Kaunseling Individu Esei
Kaunseling Individu Esei
Kaunseling Individu Esei
Definisi dan Konsep Kaunseling Individu Kaunseling individu didefinisikan sebagai proses interaksi yang memudahkan kefahaman bermakna mengenai diri dan alam sekitarnya lalu menyebabkan penentuan matlamat-matlamat dan nilai untuk tingkah laku masa hadapan. (Shertzer dan Stone dalam Lee Keok Cheong, Eh Ah Meng, Suppiah, Nachiappan&Taquddin Abd Mukti, 2012) Manakala, Cottle dan Downie dalam Lee Keok Cheong et al. (2012), pula menyatakan kaunseling individu sebagai proses di mana seorang kaunselor membantu seorang klien memahami dan menerima maklumat mengenai dirinya serta interaksinya dengan orang lain agar dia dapat membuat keputusan yang berkesan tentang pilihan-pilihan dalam hidupnya.
Maka kesimpulannya, kaunseling individu adalah proses perbincangan antara kaunselor dan klien. Kaunselor berusaha membimbing kliennya memahami diri sendiri dan menerima masalah yang dihadapi, sehingga dia membuat pertimbangan dan mengambil keputusan daripada pilihan-pilihan yang boleh membantunya mengatasi masalah. Matlamat Kaunseling Individu Menurut Rogers dalam Roslee Ahmad & Mohamed Sharif Mustaffa (2002), matlamat bimbingan individu yang sempurna antara kaunselor dengan klien adalah untuk membantu klien ke arah mengenal diri, memahami diri, melihat kelemahan diri dan menggunakan seluruh potensi ke arah kesempurnaan kendiri selepas mendapat celik akan daripada proses kaunseling itu. Selain itu, matlamat dan proses kaunseling individu akan mendorong kaunselor membantu klien secara jujur., ikhlas dan penerimaan tanpa syarat (Muhd Mansur dalam Roslee Ahmad & Mohamed Sharif Mustaffa, 2002). Oleh demikian itu, menjalinkan satu perhubungan teraputik dalam sesi bimbingan individu adalah sangat penting kerana ia menggalak individu untuk mendalami kesusahan yang dialami. Kaunselor perlu mengambil kira keperluan perkembangan dan keperluan khas murid-murid, sebagai contohnya, mereka yang matang, bermasalah, sedih, miskin dan sebagainya.
Prinsip-prinsip kaunseling disediakan bagi menjamin kelicinan serta keberkesanan perkhidmatan kaunseling di sekolah-sekolah.
Sharif Mustaffa, Jamaluddin Ramli dan Roslee Ahmad (2003) telah mengemukakan prinsip-prinsip kaunseling seperti berikut: 1. Bimbingan adalah tugas pendidikan. Ia menolong murid-murid menjadi anggota masyarakat yang berguna serta sejajar dengan kehendak dan aspirasi masyarakat dan negara. 2. Bimbingan adalah suatu proses pengetahuan. Ia membantu seseorang murid secara menyeluruh, iaitu mengambil kira minat, bakat, keperluan-keperluan,
kelebihan-kelebihan dan kelemahan-kelemahan seseorang itu. Bimbingan yang diberikan ialah bimbingan hidup, bimbingan sosioekonomi, kesihatan, pendidikan dan kerjaya. 3. Bimbingan adalah untuk semua individu. Bimbingan juga bertujuan menolong semua murid, iaitu murid-murid biasa, murid-murid yang salah laras dan berbakat. 4. Bimbingan merupakan suatu proses seumur hidup iaitu dari peringkat sekolah rendah sehingga ke universiti. 5. Bimbingan adalah bertujuan untuk mencegah daripada memperbaiki. Bimbingan juga menolong murid-murid memahami kelemahan-kelemahan serta memberi penekanan kepada kekuatannya.
Selain itu, Patterson dalam Lee Keok Cheong et al. (2012) pula menyenaraikan prinsip-prinsip kaunseling seperti berikut: 1. Proses bertujuan mempengaruhi perubahan tingkah laku klien secara sukarela. 2. Kaunseling hendaklah menyediakan keadaan-keadaan yang memudahkan perubahan sukarela. 3. Klien pasti menghadapi batasan-batasan seperti yang ditentukan oleh matlamat kaunseling yang sebenarnya dipengaruhi oleh norma, nilai dan sikap kaunselor.
Falsafah Bahawasannya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beramah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek intelektual, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.
Terdapat beberapa garis panduan perkhidmatan yang perlu dipatuhi dalam kaunseling individu, antaranya adalah seperti huraian di bawah:
Pertama, peringkat permulaan adalah Membina Hubungan, dalam fasa ini kaunselor akan bertemu klien kali pertama dan memulakan sesi perkenalan dengan lebih dekat. Memberikan klien kepercayaan, membuatkan klien selesa dan tidak malu untuk menceritakan masalah beliau. Peringkat kedua pula adalah Menerokai dan Analisis Masalah, lebih mendorong kepada soalan terbuka bertujuan membimbing arah perbincangan dan kaunselor perlu mendengar secara aktif. Kaunselor perlu menerokai masalah sebenar klien dan membuat penganalisaan terhadap setiap respon klien apabila menjawab soalan. Di sini teknik memparafrasa, refleksi perasaan dan beri galakan kepada klien supaya bercakap dan meluahkan isi hati. Peringkat ketiga adalah Mengenalpasti Masalah, iaitu setelah
mendengar segala masalah klien, kaunselor perlu mengenalpasti masalah yang menjadi punca utama klien tersebut. Kaunselor perlu mentafsir masalah dan cuba berbincang dengan klien. Sebagai kaunselor tidak boleh meletakkan nilai pada klien, jangan ada bias dan meletakkan kesalahan seratus peratus kepada klien. Seterusnya peringkat keempat adalah Membincangkan Strategi Penyelesaian, Alternatif, Kesan. Pada fasa ini kaunselor bersama-sama klien berbincang dan mengatur strategi agar membolehkan klien menangani atau mengatasi masalah beliau. Kaunselor berperanan membantu klien menyemak kebarangkalian potensi kejayaan dan halangan dihadapi bakal dalam melaksanakan rancangannya. Peringkat kelima adalah Tindakan, kaunselor dan klien membuat pilihan alternatif mana yang terbaik bagi menangani atau menyelesaikan masalah tersebut. Kaunselor tidak boleh memberikan keputusan kepada klien, mereka perlu membuat keputusan sendiri. Kaunselor hanya membantu dan menanyakan kemungkinan apakah strategi terbaik bagi klien untuk menangani masalahnya. Peringkat keenam adalah Penamatan Sesi, pada fasa ini sebelum menamatkan sesi kaunselor perlu membuat rumusan daripada keseluruhan sesi tersebut. Di dalam kaunseling, penamatan dibuat pada dua cara iaitu penamatan bagi setiap sesi kaunseling yang dijalankan pada akhir sesi dan seterusnya terdapat beberapa sesi lagi klien perlu bertemu dengan kaunselor.
Cara kedua adalah penamatan terus serta memberhentikan khidmat dan hubungan kaunseling antara klien dan kaunselor mengikut persetujuan bersama serta jika klien sudah benar-benar pulih. Peringkat terakhir adalah Susulan, fasa terakhir ini kaunselor perlu membuat susulan terhadap klien itu. Menghubungi klien untuk temujanji sesi berikutnya ataupun memantau tindakan klien.
Justifikasi 1. Bilik yang berasingan Saya telah mereka cipta ruang kaunseling individu sebagai ruang peribadi yang terasing dari ruang umum dan tidak bercampur dengan manamana bahagian kaunseling. Ianya selaras dengan kod etika perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dalam etika tanggungjawab guru Bimbingan dan Kaunseling terhadap klien. Justifikasi bagi pengasingan ruang tersebut adalah untuk menghormati hak privasi klien sekaligus memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien. Di samping itu, memberikan kesan yang optima kepada klien sewaktu mengikuti sesi kaunseling individu.
2. Kedudukan dan jenis kerusi Bagi ruangan individu ini saya telah membuat keputusan untuk memilih kerusi yang berbentuk Arm chair untuk kaunselor dan loveseat chair untuk klien. Manakala, susunan kerusi pula saya memilih untuk meletakan kedudukan berbentuk L shape. Hal ini bertepatan dengan komponen asas Bimbingan dan Kaunseling dalam subtopik tingkah laku memberi perhatian di mana kerusi arm chair berfungsi untuk membuatkan kedudukan badan kaunselor condong ke hadapan iaitu ke arah klien dan dapat memberikan fokus dan tentangan mata yang mana menunjukkan minat terhadap kes klien. Manakala, loveseat chair pula memberikan kemudahan kepada kaunselor untuk mengukur kadar skala tingkah laku memberi perhatian klien melalui tentangan mata, kedudukan badan dan pergerkan klien. Selan itu juga, loveseat chair juga memudahkan klien untuk membuat pergerakan semasa proses permulaan. 3. Aquarium
Tujuan saya meletakkan aquarium adalah untuk mewujudkan suasana teraputik yang mana selari dengan kod etika bilik bimbingan dan kaunseling di bawah kod Piagam Pelanggan: Bilik Bimbingan dan Kaunseling yang kondusif dan teraputik. Selain itu, mengurangkan ketegangan yang dihadapi klien dalam proses kaunselor membuat konfrontasi terhadap klien. Maka, dengan adanya akuarium itu, memberikan ruang kepada klien untuk lebih santai dan tenang.
4. Mawar merah sebagai pewangi dan penyegar Manakala, mawar merah pula berfungsi sebgai pewangi dan penyegar bilik yang mana berperanan sumber ketenangan dan kerehatan minda. Ianya lebih memfokuskan kepada Pendekatan perkembangan, pemulihan dan krisis. Hal ini memenuhi cadangan standard minimum bilik bimbingan dan kaunseling di bawah kod keceriaan dan kebersihan bilik bimbingan dan kaunseling: penyegar udara atau pewangi bilik. Selain itu, ianya salah satu cara pengaplikasian teori Adler yang mana tuntutan teori tersebut meminta individu disediakan suatu alternatif untuk mewujudkan keadaan positif yang mana wujud gerakan klien yang semulajadi untuk mengatasi ketakutan dan
mengembangkan potensi individu untuk penghargaan kendiri dengan menyediakan persekitaran positif.
5. Gambar dan kata-kata motivasi Gambar dan kata-kata motivasi pula berfungsi untuk memberikan ilham penyelesaian masalah klien serta sumber kekuatan kepada klien agar bertenang dan redha menerima segala ujian dan dugaan yang dihadapi. Gambar-gambar motivasi lebih kepada terapi diri klien yang mempunyai personaliti visual dan kinestetik manakala kata-kata motivasi pula lebih kepada klien yang bersikap audio visual.
6. Rak untuk fail dan buku Rak untuk fail dan buku adalah bertujuan untuk meletakkan bahan-bahan yang berkaitan dengan kaunseling individu yang mana
kerap kali menjadi rujukan kepada kaunselor. Justeru itu, semasa sesi kaunseling individu kaunselor tidak perlu bergerak keluar untuk mengambil bahan yang diperlukan semasa sesi kaunseling sedang dijalankan. Hal ini dapat mengelakkan perasaan terbantut klien untuk menceritakan permasalahan yang dihadapinya.
Secara ringkasnya fungsi kaunseling individu adalah seperti berikut: 1. Memahami diri dan situasinya. Fungsi kaunselor dalam kaunseling individu adalah berperanan untuk menolong klien untuk memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia sosial dan psikologi di tempat dia berada. Ini bermakna menolong klien untuk memahami sikap, minat, bakat, kebolehan,
peluang-peluang untuk penyempurnaan kendiri dan hubunganhubungan di antara yang tersebut di atas.
3. Menerima realiti hidupnya. Kaunseling individu juga berfungsi untuk menyedarkan klien agar menerima reality hidupnya dan memfokuskan sesuatu perkara yang sesuai dengan kehidupan realiti klien.
4. Membuat rancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya. Membantu klien untuk membuat perancangan yang realistik dan sesuai dengan minat, potensi dan kebolehan klien.
5. Menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya. Menolong klien untuk bertingkahlaku yang sesuai dengan bakat,
Berikut adalah aspek-aspek yang dibincangkan dalam kaunseling individu bagi membantu klien. I. Kaunseling Akademik Menyampaikan maklumat mengenai peluang-peluang melanjutkan pelajaran ke sekolah-sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi.
II.
III.
Kaunseling Peribadi Masalah peribadi termasuk masalah harian, keluarga, ibubapa dan persekitaran.
IV.
Kaunseling Penyalahgunaan Dadah Membantu murid agar berupaya berkata tidak serta mengenal dan menjauhi kepada dadah. Dalam hal ini, pelajar akan diberikan info berkaitan dengan dadah dan HIV AIDS. Maklumat yang diberikan akan menggambarkan perkara yang buruk jika pelajar mendekatinya. Kaunselor juga akan memberikan maklumat kepada pelajar mengenai kegiatan dadah di Malaysia serta akibat buruk daripada mengedar ataupun menghisap dadah.