Nota Kraf Tangan

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 13

1.

0 Pengenalan

Kesenian menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun temurun
lagi.Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat Melayu lebih terserlah dan dikenali
ramai.Warisan seni tradisional di kalangan orang Melayu disampaikan secara lisan dari generasi
kepada satu generasi.Individu yang menghasilkan kraf ini mempunyai ruang untuk menggalakan
kreativiti dan mempertahankan nilai-nilai estetik karya seni tersebut.

Kementerian Kebudayaan dan Kesenian telah mengambil pelbagai inisiatif bagi
memantapkan dan memperkembangkan lagi kebudayaan masyarakat Melayu.Kesenian bangsa
Melayu telah diakui dunia sebagai unik dan menarik.Seni rupa dalam masyarakat Melayu
merupakan ciptaan yang mengandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang Melayu melalui
ukiran, anyaman, tenunan, seni bina dan sebagainya.

Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan
memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati.Penciptaan
kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang
teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Proses penciptaan
kraftangan tersebut memerlukan daya estetika demi untuk memberikan rekabentuk yang indah dan
menarik.

Menurut sumber yang di perolehi dari Akta 222-Akta perbadanan Kemajuan Kraftangan
Malaysia 1979, mendefinisikan kraf sebagai;
Kraf adalah barangan yang dihasil dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan
atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara persendirian atau tidak
langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf.

Manakala Keluaran Kraftangan" pula membawa maksud apa-apa keluaran artistik yang
mempunyai daya tarikan sesebuah kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses
yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan.

Kraf tradisional pula merupakan hasil kerja seni yang melibatkan hasil kerja tangan yang
memerlukan daya cipta dan kreativiti oleh masyarakat yang dihasilkan secara turun
menurun.Seperti membuat tembikar, batik , ukiran tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing, perhiasan
diri dan sebagainya.Kraf merupakan hasil seni warisan bangsa, peninggalan pusaka nenek moyang
suatu ketika dahulu.Hasil ciptaannya kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas tercermin
melalui bentuk, gaya , sifat,garis, gerak dan warna.Bahan-bahan yang digunakan tidak terhad.

Seni kraf Melayu adalah melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan
kepercayaannya iaitu Islam.Kehadiran agama Islam telah mengubah haluan kepercayaan dan
pegangan orang-orang Melayu sebelum ini.Mereka telah mengetahui den menyedari tentang
keesaan tuhan yang sebenar.Mereka menggangap alam ini sebagai suatu hiasan yang berfungsi
untuk menyerikan kehidupan sementera di dunia dan kehidupan kekal di akhirat.Kesedaran inilah
lahirnya ciptaan yang berfungsi dan memenuhi keprluan hidup di dunia dan akhirat.

Hasil ciptaan seni kraf Melayu ini jelas menujukkan pengaruh Islam dalam
penghasilanya.Ini jelas digambarkan dalam ragam hias atau motif yang dihasilkan.Ianya juga
mengambarkan sebahagian daripada kehidupan seharian masyarakatnya yang menunjukkan cirri-
ciri Islam.

Ketiadaan figura manusia dan binatang dalam ragam hias, membuktikan kraf tradisional
Melayu adalah melambangkan seni Islam. Unsur-unsur ini adalah diharamkan dalam Islam. Ciri-ciri
seni Islam lain diperlihatkan dalam ragam hias seperti penggunaan arabes, motif yang berulang dan
unsur geomatri.Subjek daripada flora paling banyak diilhamkan sebagai motif dan ragam hias kraf
Melayu seperti rupa daun,bunga dan sebagainya selain itu penggunaan ayat-ayat Al-Quran turut
diilham bersama.

Memang tidak pernah terfikir bahawa nenek- moyang dahulu telah memahami dan
menghayati seni yang dihasilkan. Nukilan dari deria kreativiti serta bakat semulajadi yang
dianugerahkan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa. Kehalusan dan keunikan keaslian reka bentuk yang
diilhamkan melalui idea dari alam semesta ciptaan Tuhan merupakan satu hasil kreatif yang akan
menjadi khazanah seni yang
tidak ternilai.

2.0 Jenis- Jenis Kraf Tradisional

Kraf tradisional perlu dihidupkan dan diperkenalkan dan dihargai oleh generasi muda
supaya ia tetap kekal dan mati ditelan zaman. Kraf tradisional seperti batik, ukiran,
anyaman,tenunan, tekat, wau, gasing,
songket, tembikar dan barang perhiasan mempunyai nilai estetika dan keistimewaan tersendiri.

2.1 Tembikar
Tembikar tradisi Melayu menjadi kesenian yang asli telah wujud di negara ini sejak beribu tahun
dahulu.Ragam, bentuk dan ragam hias yang terdapat pada seni tembikar melambangkan keunikan
penciptaan tukang pandai Melayu.Tembikar adalah sejenis barangan yang diperbuat daripada tanah
liat yang telah diproses, dibentuk dan kemudiannya dibakar bagi mengekalkan rupa bentuk
tembikar tersebut.Tembikar yang telah dibakar di dalamtanur memiliki kekuatan yang lebih dan
kalis air. Selain itu tembikar juga dijadikan alat kegunaan harian seperti bekas menyimpan air,
balang dan sebagainya.
Terdapat pelbagi jenis tembikar yang dihasil secara turun menurun antaranya buyung,
jambangan, geluk, labu dan bekas perasapan.Tembikar yang terkenal ialah labuyakni alat untuk
menyimpan dan menyejukan air minuman.Bentuk labu diilhamkan daripada buah labu.Bahagian
pucuk berbentuk seperti kubah masjid.Corak hias labu bersumberkan alam sekeliling dan berupa
bentuk geometri.Selain itu juga bentuk labu itu juga berbentu seolah-olah kubah masjid.Labu yang
terkenal dihasilkan oleh kaum wanita di Sayong, Perak.
Ragam hias merupakan aspek penting dalam tembikar tradisional. Motif yang digunakan
terdiri daripada unsur persekitaran tempatan berdasarkan motif geometri dan organik. Motif ragam
hias berunsurkan geometri terdiri daripada garis, titik dan bentuk-bentuk yang berunsur garis
(contohnya susunan garis panjang yang melilit pada seluruh permukaan tembikar dan bersilang
antara satu garis dengan garis yang lain) selalunya dijadikan motif tembikar.
Motif Geometri seperti garisan bersilang-seli, titik susun kisi-kisi,titik tahi alat, garis keluh,
pucuk rebung,susur kelapa dan sebagainya.Manakala motif Gayaan Organik seperti sulur kakung,
bunga cengkih,bunga ,pecah lapan,tampuk manggis,bunga lawang, bunga kedudut, bunga tanjung
dan sebagainya.

2.2 Anyaman

Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat
Melayu. Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripada
tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan tumbuh-
tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan beberapa
bahan tumbuhan lain. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.

Daripada tikar hingga kepada dinding pelindung kediaman , hasil kerja menganyam
membentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat di mana-mana.Tidak hairanlan kerana tumbuh-
tumbuhan tropika merupakan jenis yang sesuai untuk dijadikan bahan anyaman. Menganyam
merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang
lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui nyaman demi untuk mencipta
sesuatu alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan menganyam
tikar untuk mengalas tempat duduk.

Anyaman berkembang sehingga sekarang, kegunaanya agak terbatas dewasa ini berbanding
waktu silam . Ayaman tikar diantaranya, adalah tikar sembahyang dan tikar orang mati yang
memperlihatkan unsur Islam.Tikar sembahyang biasanya dianyam menggunakan daun pandan
kerana bermutu tinggi berbanding mengkuang.Ini jelas menunjukkan bahasa masyarakat Melayu
meletakkan kegunaan tikar sembahyang di kedudukkan teratas sebagai penghormatan semasa
menjalankan ibadat.

Anyaman pada tikar sembahyang ini dihiasi dengan motif berunsurkan Islam. Bahagian
depan menyerupai kubah masjid, dan bahagian pinggirnya menyerupai gigi buaya sebanyak lima
buah yang melambangkan bahwa seorang yang sedang bersembahyang tidak boleh melakukan
kegiatan lain ( misalnya berbicara) akan tetapi harus kusyuk seakan-akan orang itu (hatinya)
berbicara dengan tuhan.
2.3 Batik

Batik adalah merupakan salah satu kraf tradisional. Batik merupakan kraf tradisional yang
unik dan terkenal di Asia atau Gugusan Kepulauan Melayu. Keindahan coraknya mempamerkan
kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi.

Perkataan batik berasal dari Indonesia yang membawa maksud rintik-rintik putih yang ada
pada kain yang berwarna atau bercorak. Seni batik telah wujud 2000 tahun dahulu di Mesir dan
Parsi. Mula digunakan di Jepun dan Chuna dalam abad ke 7. Negeri Kelantan dan Terengganu
adalah merupakan perintis kepada sejarah perkembangan perusahaan batik tanah air.Motif batik di
Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif-motif ini terhasil disebabkan kepekaan
masyarakat tradisional terhadap persekitaraan. Terdapat beberapa jenis motif alam sekeliling yang
digubah menjadi corak atau ragam hias yang menarik.

Unsur flora yang terdiri daripada motif seperti bunga, kudup, putik,akar menjalar, daun,
ranting dan pucuk digunakan untuk menghias kain batik ela.Setiap Motif ini mempuyai motif yang
tersendiri dihiasi pada kain batik.Contohnya pada kepala kain motif pucuk rebung digunakan selain
itu reka corak digubah bukan secara realistik tetapi campuran gaya organik dan geometri.

Unsur fauna seperti motif rama-rama, kumbang, burung, ayam dan sebagainya.Tapi unsur
ini kurang digunakan kena berkaitan dengan pegangan agama Islam masyarakat.Unsur geometri
seperti susunan garis-garis halus, kisi-kisi, cengkerang, bentuk bujur, jalur dan sebagainya.Unsur ini
seringkali digabungankan dengan unsur flora dan mendapat permintaan di kalangan peminat batik.


2.4 Ukiran
Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat
Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat
Orang Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti seni ukiran yang
lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya.

Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang
mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di
negara kita. Di samping itu j, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh
dipelbagaikan kegunaannya.

Ukiran kayu dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai teknik dan penggunaan satu-satu
teknik itu banyak bergantung pada kebolehan dan kemahiran pandai kayu. Tiga teknik utama dan
gaya di dalam seni ukiran Melayu ialah tebuk terus, tebuk separuh dan tebuk timbul. Bentuk ukiran
juga ada tiga jenis utama iaitu bujang, lengkap dan pemidang.

Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada rumah-rumah
tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-istana raja, binaan masjid dan
mimbarnya, surau, wakaf, pintu gerbang, alat-alat permainan masa lapang, alat-alat muzik tradisi,
perabot seperti almari, katil, kerusi, meja, dan kepala perahu yang disebut bangau, alat-alat senjata,
peralatan memasak, peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi seperti perahu, kereta kuda
dan kereta lembu.

. Motif ukiran kayu secara langsung dipengaruhi unsur-unsur alam sekitar dan cara hidup
masyarakat zaman dahulu. Adat resam, kepercayaan, agama, iklim, geografi dan persekitaran amat
kuat pengaruhnya kepada pengukir.Terdapat banyak motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran.
Motif flora terdiri daripada daun,bunga dan tumbuh tumbuhan. Motif Seni Khat pula terdiri
daripada ayat-ayat suci Al-Quran. Terdapat juga motif fauna seperti itik pulang petang. Motif Awan
Larat, Kosmos seperti matahari,bulan,bintang dan sebagainya juga amat terkenal dengan kraf ukiran.

Terdapat juga ukiran kraf alat untuk mempertahankan diri Contohnya, bentuk bilah keris
berluk mesti mempunyai bilangan yang ganjil iaitu luk 3,5,7,9 dan seterusnya. Ini boleh dikaitkan
dengan sifat tuhan yang ganjil dan suka kepada yang ganjil. Sebahagian mata keris juga mempunyai
tulisan daripada petikan ayat-ayat suci Al-Quran yang melambangkan betapa dekatnya masyarakat
Melayu itu dengan ajaran Islam serta kepercayaannya kepada kekuasaan mukjizat tuhan.


3.0 Analisis Kraf Tradisional

Kraf tradisional yang amat popular pada masa kini adalah kraf ukiran. Kraf ukiran, sejak
zaman berzaman lagi mempunyai pengaruh Islam di dalam penghasilannya. Ini terbukti dengan
penggunaan ragam hias atau motif keislaman dalam sesuatu penghasilan kraf pada rumah-rumah,
tempat ibadat seperti surau-surau dan masjid-masjid di kampung-kampung.Kraf ukiran sangat
terkenal di Negeri Kelantan dan Terengganu.

Setelah diteliti dan dianalisis, saya memilih seni kraf ukiran sebagai topik perbincangan
garapan idea yang berkonsepkan Islam.Dari pemerhtian yang dibuat seni kraf ukiranlah yang
banyak menggunakan konsep keislaman.Tiga buah tempat telah saya fokuskan untuk perbincangan
ini iaitu Masjid Seberang Jertih, Masjid Hadhari, Jertih dan Muzium Negeri Terengganu.

Berdasarkan pemerhatian seni kraf ukiran banyak terdapat pada dinding, kerusi, pintu,
tangga, atap, rak Al-Quran dan rehal. Kesemua ukiran ini dipengaruhi dengan unsur-unsur
keislaman.Beberapa contoh ukiran yang terdapat di Masjid Sebarang Jertih, Masjid Hadhari dan
juga bangunan Muzium telah di ambil untuk untuk sama-sama diteliti untuk perbincangan ini.
Kebanyakannya mempunyai ukiran-ukiran yang bermotifkan flora, geometri dan khat.

Pembinaan Masjid Seberang Jertih sangat unik dengan seni rekaan bangunan itu sendiri
yang hampir keseluruhanya diperbuat daripada kayu. Setiap sudut masjid itu dihiasi dengan ukiran
yang menampakkan menampakkan unsur-unsur kesenian Islam dan Melayu yang sangat tinggi
Unsur flora adalah melambangkan kebesaran dan keagungan tuhan sebagai penciptanya di samping
menimbulkan kesyukuran dalam kehidupan. Seni ukirannya adalah sangat halus dan sangat
menarik.
Hasil ukiran adalah berunsurkan motif-motif persekitaran. Mengikut kajian, motif ukiran
adalah berlandaskan kepada ajaran kesufian. Misalnya, reka corak bermula pada satu tempat dalam
ruang yang hendak diukir dan menjalar terus memenuhi ruang. Ini menunjukkan alam ini berasal
dari satu kejadian yakni seluruh kehidupan melalui tahap-tahap perkembangannya dan menabur
zuriat.

Oleh itu reka corak ukiran tradisi pada hujung motif biasanya mempunyai ciri-ciri tidak
mendongak ke atas, sebaliknya mematah atau tunduk.
Ini boleh dilihat dengan jelas ukiran pada pintu masuk Masjid Seberang Jertih.Ukiran corak awan
larat bermotifkan flora pada pintunya semuanya menunduk ke bawah. Unsur flora adalah
melambangkan kebesaran dan keagungan tuhan sebagai penciptanya di samping menimbulkan
kesyukuran dalam kehidupan. Seni ukirannya adalah sangat halus dan sangat menarik.

Setelah kedatangan Islam di Tanah Melayu, unsur kaligarfi Jawi dan ayat al-Quran mula diukir oleh
pengukir-pengukir tempatan. Unsur kaligrafi ini digabungkan dengan unsur-unsur tumbuh-
tumbuhan. Ukiran khat menunjukkan fungsi
keagamaan. Pengaruh keagamaan Islam yang berkembang pada zaman dahulu mempengaruhi
pengukir-pengukir seni ini dan mengadaptasikannya pada ukiran seperti pintu-pintu, dinding
peralatan perabot.

Motif kaligrafi ini dapat dilihat pada tingkap dan pintu Masjid seberang Jertih.Selain motif
kaligrafi motif fauna juga diselitakan pada ukiran tersebut. Ia juga disandarkan pada subjek-subjek
yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci dan kata-kata bijak
pandai (hukama'). Rasulallah s.a.w menggalakkan penulisan khat. Sabda Rasullah yang bermaksud :
" Hendaklah kamu mengindahkan seni khat keran ianya kunci rezeki".Saidina Ali pernah berkata :
"Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis kerana tulisan merupakan perkara yang paling
mustahak dan menyeronokkan".

Unsur geometri dikenali sebagai tumpal. Unsur ini mempunyai kaitan dengan unsur
geometri Islam. Pola-pola geometri disusun berulang-ulang.Sebahagian susunan motif tiada
permulaan dan akhirnya. Ini melambangkan sifat keesaan Allah AWT yang tiada permulaan dan
tiada akhirnya.

Motif arabes adalah motif yang seringkali dikaitkan dengan seni Islam dan dikatakan
mempunyai pengaruh Arab. Ianya merupakan salah satu seni hias yang terdapat pada yangga masjid
Hadhari,Jertih.Motif ini mempunyai unsur pola geometri dan pola flora. Motif yang dihasilkan
disusun secara berulang-ulang dan mengembang ke semua arah tanpa penghujungnya sehingga
tidak terbatas oleh sesuatu bentuk. Konsep ini dikaitkan dengan sifat Allah swt yang tidak terbatas
serta tiada penghujungnya.
.
. Mimbar merupakan tempat imam duduk ketika khutbah pada hari Jumaat. Motif flora telah
digarap seperti bentuk bunga dan daun. Kerusi berukir ini sangat unik dan sangat cantik. Ini jelas
terpancar unsur-unsur keislaman kerana fungsi kerusi berukir itu sendiri digunakan oleh Imam
Masjid.

Unsur kosmos menggambarkan alam semesta seperti matahari terbit, bintang, bulan dan
gunung-ganang. Ukiran di atas mempunyai unsur-unsur kosmos terutama bahagian tengahnya
sebagai matahari.Manakala ukiran sekelilingnya melambangkan cahaya yang memancar memberi
tumbuhan hidup subur.Ini melambangkan kekuasaan dan kebesaran pencipta-Nya kepada
hambanya di alam semester.
Unsur flora biasanya diambil daripada tumbuhan yang menjalar. Antara tumbuhan yang
paling popular di kalangan pengukir ialah jenis kacang, labu, ketubit, ketam guri, salad, bunga
lawang, bunga raya, bunga cina dan sebagainya. Unsur ini merupakan unsur yang dominan dalam
rekaan seni ukir tradisional. Unsur ini menjadi pilihan utama kebanyakan pengukir berdasarkan
pengamatan dan memerhatian yang telah dibuat.


Dua gambar yang diambil ini menggunakan unsur flora sebagai hiasan ukirannya.Corak
awan larat dipilih yang mengambarkan kesenian yang halus. Halim Nasir (1986:137)
mendefinisikan Awan Larat sebagai satu bentuk ukiran yang berlingkar-lingkar, berpiuh-piuh,
meleret-leret seperti awan putih berarak. Biasanya ukiran ini digabungkan dengan pola lengkap.Ini
jelas membuktikan jenis ukiran pada gambar tersebut.

Pengukir Melayu menerapkan falsafah dan kerohanian orang Melayu sebagai salah satu
budaya di samping mengekalkan nilai-nilai keagamaan.Dalam gubahan ukiran awan larat, punca
permulaannya agak sukar dikesan dan seakan-akan tiada penghujungnya. Ini melambangkan sifat
keesaan Allah swt. yang tiada permulaan dan tiada akhirnya.

Menurut Abdullah Mohamed (1990:13-20) memberikan pandangan bahawa alam adalah
tajalli atau manifestasi daripada sifat-sifat ilmu Allah. Melalui sifat ilmu Allah tersebut terjadi
berbagai bagai organisme baik flora atau fauna dengan segala macam keajaiban dan keindahan
rupanya. Sebagai contoh adalah tentang kejadian pelbagai jenis bungaan dengan aneka warna,
bentuk dan bauan adalah lahir dari satu sumber iaitu ilmu Allah yang Maha Kaya.

5.0 Kesimpulan

Kraft tangan melambangkan jati diri rakyat Malaysia .Kraf tangan masyarakat peribumi ini
adalah dihasilkan berdasarkan alam persekitaran mereka yang berkaitan dengan alam
Melayu.Sumber proses pembutan juga mudah didapati di persekitaranya.Namun keunikan yang
terserlah ialah pemikiran kreatif mereka dalam dalam mengolah dan mengubah barangan dan objek
yang memperlihatkan aspek budaya,estetika dan fungsi kraf tradisional Melayu mempunyai nilai
estetika yang tinggi.

Kraf tradisional adalah merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita
satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya dan unsur-unsur
keislaman jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, bentuk dan warnanya

Di Malaysia motif-motif lama yang dianggap pra-Islam telah
diberikan makna baru bersesuaian dengan ketauhidan dalam Islam. Elemen pepatungan boleh dikatakan
ditolak sama sekali dalam apa jua kesenian (termasuk batik dan songket). Sensitiviti masyarakat Islam di
Malaysia terhadap elemen pepatungan adalah amat tinggi sehinggakan cubaan memasukkan unsur-unsur
figuratif dalam bentuk khat sekalipun pada era 60an dan 70an tidak bertahan lama dan tidak dapat diterima
oleh masyarakat Melayu Islam.

Keunikan dan kehalusan hasilan karya seni ukiran Melayu membuktikan ketinggian nilai
estetiknya. Namun begitu faktor modenisasi, faktor cuaca dan faktor masa menjadi ancaman
terhadap penerusan hayat dan pelestariannya. Faktor-faktor tersebut menjadi antara penyebab
kepada semakin terhakisnya kepedulian, penghayatan dan apresiasi terhadap keunikan karya
kesenian tradisi ini.Namun begitu bagi peminat-peminat seni kraf ia melambangkan satu kepuasan
dan kemewahan jika dapat memilikinya.Sesuatu yang eksklusif yang sukar untuk dirungkaikan.

Justeru itulah sebagai rumpun Melayu kita perlu menjaga, memelihara dan menyayangi seni
Kraf Tradisional kita seperti seni ukiran, seni tenunan, anyaman, pembuatan wau, gasing dan batik
yang tidak ada di negara-negara lain. Kraf Tradisional kita di sanjung dan di pandang tinggi di mata
dunia setaraf dengan kraf-kraf Negara Barat.Seharusnya kita patut menanamkan rasa cintakan seni
tradisional di kalangan generasi baru agar seni ini tidak terpupus.Bak kata pepatah, tak lapuk dek
hujan, tak lekang dek panas.


(2899 patah perkataan)

Bibliografi

Abdullah bin Mohamed (Nakula) (1985), Seni Bina Islam, Aplikasi di
Malaysia, Warisan Kelantan IV, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan : Kota Bharu.

Abdul Aziz Sharif (1991). Pemerolehan Bahasa Ibunda - Umum. Jurnal
Bahasa Moden, 6. 152-160.

Khairuddin Talib, (2007) .HBAE3103 Kraf Tradisional.Selad.ngor:
Meteor Doc.Sdn.Bh.

Prof. Madya Dr. Mohd Sabrizaa, Penafsiran Falsafah ibu Dalam Awan
Larat Warisan Estetikka Seni Ukiran Melayu, Jabatan Senibina Dalaman Fakulti senibina,
Perancangan dan Ukur UITM Perak.

Zailani Yaacob & Azimah A.Samah, (2011). Teks Lengkap Pendidikan
Seni Visual KBSM Tingkatan 4&5. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

http://www.kraftangan.gov.my

http://members.tripod.com/kraftangan_anc/definisi.htm

http://www.slideshare.net/fairuzdavinci/mengenal-kraftangan-tradisional




Ciri ciri dan fungsi kesenian islamPresentation Transcript
1. CTU 281
2. 4.1.1 Mengandungi Unsur Keindahan Ertinya keindahan bukan hanya terletak pada objek seni
tersebut semata-mata. Sebaliknya ia mampu menimbulkan rasa yang menyenangkan atau gembira
serta kepuasan kepada pencipta dan penikmat objek itu, kerana ia sesuai kepada panca indera atau
deria rasa. 4.1.2 Mengandungi unsur moral/akhlak Seni Islam adalah seni yang berkait rapat
dengan nilai-nilai akhlak atau pun moral. Ia hendaklah diciptakan untuk tujuan yang baik serta bebas
dari nilai-nilai yang negatif sebagaimana yang digariskan di dalam ajaran Islam. Seni Islam juga
adalah sebuah karya hasil cetusan penghayatan seniman terhadap ajaran Islam tentang nilai-nilai
akhlak
3. 4.1.3 Mempunyai ciri-ciri kepelbagaian dalam kesatuan Keunikan seni Islam ialah ia kaya
dengan ciri-ciri kepelbagaiannya. Ertinya, ia bukanlah seni yang mewakili sesebuah bangsa, budaya
atau negara. Ini terjadi kerana Islam sebagai agama yang universal, walaupun dianuti oleh
berbagai-bagai kaum dan bangsa dari berbagai-bagai negara, mereka diikat dengan satu tali yang
disebut tauhid. Perbezaan latar belakang dan budaya umat Islam ini justru membawa kepada
perkara-perkara yang positif dalam kegiatan seni kerana ia mampu memperkaya dan
mempelbagaikan khazanah dunia Seni Islam. Ciri-ciri kepelbagaian dalam kesatuan ini juga dapat
dilihat dalam bentuk perancangan bandar-bandar Islam, di mana selain wujud bangunan-bangunan
pelbagai fungsi, wujud juga institusi-institusi keagamaan. Eleman-eleman ini mempunyai hubungan
yang tersendiri dengan tauhid. 4.1.4 Mempunyai hubungan antara agama, etika dan estetika
Seni Islam adalah sem yang mempunyai hubungan erat dengan agama, estetika dan etika. Islam
dengan niali-nilai etikanya menjadi asas kepada pembinaan hasil karya seni sehingga ukuran
keindahan bukan dilihat dari sudut luaran atau bentuk material seni tersebut diolah. Ia perlu
mengambil kira nilai-nilai agama dan etika untuk melayakkan karya tersebut diiktiraf sebagai karya
seni.
4. 4.1.5Mengelak dari wujud unsur-unsur paganisme, animisme dan lain-lain. Contoh ukiran patung,
arca dan tugu. 4.1.6Mengelakkan diri dari menggambarkan hakikat kebenaran agama- gambaran
Allah, Rasul, malaikat, syurga, neraka, hari kiamat dan lain-lain. Untuk membezakan dengan agama
Kristian, Hindu dan Buddha. 4.1.7Mengutamakan alam natural sebagai objek utama tidak termasuk
manusia dan haiwan (hidupan bernyawa).
5. Ciri-ciri Penghayatan Tauhid Dalam Kesenian Islam : A. Abstraksi dan kemujaradan: Corak Infiniti
(tanpa sempadan) dalam kesenian Islam bercorak abstrak dan mujarad; Islam menolak gambaran
figure @ alam semula jadi secara tepat. Seniman Islam haruslah menolak yg berbentuk flora @
fauna @ bangunan @ manusia secara tepat. Jadi ia mestilah bertentangan dengan objek asal. B.
Struktur Modular: Gabungan modul-modul dan disusun menjadi bahagian yg lebih besar. Ia menjadi
satu ukuran kemuncak dan kesempurnaan yg membolehkan ditanggapi sebagai unit ekspresif dan
memuaskan diri sendiri.
6. Gambaran flora yg tak menampakkan asli/asal
7. Cth dedaunan, bintang2
8. Cth abstrak/ pengulangan yg sama/ikatan satu sama lain/yg besar tidak menenggelamkan yg
kecil bahkan ingin mengetahui selanjutnya.
9. Contoh Modular
10. C. Gabungan berturutan/ kombinasi berterusan: Corak saujana bunyi, penglihatan dan
pergerakan menunjukkan gabungan berturutan bagi model asas dan pengulangannya. Oleh itu
gabungan tambahan terbentuk dan ia membawa status dan identiti yang bebas. Yang besar tidak
melemahkan/menenggelamkan yang kecil dan seterusnya menjadi kompleks. D. Perulangan: Iaitu
pengulangan motif, modul struktual serta kombinasi berturutan yang sama. Pengulangan tersebut
dimujaradkan (diperhalusi) agar ia tidak mudah dibandingkan dengan yang lain.- Motifnya-berulang-
ulang ialah gambaran muslim dituntut melaksanakan ajaran ketaatan secara berulang-ulang kali
contoh solat 5 waktu dan wuduk.
11. Cth kerumitan / padat / penuh / gabungan berurutan / kombinasi berterusan.
12. E. Dinamisme: Iaitu satu corak yg melalui lingkungan masa. Contoh corak yang seni halus @
infiniti tidak dapat difahami dengan semberono sahaja @ jangka masa yang pendek, tetapi perlu
diamati dan dijiwai agar ia tidak tersalah tafsir maksud ceritanya. Contoh lukisan gambar-gambar
miniatur. Motifnya- Islam itu tidak dapat difahami dengan belajar /tahu sejuzuk sahaja dari bahagian-
bahagian Islam. Tetapi mesti belajar keseluruhan Islam itu sendiri. F. Intriksi / kerumitan: Iaitu
menekankan keupayaan sesuatu corak atau hasil seni untuk menarik perhatian dan tumpuan
penonton secara tidak langsung terhadap sesuatu struktur yang dipersembahkan( halus dan ditail).
Motifnya- Islam ambil berat yang kecil-kecil hinggalah sebesar-besar perkara.
13. Cth catan miniatur- jalan cerita yg panjang.
14. Contoh : Kerumitan dan Padat
15. G. Padat: Karya seni Islam mempunyai bentuk-bentuk yang padat dan penuh sehingga tiada
ruang kosong pun @ cacat. Motifnya Masa dan kelapangan setiap Muslim hendaklah dipenuhi
dengan ibadat kpd Allah s.w.t. dengan apa jenis sekali pun. H. Beranyam: Karya seni sedemikian
seperti berombak, beranyam akibat dari naik turun bentuknya.. Motifnya- Islam menitik beratkan
sifat-sifat seperti sabar dan tawadu, suka duka dan sebagainya dalam hidup setiap Muslim.
Keseluruhannya- karya seni Islam didasari oleh konsep tauhid, iaitu tiada permulaan dan tiada
pengakhirannya- utk menerangkan doktrin tauhid dlm karya seni Islam
16. Cth padat
17. Masjid al-Fatih, Istanbul Turki
18. Senibina kuburan Islam
19. Seni tenun carpet
20. Cth kehalusan bentuk-bentuk yang sama
21. 5.1 MENGINGAT KEBESARAN ALLAH Bagi seorang Muslim, seni berfungsi untuk
mengingatkannya akan kebesaran Allah. Semakin dalam penghayatannya terhadap keindahan
kejadian makhluk di dunia ini, semakin dekat dirinya kepada Pencipta. Atau dengan kata lain,
semakin peka/halus jiwa seseorang melihat serta menilai sesuatu yang indah, semakin tampak dan
mendalam keyakinannya terhadap kebesaran Allah swt. Penampilan corak-corak atau hasil-hasil
seni Islam sesungguhnya berlandaskan peringatan kepada keesaan Allah (Tuhan Yang Satu),
bukan untuk menandingi kehebatan ciptaan Allah. Disinilah seni berfungsi untuk mempertebalkan
lagi keimanan seseorang serta memberikan keinsafan bahawa memang tidak ada suatu makhluk
pun di dunia ini dapat mengatasi kekuasaan Allah (SWT).
22. Seni Islam dapat membantu ke arah memahami doktrin Islam yang dilontarkan oleh pendidikan
agama secara formal. Ertinya pemahaman serta penghayatan Islam yang dipelajari secara formal
akan menjadi lebih mantap melalui seni. Pendidikan doktrin Islam melalui pendidikan agama
secara formal kebanyakannya lebih bersifat teoritis. Agar pemahaman serta penghayatan Islam
benar-benar dapat dijiwai, maka seni dapat memainkan peranan sebagai pengukuh kepada teori.
Misalnya, untuk memantapkan pembelajaran ilmu tauhid yang membicarakan tentang Allah Maha
Berkuasa dan Maha Pencipta, pendidikan seni dapat dimanfaatkan dengan membawa para pelajar
menikmati pemandangan alam serta merenung sejenak tentang tanda- tanda keagungan-Nya.
Kemudian para pelajar diminta untuk menuangkan hasil penghayatannya tersebut ke atas kanvas.
Tentunya karya yang dihasilkan nanti akan berbeza tetapi yang pasti ia mempunyai nilai tersendiri
dan menggambarkan kemantapan keyakinan seseorang.
23. Perasaan estetika ini selalu mendorong manusia mencari atau memilih sesuatu yang
menyenangkan dalam tindakan mereka sehari-hari, baik dari segi berpakaian, berhias diri, rumah
dan sebagainya. Oleh kerana perasaan ini tidak boleh dinafikan kewujudannya, maka ia patut
dikembang suburkan mengikut acuan Islam melalui pendidikan yang betul agar tujuan
pembangunan manusia secara bersepadu tercapai. Pendidikan seni mestilah berperanan sebagai
pendidikan minda kreatif dalam pelbagai bidang ilmu dengan tidak memandang ringan terhadap
konsep keindahan dilihat dari pelbagai sudut agar tujuan pembangunan manusia secara bersepadu
(rohani dan jasmani) tercapai. Sesungguhnya Seni dapat meningkatkan apresiasi manusia tentang
semua nilai baik, mumi dan diredhai Alla SWT Melalui pendidikan seni yang benar dan terarah
akan lahir seniman-seniman yang berjiwa luhur yang menjadikan bidang profesi mereka sebagai
medan ibadah, sehingga setiap karya yang dihasilkan mempunyai wawasan Islam yang jelas.
Naluri kecintaan terhadap keindahan ini jika dibiarkan tanpa bimbingan serta panduan yang sejalan
dengan kehendak Is-lam, akan mengakibatkan sem berkembang menjadi liar kerana ia diolah dan
dihasilkan oleh manusia yang berjiwa kosong yang menjadikan nafsu sebagai alat pertimbangannya
dalam segal a hal.
24. Semakin tinggi nilai seni yang dihasilkan oleh umat Islam, semakin tinggi pula tamadun yang
dicapainya kerana karya seni adalah dokumentasi pengalaman dan pengamatan seorang seniman
terhadap budaya, masyarakat dan persekitarannya. Sebagai contoh, sejarah telah membuktikan
bahawa tamadun sesuatu bangsa dapat dikesan melalui lakaran-Iakaran ringkas di atas permukaan
tembok di gua Altarnira, Spanyol atau di Lascaux, di Perancis bertarikh kira-kira 15,000 - 10,000 s.m.
Lakaran-Iakaran tersebut menggambarkan subjek-subjek binatang seperti sapi, kuda dan
sebagainya (Jason 1979: 23-24). Penemuan ini jelas memberikan petunjuk tentang bagaimana
dan apa jenis makanan serta binatang yang diburn oleh mereka untuk memenuhi keperluan hidup
pada masa itu.
25. Begitu juga halnya dengan bangsa Mesir yang mempunyai keagungan tamadun seni bina yang
dapat diukur melalui peninggalan bangunan Piramid. Kehebatan Islam pula dalam bidang
Astronomi dapat dilihat di dalarn Kitab Suwar al-Kawakib al-Thabita oleh Abdul al-Rahman aI- Sufi (l
009), di mana beliau telah melukis konstelasi bintang di cakrawala dengan menggunakan figura
manusia wanita. Kedudukan bintang diibaratkan sebagai tanda sendi di batang tubuh manusia,
menyarankan kepada kita bahawa setinggi mana pun bintang, bila dikaji kita akan dapat manfaatnya,
sama seperti mengkaji tubuh manusia untuk mengikut aliran darah agar dapat dikesan sumber
penyakit, cara ia merebak dan kaedah mengubatinya (Zakaria Ali 1996: 9). Contoh-contoh di atas
adalah suatu peninggalan seni yang telah menggambarkan pencapaian tamadun sesuatu bangsa.
Sesetengah karya seni ada pula yang berbicara dan memaparkan tentang keharmonian kehidupan
keluarga dan masyarakat, kegiatan ekonomi, gerak emosi yang berkaitan dengan pengalaman
keagarnaan, keindahan alarn semulajadi yang memerlukan pemeliharaan, permainan rakyat dan
sebagainya. Ini semua dapat dilihat menerusi tema atau motif yang diketengahkan. Ada pula karya
yang secara tidak langsung mengandungi unsur-un sur kritikan yang dapat menyedarkan
masyarakat untuk menjalani kehidupan yang lebih sempurna baik sebagai harnba Allah, anggota
keluarga mahupun masyarakat. Dalarn hal ini kesenian dapat berfungsi untuk menggerakkan serta
meningkatkan taraf kehidupan setiap masyarakat dari segi rohani, akliahdanjasmani yang
selanjutnyamenentukan tahap tamadun yang dimiliki.
26. Setiap benda yang dihasilkan/dicipta ada kegunaan dalam kehidupan muslim dan dihias
dengan indah . Contoh sejadah bukan sahaja digunakan sebagai alas tempat sembahyang tetapi
dihias dengan cantik. Begitu juga dengan rumah, kenderaan, alat- alatan.
27. Seni Islam mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri yang membezakannya dengan seni barat
atau timur. Setiap motif dalam seni Islam mempunyai mesej yang hendak disampaikan. Seni
Islam mempunyai banyak fungsi dalam kehidupan manusia.

Anda mungkin juga menyukai