9.3bahan Bacaan - (3) - Dalcroze
9.3bahan Bacaan - (3) - Dalcroze
9.3bahan Bacaan - (3) - Dalcroze
20
Tajuk 3 APLIKASI PENDEKATAN DALCROZE
Sinopsis
Dalam tajuk ini anda akan mempelajari tentang Pendekatan Dalcroze. Pendekatan
Dalcroze adalah pendekatan yang menggunakan kaedah muzik dengan gerakan.
Komponen-komponen utama dalam Pendekatan Dalcroze dikenali sebagai
Eurythmics, Solfege dan Improvisasi.Ketiga-tiga komponen ini jika digabungkan
dalam aplikasi pendidikan muzik akan dapat memberikan kesan yang sangat baik
dan positif dalam pengajaran dan pembelajaran muzik.
Hasil Pembelajaran
1. Mengaplikasikan pendekatan muzik Dalcroze dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Muzik di Sekolah Rendah.
2. Mengenal pasti kesesuaian penggunaan pendekatan muzik Dalcroze dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik di Sekolah Rendah.
3. Mensintesis pelbagai pengalaman muzik dalam pendekatan muzik Dalcroze.
Kerangka tajuk ini
Aplikasi Pendekatan Dalcroze
Dalam Pendidikan Muzik
Eurhythmics
Improvisasi
Solfege
MZU3111 Pendekatan Pengajaran Muzik
21
3.1 Pengenalan
Dalcroze berpandangan bahawa muzikaliti hadir di dalam diri setiap individu.
Gaya seseorang berjalan, irama badan, gerak-geri serta pernafasan yang
dilakukan secara biasa oleh manusia menjadi sumber asas sebagai tindak
balas atau respon terhadap muzik atau rangsangan muzik. Dalam kajian
yang telah dilakukan tentang penerimaan diri manusia terhadap muzik ,
beliau mendapati bahawa latihan latihtubi pendengaran (aural training)
adalah perkara yang amat penting bagi pelajar muzik. Melalui kajian inner
hearing yang telah dijalankan terhadap pelajarnya melalui latihan nyanyian,
kemampuan pelajar mendengar muzik secara mental semasa membaca
skor muzik dapat dipupuk dan dipertingkatkan.
Anda dikehendaki mencari maklumat berkenaan Dalcroze di
Perpustakaan.
3.2 Konsep Eurhythmic, Solfege dan Improvisasi
1) Apakah maksud Eurhythmics?
Eurhythmic: pergerakan yang melibatkan seluruh anggota badan dengan
iringan muzik atau tanpa muzik. Tubuh badan menjadi alat muzik utama.
Perkara asas kepada seni muzik adalah emosi manusia. Sesuatu idea
muzik bolah diinterpretasikan melalui pergerakan badan dan sesuatu
pergerakan badan pula boleh ditukarkan kepada sumber muzik.
Harus berlaku satu reaksi dari minda manusia yang membayangkan
sesuatu dan tubuh badan yang bertindak respon dengan segera.(A.E.
Gillespie dan D. Woods, 1984).
Eurythmics memerlukan penglibatan diri individu secara total menyeluruh
yang melibatkan penyatuan minda, anggota badan serta emosi diri secara
total.
Mendengar
Merasai
Berimaginasi
Menginterpretasi bunyi
Bertindak/respon/bergerak
Untuk membayangkan maksudnya secara luaran.
Sebagai contoh: menepuk tangan untuk menunjukkan ritma muzik dan
menghentak kaki menunjukkan nilai not. Antara perkara penting yang boleh
diinterpretasikan ialah lagu yang berasaskan lirik dan unsur/konsep muzik :
irama, tekanan, detik, sinkopsi, perbezaan pic, kontur melodi, dinamik,
tempo, bentuk yang terkandung dalam muzik sedia ada, jika interpretasinya
itu disusunkan secara terurus ia boleh terhasil sebagai satu bentuk
koreografi.
MZU3111 Pendekatan Pengajaran Muzik
22
2) Apakah maksud solfege?
Solfege: Dalam pendekatan Dalcroze ia adalah satu latihan
pendengaran(aural). Pendengaran boleh meningkatkan kesedaran pic,
perbezaaaan ton dan perbezaan kualiti ton. Pendengaran dalaman juga
dapat meningkatkan daya ingatan. Latihan ini jika dilakukan secara
bersistematik dan berterusan dapat meningkatkan keupayaan mendengar
(ear-training) dan nyanyian semerta (sight-singing). Boleh juga
meningkatkan nyanyian paduan suara (harmoni) melalui pendengaran
dalaman inner hearing
Internal Hearing atau Pendengaran Dalaman
Pendengaran dalaman dapat membantu memupuk kemahiran pelajar
muzik dalam mendengar muzik secara mental semasa membaca skor
muzik. Aktiviti ini lebih kepada aktiviti yang boleh meningkatkan
kemahiran solfege. Murid juga dapat memikirkan bunyi yang dihasilkan
dengan menulis atau membaca notasi tanpa menggunakan peral atan
muzik. Pendengaran dalaman juga boleh diambil contoh sebagai
menyebut lirik dan dinyanyikan dalam hati. Konsep ini dapat dicapai
dengan latihan berterusan.
Solfege dan eurythmics saling bersaing dalam pendidikan muzik untuk
melatih pendengaran, begitu juga ritma dan pic.
3) Apakah maksud improvisasi?
Improvisasi: Cantuman eurythmic atau prinsip irama dengan solfege
menjadikan Improvisasi. Improvisasi juga merupakan satu kreativiti dalam
pendekatan Dalcroze. Melalui improvisasi, khususnya dilakukan dengan alat
piano dapat menambah kesedaran motor tactile (melibatkan sentuhan)
individu. Menghasilkan ciptaan sendiri yang kreatif berdasarkan kepada
kegiatan-kegiatan eurythmic dan solfege, iaitu satu keadaan di mana
seorang guru telah memainkan satu bentuk irama muzik dan,apabila murid
memainkan irama itu, mereka telah mengubah (adlibtum) sedikit tanpa
mencacatkan tempo dan juga detiknya.
MZU3111 Pendekatan Pengajaran Muzik
23
Aktiviti dan Latihan
1. Aktiviti Eurythmics
Main Lompat
Mari main lompat bersama kawan,
Lompat ke kiri, lompat ke kanan,
Pusingkan badan,
Tepuk di atas tepuk di bawah,
Kecilkan badan Lompat tinggi sampai ke awan.
(Pendidikan Muzik KBSR Tahun Dua:UNiK)
Aktiviti yang boleh dilakukan adalah nyanyian dan gerakan badan. Murid
boleh melakukan gerakan mengikut rentak dan lirik lagu.
MZU3111 Pendekatan Pengajaran Muzik
24
Proses aktiviti Eurhythmics :
Menyanyikan lagu Main Lompat
Sambil menepuk tangan untuk not kuaver, melompat untuk not krocet dan
depakan tangan ke atas untuk not minim.
Pastikan murid melompat ke kiri dan ke kanan mengikut lirik lagu tersebut
dan pusingkan badan.
Latihan 1
Anda dikehendaki mencari satu lagu yang mudah dan cadangkan beberapa
gerakan lain selain contoh yang telah diberikan di atas.Rekod dan serahkan
kepada pensyarah anda semasa aktiviti bersemuka.
2. Aktiviti Solfege
Mendengar dan bertindak kepada pic- tinggi, rendah dan setara. Biasanya
dalam permainan Dalcroze, pada peringkat permulaan latihan pendengaran,
murid dikehendaki mendengar suara mereka sendiri dan mengecam apa
yang dilakukan seperti bersiul, menjerit, menyanyi dengan suara tinggi dan
rendah, bercakap dan bunyi vokal.
Aktiviti:
Dalam meter 4/4 guru memainkan/menyanyikan secara humming@
lalala dalam satu not /pic sahaja(contoh : not G) sepanjang 2 bar.
Kemudian guru memainkan pula not yang menaik dari C ke C ( satu
oktaf ) sepanjang 2 bar.
Kemudian guru memainkan not yang menurun sepanjang dua bar (C
ke C).
Guru memainkan not C satu bar dan not E satu bar selepas itu
menurun dari G ke C.
MZU3111 Pendekatan Pengajaran Muzik
25
Proses aktiviti bertindak kepada pic:
Murid diminta berbaris dalam satu barisan dan apabila guru memainkan
satu not yang sama berulang-ulang murid diminta berjalan mengikut
tempo untuk menunjukkan bunyi yang sama.
Apabila guru memainkan not yang menaik, daripada kedudukkan berdiri,
murid membengkokkan lutut untuk merendahkan diri sedikit seterusnya
murid perlahan-lahan menaikkan diri untuk menunjukkan berlakunya
pergerakan pic yang menaik.
Apabila guru memainkan not menurun, murid diminta menurunkan badan
mereka sedikit demi sedikit dengan membengkokkan lutut mengikut
pergerakan pic yang menurun.
Latihan 2
Anda dikehendaki mencadangkan satu cara yang lain bagaimana boleh murid
membezakan pic yang tinggi, rendah, dan setara dengan berpandukan contoh
yang telah diberikan di atas.Catit dan simpankan dalam folio anda.
MZU3111 Pendekatan Pengajaran Muzik
26
3. Aktiviti Improvisasi
Improvisasi merupakan cantuman atau tambahan kepada aktiviti
eurythmics( pergerakan irama) dan solfege. Biasanya improvisasi tidak
berlaku pada keseluruhan lagu hanya pada sebahagian dan pada
bahagian yang tertentu dan sesuai sahaja.
Guru boleh meminta murid membuat improvisasi sendiri dengan
menyambung lagu yang diberikan oleh guru dengan mengunakan kreativiti
masing-masing. Sebagai contoh lagu di bawah (a) adalah lagu yang biasa
kita dengar, manakala (b) adalah lagu yang telah dibuat improvisasi ke
atasnya.
(a)
MZU3111 Pendekatan Pengajaran Muzik
27
(b)
Latihan 3
Anda diminta mencari satu lagu yang mudah atau contoh irama yang ringkas untuk
murid membuat improvisasi. Catitikan pemerhatian anda untuk dibincangkan
semasa aktiviti bersemuka.
MZU3111 Pendekatan Pengajaran Muzik
28
4 Aktiviti Inner Hearing
Aktiviti untuk membantu murid meningkatkan inner hearing .
Proses:
Minta murid menyanyikan lagu Happy Birthday.
Kemudian guru memberikan score solfa lagu tersebut. Minta murid melihat
dan cuba menghafal solfa tersebut dengan menyanyikan melodi Happy
Birthday.
Kemudian guru mengarahkan murid agar menyanyikan solfa tersebut tanpa
melihat pada score yang diberikan. Mereka harus menggunakan inner
hearing untuk menyanyikan solfa tersebut.
Latihan 4
Dapatkan contoh lagu yang mudah untuk murid melakukan latihan inner
hearing. Catit dan simpankan pemerhatian anda dalam folio.