Proses Hakisan Turbid

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 15

Proses hakisan, angkutan dan pengendapan dikawal oleh hukum-hukumfizik.

Proses
pengendapan merupakan proses yang mengangkut dan mengendapkan sedimen dan proses-
proses ini termasuklah kerja-kerja atau aktiviti oleh angin, air, ais (glasier) dan graviti.
Untuk memahami proses pembentukan struktur sedimen, kita perlu tahu sifat fizik, properti
dan mekanisme cecair (fluid) yang berupaya untuk menghakis, mengangkut dan
memendapkan sedimen. Kebanyakan proses-proses ini melibatkan cecair seperti air, udara
dan ais, kecuali sedimen yang bergerak di bawah pengaruh graviti, terutamanya dikawasan
cerun.
Dua properti penting yang mempengaruhi aliran media atau cecair dan cara reaksinya
dengan sedimen atau partikel ialah densiti (ketumpatan) dan viscositi (kelikatan).
Cecair yang mempunyai densiti rendah dan kelikatan rendah akan
bergerak lebih mudah / cepat berbanding dengan cecair yang mempunyai densiti dan
kelikatan yang tinggi.
Aliran cecair bergerak dalam dua keadaan iaitu lamina dan turbulance atau bergelora.

Lamina bermakna aliran air / partikel bergerak lurus selari dengan arah aliran cecair,
manakala aliran turbulance pula, air/partikel bergerak secara random, bolehtegak dengan arah
aliran umum cecair. Selalunya, jika halaju aliran perlahan dan kelikatan rendah, aliran
menjadi lamina, tetapi jika halaju bertambah atau kelikatan juga bertambah, aliran turbulance
pula yang akan terbentuz.

Aliran, apabila diganggu atau dihalang pergerakannya oleh objek atau permukaan
aliran yang tidak rata / tak lurus boleh menyebabkan aliran cecair mengalami pemisahan
(separation) dan boleh terbentuk arus putaran “eddy”.
Arus putaran ini akan bercantum balik (reattachment) dengan arus utama. Bentuk
partikel / halangan yang berbeza akan menghasilkan bentuk pattern atau pola pergerakan arus
yang berbeza.

Puratan arus eddy ini menghasilkan pergerakan arus yang bertentangan dengan arus utama.

Hukum Stokes
Secara umumnya, halaju pengendapan zarah berkaitan dengan diameternya, dan juga
berkaitan dengan perbezaan ketumpatan zarah danketumpatan bendalir (Hukum Stokes).
Zarah yang kecil akan terendap lebih jauh atau terkemudian daripada zarah yang
bersaiz besar yang berketumpatan sama, dan bagi dua zarah yang bersaiz atau berdiameter
sama, zarah yang lebih tumpat akan terendap lebih dahulu.
Hukum Stokes ini sah untuk zarah berbentuk sfera dan dalam keadaan, halaju ini juga
dipengaruhi oleh bentuk butiran dan kepekatan zarah. Sangat jarang kita jumpai zarah yang
berbentuk betul-betul bulat.
Zarah-zarah yang mempunyaan taraan hidrolik yang sama akan terendap pada halaju
yang sama. Zarah yang kecil tetapi mempunyai ketumpatan yang tinggi (contohnya bijih
seperti emas) akan mempunyai taraan hidrolik yang sama dengan butiran bersaiz besar tetapi
mempunyaian ketumpatan yang rendah (contohnya kuarza). Itu sebabnya kita boleh jumpai
bijih yang bersaiz halus bersama-sama dengan sedimen kasar di dalam sungai.
Nombor Reynolds
Keadaan bendalir yang mengalir boleh dijelaskan oleh nombor Reynolds, iaitu;
Udp
R = ---------- u
R = nombor Reynolds
U = halaju zarah
d = diameter zarah
p = ketumpatan zarah
u = kelikatan bendalir
Untuk nombor Reynolds yang rendah, bendalir mengalir secara lamina, garis aliran selari
dengan permukaan sempadan, manakala untuk nombor Reynolds yang tinggi pula, aliran
adalah bergelora yang menjana pusar dan vorteks.
Pada asasnya, butiran boleh bergerak melalui satu bendalir (cecair atau gas) dalam tiga cara;

Mekanikal pergerakan zarah Berguling


Zarah yang sangat berat tidak akan terangkat dari dasar oleh aliran yang mengalir.
Zarah ini cuma akan berguling sepanjang arus di atas permukaan satah atau dasar aliran
Melantum
Pada halaju yang sama, zarah yang lebih ringan akan bergerak menuruni arus dengan
dengan trajektori yang curam ke atas dan jejak gelongsor yang lebih landai ke hadapan.
Proses ini dikenali sebagai loncatan atau melantum.
Ampaian
Pada halaju yang sama juga, zarah yang sangat ringan akan dibawa oleh arus dalam
bentuk ampaian, iaitu zarah ini mengikuti arus tetapi tidak menyentuh dasar aliran.
Halaju genting
Satu perkara yang penting diketahui ialah halaju genting untuk memulakan
pergerakan zarah. Secara umumnya, halaju genting ini bergantung kepada saiz atau berat
zarah, iaitu halaju genting lebih tinggi diperlukan untuk mengangkut atau menghakis sedimen
berat.
Halaju genting
Dalam kes sedimen lempong, terdapat lempong yang kohesis atau jeleket
(mempunyai daya tarikan antara satu sama lain), dan halaju yang tinggi diperlukan unuk
menghakis dan memulakan pergerakan untuk lempong kohesif ini, dan halaju ini mungkin
lebih tinggi berbanding halaju genting untuk pasir halus dan lodak.
Dengan adanya lempong kohesif ini, maka kita boleh temui laminasi lempong halus dalam
pengendapan pasang surut. Semasa air mati (tiada pergerakan arus) lempung yang terendap.
Halaju genting
Bila air mula pasang atau surut, arus akan mula bergerak laju, tetapi arus yang laju ini
tidak berupaya untuk mengangkut lempung yang kohesif ini, tetapi boleh
mengangkut dan memendapkan pasir yang kasar di atas lempung halus.

Mendapan seretan.
Pengangkutan di dalam arus seretan sebahagian besarnya secara penggulingan dan
loncatan beban dasar. Fabrik dan struktur sedimen yang terhasil adalah seperti lapisan silang.
Arus seretan ini boleh dijanakan oleh graviti (dalam sungai) atau angin atau daya /arus
pasang surut.
Mendapan ampaian.
Mendapan ini terendap daripada mekanikal ampaian lodak dan lempong oleh angin
atau dalam air.
Mendapan arus tumpat.
Mendapan oleh arus tumpat berasal daripada kombinasi seretan dan ampaian. Fabrik
dan struktur sedimen yang terhasil dicirikan oleh bercampuran pasir, lodak dan lumpur, serta
menunjukkan lapisan bergred. Arus tumpat terhasil disebabkan adanya berbezaan ketumpatan
bendalir cecair atau gas, dan hasilnya ialah bendalir yang tumpat akan mengalir oleh aruhan
graviti dibawah bendalir yang kurang tumpat. Contuh aluran tumpat ialah arus turbidit.
Diamiktit.
Merupakan sedimen yang berisihan sangat buruk yang menunjukkan julat saiz butiran
daripada bongkah hingga lempong. Diamiktit dibentuk oleh proses glasier dan juga aliran
lumpur samada di subaerial (daratan) atau subakua (dalam air).
Pengendapan daripada arus seretan
Arus seretan ialah arus yang mengerakkan sedimen secara gulingan atau loncatan
sebagai beban dasar dalam hamparan seretan.

Pengangkutan ini berterusan dan akan mengayakkan (mengasingkan) zarah yang lebih
halus dan ringan (lodak dan lempong) yang diangkut secara ampaian. Sedimen daripada arus
seretan akan menunjukkan pengurangan saiz butiran kehilir.

Pengendapan daripada arus seretan

Arus seretan uniarah


Satu ujikaji dilakukan untuk melihat pergerakan butiran pasir terhadap halaju arus.
Air dibenarkan mengalir dalam/melalui flum pada halaju yang bertambah secara perlahan-
lahan.
Butiran pasir akan mula bergerak apabila halaju genting dilintasi. Pasir akan diukir
dalam lapisan beriak. Apabila halaju bertambah, ukiran pasir riak ini menjadi lebih besar
(gumuk), kemudian menjadi permukaan yang rata dan seterusnya menjadi antigumuk .

Pengendapan daripada arus seretan

Aliran tadi boleh dikelaskan kepada rejim aliran bawah dan rejim aliran atas. Rejim
aliran bawah yang lebih perlahan akan membentuk riak dan gumuk, manakala rejim aliran
atas yang lebih laju pula membentuk lapisan menyatah dan antigumuk.

Pengendapan daripada arus seretan


Arus seretan uniarah mencirikan pengendapan dalam alur fluvial, boleh

Pengendapan daripada arus seretan

Arus seretan dwiarah


Di sekitaran lautan, arus seretan biasanya bergerak pada dwiarah, dan kekalaan arus sangat
berubah-ubah. Arus pasang-surut mempunyai kitaran selama beberapa jam, manakala laluan
ombak mengambil masa beberapa saat sahaja.
Pengendapan daripada arus seretan
Contoh arus dwiarah yang penting ialah arus pasang-surut.

Pengendapan daripada arus seretan


Ketika air sedang pasang atau surut, halaju arus adalah sifar atau tidak bergerak. Halaju mula
bertambah secara perlahan-lahan dan kemudian berkurangan semula secara perlahanlahan
apabila surut dan akhirnya tidak bergerak. Keadaan yang sama berlaku ketika air sedang
pasang.

Pengendapan daripada arus seretan


Halaju air pasang dan halaju ketika air surut boleh tidak sama. Apabila arus
menghampiri sifar, lempong mungkin terendap secara ampaian, dan boleh membentuk
laminasi lempong. Semasa arus bergerak, mendapan seretan berlaku, dan mungkin
membentuk struktur riak.
Proses endapan ampaian dan endapan seretan berlaku secara berterusan, dan kesan
hamparan lempung berlaminasi di atas riak pasir mungkin boleh digunakan untuk mentafsir
endapan oleh proses pasang-surut.
Pengendapan daripada ombak
Untuk kes ombak yang berlaku dalam julat atau kitaran yang singkat, zarah akan
terapong di permukaan membentuk satu orbit, dan secara umumnya tiada pergerakan
berkesan.
Pengendapan daripada ombak
Pergerakan dalam orbit bagi zarah ini di dalam air akan berkurangan dan hilang
secara berangsur-angsur dengan pertambahan kedalaman, dan dibahagian yang dalam tiada
pergerakan zarah. Di bawah dasar ombak berkesan, tiada arus janaan ombak, dan cuma
sedimen ampaian yang akan terendap.
Pengendapan daripada ombak
Apabila kedalaman air mencetek ke arah pantai, dasar ombak berkesan akan
mengenai dasar lautan, dan pergerakan orbit di dalam air akan terubah menjadi elips.
Pergerakan elips ini mengangkut sedimen pergidan balik, dan boleh membentuk riak arus.
Riak ombak ini biasanya simetri dan mempunyai lamina dalaman berbentuk pucuk
rebung dan berbentuk berdwicabang apabila dilihat daripada atas. Profil riak menjadi tidak
simetri ke arah pantai dengan muka curam berarah ke daratan.

Pengendapan daripada arus turbidit


Apabila dua jasad yang mempunyai ketumpatan berbeza dicampurkan bersama, akan
diperhatikan jasad yang lebih tumpat akan bergerak atau mengalir di bawah jasad yang
kurang tumpat. Aliran ketumpatan ini boleh disebabkan oleh berbezaan suhu, kemasinan dan
kandungan sedimen terampai. Jasad air yang keruh dengan sedimen ampaian yang banyak
selalunya bergerak sebagai aliran tumpat di bawah air bersih.

Pengendapan daripada arus turbidit


Arus tumpat atau arus keruh ini (contohnya arus turbidit) merupakan proses major
bagi mengangkut dan memendapkan sedimen di permukaan bumi.
Pengendapan daripada arus turbidit
Arus keruh telah dikaji di makmal atau diperhatikan di persekitaran pengendapan.
Apabila ampaian pasir bercampur lumpur dimasukkan ke dalam flum, pasir tadi akan
bergerak pantas menuruni cerun dalam bentuk aliran gelora menutupi dasar. Mula-mula pasir
akan diendapkan, kemudian diikuti oleh lodak dan akhirnya lempong. Sedimen yang
termendap ini menunjukkan profil saiz butiran berkurangan ke atas.
Arus turbidit berketumpatan tinggi ini biasanya terdapat di kipas laut dalam, dan
kelajuannya boleh memusnahkan kabel tetegraf dasar laut.

Pengendapan daripada arus turbidit


Pasir atau unit turbidit yang terbentuk cenderung untuk disusun dalam jujukan yang
dipanggil “jujukan Bouna” yang boleh dibahagikan kepada beberapa zon yang dikenali
sebagai zon A hingga E.
Unit A yang masif terdiri daripada pebel asing dan klas lumpur terletak di bahagian
bawah dan bahagian dasarnya merupakan sempadan hakisan.
Unit B berlamina atau mempunyi lapisan menyatah, Unit C mempunayi laminasi silang atau
konvolut, Unit D terdiri daripada unit berlamina yang lebih halus dan akhirnya Unit E yang
terdiri daripada sedimen ampaian. Secara umumnya, regim aliran air berkurangan ke arah
atas.
Kajian yang dilakukan menunjukkan unit bawah (A) banyak ditemui dikawasan
pangkal arus turbidit bermula, dan makin berkurangan ke arah hujung atau distal.
PROSES EOLIAN
Secara umumnya, angin dan air merupakan medium yang mengangkut sedimen yang
mempunyai sifat yang serupa, iaitu boleh mengangkut sedimen secara seretan dan juga
ampaian. Walau bagaimanapun, aliran keruhan tidak berlaku di dalam proses angin, kecuali
mungkin oleh letusan volkano yang mana debudebunya Menuruni cerun dengan halaju yang
sangat tinggi.

Pengendapan eolian daripada hamparan seretan


Seperti juga proses air, sedimen yang dihembus oleh angin akan digerakkan oleh
gelinciran dan loncatan, manakala yang bersaiz halus akan ditampi atau diterbangkan angin
dalam bentuk awan debu ke tempat lain. Halaju genting/ambang untuk mengerakkan butiran
sedimen akan bertambah apabila saiz sedimen bertambah.
Riak, gumuk dan lapisan mendatar merupakan lapisan eolian yang biasa ditemui di
sekitaran pengendapan oleh angin.
Riak dihembuskan ke atas gumuk dan lapisan mendatar semasa ribut pasir untuk
terbentuk semula selepas angin mereda merupakan masalah pencerapan.

Pengendapan eolian daripada hamparan seretan


Empat jenis morfologi gumuk boleh ditakrifkan berdasarkan kepada geometri dan
genesis gumuk pasir, iaitu;
Gumuk bulan sabit atau barkhan.
Berbentuk melengkok dan mempunyai permukaan gelinciran di bahagian cekung
menghilir angin. Biasanya terdapat dikawasan kekurangan bekalan pasir, dan sukar untuk
terawet dalam rekod geologi.
Gumuk stelat.
Terdiri daripada satu siri permatang pasir tinggi yang berlengkok dan tajam. Gumuk
ini boleh mencapai ratusan meter tinggi. Selalunya terdapat dikawasan sempadan lautan pasir
dengan bukit.
Gumuk memanjang atau seif.
Merupakan gumuk pasir yang panjang dan sempit yang mempunyai permatang
median yang tajam. Gumuk ini boleh mencapai ratusan kilometer panjang, dan ketinggian
100 meter. Antara permatang yang jaraknya boleh 1 hingga 2 km terdiri daripada pasir atau
kelikir yang rata.
Gumuk melintang.
Gumuk ini lurus atau boleh melengkok sedikit, dan mempunyai kemuncak yang
menjurus tegak dengan arah angin min. Permukaan gelincir yang curamadalah berarah
menghilir angin.
Pengendapan eolian daripada hamparan seretan

Anda mungkin juga menyukai