Kertas Kerja MSSD Merentas Desa 2019

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD PONTIAN

2019

Nama Institusi : SMK AYER BALOI, PONTIAN, JOHOR

Tajuk : Kejohanan Merentas Desa MSSD PONTIAN 2019

1.0 PENDAHULUAN
Kejohanan Merentas Desa MSSD PONTIAN 2019 merupakan satu kejohanan yang
dilangsungkan setiap tahun mengikut takwim PPD Pontian. Sukan memainkan peranan
yang penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan sukan, murid-murid bukan
sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam bidang ini, malah juga dalam
pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta dapat mendisiplinkan diri. Selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sukan dilihat dapat menggalakkan pertumbuhan kanak-
kanak yang cemerlang dari aspek intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial . Atas
kesedaran inilah, maka SMK Ayer Baloi akan menghantar satu pasukan atlet olahraga
Trek dan Padang yang menjurus kepada pembentukan insan yang seimbang. Melalui
kejohanan ini diharapkan dapat menggalakkan pembangunan diri atlet terpilih SMK Ayer
Baloi sekali gus mencapai ke arah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.0 RASIONAL
I. Melalui Kejohanan Merentas Desa MSSD PONTIAN 2019 ini, diharapkan guru
pelatih dapat:
II. Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid.
III. Melahirkan insan yang sentiasa berdaya saing dan berlumba-lumba.
IV. Memupuk semangat bekerjasama dan berganding bahu di dalam satu pasukan.
V. Memupuk semangat setia kawan dalam kalangan murid dan guru.
VI. Menggilap bakat istimewa murid di dalam bidang sukan untuk diserlahkan kepada
peringkat yang lebih tinggi.

3.0 MATLAMAT

Kejohanan Merentas Desa MSSD PONTIAN 2019 ini berfokus untuk mendedahkan
murid-murid SMK Ayer Baloi dengan acara-acara sukan olahraga serta memberikan
pengalaman kepada mereka menyertainya sendiri. Selain itu, kejohanan ini juga untuk
mencungkil bakat murid-murid dalam acara sukan olahraga bagi mengetengahkan
mereka ke tahap yang lebih tinggi.

4.0 OBJEKTIF

Melalui kejohanan ini, diharapkan atlet sekolah dapat:


I. Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat.
II. Melahirkan insan yang sentiasa berdaya saing dan berlumba-lumba.
III. Memupuk semangat bekerjasama dan berganding bahu di dalam satu pasukan.
IV. Memupuk semangat setia kawan dalam kalangan murid dan guru.
V. Menggilap bakat istimewa murid di dalam bidang sukan untuk diserlahkan kepada
peringkat yang lebih tinggi.
5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : 31 Januari 2019


Masa : 8.00 Pagi – 6.00 Petang
Tempat : SK Melayu Raya

6.0 SASARAN
10 orang atlet sekolah yang terpilih.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

1. Makanan dan Minuman 31 Januari 2019


(Sarapan pagi, Makan tengah hari dan minum petang,)
RM 12.00 sehari x 10 murid RM 120.00

2. Yuran Pendaftaran RM 100.00

3. Peralatan Perubatan RM 00.00

4. Penginapan (Homestay) RM 00.00

5. Mineral Water & 100 Plus RM 50.00

6. Pengangkutan RM 20 x 3 RM 60.00

JUMLAH RM 330.00

8.0 JURULATIH (GURU PENGIRING)

1. En Razif bin Basri (Pengurus pasukan)


2. En Mohd Isyamuddin bin Jumaat (Ketua Jurulatih)
3. Pn Nurfarhana bte Misuraken

9.0 SENARAI ATLET (LIHAT LAMPIRAN)

10.0 PENUTUP

Kejohanan Balapan dan Padang MSSD PONTIAN 2018 ini diharapkan dapat
memberikan peluang kepada atlet SMK Ayer Baloi merasai sendiri pengalaman menyertai
sukan olahraga. Selain itu, kejohanan ini juga diharapkan dapat meningkatkan semangat
persaingan yang sihat dalam kalangan murid serta menggalakkan mereka untuk mewakili
daerah dalam acara-acara olahraga.

Disediakan oleh: Disemak oleh : Disahkan oleh:

………………………… …………………... …………………………


(En Razif bin Basri)
Pengurus Pasukan
Olahraga
SMK Ayer Baloi

Anda mungkin juga menyukai