LDK - Pengurusan Masa

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 2

MODUL 1 (Aktiviti 1) Tajuk : Aku, Dia dan Kamu.

Masa : 1 jam Alat : Pensel warna, pensel, kertas A4, pita selofan dan gunting Bilangan Ahli : 6-15 orang Objektif : 1. Menggalakkan ahli merancang masa dengan teliti dan dapat mengaplikasikannya secara sistematik. Langkah : 1. Peserta diminta untuk berada dalam kumpulan masing-masing. 2. Fasilitator akan membahagikan ahli kumpulan kepada 3 kumpulan kecil A, B dan C yang terdiri daripada kumpulan yang akan

a) Melukis gambar b) Menggunting gambar c) Mencantumkan semula gambar 3. Fasilitator memberikan bahan-bahan kepada setiap kumpulan. 4. Masa yang diberikan untuk melukis gambar adalah 20 minit, gambar yang perlu dilukis adalah rumah, pokok, sungai, matahari dan gunung. Ahli boleh menambah sebarang gambar untuk menjadikan lukisan lebih menarik.

5. Seterusnya, setelah gambar siap dilukis, ia akan diberikan kepada kumpulan B. Masa yang diberikan untuk menggunting gambar adalah 20 minit, ahli perlu menggunting gambar mengikut bentuk yang bersesuaian untuk membentuk puzzle. Bentuk yang digunting hendaklah pelbagai. Sekiranya bentuk yang digunting adalah terlalu mudah, ahli perlu mengulang langkah dari awal. 6. Akhir sekali, puzzle daripada gambar tadi diserahkan kepada kumpulan C. Masa yang diberikan untuk menyusun puzzle adalah selama 20 minit. Ahli dalam kumpulan ini perlu menyusun puzzle ini dalam satu rangka yang menarik mengikut kreativiti masingmasing. 7. Fasilitator akan menjadi penjaga masa dn memastikan setiap kumpulan menyiapkan tugasan masing-masing tidak melebihi masa yang telah diperuntukkan dan pada masa yang sama dapat menghasilkan kerja yang terbaik. 8. Aktiviti akan lebih menarik sekiranya ahli berpeluang untuk bersaing dengan kumpulan lain.

Perbincangan : Setiap individu di dalam organisasi mempunyai peranan masing-masing dan perlu melakukannya dengan sistematik agar kelancaran sesuatu kerja tidak tergendala. Seorang individu yang suka bekerja sambil lewa akan mempengaruhi semua orang dalam sesebuah organisasi. Ini kerana, hasil kerja yang baik dan teratur datangnya dari ketelitian, dan janka masa yan diperuntukkan harus digunakan sepenuhnya kerana organisasi mementingkan produktiviti dan juga kualiti. Kesimpulan : Pengurusan masa yang betul sangat penting dalam memastikan kerja yang diamanahkan kepada kita dapat disempurnakan dengan lancar.

Anda mungkin juga menyukai