Bil 3 1981 Pgunaan Waktu Luang

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 2

SALINAN BAHAGIAN SEKOLAH-SEKOLAH, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA, BANGUNAN BANK PERTANIAN, TINGKAT 12 14, LEBOH PASAR BESAR, TEL:

: 922066 KUALA LUMPUR. KAWAT: PELAJARAN ___________________________________________________________________________ Ruj. Kami: KP.8591/(80) Tarikh : 14 September 1981 Pengarah Pelajaran Semua Negeri.

Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1981:

Penggunaan Waktu Tidak Mengajar / Waktu Luang (Free Period) oleh Guru-Guru
Guru-guru di sekolah biasanya mempunyai waktu-waktu tidak mengajar/waktu luang (free period) seperti yang ditetapkan dalam jadual waktu mengajar masing-masing. Didapati ada sebahagian kecil guru-guru menganggapnya sebagai masa tidak bekerja. Anggapan ini adalah salah dan perlu dibetulkan. 2. Oleh itu tuan/puan diminta memberitahu semua Guru Besar supaya:2.1. Mengingatkan semua guru bahawa waktu tidak mengajar / waktu luang (free period) itu adalah masa bekerja. 2.2. Guru Besar boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu antara lain untuk: 2.2.1. Menggantikan guru yang tidak hadir mengajar di sesebuah darjah / tingkatan. 2.2.2. Membuat persediaan-persediaan untuk mengajar seperti membaca buku tambahan, membuat nota mengajar, menyediakan alat-alatan mengajar dan sebagainya. 2.2.3. Memeriksa buku latihan murid-murid. 2.2.4. Mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah pelajaran yang diajar. 2.2.5. Penyediaan aktiviti-aktiviti gerakerja ko-kurikulum. 2.2.6. Lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh Guru Besar. Tegasnya, waktu tidak mengajar itu mestilah diisi dengan kerja-kerja yang memberi faedah kepada murid-murid, khasnya dan sekolah, amnya. 3. Harap dapat surat Pekeliling ini disampaikan kepada semua Guru Besar Sekolah Menengah dan Rendah untuk panduan dan tindakan mereka.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

t.t. ( DATO HAJI IDRIS BIN TAIN ) Bahagian Sekolah-Sekolah, b.p. Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran.

s.k. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Setiausaha Sulit kepada YB. Menteri Pelajaran Malaysia. Setiausaha Sulit kepada YB. Timbalan Menteri Pelajaran I. Setiausaha Sulit kepada YB. Timbalan Menteri Pelajaran II. Ketua Setiausaha. Ketua Pengarah Pelajaran. Timbalan Ketua Setiausaha. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran I. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran II. Timbalan Ketua Setiausaha II. Semua Ketua Bahagian. Pegawai Khas I kepada YB. Menteri Pelajaran Malaysia. Pegawai Perhubungan Awam.

Anda mungkin juga menyukai