Minit Mesyuarat Pra

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG UTAMA, JALAN PU 12/1, TAMAN PUCHONG UTAMA

47100 PUCHONG, SELANGOR



MINIT MESYUARAT AJK PRASEKOLAH
(1/2012)
TARIKH : 10 MAC 2012
HARI : SABTU
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : SYURA UTAMA

KEHADIRAN
ENCIK AWALUDIN BIN NAWI
PUAN YENG CHOO PENG
PUAN SUHANA ABDULLAH
ENCIK HASNI MOIS
PUAN AZLINDA AMRAN
PUAN NURUL FAIZ JAMALUDIN
PUAN NURUL EDAYU ABDUL HADI
PUAN HARIZA ABD RAZAK

AGENDA
1. Ucapan alu-aluan guru besar, Encik Awaludin bin Nawi.
1.1 Ucapan terima kasih kepada guru penolong kanan, guru-guru prasekolah dan
pembantu pengurusan murid yang datang menghadiri mesyuarat kali pertama
pada tahun ini.

2. Aktiviti Murid Prasekolah
2.1 Hari Potensi Peringkat Daerah Petaling Perdana
2.2 Hari Sukan
2.3 Majlis Graduasi Prasekolah
2.4 Majlis Harijadi
2.5 Guru prasekolah diminta untuk melatih murid bagi setiap aktiviti yang akan
dipertandingkan.
Tindakan : Guru Prasekolah

3. Perbelanjaan duit PCG Prasekolah
3.1 Guru besar memohon supaya guru prasekolah menggunakan duit PCG secara
berhemah dan hendaklah dihabiskan sehingga hujung tahun.
3.2 Guru prasekolah diminta menyediakan senarai anggaran perbelanjaan duit PCG.
3.3 Guru besar memohon supaya guru prasekolah mengisi borang nota minta dan
menghantar pada kerani.
3.4 Beli barang mana yang perlu sahaja.
Tindakan : Guru Prasekolah dan PPM

4. Perbelanjaan duit makanan prasekolah
4.1 Guru besar memohon supaya pembantu pengurusan murid menyediakan
makanan yang berkhasiat untuk murid.
4.2 Pembantu pengurusan murid mestilah memasak dan membuat minuman murid
untuk sarapan pagi dan kudapan.
4.3 Duit makanan prasekolah hendaklah dihabiskan sehingga hujung tahun.
4.4 PPM hendaklah memastikan kebersihan sentiasa dijaga ketika menyediakan
makanan.

Tindakan : Guru Prasekolah dan PPM

5. Perbelanjaan duit koko prasekolah
5.1 Guru prasekolah diminta menyediakan kertas kerja sukaneka prasekolah dengan
kadar segera.
Tindakan : Guru Prasekolah
6. Tugas Pembantu Pengurusan Murid
6.1 Memasak dan membuat minuman murid untuk sarapan pagi dan kudapan.
6.2 Membantu dan menguruskan murid.
6.3 Menghantar murid ke pintu pagar sekolah.
6.4 Mengemas kelas.
Tindakan : Pembantu Pengurusan Murid

Hal-hal lain
Guru besar memohon supaya guru prasekolah dan pembantu pengurusan
murid sama-sama berganding bahu untuk memajukan prasekolah.
Disiplin murid harus dibentuk seawal prasekolah lagi.
Guru hendaklah menggunakan perkataan yang sesuai untuk menegur murid.
Segala masalah yang berkaitan dengan prasekolah hendaklah dimaklumkan
kepada pihak sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,
.
(PN. NURUL FAIZ BT JAMALUDIN) (EN. AWALUDIN BIN NAWI)
GURU BESAR SKPU

Anda mungkin juga menyukai