Pengangguran Dalam Kalangan Siswazah

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 6

Pengangguran Dalam Kalangan Siswazah

Faktor pengangguran dalam kalangan siswazah



a) Individu

1. Pengalaman
Jika tiada pengalaman memang sukar untuk mendapat pekerjaan. Ramai majiakn, terutama
dalam sektor swasta lebih cenderung untuk mengutamakan calon memiliki pengalaman bekerja
berbanding graduan berkelulusan tinggi tetapi hanya berpengalaman dari segi teori. Pada
graduan tidak perlu hanya memilih faktor gaji kerana pengalaman lebih penting untuk masa
depan.

2. Kemahiran komunikasi
Memetik kata-kata Datuk Maznah Hamid, jika dari segi akademik, individu itu hebat, namun
lemah dari aspeks komunikasi , dia tetap tidak akan membantu kejayaan individu itu. Justeru
kemahiran komunikasi perlu dikuasai. Majikan tidak akan melihat gred A yang ada pada ijazah
tetapi cara seseorang individu itu berkomunikasi. Kemahiran komunikasi yang bagus dapat
menyakinkan seseorang.

3. Lemah dalam Bahasa Inggeris
Ramai lepasan siswazah tidak dapat menguasai banyak bahasa khususnya bahasa antarabangsa
atau Bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris penting dalam era globalisasi, liberalisasi dagang dan
asakan teknologi maklumat (ICT) hari ini. Kita memerlukan graduan yang bukan sahaja
mempunyai keyakinan diri, berpandangan jauh dan kepetahan bercakap atau berkomunikasi.
Oleh itu, para majikan akan mengambil pekerja berdasarkan kelebihan mereka menguasai
Bahasa Inggeris kerana banyak syarikat menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa
komunikasi.

4. Sikap memilih kerja
Ramai siswazah sekarang terlalu memilih pekerjaan. Jawatan yang hendak dimohon mestilah
jawatan yang tinggi di dalam syarikat. Sebagai contoh jawatan pengurus besar yang layak
dengan ijazah yang mereka miliki. Apabila tiada kekosongan dalam jawatan, maka mereka lebih
rela menjadi penganggur daripada melakukan kerja yang tidak setaraf atau sepadan dengan
ijazah yang mereka miliki. Mereka tidak mahu dan malu untuk melakukan pekerjaan yang
bermula dari bawah. Tiada pengurus mendapat pekerjaan sebaik tamat belajar sebaliknya ramai
bermula dari bawah untuk mengumpul pengalaman.


b) Majikan

1. Sikap negatif majikan
Pihak majikan juga terlibat dalam isu pengangguran para graduan.Hal ini berkaitan dengan pihak
majikan kerana tujuan siswazah mendapat ijazah adalah untuk mendapat pekerjaan yang
setimpal.Namun sikap negatif majikan,terutamanya majikan Melayu yang berpendapat graduan
bumiputera kurang berdaya saing.Keputusan dalam transkip graduan bumiputera kurang
memuaskan berbanding dengan keputusan siswazah bukan bumiputera.Keadaan ini
menyebabkan ramai siswazah bumiputera menganggur dan sukar bersaing untuk mencari
peluang pekerjaan yang sesuai dalam tempoh 6 bulan selepas tamat pengajian.

2. Sikap mengutamakan pengalaman
Sikap majikan yang juga mengutamakan pengalaman juga menyebabkan ramai graduan
menganggur. Graduan baru tidak diberi peluang untuk mencuba kerana sesetengah majikan
berpendapat mereka tidak mahu menanggung sebarang kerugian yang disebabkan oleh
kekurangan pengalaman pekerja. Bagi mereka, pengalaman adalah penting untuk memudahkan
urusan kerja. Pekerja yang berpengalaman tidak perlu menjalani pelbagai latihan dan kursus
kerana dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan. Ini membantu
mengurangkan kos yang perlu ditanggung oleh majikan.Namun tindakan majikan ini telah
membawa kerugian kepada negara kerana jumlah pengangguran semakin meningkat dan jumlah
pendapatan per kapita negara jatuh.

c) Institusi Pengajian

1. Kekurangan latihan industry
Kekurangan latihan industri yang disediakan oleh pihak institusi pengajian dengan kerjasama
syarikat-syarikat atau pertubuhan bukan kerajaan tidak membantu graduan mengharungi
cabaran-cabaran industri. Oleh itu siswazah tidak mendapat pendedahan awal berkaitan dengan
prospek pekerjaan dan tidak dapat memenuhi standard yang telah ditetapkan oleh dunia luar.
Kesannya tahap saing siswazah adalah rendah dan tidak dapat menandangi persaing daripada
institusi yang lain yang banyak memberi latihan industri.

2. Kursus yang tidak diiktiraf
Sesetengah pihak pengajian juga menawarkan kursus-kursus yang tidak diiktirafkan oleh
kerajaan. Kini terdapat beratus-ratus institusi pengajian yang muncul terutamanya institusi
pengajian swasta yang boleh diibaratkan seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan.
Hakikatnya lambakan institusi pengajian ini bermain dengan kata-kata apabila menawarkan
jurusan yang tidak mendapat pengiktirafan dan memenuhi perspesifikasi perkerjaan yang
ditetapkan. Kesimpulannya institusi pengajian masa kini lebih mementingkan keuntungan
berbanding fungsi yang menawarkan perkhidmatan pendidikan
.

KESAN PENGANGGURAN TERHADAP SISWAZAH(EKONOMI)


1. Mengurangkan pendapatan negara.
Apabila kadar pengangguran adalah tinggi, maka pendapatan atau keuntungan pengusaha akan
berkurangan. Ini akan mengurangkan jumlah cukai pendapatan dan cukai keuntungan syarikat
yang dapat dipungut oleh kerajaan dan seterusnya akan mengurangkan pendapatan negara.

2. Menambahkan kadar kemiskinan
Pengangguran yang tinggi kadarnya akan meningkatkan kadar kemiskinan dalam negara.
Kerajaan terpaksa merancang beberapa program untuk mengatasi masalah kemiskinan. Ini akan
menjejaskan usaha kerajaan untuk memajukan negara Malaysia.

3. Tekanan jiwa
Siswazah yang menganggur akan menghadapi masalah tekanan jiwa dalam kehidupan yang
diberi oleh ahli keluarga dan masyarakat dan tiada keyakinan diri. Maka, mereka berpendapat
bahawa masyarakat akan memandang rendah terhadap mereka dan seterusnya berasa rendah diri.

4. Ketidaktenteraman dalam keluarga.
pengangguran juga akan mewujudkan keadaan ketidaktenteraman dalam keluarga. Contohnya,
pengangguran yang berlaku akan menyebabkan berlakunya pergaduhan dan pertelingkahan
antara anggota keluarga yang akhirnya membawa kepada keruntuhan rumah tangga.

5. Gejala sosial meningkat
Gejala sosial dalam kalangan siswazah akan meningkat sekiranya berlaku pengangguran. Akibat
dari masalah kewangan yang dihadapi pengangguran, maka mereka sanggup melakukan kegiatan
seperti merompak, membunuh dan sebagainya untuk memperoleh wang.



Langkah

1. Mengubah sikap
Sikap siswazah itu sendiri perlu berfikir secara professional dan janganlah bersikap negatif
terhadap sesuatu pekerjaan.

2. Pihak kerajaan
Kerajaan dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) perlu mengadakan kursus khas atau
perancangan tegas kepada graduan daripada menyediakan pekerja untuk sektor awam atau
swasta. Golongan yang masih belajar perlu memilih bidang pengajian yang boleh disesuaikan
dengan penawaran kerja di pasaran. Graduan perlu memperbaiki kelemahan berbahasa Inggeris
untuk memberi diri kelebihan mendapat pekerjaan. Oleh itu, kerajaan haruslah menaikkan taraf
pendidikan dan juga terus mempromosikan kepentingan Bahasa Inggeris di kalangan siswazah.

Anda mungkin juga menyukai