Cerpen Pendek

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

Cerpen pendek (kasih sayang)

Sabtu, 6 Jun 2013


Kriinggg krinnggggg kringgg jam loceng berbunyi telah memecah kesunyian di dalam
karma bilik tepat jam 6.45pagi . Aku terus terbangun mengejut otakku tidak dapat berfikir
dengan baik disebabkan terlalu mamai.Mungkin kerana tidur lewat pada malam tadi.Aku
cuba untuk menenangkan diri dan berfikir sejenak.
Eh bukan aku kunci jam pukul8 ke? Kenapa pukul 6.45pagi pulak nih, ishh ni tak lain
tak bukan mesti kerja ibu nak mengenakan aku ni,ibu selalu macam ni.Ish! rungutku
sendirian.
Tiba-tiba pintu bilikku terbuka Anak ibu dah bangun ,sejuk hati ibusambil mengangkat
tangan seperti bersyukur.Tersengih-sengih ibu memandang aku dengan wajah yang gembira
tetapi yang pasti aku tahu ibu sengaja ingin mengenakan aku.
Ibu tahukan Mira cuti kerja harini kenapa ibu tukar waktu jam ni?Ibu nak kenakan Mira
ya bu ! Aku terus berpeluk tubuh umpama aku sedang marah dengan ibu.
alaaa anak ibu ni merajuk pulak.hehe..Ibu nak suruh Mira bangun subuh kita berjemaah
sama-sama, lagipun Ayah dah balik dari TerengganuUjar ibu.
Dengan wajah yang monyok terus menjadi ceria.Seronoknya tidak dapat digambarkan,sebab
ayah sudah pulang dari kerja luarnya. Ayah anak tunggalmu sangat merinduimu! Kerna
sudah tiga minggu tidak melihat wajah ayah. Aku terus mandi dan mengambil wuduk untuk
solat berjemaah bersama ibu dan ayah.
Setelah selesai solat. Ayah menadah tangan untuk berdoa ,aku dan ibu pun turut sama
menadah tangan.Sewaktu ayah menyebut namaku terasa sangat sayu tak tahu kenapa. Aku
mula merenung wajah ayah , riak diwajahnya kelihatan sangat penat. Kemungkinan ayah
letih memandu kereta dari Terengganu sampai ke Kuala Lumpur. Selepas habis sahaja berdoa
,aku terus salam tangan ibu dan juga ayah. Ayah sempat memegang wajahku.
Rindu ayah dekat anak kesayangan ayah ni.Mira nampak susut, ibu tak bagi makan ya? Tak
apa nanti ayah bobok ibu kamuUjar ayah .Walaupun ayah letih tapi masih merupaya untuk
senyum kepada isteri dan anaknya.
Mira lagi rindu kat ayah.Hari-hari ibu buli anak kesayangan ayah ni tau,sebab tu anak
ayah ni nampak susut .Betul tak bu? Soal aku kepada ibu dengan wajah yang sengih-sengih.
Hehe.
Amboiii dua beranak ni , mengata ibu depan-depan pulak ya.Hello ibu tak buli pun ok.Dia
yang nak sangat tolong ibu sekarang mengadu dekat ayah kata kita buli dia pulak Ibu
menjawab dengan sekali nafas. Mulalah nak buat muka merajuk dia. Kami berdua mula
ketawa bila melihat reaksi ibu yang memuncungkan mulutnya.
Beginilah keluargaku ,walaupun aku anak tunggal dan tiada adik beradik aku tak pernah
berasa sendirian kerana mereka berdua sentiasa disisi. Bagiku ibu dan ayah lah segala-
galanya.Terima kasih kepada Allah telah memberiku kedua ibu bapa yang tak ternilai
harganya.

8.00pagi
Pada pagi itu, seperti biasa jika aku tidak kerja aku akan membuat senaman pagi.Aku
sedang giat menyambung bisnes ayah sebab ayah yang nak sangat aku ambil dia punya
syarikat.Walaupun ayah tahu aku masih muda untuk menangung tanggungjawab yang besar
ini.Hendak atau pun tak aku perlu menerimanya.
Aku mula berjogging dengan menyumbat headphone di telinga.Aku terus menekan punat
mp4 dan alunan lagu kegemaran aku mula keluar. Terlalu leka dengan menyanyikan lagu
Sayang dari Shae sampai tidak perasan seorang yang badan agak kuat menolakku dari
bahagian tepi. Terus aku terjatuh.
Ouch !!! aku menahan kesakitan dibahagian siku yang telah terluka dan berdarah.
Ya Allah , maaf cik saya tak sengaja.Ish apa yang aku tengah buat ni, bodoh betul aku ni.
Eh cik tak pa-apa ke ni, nak saya bawa cik ke klinik ke? pertanyaan seorang lelaki itu
menyebabkan aku terus memandang wajahnya.
Aduh ! saya tak apa-apa pun ! alaahhh sikit je ni, bukan saya patah tangan pun lah yang
buat muka ngelabah sangat ni dah kenapa? Aku terus soal kepada pemuda itu kerana
wajahnya kelihatan sungguh risau keadaan aku ini. Padahal aku bukan mengalami kecederaan
teruk pun .Ek eleh mamat ni. Ngomelku dalam hati.
Eh betul ni ok.Kalau macam tu baguslah,saya bukan apa risau jugalah sebab terlanggar
anak dara orang ,mana tahu anak orang kaya kea pa tak pasal-pasal kena saman.Mati saya
tau.Oh by the way,saya Che Mazelan just call me Lan jelah lebih selesa Ujarnya.Terkebil-
kebil matanya
Ish! Merepek pulak awak ni kan Lan. Ok,saya Amira farzana panggil Mira je Tanpa
berfikir aku terus memberitahu namaku.
haa selamat berkenalan. Mulai kita jadi kawan tau ! ni nombor saya ,nanti awak jangan
lupa call tau .Alaahh kalau miscall pun takpa saya tak kisah. Ok lah Mira ,saya minta maaf
bukan sengaja nak langgar awak. Saya terpaksa berlari sebab ada on call plak pagi
nih.Maaf ya sekali lagi.Saya pergi dulu ya.ByeUjarnya panjang.
Sebelum bereda dia melambai-lambai tangan ke arahku. Entah kenapa tanganku tergerak
dengan sendiri hendak melambai kembali kepadanya.Uishhh dah kenapa pulak kau ni Mira ?
aku geleng kepala. Tidak jadi aku hendak jogging pagi ini, luka dekat siku pulak.Pedih-pedih
rasanya.Aduh! Nasib baik aku cuti hari ini.Kalau tidak habislah.

Ahad, 7 jun 2013
Aku sibuk tolong ibu mengemas rumah sementara menunggu ayah pulang dari pasar untuk
beli barang basah untuk dijadikan masakan pada tengah hari ini. Tiba-tiba deringan telefon
rumah kedengaran. Ibu mengangkat panggilan telefon tersebut.
Waalaikumusalam, yaa saya Isteri dia.kenapa ya?haaaa?!! astaghfirullahalazim suara ibu
semakin perlahan seperti ada yang menganggu perasaannya. Wajah ibu mula menunjukkan
kesedihan dan terus mengeluarkan air mata.Aku terasa kebingungan sewaktu itu segera
mendapatkan ibu yang telah terduduk akibat terlalu sedih dengan berita itu.
Ibu !Ibu ! kenapa ni ibu. Bu bagitau Mira kenapa ibu nangis ? Soalku kepada ibu.
Miraa , ayah Mira isk isk.. ayah keeeemaaa maalangan !! sedu sedan ibu
menjawab pertanyaanku.
Ya Allah ! apa yang telah terjadi ni ? kenapa keluargaku juga yang menerima ujian seberat
ini.Aku terus mengalirkan air mata.
Astaghfirullahalazim , ibu ayah kat mana sekarang ni? soalku lagi
Ibu memberitahu aku ,ayah berada di Hospital sekarang dan berada didalam wad kecemasan
.Ini bermakna ayah dalam keadaan kritikal. Ya Allah selamatkan ayahku !! cepat-cepat aku
mengurut dada kerana terasa sangat sesak dada ini. Aku cuba menenangkan diriku.
Sewaktu dalam perjalanan ke hospital aku melihat wajah ibu yang tidak tenang dari rumah
tadi. Aku memandang diluar tingkap kereta. Langit tidak secerah pagi tadi ,tetapi hujan
ditengah hari.Selepas ini apa ujian yang akan berlaku keatas diriku dan keluargaku ?
Wallahualam.
Setelah sampai di hadapan pintu gerbang hospital, ibu dan aku cepat-cepat keluar dari perut
kereta kerana tidak sabar-sabar hendak tahu bagaimana keadaan ayah.Bila nampak doktor
yang sedang berbual dengan seorang jururawat di hadapan wad kecemasan .Aku merasakan
dia adalah doctor yang merawat ayahku sekarang ini kerana mereka memakai pakaian
lengkap seperti baru selesa membuat pembedahan.
Doktorrrr doktor ke yang merawat ayah saya Encik Yusof? Soalku kepada doktor yang
memakai mask tersebut.
Yaaa saya ehh awak !


Setahun kemudian
Mira.. Mira bangun sayang solat subuh
Aku memandang wajahnya yang mengukirkan sebuah senyuman pada setiap pagi aku
melihat senyuman itu, dengan hanya membuka mata sebelah kerana tidak tahan dengan
cahaya lampu tidur.
hmmmm nak bangunlah nii , awak pergilah mandi dulu Arahku padanya.
Ishh ,saya mandi dah awak tu je yang busuk ..haha bau unsur perlian disitu. Aku hanya
terus mengeleng kepala dan bangun untuk membersihkan diri.
Setelah selesai solat aku menadah tangan kerana bersyukur dengan rezeki yang Tuhan beri
kepada aku sekeluarga.Bersalaman dengan ibu,ayah dan juga suami.

Alhamdulillah ,aku sudah melangsungkan perkahwinan pada awal bulan 12. Ayah selamat
dalam pembedahan tersebut . Seorang doktor yang telah menyelamatkan ayahku iaitu
suamiku sendiri Che Mazelan Bin Che Mat. Tidak sangka dalam keadaan Allah memberi kita
ujian yang berat Allah juga memberi kita laluan untuk kita melaluinya dengan tabah dan kuat.
Susah untuk mempercayainya tetapi harus percaya kerana ini semua kuasa tuhan.Kuasa
Tuhan tidak dapat menangani apa pun.

Anda mungkin juga menyukai