Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan PIBG

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 2

Faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan PIBG dalam memastikan

permuafakatan antara sekolah dengan pihak luar ialah :


1. PIBG Mesti ditubuhkan jawatankuasa dan didaftarkan. Jawatankuasa PIBG harus
ditubuhkan sebagai institusi masyarakat.
2. Mewujudkan hubungan tiga hala antara Sekolah, PIBG dan komuniti untuk kebaikan
kemenjadian murid dan prasarana sekolah.
3. PIBG berperanan sebagai orang tengah antara pihak sekolah dengan syarikat
swasta yang ingin menaja dan membantu sekolah. Syarikat swasta tersebut mesti
ada kebenaran dari jabatan pendidikan negeri mesti bertujuan khidmat masyarakat.
Rancangan yg ditaja mesti selaras dengan dasar kementerian pendidikan.
4. PIBG mesti mementingkan prinsip asas menjalin hubungan menggunakan
pendekatan :
Smart partnership = Perkongsian pintar
Collaboration = Permuafakatan
Win-win situation = Sama-sama untung
Cooperation = Kerjasama
5. PIBG mesti menggunakan strategi mengeratkan hubungan antara sekolah dengan
komuniti seperti berikut :
Melayan setiap orang dengan hormat dan digniti
Sentiasa cuba mendengar pandangan orang lain; jangan menyindir
Cuba lihat ciri-ciri yang baik pada orang lain
Jadi seorang pendengar yang baik; jangan ganggu percakapan orang
Sedia menerima teguran yang membina
Sedia berkongsi idea, kemahiran, pengalaman dan maklumat yang diperlukan
Perkatakan seseorang secara positif
Setia kepada orang lain
Jangan pilih bulu, beri layanan yang sama kepada semua orang
Pimpin orang lain untuk perkembangan dan pembangunan mereka
Beri penghargaan secara jujur
Tegur kesilapan orang lain secara tidak langsung
Beri tumpuan kepada perhubungan bukan sahsiah orang
Lupakan perkara yang remeh-temeh
Mulakan dengan memberi penghargaan sekiranya terdapat kesilapan
Wujudkan suasana tolah ansur
Jangan bertelingkah; Tiada sesiapa yang akan menang dalam pertengkaran
Senyum adalah sedekah (pada yang sesuai)
Sedia mengaku kesilapan
Jangan cepat marah dan hilang sabar

6. Penglibatan Ibu Bapa , Penyertaan penjaga penting dalam proses pendidikan anak-
anak mereka agar untuk menggalakkan akademik dan kesejahteraan sosial
(Wolfendale, 1983). penglibatan sekolah dimulakan dan diarahkan ibu bapa yang, di
bawah keadaan yang optimum, berkembang ke dalam perkongsian rumah-sekolah
berusaha ke arah yang dipersetujui bersama dengan matlamat perkongsian
tanggungjawab yang menghasilkan pelajar yang positif / hasil anak (Christenson,
1995). Aktiviti-aktiviti penglibatan aktif di rumah, sekolah, dan masyarakat yang
dimulakan dan disenggarakan oleh ibu bapa yang menyokong perkembangan sihat
anak-anak mereka (ren) (Epstein, 1986, 1995).

7. PIBG perlu mengambil perhatian teori Epstein Model tentang bagaimana PIBG boleh
berfungsi dengan baik sebagai sarana sokongan terhadap kecemerlangan sekolah
iaitu :
Keibubapaan - ibu bapa menyediakan keperluan asas: makanan, tempat
tinggal, sokongan emosi
Berkomunikasi - kaedah yang membantu ibu bapa dan sekolah bersentuhan
Pembelajaran di Rumah - amalan rumah di mana ibu bapa berinteraksi,
memantau, atau membantu kanak-kanak dalam aktiviti pelajaran yang
berkaitan
sukarela dan / atau Menghadiri - ibu bapa akan datang ke dalam suasana
sekolah sama ada bantuan atau sokongan
Membuat Keputusan - ibu bapa yang menyertai pertubuhan ibu bapa dan
guru dan sekolah nasihat atau tadbir urus
Hubungan Komuniti - ibu bapa bekerjasama dengan masyarakat dan agensi-
agensi lain untuk tujuan pelajaran pelajar

8. PIBG mesti mewujudkan perkongsian pintar dengan komuniti. Hubungan tiga
dimensi antara sekolah, ibu bapa dan komuniti mesti atas dasar berikut iaitu :
Mencapai matlamat atau objektif yang sama
Perlu ada hubungan yang mantap dan akrab
Gabungan strategik yang membawa faedah sinergi kepada semua pihak yang
terlibat.
9. PIBG perlu bekerjasama dengan pihak sekolah dan komuniti untuk mewujudkan
sekolah yang selamat.

Melalui penubuhan kelab Pencegahan Jenayah pula, hubungan kerjasama
antara sekolah, PIBG dan pihak polis dapat dijalin untuk membanteras perbuatan
jenayah seperti gengsterisme sama ada di dalam atau di luar sekolah (Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1999).

Anda mungkin juga menyukai