REFLEKSI PSV

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Pada pertemuan interaksi kali ke-3 kami telah diberi tajuk tugasan untuk kerja kursus individu . Setelah membaca tajuk, pada mulanya saya dapat mengagak apa yang perlu saya buat dengan tugasan ini. Penerangan yang jelas dari

pensyarah kami mengukuhkan lagi pemahaman kami. Pulang ke rumah saya terus mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan merujuk kepada buku-buku yang saya gunakan semasa pengajaran dan pembelajaran saya. Selain

daripada itu saya juga merujuk kepada buku Huraian Sukatan Pelajaran bagi mendapat bahan yang bersesuaian.

Saya memilih tahap 2 dan kelas di Tahun enam untuk membuat rancangan pengajaran harian. Setiap kemahiran dan objektif saya kaji terlebih dahulu untuk saya suaian dengan rancangan pelajaran harian saya. Saya memilih bidang membentuk dan membuat binaan. Tajuk yang dipilih pula ialah Origami (burung).

Melalui penyediaan RPH ini , saya terpaksa merujuk ketua panitia seni visual sekolah saya untuk mengetahui lebih lanjut dan secara terperinci mengenai penghasilan RPH PSV memandangkan saya tidak mengajar mata pelajaran tersebut di sekolah. Saya mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada beliau dalam penghasilan RPH ini. Beliau memberi bimbingan yang sewajarnya sewaktu saya dalam proses penulisan RPH.

Sewaktu penghasilan Bahan Bantu Mengajar saya mendapat bantuan daripada guru PSV yang memberi idea dan tunjuk cara untuk menghasilkan origami burung. Saya juga menggunakan audio video di dalam perancangan harian tersebut. Saya menggunakan aplikasi You Tube untuk menerangkan cara-cara membuat origami burung. Banyak pengalaman baru yang saya perolehi sama ada sewaktu menyediakan RPH mahupun BBM PSV ini. Pengalaman dan ilmu yang diperolehi ini akan saya gunakan sekiranya saya dapat mengajar subjek ini kelak.

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih terutamanya kepada pensyarah subjek ini, Tuan Haji Mokhtar bin Adnan serta rakan-rakan juga kepada sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menyiapkan tugasan ini. Ia satu pengalaman yang berharga dan begitu bermakna bagi saya setelah meninggalkan alam pembelajaran secara formal sebegitu lama.

Tugasan ini juga saya anggap sebagai suatu permulaan dan sumber inspirasi untuk saya melangsaikan perjalanan pembelajaran yang masih jauh ini. Harapan saya jiwa pendidik saya akan semakin menebal dengan perolehan ilmu yang semakin bertambah sepanjang mengikuti kursus pengsiswazahan guru ini. Sebagai seorang guru, saya amat menyokong usaha murni kerajaan agar profesion keguruan dapat dimartabatkan.

Anda mungkin juga menyukai