Butiran Mengajar Bola Jaring
Butiran Mengajar Bola Jaring
Butiran Mengajar Bola Jaring
b) Bola mestilah berdekatan dengan badan, iaitu pada aras dada. Tangan dibengkokkan dan tangan juga hendaklah dalam kedudukan seimbang.
c) Badan pemain hendaklah dalam kedudukan yang seimbang dengan kaki kiri ke hadapan. d) Pemain hendaklah mengambil satu langkah ke arah lontaran.
e) Siku dan kesemua jari hendaklah diluruskan dan tangan ditolak ke hadapan serentak dengan kekuatan lontaran bola.
Hantaran aras bahu a)Pegang bola di atas tapak tangan kanan. b) Bawa bola ke belakang kepala dengan kedudukan siku dibengkokkan.
c) Kaki kiri melangkah selangkah ke hadapan, bertindak sebagai paksi kepada pergerakan kaki kanan. d) Berat badan berada di atas kaki kanan. e) Pindahkan berat badan dari kaki kanan ke kaki kiri semasa membuat hantaran.
(f) Tolak bola dengan kuat atau terus ke hadapan. .(g) Tangan dan jari ikut lajak arah bola dihantar.
Hantaran sisi a)Tangan kanan yang dihayun ke belakang hendaklah berada pada paras pinggang.
b)Tolak bola dengan menggunakan pergelangan tangan sambil menukarkan berat badan dari kaki belakang ke kaki hadapan
Hantaran Atas Kepala a)kedua tangan mencengkam bola dan membawanya ke paras kepala sambil siku tangan dibengkokkan supaya bola dibawa ke belakang dan pada aras bahu.
b)menolak bola ke atas sekuat yang mungkin dan mengayunkan tangan ke hadapan sambil siku diluruskan.
c)melepaskan bola semasa siku diluruskan. d)kaki berada sama ada dalam kedudukan selari atau salah satu daripadanya berada di hadapan mengikut keselesaan pemain.
Hantaran Lantun a)Kedua belah tangan memegang bola pada aras dada.
c)menolak bola ke lantai agar bola dilantun semula dan dapat disamput oleh pemain.
Jaringan Sebelah Tangan a) berdiri dengan berat badan terletak di atas kedua-dua belah kaki. b) Tangan jaringan memegang bola di hadapan paras kepala. c) Bola di hujung jari dan ibu jari,bukan di tapak tangan.
d) Hulurkan tangan jaringan ke atas. e) Bengkokkan lutut serta siku tangan jaringan
f) Luluskan lutut sementara menolak bola ke jaring. g) Tangan jaringan ikut lajak.
Jaringan Dua Belah Tangan a) berdiri dengan berat badan terletak di atas kedua-dua belah kaki. b) Tangan jaringan memegang bola di hadapan paras kepala. c) Bola di hujung jari dan ibu jari,bukan di tapak tangan.
d) Hulurkan tangan jaringan ke atas. e) Bengkokkan lutut serta siku tangan jaringan
f) Luluskan lutut sementara menolak bola ke jaring. g) Tangan jaringan ikut lajak.