Jurnal Mingguan Praktikum Minggu 1 Hingga Minggu 9

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 16

Bilangan jurnal: Pertama

Minggu praktikum: Pertama

1. Masalah/ peristiwa
27 Januari 2014, saya mengalami masalah menguruskan diri iaitu untuk
menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran sekolah yang baru. Saya tidak
pandai untuk berinteraksi dengan warga sekolah, menyesuaikan diri dengan
bahasa pertuturan murid dan kesukaran untuk mendapatkan maklumat yang
diperlukan untuk praktikum daripada pengurusan sekolah.

2. Analisis
Masalah ini timbul kerana sikap malu dan rendah diri yang ada pada diri saya.
Saya malu untuk bertanya kerana saya tidak memahami bahasa pertuturan di
sekolah yang menggunakan bahasa setempat untuk berkomunikasi. Selain itu,
ramai guru yang bertugas di luar sekolah juga menjadikan saya berasa segan
untuk memulakan interaksi dengan warga sekolah terutamanya guru-guru.
Masalah bahasa komunikasi dan sikap malu menjadi kekangan untuk saya
menguruskan dan menyesuaikan diri di sekolah.

3. Cadangan tindakan susulan


a) Saya patut merujuk guru pembimbing untuk mengetahui cara
menguruskan diri dan mengetahui keadaan persekitaran.
b) Saya harus mendapatkan panduan agar saya dapat melaksanakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna.
c) Saya perlu belajar cara komunikasi yang berkesan dan berkenaan
hubungan interpersonal dan intrapersonal.
d) Saya harus membuang perasaan negatif dalam diri saya dan
mengelakkan prasangka untuk mengatasi masalah pengurusan diri
dan komunikasi.
4. Tempoh masa tindakan susulan
Saya cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu iaitu sehingga
31 Januari 2014. Pengurusan diri dan komunikasi berkesan adalah penting untuk
memastikan keselesaan dan wujudnya hubungan baik dengan warga sekolah.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: Tandatangan:

Nama: Nama:

Tarikh: Tarikh:
Bilangan jurnal: Kedua
Minggu praktikum: Kedua

1. Masalah/ peristiwa
Pada minggu yang pertama, saya telah melaksanakan aktiviti dalam kumpulan
dalam pengajaran Bahasa Melayu Tahun 5. Saya telah membahagikan pelajar
kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan telah diberikan tugas masing-
masing. Di awal pembelajaran saya mendapat respons positif daripada pelajar
namun apabila diteruskan kepada aktiviti yang seterusnya respons pelajar
semakin berkurangan.
Oleh yang demikian saya berhadapan dalam menguruskan masa bagi setiap
aktiviti yang diteruskan Interaksi antara ahli kumpulan para pelajar tidak
memuaskan akibat pelajar mulai berasa bosan dengan sesi pembelajaran dan
pengajaran.

2. Analisis
Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah saya
jalankan didapati kurang memupuk semangat kerjasama di antara ahli kumpulan.
Antara punca bagi masalah ini mungkin soalan-soalan yang diberikan tidak
sesuai dengan tahap pelajar itu sendiri dan tidak menarik. Di samping itu saya
kurang mempelbagaikan bahan bantu mengajar daripada pelbagai sumber

3. Cadangan tindakan susulan


a. Saya perlu membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan
masa dalam proses pembelajaran dan pengajaran agar dapat
menguruskan masa dengan lebih baik dan sempurna terutama ketika
menguruskan aktiviti dalam kumpulan.
b. Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak
melebihi masa yang telah ditetapkan saya akan sentiasa mengingatkan
pelajar tentang masa yang telah diperuntukkan. Sekiranya perbincangan
menyentuh topik yang sama, saya akan memilih beberapa hasil yang
terbaik untuk dibentangkan.
c. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat dari pensyarah dan guru
pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan yang lain.
d. Saya akan menyediakan soalan yang bersesuaian dengan tahap
kebolehan mereka dalam mencari jawapan yang betul.

4. Refleksi
Semasa membuat rancangan persediaan mengajar saya akan memberikan
objektif dan aktiviti yang sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Saya akan
sentiasa membuat pemantauan setiap aktiviti yang saya laksanakan kelak.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: Tandatangan:

Nama: Nama:

Tarikh: Tarikh:
Bilangan jurnal: Ketiga
Minggu praktikum: Ketiga

1. Masalah/ peristiwa

Minggu ini merupakan minggu ke tiga saya di sekolah ini, kali ini saya ingin
mengetengahkan masalah berkenaan murid yang pasif di dalam kelas,
terutamanya di dalam aktiviti berkumpulan. Masalah yang sangat ketara apabila
hanya murid yang sama sahaja yang aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang
dilakukan. Manakala murid lain hanya memerhati dan kadangkala mengganggu
murid lain.

2. Analisis

Masalah ini berlaku mungkin disebabkan penguasaan ilmu pengetahuan yang


lemah berbanding dengan pelajar lain. Selain itu juga sifat yang pemalu untuk
tampil ke hadapan menjadi punca masalah ini. Ia juga mungkin disebabkan rasa
rendah diri dan tidak memiliki keyakinan diri yang mantap untuk melakukan
aktiviti yang dijalankan. Sifat kurang keberanian dalam diri mereka menyebabkan
mereka mendiamkan diri dan tidak melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.

3. Cadangan tindakan susulan


a. Guru perlu menyediakan soalan mengikut tahap kemampuan murid agar
mereka dapat menjawab dengan betul dan dapat menanam keyakinan
dalam diri mereka.
b. Guru harus memberikan hadiah kepada murid yang berjaya sebagai
peneguhan yang memberi semangat kepada murid untuk melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan dalam kelas.
“Menurut Skinner, peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran
setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi
atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan
sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam
bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar
melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman,
menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya.”

Guru perlu merancang suatu aktiviti yang boleh menarik perhatian murid untuk
melibatkan diri semasa proses PdPc berlangsung.

4. Refleksi
Pengukuhan adalah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu
perkara itu diulangi. Menurut Rachlin (1991), pengukuhan diberikan, pertamanya
untuk memuaskan kehendak individu; keduanya untuk mengurangkan tekanan
dan merangsang otak. Skinner membahagikan pengukuhan kepada 2 bahagian
iaitu pengukuhan positif dan negatif. Sebagai guru, sangat penting untuk
mengaplikasikan teori ini bagi menarik minat murid-murid dalam aktiviti PdPc.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: Tandatangan:

Nama: Nama:

Tarikh: Tarikh:
Bilangan jurnal: Keempat
Minggu praktikum: Keempat

1. Masalah/ peristiwa
Pada minggu ini, saya mengalami masalah untuk mengawal tingkah laku murid.
Saya menghadapi masalah ini semasa mengajar tahun 4 Ibnu Sina di mana
mereka terlalu aktif sehingga saya terpaksa mengeluarkan arahan yang kuat
agar mereka dapat mendengarnya. Terdapat juga beberapa murid tidak
mengendahkan arahan sehingga membuat bising.

2. Analisis
Masalah ini timbul kerana tahap disiplin murid-murid terlalu rendah sehinggakan
mereka tidak mengendahkan arahan saya. Murid-murid akan membuat bising,
serta tidak membuat kerja yang diberikan. Maka, saya harus menggunakan
strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan agar murid-murid
dapat memberi penumpuan dan tidak membuat bising.

3. Cadangan tindakan susulan


a) Saya patut merujuk guru pembimbing untuk mengetahui cara
menguruskan tingkah laku murid-murid yang bermasalah.
b) Saya harus mendapatkan panduan agar saya dapat melaksanakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna.
c) Saya perlu belajar cara mengatasi murid-murid yang bermasalah
disiplin.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: Tandatangan:

Nama: Nama:

Tarikh: Tarikh:
Bilangan jurnal: Kedua
Minggu praktikum: Kedua

1. Masalah/ peristiwa
Pada minggu ini, secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran
dapat dijalankan dengan baik seperti yang dirancang. Walau bagaimanapun,
saya masih kekurangan idea untuk mempelbagaikan teknik pengisian dalam
setiap topik yang ingin disampaikan. Hal ini menyebabkan kadang-kala beberapa
orang murid saya kurang memberikan tumpuan sewaktu pengajaran dijalankan.
Adakalanya saya perlu bertegas dengan mereka dengan memberi amaran dan
sebagainya. Hal ini seterusnya menyebabkan gangguan terhadap pelajar lain
yang ingin belajar dan di samping menjejaskan tempoh pengajaran yang telah
dirancang.

2. Analisis
Secara jujurnya saya dapati masih banyak kekurangan dalam diri saya yang
perlu dibaiki. Saya kadangkala kurang memahami topik yang ingin disampaikan
secara mendalam kepada murid menyebabkan kurangnya langkah dan teknik
pengajaran yang diterapkan. Adakalanya, saya tidak berfikir lebih panjang dalam
menerapkan teknik yang bersesuaian terhadap murid saya menyebabkan
kadang-kala teknik yang diajarkan tidak begitu berjaya disampaikan dengan baik.
Apapun, saya tetap cuba bereksperimen dengan pelbagai teknik yang lain untuk
menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan di masa akan
datang.

3. Cadangan tindakan susulan


Di masa akan datang, saya akan memastikan setiap pengisian dalam setiap
topik yang ingin disampaikan akan difahami secara mendalam terlebih
dahulu. Saya juga akan membuat lebih banyak perbincangan bersama guru
pembimbing agar setiap masalah yang timbul dapat di atasi demi
melancarkan perjalanan pengajaran dan pembelajaran kelak.
4. Tempoh masa tindakan susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dari masa ke semasa untuk
memperbaiki segala kelemahan saya dalam pelbagai perkara ini. Masih
belum terlewat untuk saya memperbaiki mutu kelemahan saya dalam
menjayakan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Di
masa akan datang saya akan sedaya upaya mencari teknik pengajaran yang
lebih sesuai untuk diterapkan agar objektif pengajaran tercapai dan segala
apa yang dirancang dilaksanakan dengan begitu berkesan.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: Tandatangan:

Nama: Nama:

Tarikh: Tarikh:
Bilangan jurnal: Keenam
Minggu praktikum: Keenam

1. Masalah/ peristiwa
Pada minggu ini, saya mengalami masalah untuk memastikan kehadiran murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana kelewatan. Saya
menghadapi masalah ini apabila berlaku proses pengajaran dan pembelajaran di
tempat lain. Kelewatan murid-murid untuk bergerak menyebabkan ada yang
tertinggal dan tidak tahu tempat belajar sehingga habis waktu.

2. Analisis
Masalah ini timbul kerana tahap disiplin murid-murid terlalu rendah sehinggakan
mereka tidak endahkan arahan saya. Murid-murid akan membuat bising, serta
bergerak dengan sambil lewa dan membuang masa begitu sahaja. Maka, saya
harus menggunakan ketegasan agar murid-murid dapat mendengar arahan saya
dengan jelas dan bertindak pantas.

3. Cadangan tindakan susulan


a) Saya harus menyediakan tempat belajar yang tidak memerlukan
pergerakan yang jauh agar dapat menjimatkan masa.
b) Saya harus mendapatkan panduan agar saya dapat melaksanakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna.
c) Saya perlu belajar cara mengatasi murid-murid yang degil.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: Tandatangan:

Nama: Nama:

Tarikh: Tarikh:
Bilangan jurnal: Kelapan
Minggu praktikum: Kelapan
Tarikh peristiwa/ kejadian: 31 Mac 2011
Tajuk jurnal: Masalah menyusun jadual waktu untuk diselia oleh pensyarah.

1. Masalah/ peristiwa
Pada minggu ini, saya mengalami masalah untuk menyusun jadual waktu untuk
diselia oleh pensyarah. Ia bagi memastikan kehadiran pensyarah dapat
melakukan penyeliaan terhadap kami berdua. Ini menyebabkan murid-murid
menjadi keliru dengan jadual yang tidak dimaklumkan oleh guru. Maka, guru
haruslah memaklumkan kepada murid terlebih dahulu bagi memastikan murid-
murid membawa buku yang berkenaan.

2. Analisis
Masalah ini timbul kerana penyusunan jadual yang tidak selaras di antara saya
dan rakan saya. Ini menyebabkan guru terpaksa mengambil masa yang lebih
bagi mengatur kelas di kalangan murid-murid..

3. Cadangan tindakan susulan


a) Saya harus menyediakan tempat belajar yang tidak memerlukan
pergerakan yang jauh agar dapat menjimatkan masa.
b) Saya harus mendapatkan panduan agar saya dapat melaksanakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna.
c) Saya perlu belajar cara mengatasi pergerakan murid ke tempat
belajar.

4. Tempoh masa tindakan susulan


Saya cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu iaitu sehingga
7 April 2011. Masalah kehadiran murid yang lewat semasa proses pengajaran
dan pembelajaran adalah penting untuk memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan lancar.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: Tandatangan:

Nama: Nama:

Tarikh: Tarikh:
Bilangan jurnal: Kesembilan
Minggu praktikum: Kesembilan
Tarikh peristiwa/ kejadian: 4 April 2011
Tajuk jurnal: Penggunaan e-book .

1. Masalah/ peristiwa
Pada minggu ini, saya mengalami masalah apabila menggunakan e-book di
dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Semasa mengajar bahasa inggeris,
saya telah mengarahkan murid-murid untuk mengakses maklumat di dalam
internet untuk mendapatkan maklumat. Murid-murid tidak tahu untuk
mengaksesnye.

2. Analisis
Masalah ini timbul kerana murid-murid tidak didedahkan dengan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan e-book.

3. Cadangan tindakan susulan


a) Saya harus memberi kata kunci kepada murid-murid.
b) Saya harus bertindak bersama-sama dengan murid-murid saya agar
pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.

4. Tempoh masa tindakan susulan


Saya cuba mengatasi masalah ini dalam minggu ini agar proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: Tandatangan:

Nama: Nama:

Tarikh: Tarikh:
Bilangan jurnal: Kesepuluh
Minggu praktikum: Kesepuluh
Tarikh peristiwa/ kejadian: 13 April 2011
Tajuk jurnal: Seliaan bersama guru pembimbing dan pensyarah.

1. Masalah/ peristiwa
Pada minggu ini, saya mengalami masalah apabila terpaksa mengatur kelas bagi
penyeliaan bersama dapat dijalankan. Saya terpaksa mengganti waktu jadula
kelas guru lain bagi memenuhi permintaan guru dan pensyarah agar masa
penyeliaan tidak mempunyai jarak masa dengan rakan praktikum saya yang lain.

2. Analisis
Masalah ini timbul kerana hambatan kerja pensyarah dan guru. Ini menyebabkan
saya terpaksa mencari jadual waktu yang memenuhi kehendak kedua-dua pihak.

3. Cadangan tindakan susulan


a) Saya harus merujuk PK Pentadbiran untuk mengetahui jadual waktu
guru lain.
b) Saya harus merujuk guru pembimbing bagi mendapatkan jadual
waktunya.

4. Tempoh masa tindakan susulan


Saya cuba mengatasi masalah ini dalam minggu ini agar dapat memaklumkan
kepada pensyarah secepat mungkin.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: Tandatangan:

Nama: Nama:

Tarikh: Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai