Kanak-Kanak Pintar Cerdas PDF

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 10

1

KULIAH 10 KANAK-KANAK PINTAR CERDAS HASIL PEMBELAJARAN Di akhir pengajaran pembelajaran, pelajar dapat: 1. menerangkan konsep pintar cerdas, berbakat, dan kreatif; 2. membincangkan kaedah mengenal pasti murid pintar cerdas; 3. membincangkan keperluan pendidikan kanak-kanak pintar cerdas; dan Latihan 10 1. Rumuskan konsep pintar cerdas berdasarkan beberapa pandangan yang telah dikemukakan. 2. Terangkan ciri kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat. 3. Bincangkan kaedah yang dapat digunakan untuk mengenal pasti murid pintar cerdas. 4. Bincangkan jenis perkhidmatan pendidikan yang diperlukan oleh kanak-kanak pintar cerdas. 5. Apakah faktor yang menyebabkan terbentuknya kanak-kanak pintar cerdas berisiko? PENGENALAN Orang yang cerdas otak dapat mengguna rangsangan dengan lebih berkesan, dapat mengurus maklumat yang diterima untuk membina konsep dan seterusnya menyelesaikan masalah lebih cepat daripada orang yang kurang cerdas. Menurut Nik Aziz Nik Pa (1990), dari sudut pembangunan Negara, kehadiran kanak-kanak pintar cerdas dalam masyarakat merupakan satu sumber semula jadi (aset) yang dikurniakan oleh Yang Maha Pencipta. Justeru, sumber ini perlu dibangunkan dan digunakan sebaik mungkin, kerana kanak-kanak ini juga merupakan sumber intelektual yang paling berharga kepada Negara. Kita harus sedar bahawa kekukuhan dan kemakmuran sesebuah negara bukan sahaja terletak pada sumber ekonomi tetapi juga pada sumber intelektualnya. Definisi Kecerdasan Konsep kepintaran berasal daripada istilah Kecerdasan / intelligence yang berasal daripada perkataan intelgentia (ciptaan ahli falsafah Yunani, Cicerio). Plato - orang yang pertama yang membezakan pengaruh faktor baka dan persekitaran terhadap kepintaran seseorang sebelum Galton. Wechsler- kebolehan memahami alam sekitar, diri sendiri dan kepakaran yang boleh membantu individu untuk menghadapi cabaran hidup. Alfred Binet- kebolehan menyesuaikan diri dan membuat pertimbangan kritis terhadap diri sendiri. Francis Galton, Cartell & Hall - Kecerdasan adalah diwarisi. Perkembangan manusia pada dasarnya ditentukan dan tidak boleh berubah. - Orang yang bijak datangnya dari keturunan yang bijak sahaja.

Lewis Terman - Kebolehan berfikir secara abstrak, dan mengguna lambang abstrak dalam menyelesai masalah. Perbendaharaan kata adalah petunjuk darjah kecerdasan. - memperkenalkan konsep Darjah Kecerdasan (DK= UA/UK x 100) Howard Gardner - terdapat 8 jenis kecerdasan: verbal-linguistik, logik-matematik, ruang (spatial), muzik, kinestetik, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis. Atan Long- kebolehan berfikir abstrak, membuat penyeluruhan dan cara menyelesai masalah. Selalunya tingkah laku jadi petunjuk darjah kecerdasan seseorang.

DEFINISI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS (PC) Sebenarnya tidak ada satu definisi yang universal tentang pintar cerdas (PC). Terdapat ahli professional yang memberi definisi PC berdasarkan skor kecerdasan/IQ (con: WISC) di atas 130 atau140, ataupun dua sisihan piawai lebih daripada normal ( norm), atau 2.5% daripada populasi. Menurut Carol Bainbridge (seorang ahli Lembaga Indiana Association for the Gifted), tidak ada satu definisi yang tentang PC yang boleh diterima oleh semua pihak. Wujudnya pelbagai definisi PC telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai tentang maksud PC. Malah, guru dan ibu bapa turut mendapati sukar mencapai satu persetujuan kerana mereka menggunakan definisi yang berbeza-beza. Justeru, untuk menghapuskan kekeliruan tersebut, adalah wajar untuk memahami asal usul pembentukan istilah PC serta kosep PC daripada pelbagai perspektif. Istilah PC telah digunakan buat pertama kalinya oleh Francis Galton pada tahun 1869, yang merujuk pada orang dewasa yang menunjukkan bakat yang luar biasa dalam bidang tertentu (con: ahli kimia yang pintar). Manakala kanak-kanak pula boleh mewarisi potensi untuk menjadi orang dewasa yang pintar, dan kanak-kanak tersebut digelar kanak-kanak PC. Lewis Terman memperkembangan pendangan Galton dengan memasukkan elemen IQ. Pada tahun 1900an, beliau menjalankan satu kajian jangka panjang tentang Kanak-kanak PC dan mengkategorikan mereka yang mempunyai IQ 140 dan ke atas sebagai kanak-kanak PC. Walau bagaimanapun, kajian beliau mendapati IQ sahaja tidak dapat meramal kejayaan seseorang pada zaman dewasa.

Istilah Pintar cerdas/ gifted diperkenalkan oleh Guy M. Whipple pada 1920. Konsep pintar merupakan satu istilah rasmi bagi merujuk kanak-kanak yang memiliki kebolehan intelek yang luar biasa. Davis & Rimm (1985) membahagikan kepintaran kepada 5 kategori: berasaskan tahap pencapaian yang cemerlang dalam sesuatu bidang yang diceburi berdasarkan markah pencapaian dalam satu-satu ujian kecerdasan berdasarkan peratusan (%) dalam ujian pencapaian berasasakan bakat semula jadi dalam sesuatu bidang atau beberapa bidang berlandaskan kreativiti

Definisi PC United State Office of Education / Sidney Marland Jr.: Kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat ialah kanak-kanak dan remaja di sekolah menengah yang memiliki atau menunjukkan potensi keupayaan yang tinggi dan terbukti sebagai berkebolehan untuk mencapai tahap pencapaian yang tinggi dalam bidangbidang seperti intelek, kreativiti, akademik / kepimpinan, seni tampak dan seni persembahansesiapa juga di atas sebab-sebab tertentu memerlukan perkhidmatan atau aktiviti-aktiviti yang tidak disediakan di sekolah biasa. Definisi ini telah dijadikan definisi rasmi kpd Akta Pendidikan Pintar Cerdas dan Berbakat (Gifted & Talented Educational Act, 1978) Definisi Kepintaran (Giftedness) mengikut Public Law 100-297 Istilah kanak-kanak dan remaja pintar and berbakat bermaksud kanak-kanak dan remaja yang menunjukkan bukti kebolehan pencapaian yang tinggi dalam bidang-bidang seperti intelek, kreativiti, seni, atau keupayaan kepimpinan, atau dalam bidang-bidang akademik yang khusus, dan mereka yang memerlukan perkhidmatan atau aktiviti yang tidak biasa diberikan oleh sekolah untuk memperkembangkan kebolehan-kebolehan seperti yang disenaraikan di atas sepenuhnya. The Federal Definition of Gifted and Talented in NCLB (No Child Left Behind Act of 2001, US): Istilah Pintar Cerdas dan Berbakat (gifted and talented) merujuk kepada kanak-kanak atau remaja yang menunjukkan bukti pencapaian yang tinggi dalam bidang intelek, kreativiti, seni, atau kapasiti pepimpinan, atau dalam bidang akadmik yang khusus, dan yang memerlukan perkhidmatan atau aktiviti yang tidak ditawarkan di sekolah yang untuk memperkembangan sepenuhnya kapasiti tersebut (Title IX, Part A, Section 9101(22), p. 544). British Columbia: Canada: Seorang pelajar dikira PC apabila ia memiliki keupayaan potensi yang menunjukkan bukti kebolehan yang luar biasa tinggi berhubung dengan intelek, kreativiti, atau kemahiran yang berkaitan dengan disiplin yang khusus. Pelajar yang PC selalu menunjukkan keupayaan yang menonjol dalam lebih daripada satu bidang. Mereka boleh menunjukkan tumpuan yang luar biasa pada bidang bakat atau minat tertentu. Namun, mereka juga mungkin mempunyai ketidakupyaan tertentu, dan mereka tidak harus dijangka mempunyai kekuatan dalam semua fungsi intelek. Joseph Renzullis Three-Ring Conception of Giftedness (1978): definisi PC sebelum ini tidak sempurna sebab telah mengetepikan elemen penting iaitu komitmen atau motivasi. Beliau memperkenalkan Definisi Tiga Bulatan Renzulli (Three Rings Definition): 3 ciri utama individu yang pintar: 1. keupayaan intelek yang tinggi 2. daya kreativiti yang tinggi 3. motivasi atau komitmen yang tinggi dalam menyelesaikan tugasan 1. Keupayaan intelek - am & khusus

2. Daya Kreativiti - buah fikiran yang tulen - pemikiran yang konstruktif - pemikiran bercapah 3. Motivasi /komitmen - dedikasi, ketabahan mental, keyakinan diri, tidak mudah putus asa, rajin, bersunguhsungguh utk capai matlamat

Gagnes Differentiated Model of Giftedness: PC merupakan potensi yang perlu dipupuk, dan konsep ini membezakan apa yang boleh dicapai dengan apa yang akan dicapai oleh kanak-kanak. Keluarbiasaan potensi yang dimiliki oleh mereka merupakan apa yang menyebabkan mereka pintar, namun, pesekitran menentukan sama ada potensi tersebut membawa kepada kejayaan. Jadi, mereka yang menggunakan definisi PC ini menekankan kepentingan kesesuaian persekitaran. Definisi Berasaskan Sekolah (School-Based Definitions) Sekolah mungkin menggunakan definisi PC berdasarkan keupayaan yang berkaitan. Pelajar PC dikenal pasti berdasarkan prestasi mereka yang dibandingkan dengan pelajar lain di sekolah. Pelajar yang berada pada kedudukan 5% atau 10% (atau angka lain) teratas dikira memerlukan kurikulum yang lebih mencabar berbanding dengan kurikulum yang biasa. PC mengikut definisi ini adalah bersifat relatif kerana seorang pelajar yang dianggap PC di sebuah sekolah mungkin tidak dianggap sebagai PC di sekolah yang lain. Definisi ini boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ibu bapa, oleh itu kurang sesuai digunakan bagi tujuan mengenal pasti pelajar PC. Disamping itu, program PERMATApintar yang telah diilhamkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia telah mendefinisikan pintar cerdas kepada keadaan seseorang yang mempunyai potensi untuk menjadi cemerlang dalam bidang-bidang tertentu sama ada dalam bidang akademik atau dalam bidang bukan akademik.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK PINTAR Petunjuk utama: mempunyai keupayaan yang luar biasa dan dapat dikenal pasti sejak awal kanak-kanak Ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas: mempunyai keupayaan intelek di atas perata yang disertakan dengan pencapaian akademik yang tinggi dan kreativiti yang tinggi Ciri-ciri kanak-kanak yang berbakat: cemerlang dalam satu atau lebih bidang tugasan seperti drama, seni, muzik, kepimpinan Perbezaan antara pintar cerdas dengan berbakat diperkembangkan oleh Howard Gardner melalui 8 bidang kecerdasan (verbal-linguistik, kinestetik, interpersonal, intrapersonal, logic-matematik, muzik, visual-ruang/spatial, naturalis).

Ciri Kanak-Kanak Pintar Cerdas

Ciri Kanak-Kanak Berbakat

KREATIVITI Definisi kreativiti oleh Gallagher: Kreativiti adalah satu proses mental yang membolehkan individu mencipta idea-idea atau hasilan baru atau menggabungkan semula idea-idean yang ada dalam satu gaya yang baru. adalah dijangkakan perkembangan intelek dan bakat yang tinggi memberi keupayaan untuk mencetuskan cara penyelesaian masalah yang baru dan baik

Gallagher: 4 inti kreativiti 1. asas pengetahuan yang kuat 2. motivasi yang tinggi 3. kesanggupan untuk menjadi individu yang berbeza utk menentang status quo 4. strategi kognitif untuk menyelesaikan tugasan yang susah

Model proses pemikiran Guilford J.P. (1967): membahagikan pemikiran manusia kepada 3 dimensi yang utama: (1) kandungan (content); (2) Hasilan (product); (3) operasi (operation) tumpu kepada 2 proses pemikiran yang sering tidak diukur oleh ujian kecerdasan iaitu: pemikiran bercapah & penilaian menghasilkan banyak jawapan kepada satu soalan melibatkan kelancaran, fleksibiliti dan keaslian (dikaitkan dengan kreativiti) orang yang kreatif adalah: pemikir yang lancar pemikir yang fleksibel pemikir yang asli pemikir yang elaboratif

Hubungan antara kreativiti dengan kecerdasan Pelajar yang kreatif tidak semestinya pelajar yang pintar cerdas Getzel & Jackson, Wallach, & Keating: - hubungan antara kecerdasan dan kreativiti adalah sederhana - kecerdasan dan kreativiti merupakan 2 perkara yang berbeza Guildford: - Pintar cerdas: Pemikiran bertumpu (convergent) - Kreatif: pemikiran bercapah (divergent) Torrance (1960): pelajar yang ada daya kreativiti yang tinggi selalunya tidak menunjukkan pencapaian yang begitu baik di sekolah. Mengapa????

Wallack & Kagan (1965): Terdapat 4 kategori pelajar: 1. tinggi kecerdasan tinggi kreativiti 2. tinggi kecerdasan rendah kreativiti 3. tinggi kreativiti rendah kecerdasan 4. rendah kecerdasan rendah kreativiti Terdapat dua golongan pelajar PC: (1) Pelajar pintar yang berisiko atau berpencapaian rendah (gifted underachievers) - Pelajar ini tidak mencapai tahap prestasinya dalam ujian kecerdasan dan ujian pencapaian, kurang keyakinan diri, kurang ketekunan dan ketabahan, kurang matlamat hidup, dan mempunyai konsep kendiri yang negatif. Punca Masalah Kanak-Kanak Pintar Cerdas Berisiko

(a) Faktor keluarga: Kanak-kanak rasa tertekan kerana harapan keluarga yang terlalu tinggi dan adik beradik berasa iri hati (b) Social Economy Status/SES: kanak-kanak PC tidak wujud dalam kalangan populasi SES rendah kerana mereka perlu membantu keluarga mencari nafkah dll sebab (oleh itu mereka ini perlu dikenal pasti dan dibantu) (c) Rakan Sebaya: mempunyai jurang perbezaan dengan kanak-kanak normal, mereka hilang motivasi untuk belajar kerana tidak diterima oleh rakan sebaya (pencapaian rendah). Oleh itu, terdapat kanak-kanak PC yang menyembunyikan kebolehan mereka supaya diterima oleh rakan sebaya. (d) Guru: guru mempunyai harapan yang tinggi, atau bersikap negative kerana rasa terancam oleh kanak-kanak PC (e) Kurikulum: tiada kurikulum khas untuk mereka menyebabkan mereka rasa bosan, dan kurikulum biasa tidak membawa faedah kepada mereka. (f) Sekolah: mengutamakan conformity, dan tidak pada perbezaan individu. Sifat ingin tahu untuk meneroka ilmu yang berbagai-bagai tidak diberi perhatian atau tidak dicabar. Mereka dikehendaki conform atau patuh pada sistem pengajaran dan penilaian di sekolah yang bersifat convergent.

(g) Peribadi pelajar: ciri peribadi tertentu yang ada pada kanak-kanak PC menyebabkan mereka tidak diterima oleh rakan atau tidak berpencapaian tinggi (sila lihat rajah di bawah). Ciri peribadi kanak-kanak pintar cerdas yang menjejas proses sosialisasi

(2) Pelajar pintar yang kurang upaya. Mereka mengalami masalah deria atau fizikal IDENTIFIKASI KANAK-KANAK PINTAR 1. Ujian Pencapaian (scholastic test) con:- California Test of Basic Skills UPSR, PMR, SPM 2. Ujian Kecerdasan Terpiawai con:- Skala Kecerdasan Stanford-Binet Skala Wechsler bagi Kanak-Kanak (WISC) Raven Progressive Matrices 3. Pencalonan Guru 4. Pencalonan Ibu Bapa 5. Penilaian Hasil Kerja 6. Kaedah-kaedah yang lebih kompleks Revolving Door Identification Model (Renzulli) Kranz Talent Identification Instrument Torrance Test of Creative Thinking PROGRAM INTERVENSI UNTUK KANAK-KANAK PC 1. Program Penerapan Bersepadu sukatan/isi yang sama/selaras tetapi cara pengajaran yang berbeza mengikut tahap dan kebolehan individu con: pengajaran melalui kaedah inkuiri suasana pembelajaran yang terbuka, menggalakkan pemikiran mencapah, kritis dan kreatif guru sebagai pemudahcara, pengantara, pencetus idea & perunding

2. Program Terkhusus (utk berbakat) program digubal khas dan berbeza dengan sukatan biasa utk mencapai matlamat berasaskan minat & bakat (seni,sukan/olahraga, muzik, dll) 3. Program khas PC digubal berdasarkan ciri-ciri kecerdasan am dan konsep pintar cerdas sejagat berlandaskan andaian tertentu yang ditunjangi teori yang jelas dan kukuh contoh: Pull out program: PROGRAM PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar i. Model Pengayaan Triad Renzulli (1977) Aktiviti pengayaan dibahagikan kpd 3 tahap Jenis I - aktiviti penerokaan am Jenis II - aktiviti latihan berkumpulan Jenis III - Penyelidikan masalah sebenar secara individu/kump. Kecil kandungan kurikulum berasaskan minat fokus kurikulum: kajian bebas masalah sebenar peranan guru: pakar rujuk & pembimbing ii. Model Taylor (1971) bakat & intelek iii. Model Treffinger (1978) iv. Model Williams (1970) v. Model Alternatif Nik Azis Nik Pa (1990) menyepadukan kaedah pengajaran (proses) dengan isi kandungan yang canggih (kandungan) Proses dan isi - harus mengembangkan pemikiran peringkat tinggi dan kreativiti perlu digabungkan dengan pengajaran isi kandungan yang membabitkan maklumat yang meluas, mendalam, abstrak dan kompleks. Kaedah Mengajar - harus konstruktif, bertumpu kepada pembinaan skim tindakan dan operasi yang mantap, berpusatkan murid, menekankan keupayaan berfikir secara analitis, beradab, kritis dan produktif. Hasil - insan yang sepadu, berkeyakinan tentang diri, ada peningkatan daya berfikir yang bersifat saintifik, teknikal, kesedaran rohani yang tinggi, ketrampilan intelek, prestasi yang cemerlang, sikap cintakan ilmu, penghayatan konsep pendidikan seumur hidup, dan penggunaan ilmu untuk kebahagiaan diri, masyarakat, dan negara. - bagi memodifikasi isi kandungan, proses, dan hasil, persekitaran pembelajaran mesti: mencabar, dinamik, terbuka, menyeronokkan, bermakna, menggalakkan pembelajaran melalui pengalaman, pembelajaran individu, saingan konstruktif, sikap inovatif dan berdikari, pengumpulan dan perkongsian maklumat

10

PENDEKATAN PEMBELAJARAN PECUTAN Pecutan melibatkan membenarkan segelintir murid terpilih menempuhi pengalaman pendidikan standard dalam tempoh yang lebih singkat daripada murid lain tingkatkan kadar penyampaian sukatan pelajaran (pecutan isi kandungan) program kemasukan pelajar ke tahun satu atau pusat pengajian tinggi pada usia yang lebih muda daripada amalan biasa (pecutan dlm konteks masa) melangkau kelas, kelas pecutan di luar sekolah PEMBELAJARAN PENGKAYAAN Pengayaan membekalkan pengalaman pendidikan yang lebih luas dan mendalam kepada murid terpilih berbanding dengan murid lain. kelas biasa tanpa bantuan daripada sumber luar penyediaan bahan dan aktiviti yang berbeza (guna kognitif pada tahap tinggi) RUMUSAN Program pintar cerdas yang berkesan ialah program yang mempunyai ciri yang dapat memenuhi keperluan pembelajaran murid pintar cerdas seperti berikut: Tahap pencapaian yang maksimum dalam menguasai kemahiran asas dan konsep. Aktiviti pembelajaran yang setara dengan keupayaan/tahap kebolehan intelek mereka. Pengembangan kebolehan dalam aspek kemahiran berfikir secara deduktif, logik, dan penyelesaian masalah Pengukuhan kemampuan membina gambaran mental, imgainasi dan keupayaan spatial. Pengembangan sikap menerima diri sendiri dan kesedaran tentang minat, potensi, dan keupayaan kendiri. Perangsang ke arah mencapai matlamat/kejayaan yang tertinggi yang mungkin. Pendedahan kepada pelbagai bidang pengajian dan kerjaya. Pembangunan keupayaan untuk berdikari, arahan kendiri dan disiplin diri. Pengalaman dalam berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan yang setara atau lebih tinggi kebolehannya. Maklumat yang mendalam dan luas tentang pelbagai perkara. Perangsang dan kemudahan untuk belajar yang lebih luas

RUJUKAN Carol Bainvridge, http://giftedkids.about.com/od/gifted101/a/definitions.htm Horowitz, F.D., & OBrien, M. (Eds) (1990). The gifted and talented: developmental perspective. .Hyattsville: American Psychological Association. Mohd. Hussain Ibrahim (1995). Pendidikan pintar cerdas: Teori dan pendekatan. Kuala Lumpur: Pustaka Aman Press.
Nik Azis, N. P. (1990). Program pendidikan pelajar pintar cerdas. Kajang: Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam. (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)

Smith, D.D. (2006). Introduction to Special Education (5th . Ed.). Boston: Pearson/Allyn & Bacon.

Anda mungkin juga menyukai