Kertas Kerja Projek Susur Gajah

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN

KUALA POMSON

KERTAS KERJA
MEMOHON SUMBANGAN
PEMBINAAN
LALUAN BERBUMBUNG
ATAU SUSUR GAJAH
DI SK KUALA POMSON
2022
KERTAS KERJA MEMOHON SUMBANGAN PEMBINAAN LALUAN BERBUMBUNG
ATAU SUSUR GAJAH DI SK KUALA POMSON
______________________________________________________________________

1.0 PENDAHULUAN

Sekolah selamat di definisikan sebagai persekitaran sekolah yang selamat di mana


warga sekolah merasa selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sama ada
dari dalam atau pun luar sekolah.

Bagi merealisasikan polisi sekolah selamatberjalan dengan baik dan terancang,


maka segala usaha ke arah meningkatkan keselamatan sekolah dan penghuninya
harus di pikul bersama oleh semua pihak. Mengawal keselamatan di sekolah adalah
terletak kepada pihak pengurusan sekolah yang bertanggungjawab mewujudkan
peraturan-peraturan, latihan-latihan yang berteraskan pendidikan demi mengelak,
mengawal dan mengurangkan kemungkinan berlakunya insiden-insiden negative dalam
kalangan murid.

2.0 PENGENALAN

Tujuan dokumen ini adalah untuk mewajarkan permintaan sekolah untuk


mendapatkan dana bagi membina laluan pejalan kaki berbumbung atau susur gajah di
SK Kuala Pomson. Impian sekolah adalah untuk membina laluan berbumbung dari blok
B ke kantin sekolah bagi melindungi para pelajar daripada cuaca panas atau hujan
serta isu-isu keselamatan.

3.0 OBJEKTIF :
1. Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan.
2. Menyediakan kemudahan infrastruktur yang baik dan selesa untuk warga sekolah.
3. Menjamin keselamatan murid-murid dan warga sekolah.
4. Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat.
4.0 RASIONAL

1. Mewujudkan hubungan dengan warga sekolah dan masyarakat.

2. Menekankan perhubungan yang positif antara murid dan kakitangan sekolah.

3. Meningkatkan mutu kawalan keluar masuk sekolah.

4. Menyediakan prasarana dan kawasan yang selamat.

5. Meningkatkan mutu disiplin

5.0 SITUASI SEMASA

Semasa waktu hujan, murid-murid dan warga sekolah menghadapi masalah untuk
bergerak dari bangunan kantin ke bangunan di belakang kerana tidak ada laluan
berbumbung. Sekiranya cuaca tidak hujan, murid-murid dan warga sekolah juga perlu
berpanas untuk bergerak dari satu bangunan ke bangunan yang lain.

6.0 SUMBER KEWANGAN :

ANGGARAN KOS PEMBINAAN LALUAN BERBUMBUNG DI SK KUALA POMSON

Anggaran Jarak

Anggaran lebar

Anggaran tinggi

Anggaran kos

PERUNTUKAN :

 Sumbangan
 7.0 PENUTUP :

Berdasarkan permasalahan di atas, dimohon agar cadangan ini diluluskan untuk


menjadikan sekolah ini lebih berdaya saing dan memberi perkhidmatan yang lebih baik
kepada murid-murid dan komuniti setempat. Malah, isu keselamatan pelajar dan warga
sekolah dapat diminimunkan. Kesemua kerja-kerja di atas adalah diklasifikasi sebagai
renovasi yang memerlukan bajet yang berasingan untuk di sempurnakan kerja.
Sumbangan ke arah merealisasikan cadangan ini amatlah di perlukan.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

................................................. ..................................................
(ANAS MUSHDI BIN ABDUL AZIZ ) .(JAMALUDIN BIN OTHMAN)
Penolong Kanan HEM Guru Besar
SK Kuala Pomson SK Kuala Pomson
LAMPIRAN

Laluan berbumbung yang ingin di buat di SK Kuala Pomson.


Contoh Laluan Berbumbung atau Susur Gajah Yang Akan Di Buat

Contoh cadangan laluan berbumbung yang ingin di buat di SK Kuala Pomson.

Anda mungkin juga menyukai