Pelaksanaan Penambahbaikan Praktikum
Pelaksanaan Penambahbaikan Praktikum
Pelaksanaan Penambahbaikan Praktikum
MINGGU 1
Bagi menyelesaikan masalah pada minggu ini, saya mengaplikasikan teori
behaviorisme dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya di mana saya memberi
ganjaran kepada murid yang dapat melakukan latihan yang diberi dengan baik serta
murid yang dapat mengikuti arahan dengan baik.
MINGGU 2
Bagi mengatasi masalah pada minggu ini:
1. Saya hanya memberikan kebenaran kepada murid sekiranya mereka kelihatan
benar-benar perlu untuk ke tandas.
2. Dalam menyatakan arahan, sedikit ketegasan diperlukan. Murid tidak
dibenarkan ke tandas pada setiap P&P yang berlangsung di setiap waktu
selepas rehat.
3. Murid akan hanya dibenarkan keluar ke tandas pada 10 minit awal dan 10 minit
akhir waktu pengajaran berlangsung.
MINGGU 3
Bagi menyelesaikan masalah pada minggu ini:
1. Saya memberikan pujian kepada murid yang dapat bekerjasama atau saling
membantu antara satu sama lain dengan baik
2. Saya memberikan ganjaran terhadap murid yang dapat bekerjasama dengan
rakan mereka dengan baik
MINGGU 4
Bagi mengatasi masalah pada minggu ini:
i. Saya telah berbincang dengan guru untuk pendapat bagi setiap aktiviti yang
saya jalankan.
ii. Saya telah membimbing murid yang lambat agar dia dapat melakukan aktiviti
pada kadar masa yang sama dengan murid lain.
iii. Saya telah mengikut masa yang saya rancang dengan tepat.
MINGGU 5
Bagi menyelesaikan masalah pada minggu ini:
i. Saya telah bertanya kepada mereka mengapa mereka lebih suka menyendiri
daripada rakan-rakan mereka
ii. Saya telah cuba bertindak lebih tegas jika mereka tidak mahu bekerjasama di
dalam kumpulan. Satu jadual pemarkahan kumpulan akan disediakan
MINGGU 6
Bagi mengatasi masalah pada minggu ini:
i. Saya cuba mempelbagaikan bahan bantu mengajar seperti lembaran
kerja, helaian cari kata, permainan bahasa dan lain-lain.
ii. Selain itu, saya turut menerapkan unsur permainan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran.
iii. Sesi pengajaran juga saya lakukan di tempat yang berbeza-beza seperti
di makmal sains dan bilik darjah.
MINGGU 7
Sebagai cara untuk mengatasi masalah ini, saya telah membuat pembacaan dan
berkolaborasi dengan guru pembimbing mengenai masalah murid yang malas ini. Guru
pembimbing mencadangkan agar saya memberikan latihan dan kerja yang lebih
kepada murid pemulihan ini. Murid pemulihan memerlukan banyak latihan bagi
memantapkan pemahaman mereka. Oleh itu, latihan perlu diberikan kepada murid ini
daripada aras mudah kepada aras sukar. Selain itu, murid pemulihan juga perlu diberi
bimbingan yang secukupnya daripada guru agar mereka tidak tercicir dalam pelajaran
mereka. Mereka juga memerlukan perhatian daripada guru agar mereka lebih
bersemangat untuk belajar.
MINGGU 8
Bagi mengatasi masalah pada minggu ini, saya telah:
a. Menyediakan diri dengan strategi dan kaedah pengajaran berdasarkan aras
kognitif kelas yang akan diajar.
b. Menyediakan bahan yang berasaskan teknologi masa kini sebagai contoh
penggunaan lagu, video, gambar dan sebagainya.
c. Mempelajari dengan lebih mendalam mengenai cara mengajar yang lebih
berkesan ketika mengajar.
MINGGU 9
Bagi menyelesaikan masalah pada minggu ini, saya telah:
a. Menyediakan diri dengan strategi dan kaedah pengajaran berdasarkan aras
kognitif kelas yang akan diajar.
b. Menyediakan bahan yang berasaskan teknologi masa kini sebagai contoh
penggunaan lagu, video, gambar dan sebagainya.
c. Mempelajari dengan lebih mendalam mengenai cara memberikan pemahaman
kepada murid yang lemah.
MINGGU 10
1. Saya telah berbincang dengan guru pembimbing mengenai masalah ini.
2. Saya juga belajar memberi arahan tegas kepada murid-murid dalam keadaan
serta-merta.
3. Saya telah mengubah kembali kumpulan mereka yang sedia ada dan cuba
menyusun kumpulan murid yang boleh bekerjasama dengan rakan-rakannya.
4. Saya turut meminta kerjasama semua murid dengan menggunakan pelbagai
pendekatan yang telah dipelajari di IPG.
MINGGU 11
Sebagai cara untuk mengatasi masalah ini, saya telah membuat kolaborasi dengan
rakan dan berbincang mengenai hal ini. Hasil daripada kolaborasi tersebut, rakan juga
bersetuju dengan masalah yang berlaku dan kami berbincang bagi menangani masalah
itu. Berdasarkan situasi yang sama, rakan memberikan cadangan agar saya memahami
situasi murid yang berada di sekolah itu. Rakan telah memberikan cadangan agar saya
menjadi lebih tegas agar tiada murid yang akan mengambil mudah dengan arahan yang
diberikan. Selain itu, guru juga boleh memberikan ganjaran kepada setiap aktiviti yang
dilaksanakan agar semua murid menyertai setiap aktiviti yang dilaksanakan di dalam
bilik darjah. Guru pembimbing juga menasihati supaya guru bergerak ke seluruh kelas
agar dapat melihat sendiri perkara yang sedang dilakukan oleh murid dan murid juga
akan memberikan sepenuh perhatian dan tumpuan di dalam kelas.
MINGGU 12
Bagi mengatasi masalah yang dihadapi pada minggu ini, saya telah membuat
pembacaan dan berkolaborasi dengan guru pembimbing mengenai masalah murid
yang malas ini. Guru pembimbing mencadangkan agar saya mengambil apa sahaja
tindakan terhadap murid ini seperti mendenda mereka berdiri di luar kelas agar mereka
mengambil pengajaran daripada kesilapan mereka. Berdasarkan pembacaan, Ainon
Mohd. dan Abdullah Hassan (2011) menyatakan bahawa murid yang malas ini
kebiasaannya mereka yang berada dalam anggota kelas bawahan. Mereka
beranggapan bahawa hari ini adalah lebih penting daripada masa hadapan. Mereka
yang berminda kelas bawahan juga menganggap kepuasan dan keseronokan sekarang
adalah lebih penting. Oleh itu, mereka tidak menganggap perbuatan belajar sebagai
perkara yang penting. Sebaliknya, bergembira dan berseronok adalah lebih penting.
Akibatnya, mereka hilang tumpuan dan malas untuk belajar.