Dokumen tersebut memberikan ringkasan tentang berbagai pantang larang dalam budaya dan agama yang diamalkan oleh berbagai etnis di Malaysia seperti Orang Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban. Beberapa pantang larang yang disebutkan meliputi pantang larang untuk wanita hamil, perkawinan, kematian, dan aktivitas sehari-hari. Dokumen ini juga membahas tentang larangan-larangan khusus untuk setiap etnis selama proses kehamilan,
0 penilaian0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
78 tayangan36 halaman
Dokumen tersebut memberikan ringkasan tentang berbagai pantang larang dalam budaya dan agama yang diamalkan oleh berbagai etnis di Malaysia seperti Orang Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban. Beberapa pantang larang yang disebutkan meliputi pantang larang untuk wanita hamil, perkawinan, kematian, dan aktivitas sehari-hari. Dokumen ini juga membahas tentang larangan-larangan khusus untuk setiap etnis selama proses kehamilan,
Dokumen tersebut memberikan ringkasan tentang berbagai pantang larang dalam budaya dan agama yang diamalkan oleh berbagai etnis di Malaysia seperti Orang Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban. Beberapa pantang larang yang disebutkan meliputi pantang larang untuk wanita hamil, perkawinan, kematian, dan aktivitas sehari-hari. Dokumen ini juga membahas tentang larangan-larangan khusus untuk setiap etnis selama proses kehamilan,
Dokumen tersebut memberikan ringkasan tentang berbagai pantang larang dalam budaya dan agama yang diamalkan oleh berbagai etnis di Malaysia seperti Orang Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban. Beberapa pantang larang yang disebutkan meliputi pantang larang untuk wanita hamil, perkawinan, kematian, dan aktivitas sehari-hari. Dokumen ini juga membahas tentang larangan-larangan khusus untuk setiap etnis selama proses kehamilan,
Unduh sebagai PPTX, PDF, TXT atau baca online dari Scribd
Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 36
MATA PELAJARAN : BUDUYA DAN PEMBELAJARAN
KOD : EDU 3106
AMBILAN : JAN 2012 KUMPULAN : P5A AHLI KUMPULAN : CHEONG SHUET YIN CHONG HOI PING KEK TAIN CHAO NAMA PENSYARAH:PN. TAI LAY KENG TARIKH PEMBENTANGAN:
TUTORIAL M2 Bincang dalam kumpulan kecil tentang pantang larang pelbagai kaum di Malaysia. Bentang hasil perbincangan.
Pantang Larang Orang Melayu Pantang Larang Wanita Hamil Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua. Dilarang makan sotong. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat. Dilarang makan makanan yang berakar. Dilarang tidur waktu tengahari. Pantang Larang Ke Atas Lelaki Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk. Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan. Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit. Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati. Dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu. Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang Pantang Larang Ke Atas Perempuan Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua. Dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai di pelamin. Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh. Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak bodoh. Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua. Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi sial. Dilarang pakai baju basah, nanti badan naik kurap. Pantang berbual di tangga, nanti dipinang orang di serambi rumah sahaja. Dilarang makan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang. Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti datang sial. Dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai. Dilarang meletak pinggan di tapak tangan ketika makan, dikhuatiri nanti akan merampas suami orang. Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu. Makan pisang kembar, akan beranak kembar. Makan sisa anak, anak akan degil. Bila makan, pinggan tak boleh diletak atas riba, nanti suami diambil orang. Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua. Makan dalam belanga, dapat anak rupa hodoh. Makan berlunjur,akan jadi pemalas.
Pantang Larang Ketika Makan Pantang Larang Perkahwinan Apa yang ditetapkan perlu diikuti Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Pasangan dilarang bebas keluar kemana- mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik. Pengantin juga dilarang bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelakkan diri dari perkara sihir. Pasangan perlu elakkan diri daripada terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan. Mereka juga elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar. Pantang Larang Orang Cina Tidak boleh menggunting rambut. Tidak boleh mencuci rambut. Dilarang menyapu lantai pada hari pertama. Perbualan mengenai kematian kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina. Tidak boleh membeli buku. Mengelakkan pemakaian baju hitam.
Bakal pengantin tidak digalakkan untuk menghadiri majlis kebumian selama 3 bulan sebelum dan selepas majlis perkhawinan. Hiasan dalam majlis perkhawinan tidak digalak untuk menggunakan warna putih, biru tua, hitam dan hijau.
Dalam bilik tidur bakal pengantin baru, katil, meja dan almari perlu diletakkan dalam kedudukan yang biasa dan bukannya sudut bilik.
Nombor genap sering digunakan dalam majlis perkhawinan. Menurut keparcayaan orang cina, majlis perkhawinan yang tidak mengikut protokol yang ditetapkan adalah perkhawinan yang tidak sah.
Mengandung Dilarang makan daging arnab. Dilarang makan daging anjing. Dilarang makan daging ayam jantan. Dilarang makan ketam. Dilarang makan makanan yang bersifat sejuk. Dilarang mengambil gunting atau penyepit kuku. Dilarang mengangkat tangan melebihi paras bahu. Dilarang tepuk bahu ibu. Dilarang menyidai baju. Dilarang menghadiri upacara perkahwinan. Kematian Tangisan mengikut keburukan si mati dilarang sama sekali. Pakaian yang berwarna lain selain warna hitam tidak digalakkan. Baju yang berbunga juga dilarang dalam upacara kematian tersebut. Ahli keluarga tidak boleh memakai barang kemas. Semua cermin dalam perlu ditutup dengan kain atau kertas.
Perarakan perlu dielakkan daripada melalui rumah yang melangsungkan perkahwinan.
Tiada sambutan Tahun Baru Cina, pesta dan keamaian selepas upacara pengebumian. PANTANG-LARANG ORANG INDIA KELAHIRAN (Semasa Mengandung)
Dilarang keluar berseorangan pada waktu malam. Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur terlebih. Dilarang melakukan perbuatan buruk seperti mengumpat, membuat fitnah, bergaduh, menyembelih binatang dan sebagainya. KELAHIRAN (Selepas Mengandung)
Membisikan nama Tuhan. - membolehkan bayi mendengar nama Tuhan sebelum mendengar apa-apa yang lain. Potong tali pusat - ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang. PERKAHWINAN
Upacara perkahwinan diadakan pada waktu tengah malan atau matahari naik.
Jika jamuan diadakan di kuil, hanya sayur- sayuran hanya boleh dihidangkan dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging lembu.
Perkahwinan diadakan di rumah pengantin perempuan atau di kuil.
Kad jemputan perkahwinan yang diedar harus disapu serbuk kunyit cair.
Pokok pisang dijadikan pintu gerbang dan dihias dengan cantik dan tidak boleh dibuang sesuka hati. Pokok ini dibiarkan selama seminggu sebelum dibuang ke dalam sungai.
KEMATIAN
Gambar si mati tidak boleh digantung secara formal tetapi terbalik.
Ahli keluarga perlu mengeliling mayat selama 3 kali lawan jam sebagai tanda penghormatan.
Sedikit makanan berupa beras disuapkan sebagai pemberian terakhir. ( Vaaikkarisi)
Upacara Vaaikkarisi dilakukankan oleh kaum lelaki di tanah perkuburan, justeru kaum wanita dilarang turut serta ke tanah perkuburan.
Rumah perlu dibersih sebaik sahaja mayat dibawa ke kubur.
PATANG LARANG AMALAN HARIAN Tuan rumah tidak membenarkan tetamu yang pertama kali datang menziarahi melakukan kerja seperti membasuh pinggan. Pantang jangan bersiul pada waktu malam. Jangan makan di tempat yang gelap. Jangan asah pensel di kedua-dua belah. Pantang Larang Orang Kadazan Mengandung
Tidak boleh memotong atau mengerat sesuatu Tidak boleh mengikat atau menyimpul sesuatu Suami tidak boleh memotong rambutSuami tidak boleh memotong rambut--nanti rambut anak panjang Tidak boleh makan buah mengandungi air Tidak boleh mencucuk hidung kerbau/lembu-bibir anak sumbing Tidak boleh siat telinga binatang-telinga anak tidak sempurna Bersalin Suami tidak boleh berada jauh dari rumah - ditakuti gangguan jin/ syaitan Tidak boleh makan ikan bertulang keras, ikanberduri, nasi sejuk, dan nasi bercampur air Bayi tidak dibenarkan dibawa ke ruang yang terdedah seperti halaman rumah-ditakuti diganggu oleh roh jahat seperti Rogon Gaiyah Sahabat handai tidak dibenarkan melawat bayi sebelum upacara memberi nama.
Hubungan Lelaki Perempuan Berkehendak-perlakuan buruk dan hina seperti berkhalwat -Sekiranya ditangkap atau diketahui pihak lelaki dikehendaki membayar denda atau kemalun kepada pihak gadis -Mengandung-dipaksa berkahwin dengan gadis tersebut
Madhagau-bersekedudukan -Pasangan bayar kepanasan kepada masyarakat -Lelaki bayar kemalun kepada perempuan.
Pantang Larang Orang Iban Sewaktu Mengandung
Dalam tempoh tujuh bulan sewaktu mengandung, wanita Iban dan suaminya dikenakan pelbagai pantang larang, antaranya seperti berikut; Mereka dilarang menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja. Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana dibimbangi akan menghalang pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak. Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah.
Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan.
Mereka tidak boleh menanam pokok pisang supaya si bayi tidak berkepala besar.
Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan lumpuh.
Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat di dalam rahim semasa dilahirkan. Biblografi http://www.scribd.com/doc/33989312/Adat- Dan-Pantang-Larang-Masyarakat-Kadazan- Newppt