtanah jajahan menjadikan jajahan satu masalah kepada kuasa-kuasa ini. Maka apabila tanah-tanah jajahan mendapat kemerdekaan masing-masing, bermulalah zaman pasca kolonisasi seperti dinyatakan di dalam Rajah 8.1.

Rajah 8.1: Zaman selepas kolonisasi

Mari kita lihat zaman-zaman tersebut di dalam subtopik berikutnya.

AKTIVITI 8.1
Bincangkan bagaimana berlakunya penjajahan dan penerokaan sehingga wujudnya zaman kolonial.

124 X

TOPIK 8 TAMADUN BARAT

8.3
(a)

ZAMAN-ZAMAN SELEPAS KOLONIAL

Terdapat lima zaman yang berlaku selepas kolonial seperti dinyatakan berikut: Zaman Absolutisme (1660 1789) Menurut Hackett (1992), ciri-ciri Zaman Absolutisme adalah pasca peperangan besar antara pengikut Katolik dan Protestan yang mencari kebebasan dan keamanan. Sewaktu era ini berlaku pendebatan dan perbalahan kuasa antara kuasa agama dan natural laws. Hasilnya, timbul idea Kontrak Sosial. Raja-raja mencari keseimbangan antara menjadikan masyarakat mereka lebih maju dan efisyen dan supaya kuasa mereka berkurangan. Ini adalah kerana masa ini melihat wujudnya kuasa mutlak raja-raja dalam negara-negara yang besar, memindahkan kuasa mutlak dari aristokrat daerah kepada kerajaan pusat. Zaman Pencerahan (1700 1789) Pencerahan atau Enlightenment adalah gerakan intelektual yang menjurus kepada memahami alam semula jadi dan tempat manusia melalui pemikiran rasional dan bukti saintifik tanpa perlu kembali kepada agama. Pemikiran zaman ini banyak dipengaruhi pemikir-pemikir dari Zaman Rasional (Age of Reason) abad ke-17 dan 18 seperti Thomas Payne. Zaman Revolusi (1789 1848) Menurut Hobsbawm (1962), era revolusi adalah era tradisi-tradisi lama dan kuno telah pupus dengan kemunculan teknologi baru sains dan ideologi dengan intelektual dan aforisme yang meluas. Zaman Liberalisme (Liberalism) - Britain (1848 1914) Era Liberalisme telah berlaku secara mendadak di empat buah negaranegara Eropah iaitu Britain, Rusia, Jerman dan Perancis. Zaman Perang Dunia (1914 1945) Perang-perang besar yang berlaku di sekitar 1914 hingga 1945 termasuklah perang antara negara-negara Eropah dan benua lain seperti Perang Dunia I (WWI), Perang Dunia II (WWII) dan Perang Dingin (Cold War).

(b)

(c)

(d)

(e)

Jadual 8.3 menyatakan tempoh-tempoh berlakunya zaman selepas kolonialisme.

TOPIK 8 TAMADUN BARAT

W 125

Jadual 8.3: Tempoh-tempoh Zaman Selepas Kolonialism Zaman-zaman selepas Kolonialisme Zaman Absolutisme (1600-1700) x x x x x x x x x x Zaman Pencerahan atau Enlightenment (1700-1789) x x x x x x x x x x x x x x x x Tempoh-tempoh Cardinal Richelieu dan Louis XIV di Perancis, 1624-1715 Peter the Great, Russia, 1682-1725 Elector Frederick William Brandenburg, 1640-88: Junker Commonwealth dan Protectorate di England, 1649-60: Cromwell, Milton Revolusi England, 1688

Centralisation: Raja berpegang kepada prinsip L'etat, c'est moi (Saya adalah negara); bureaukrasi dan ketenteraan Capitalism and Mercantilism: terkawal, saham bersama
dan syarikat-syarikat berkanun; gula dan hamba Revolusi Intelektual: Bacon, Descartes, Locke, Newton Baroque: Bernini, Borromini, Rubens, Rembrandt Frederick William I dan Frederick the Great of Prussia, 1713-86 Maria Theresa of Austria, 1740-80 Catherine the Great of Russia, 1762-96 Revolusi Amerika, 1776 Revolusi Perancis, 1789 Falsafah-falsafah: Condorcet Ensiklopedia Rousseau, Kant Montesquieu, Voltaire, Diderot,

Classicism: Poussin, Jones, Wren


Rococo: Watteau, Fragonard, Zimmerman

Neoclassicism: David, Winkelmann, Ledoux


Augustans: Swift, Pope Penulisan novel: Fielding, Austen Musik: Bach, Handel, Haydn, Mozart Kenaikan ekonomi: jagung dan ubi; kepungan; populasi meningkat Adam Smith, Wealth of Nations: asas ekonomi moden

126 X

TOPIK 8 TAMADUN BARAT

Zaman Revolusi (17891848)

x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x

Revolusi Amerika, 1775-83

Armed Neutrality
Revolusi Perancis, 1789-99 Pembubaran Monarki, 1789-90 Interim, 1790-92 Dewan Undangan Revolusi Kedua, 1792-95: Republik Pertama Konvensyen Nasional: Robespierre; Reign of Terror, 1793-94 Deklarasi Pillnitz, 1791 Direktori, 1794-99 Perjanjian Campo Formio, 1797 Burke, Paine

Napoleonic Europe, 1799-1815


Konsulat, 1799-1804

Empire, 1804-1814, 1815


Sistem Kontinental, 1806; Perjanjian Tilsit, 1807 Perang Iberia, 1808-1813 Kempen Rusia, 1812-13 Kongres di Vienna, 1814-15 Revolusi Industri: Kapas British, Arang, Perbankan, Enjin Stim, Spinning Jenny, Kapas Gin, relau bagas keretapi, sistem perkilangan Perkembangan populasi, perbandaran, industri proletariat Ekonomi Klasik: Malthus, Ricardo, Bentham

x x x Zaman Liberalisme Britain (1848-1914) (a)

Crystal Palace, 1851


Liberalisme di Britain (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Pembunuhan beramai-ramai di Peterloo, 1819 Revolusi Politik, 1830; Reform Bill, 1832; Repeal of Corn Laws, 1846

Tories--Conservatives; WhigsLiberals Chartism, 1838-1848 Reform Bill, 1867: Disraeli, Gladstone


Queen Victoria (1837-1901)

(b)

Penindasan di Rusia (i) (ii)

Decembrist Revolt, 1825: Nicholas I (1825-1855) Crimean War, 1854-1856

TOPIK 8 TAMADUN BARAT

W 127

(iii) (iv) (v) (c) (i) (ii) (iii) (iv) (d)

Alexander II (1855-1881): pembaharuan dan penindasan Alexander III (1881-1894), Nicholas II (1844-1917): Tindak balas dan russification Metternich dan Austria: Carlsbad Decrees Stein dan Prussia: nationalism, Zollverein Perhimpunan Frankfurt; Panslavism, Magyars 1848 Penyatuan di Jerman, 1848-187l; Bismarck dan Empayar Jerman Pemulihan Bourbon 1815 Revolusi 1830: Louis Philippe (1830-1848) Revolusi 1848: Republik kedua; Louis Napoleon (1851-1870) dan Empayar Kedua

Nasionalisme di Jerman

Republikanisme (Republicanism) di Perancis (i) (ii) (iii)

Zaman Perang Dunia (1914-1945)

(a) (b)

Perang Dunia Pertama / Perang Besar Eropah Permulaan peperangan: (i) (ii) (iii)

Triple Alliance, 1882: Bismarck bersara, 1890 Triple Entente, 1907


Krisis di Maghribi (1905, 1911); Bosnia (1908); Turki (1908); Balkan (1912-13) Pembunuhan Ferdinand di Austria, 28 Jun 1914

(c)

Perang Dunia I (i) (ii)

Schlieffen Plan: The Marne Deadlock, 1915-16: Trench Warfare, Pertempuran di Somme;
peperangan kapal selam Kejatuhan Rusia, Kemasukan AS, 1917

(iii) (iv) (v) (vi)

Armistice, 11 November 1918; Perdamaian di


Paris, 1919-20: Perjanjian di Versailles Wilson, Lloyd George, Clemenceau Revolusi Rusia: Lenin (1870-1924), Stalin (1879-1953), Trotsky (1879-1940) Perang Rusia-Jepun, 1904-5 Revolusi Rusia, 1905 Revolusi Rusia, 1917 Tertubuhnya Republik Weimar, 1918

(vii) Peristiwa antara dua perang dunia:

128 X

TOPIK 8 TAMADUN BARAT

Liga Bangsa-bangsa atau League of Nations, 1920-46 Perarakan Mussolini ke Rom, 1922: Fasisme

Beer Hall Putsch, 1923; Hitler menjadi Canselor Jerman, 1933-45


Paksi Rom-Berlin, 1936 Kemelesetan (Great Depression), 1929-40 Perjanjian Baru (New Deal) 1933-40 Wittgenstein, Weber, Einstein, Keynes Schoenberg, Stravinsky Bauhaus, Lost Generation

(Impressionism, Expressionism), Surrealism, Dadaism

Cubism,

(viii) Perang Dunia Kedua / Perang Dunia 1939-45

Appeasement: Rhineland, 1936; Austria dan Czechoslovakia 1938; Poland, 1939


Perang di Britain, 1940 Kemasukan Amerika Syarikat dalam Perang Dunia Kedua akibat serangan tentera Jepun di Pearl Harbor, 7 Disember 1941 Pertempuran di Stalingrad, 1942-43 Pencerobohan Normandy: D-Day, 6 Jun 1944 Pengeboman Hiroshima dan Nagasaki, Ogos 1945 1945 Jepun menyerah kalah kepada Britain di Malaya dan Singapura. SALT, 1972 Pencerobohan Afghanistan, 1979-88 Dasar Glasnost dan Perestroika: Gorbachev (1931-) Perpaduan di Poland, 1980Revolusi di Eropah, 1989-90 Perang Saudara di Balkan, 1992OPEC, 1973Perdamaian Mesir-Israel, 1979; Serangan di Lebanon, 1982; Revolusi Palestin, 1988Revolusi Iran, 1979: Ayatollah Ruhollah Khomeini (1902-1989); Perang Iran-Iraq, 198088; Perang Iraq 1990-91

(ix)

1945-1989: Perang Dingin (The Cold War)

TOPIK 8 TAMADUN BARAT

W 129

Revolusi di El Salvador dan Nicaragua, 1979; Pencerobohan Grenada, 1983 11 September, 2001. Serangan ke atas World Trade Center, New York dan bermulanya Islamofobia di Barat. 1997. Islamophobia ditakrif oleh British Runnymede Trust sebagai ketakutan dan kebencian kepada Islam dan juga ketakutan dan kebencian kepada penganut agama Islam. Januari 2001 terma Islamofobia diterima sebagai terma rasmi dan dikelompokkan bersama terma ketidak toleransi lain seperti Xenofobia dan Anti-semitisme oleh Stockholm International Forum on Combatting Intolerance.

SEMAK KENDIRI 8.3


Amnya, terdapat lima zaman atau era selepas kolonialisme. Dengan ringkas, nyatakan dua daripada zaman-zaman tersebut.

8.4

CIRI-CIRI UMUM TAMADUN BARAT

Budaya Barat, menurut kepercayaan mereka, adalah satu kelompok pengetahuan yang berasaskan pemikiran rasional (reason). Pemikiran ini adalah berdasarkan pengetahuan yang dikumpul tentang sifat manusia, sifat dunia dan cakerawala. Menurut Western Culture Global (2009), nilai-nilai asas tamadun Barat adalah individualisme, kegembiraan, hak (terutamanya hak asasi), kapitalisme, sains dan teknologi. Budaya Barat percaya yang mereka telah berjaya merealisasikan potensi sepenuhnya pemikiran manusia terutama sekali melalui transformasi pada zaman Renaissance dan revolusi sains, yang mana keduanya telah membawa kepada bebasnya minda manusia daripada segala jenis belenggu. Dua perkembangan yang penting dalam pembangunan budaya Barat adalah pewarisan sains dan perundangan sivil yang dikatakan menyerlahkan nilai individu dan maruah peribadi. Nilai-nilai asas inilah timbulnya keunikan tamadun Barat, walaupun darinya juga tercetus antaranya episod gelap dalam tamadun manusia, iaitu imperialisme, peperangan besar dan kejam, kerosakan alam sekitar dan berbagai lagi bencana.

130 X

TOPIK 8 TAMADUN BARAT

Menurut Kurth (2003), tamadun Barat terbentuk daripada pertalian antara tiga elemen atau pengaruh terbesar iaitu: (a) (b) (c) Tradisi klasik Yunani dan Rumawi Agama Kristian terutamanya Kristian Barat

The Enlightenment

Ketamadunan Barat adalah sintesis ketiga elemen di atas, tetapi ia bukan satu ketetapan malah satu bentuk pergerakan menurut masa dan reaksi kepada isuisu utama pada satu- satu masa. Tamadun lama memberi tamadun Barat nilai-nilai atau idea-idea tertentu. Tamadun Yunani memberi mereka idea atau konsep republik dan kebebasan, manakala tamadun Rumawi memberi mereka idea atau konsep empayar dan undang-undang. Kombinasi konsep- konsep ini menghasilkan konsep "Liberty under Law (kebebasan di bawah undang undang). Agama Kristian memberi tamadun Barat konsep kesucian individu (yang beriman) dan konsep perlunya mematuhi kuasa keugamaan (Christ) lebih daripada kuasa sekular (Ceasar). Faktor Kristianiti juga mengakibatkan pemisahan di antara kuasa gereja dan kuasa politik yang datangnya dari perbalahan antara gereja Roman Katolik dengan Empayar Suci Rom.

Enlightenment moden memberi tamadun Barat beberapa fahaman baru seperti


Demokrasi Liberal, Pasaran Bebas dan kepercayaan yang pemikiran rasional dan sains adalah cara yang lebih baik untuk memahami dunia yang kita diami. Malah terma tamadun Barat itu sebenarnya hanya wujud sejak seratus tahun dahulu dan ia tidak seperti terma tamadun yang digunakan untuk mengenal pasti tamadun-tamadun terdahulu. Tamadun-tamadun terdahulu adalah berkaitan dengan agama tetapi berlainan pula tamadun Barat. Dari satu segi, kita boleh katakan yang tamadun Barat ialah Empayar Kristian atau Christiandom yang telah dikecilkan nilai dan fungsi agama Kristian. Projek Enlightenement juga telah membawa unsur sekularisasi kepada pemikiran elit Christiandom dan menjadi antara sebab mereka menolak agama itu sebagai teras utama ketamadunan mereka. Penemuan Dunia Baru dan kemudiannya penubuhan Amerika Syarikat telah juga mengubah wajah dan teras tamadun Barat. Bagi Amerika, ketamadunan Barat pada awal abad ke-20 berteraskan nilai-nilai kebebasan, individualisme, demokrasi liberal di dalam institusi mereka, pasaran bebas, constitutionalism dan rule of law. Ini mereka namakan The American Creed. Penglibatan Amerika dalam dua perang besar telah meletakkan ia sebagai kuasa utama di Barat dan

TOPIK 8 TAMADUN BARAT

W 131

untuk menjustifikasikan dan membolehkan mereka menggunakan kuasa mereka, the American Creed, secara keseluruhan telah menjadi teras tamadun Barat. Hakikat ini diperkuat oleh penglibatan Amerika di Eropah semasa Perang Dingin. Pada awalnya, Perang Dingin antara Blok Barat dan Blok Timur dikonsualisasikan sebagai peperangan antara The Free World dan The Socialist world. Ia kemudian menjadi pergelutan antara Blok Barat dengan Blok Timur. Sekarang kita dapati dengan berakhirnya perang tersebut, Amerika dan Barat perlu mencari musuh baru yang mereka temui dalam bentuk Islam Radikal yang diberi wajah seperti Al-Qaeda, dan lain-lain organisasi seumpamanya. Walaupun begitu banyak berpendapat yang menjadi musuh utama dalam pemikiran Barat adalah Islam itu sendiri. Keugamaan sebenarnya menjadi mangsa serangan dari dalam di Barat sejak dahulu lagi. Pada zaman kontemporari kita, agama Kristian telah menjadi mangsa serangan ideologi semenjak tahun 60an dengan serangannya berteraskan ideologi Enlightenment. Serangan ini timbul terutamanya dari tradisi intelektual sekular institusi pengajian tinggi sekular dan juga dari penyebaran pegangan lama (pagan). Kini kerana elemen-elemen itu telah bertapak dalam masyarakat dan pemikiran, mereka perlukan punca serangan baru untuk dipersalahkan. Oleh itu mulalah isu Islam dan Dunia Ketiga. Hari ini, satu-satunya tradisi Barat yang diterima pakai oleh puak elit adalah dalam politik, ekonomi dan intelektual Barat ialah ideologi Enlightenment. Agama Kristian juga telah diketepikan menjadi hanya simbol dan modal retorik. Namun, ini tidak bermakna mereka tidak beragama. Agama yang menjadi anutan Barat berkisarkan (a) (b) (c) Konsep kemajuan (progress) Marxisme Olimpianisme

Namun, setelah jatuhnya Blok Timur, pengaruh ideologi Marxisme kini tidak sekuat seperti sebelumnya. Yang menjadi teras utama kini adalah konsep kemajuan yang dikejar dan Olimpianisme yang berbentuk universalis: dalam bentuk penguasaan dunia ekonomi, politik dan hak asasi manusia. Tamadun yang berteraskan Enlightenment ini kini telah menjadi syak kepada elemen-elemen yang lain dari apa yang dipegangnya: elemen yang wujud juga di dalam sempadan mereka dan berpotensi memperkayakan ketamadunan mereka, contohnya reaksi xenofobia terhadap Islam di Eropah. Ada pemikir Barat sendiri bependapat bahawa elemen yang menyeimbangkan tamadun Barat dan membolehkannya maju adalah elemen keugamaan dan

132 X

TOPIK 8 TAMADUN BARAT

ketuhanan iaitu agama Kristian. Dengan menolak elemen ini, mereka telah membuka tamadun mereka kepada ketidakstabilan dan ini diperhebatkan lagi dengan penolakan ajaran Islam. Mereka berpendapat hanya elemen ketuhanan yang mampu membangkitkan semula tamadun Barat.

8.5

PEMIKIRAN KOMTEMPORARI SAINS SOSIAL BARAT

Bidang sains sosial sering digunakan untuk rangkumi banyak bidang seperti antropologi, arkeologi, pendidikan, sejarah, linguistik, hubungan antarabangsa, sains politik, psikologi dan banyak lagi. Antara tokoh-tokoh yang menyumbang kepada terbentuknya ciri ciri sains sosial moden termasuklah: (a) (b) (c) (d) Emile Durkheim sosiologi Karl Marx politik Max Weber sosiologi Renee Des Cartes falsafah sains, metodologi sains

Dari karya mereka timbulnya idea menggunakan kaedah sains untuk mengkaji masyarakat (Positivist) dan dari ini juga timbulnya debat antara kaedah kualitatif, di mana pengkaji sekarang sering menggunakan kombinasi kedua kaedah ini dalam menjalankan kajian mereka. Jadual 8.4 menyatakan zaman dan kaedah pemikiran yang digunakan ketika itu.
Jadual 8.4: Zaman dan Kaedah Pemikirannya Zaman-zaman Zaman Pencerahan (Age of Enlightenment) Zaman Revolusi Kaedah yang digunakan Falsafah semula jadi: anggapan yang realiti wujud dengan realitinya sendiri dan mengikut peraturannya sendiri tanpa memerlukan manusia. Kajian saintifik ke atas masyarakat dan kemanusiaan tanpa pendekatan preskriptif, tujuannya ke arah pembangunan sosial di mana kumpulan- kumpulan dianggap sebagai entiti berkaitan.

Auguste Comte memperkenalkan terma Sains Sosial (terma Fizik Sosial juga digunakan) memfokus kepada pengalaman positif (Positivism), manakala spekulasi metafizik dielak. Secara asasnya, terma sains sosial adalah cabang kajian atau ilmu pengetahuan di mana manusia bertanya dan cuba menjawab pertanyaan tentang kehidupan manusia itu sendiri tanpa merujuk, atau merujuk sepenuhnya kepada jawapan yang diberi oleh pihak agama melalui kitab

TOPIK 8 TAMADUN BARAT

W 133

masing-masing. Walaupun begitu, ini tidak bermakna ahli sains sosial menolak sepenuhnya ilmu yang diperturunkan (revealed knowledge). Berikut beberapa soalan berkenaan kejadian dan kehidupan manusia yang manusia cuba menjawab tanpa perlu merujuk terlebih dahulu kepada agama: (a) (b) (c) (d) (e) Bagaimana kejadian wujud? Bagaimana manusia boleh wujud? Bagaimana patut kita bertindak terhadap satu sama lain? Apa asas moraliti kita? Bagaimana sepatutnya kita mengurus masyarakat kita? Apa sifat ilmu pengetahuan? Bagaimana boleh kita bezakan antara yang betul dengan yang tidak betul?

Sains sosial ialah nama yang diberikan kepada usaha menjawab soalan-soalan asas seperti di atas tanpa merujuk terlebih dahulu kepada agama dan kitab. Lazimnya penemuan antara ahli sains sosial berlainan agama dikatakan tidak jauh berbeza. Walau bagaimanapun anggapan ini perlu dikaji semula kerana agama dan pegangan yang berbeza akan membuat penyelidik merumus penemuan dalam cara yang berlainan berdasarkan pegangan mereka. Pada dasarnya, sains sosial Barat dikatakan terpengaruh dengan fahaman ateism dan kerana itu kita sebenarnya tidak boleh mengislamkan pengetahuan sains sosial Barat. Namun demikian, pendapat ini mungkin silap kerana pengetahuan sains sosial Barat, seperti juga ilmu sains dari Barat yang lain adalah sebahagiannya berdasarkan ilmu yang diterjemahkan daripada para pemikir zaman kegemilangan Islam yang lalu. Dalam bidang sains sosial, pemikir Islam yang paling banyak dirujuk adalah Ibn Khaldun (1384). Manusia hidup dalam dunia yang banyak memberi mereka cabaran dan masalah yang perlu dirungkai. Kerja dan usaha sosial adalah usaha manusia dalam merungkai permasalahan yang berkaitan dengan masyarakat dan kehidupan manusia, keluarga, kumpulan, organisasi dan lain-lain bentuk kumpulan manusia. Tujuan utamanya ialah untuk mencari keadilan sosial dan menaiktaraf kehidupan manusia yang terlibat. Cabang-cabang sains sosial moden antaranya termasuklah antropologi, ekonomi, sejarah, sains politik, psikologi, sosiologi, pendidikan, geografi, linguistik, kriminologi, arkeologi dan sebagainya.

134 X

TOPIK 8 TAMADUN BARAT

AKTIVITI 8.2
1. 2. Secara ringkas, jelaskan ciri-ciri utama tamadun Barat. Pada pendapat anda, adakah pengaruh pemikiran kontemporari sains sosial Barat telah membantu dalam membentuk masyarakat masa kini? Bincangkan.

Zaman Kegelapan Eropah berkaitan rapat dengan kemunculan dan kejatuhan Tamadun Islam. Ketika Zaman Kegelapan di Eropah, wujud sistem pemerintahan berdasarkan tanah yang berpusat pada rumah-rumah agam (sistem Manorial) yang dikuasai oleh pihak aristokrat. Pada abad ke-8, Raja Charlemagne di Perancis membaiki keadaan penduduk melalui pemikir Alcuin yang akhirnya memperkenalkan sistem penulisan piawai, yang dipanggil Carolingian Miniature, yang kemudiannya diikut oleh negara-negara Eropah yang lain. Zaman Kebangkitan wujud dengan pembangunan pesat di seluruh Eropah. Penjajahan dan penerokaan berlaku ketika Zaman Kolonial apabila Revolusi Industri di Eropah menimbulkan keperluan kepada bahan mentah dan perkembangan politik dengan wujudnya kerajaan-kerajaan besar yang mampu membiayai penjelajahan keluar Eropah. Terdapat lima zaman yang berlaku selepas kolonial iaitu: (a) (b) (c) (d) (e) Zaman Absolutisme (1660 1789); Zaman Pencerahan atau Enlightenment (1700 1789); Zaman Revolusi (1789 1848); Zaman Liberalisme - Britain (1848 1914); dan Zaman Perang Dunia (1914 1945).

TOPIK 8 TAMADUN BARAT

W 135

Nilai-nilai asas tamadun Barat adalah individualisme, kegembiraan, hak (terutamanya hak asasi), kapitalisme, sains dan teknologi. Ketamadunan Barat adalah sintesis ketiga elemen iaitu: (a) (b) (c) Tradisi klasik Yunani dan Rumawi; Agama Kristian terutamanya Kristian Barat; dan

The Enlightenment.

Bidang sains sosial sering digunakan untuk rangkumi bidang seperti antropologi, arkeologi, pendidikan, sejarah, linguistik, hubungan antarabangsa, sains politik, psikologi dan banyak lagi.

Carolingian Miniature
Pemikiran negatif Pemikiran positif Tamadun Islam

The Digest
Zaman Kebangkitan (Rennaisance) Zaman Kegelapan Eropah (Dark Ages)

Hackett, L. (1992). The Age Of Enlightenment. The European Dream Of Progress And Enlightenment. Dicapai pada Ogos 13, 2011, daripada http://history- world.org/age_of_enlightenment.htm. Hobshawm, E. J. (1962). The Age Of Revolution:1789-1848. Vintage Books. Kurth, M. (2003). Western civilization, our tradition. The Intercollegiate Review. Western Culture Global. (2009). Dicapai pada Ogos 13, 2011, daripada http://www.westerncultureglobal.org/what-is-western-culture.html.

Anda mungkin juga menyukai