03 - Tajuk 6 - Aplikasi Pendekatan DALCROZE

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 4

TAJUK 6

6.1

APLIKASI PENDEKATAN DALCROZE

Aplikasi Pendekatan Dalcroze 5.2.1 Rancangan aktiviti muzikal yang sesuai untuk pelajar sekolah rendah i. semulajadinya kanak-kanak normal memang aktif bergerak dan

pastinya mereka seronok apabila aktif bergerak. Justeru itu, Dalcroze mengambil pendekatan memfaatkan penggunaan ruang, masa, tenaga tempo dan kelajuan yang pelbagai sewaktu melakukan sebarang pergerakan. Lihat contoh berikut ; a. bergerak dengan cepat ( berlari ), lambat ( berjalan ) atau bergerak secara terjingkit-jingkit b. melompat, meniarap dan berguling Kesemua aktiviti ini merupakan satu kaedah penerokaan dan bagaimana ruang dapat dimanipulasi. ii. menggunakan deria pendengaran, murid dapat memberi respon

pergerakan yang tepat dengan mengambil kira penggunaan masa, ruang dan tenaga. Seorang kanak-kanak tidak dapat mengucapkan perasaan mereka dengan perkataan, tetapi dia boleh menyampaikannya dalam bentuk interpretasi terhadap kesemua elemen muzik termasuk lirik lagu, dinamik, bentuk lagu dan sebagainya.

5.2.2 Pelaksanaan aktiviti muzikal yang sesuai untuk pelajar sekolah rendah
1. Aktiviti Eurythmics

Main Lompat Mari main lompat bersama kawan, Lompat ke kiri, lompat ke kanan, Pusingkan badan, Tepuk di atas tepuk di bawah, Kecilkan badan Lompat tinggi sampai ke awan. (Pendidikan Muzik KBSR Tahun Dua)
Aktiviti yang boleh dilakukan adalah nyanyian dan gerakan badan. Murid boleh melakukan gerakan mengikut rentak dan lirik lagu.

Cadangan pelaksanaan aktiviti eurythmics: 1. Menyanyikan lagu Main Lompat 2. Menepuk tangan untuk not kuaver 3. Melompat untuk not krocet 4. Mendepakan tangan ke atas untuk not minim. Pemerhatian : Pastikan murid melompat ke kiri dan ke kanan mengikut lirik lagu dan pusingkan badan.

Latihan

Latihan 1 Anda dikehendaki mencari sebuah lagu yang mudah dan cadangkan beberapa gerakan lain selain contoh yang telah diberikan di atas. Dokumentasikan langkah-langkah pelaksanaan aktiviti berkenaan dan simpan sebagai bahan untuk folio.

2. Aktiviti Solfege Mengikut kaedah Dalcroze, aktiviti mendengar serta memberi respon sponta terhadap pic-pic rendah dan tinggi adalah signifikan. Pada peringkat awal latihan pendengaran ( permulaan ), murid di asuh agar membiasakan diri mendengar suara mereka sendiri dan mengecam apakah yang sedang dilakukan. Contohnya ialah seperti menyanyi, menjerit dan bersiul dengan suara yang tinggi dan rendah serta bercakap dan membunyikan vokal. Contoh pelaksanaan aktiviti:

Berdasarkan skor yang tertera di bawah, anda sebagai guru 1. Akan membunyikan satu pic secara humming ( skor la la la ). Melalui skor pic berkenaan ialah not G dan membunyikannya sehingga sepanjang 2 bar. 2. Membunyikan skel dari C ke C sepanjang 2 bar. 3. Membunyikan skel dari C ke C sepanjang 2 bar juga. 4. Membunyikan not C sepanjang 1 bar diikuti not E sepanjang 1 bar 5. Membunyikan secara menurun dari not G ke not C.

Anda mungkin juga menyukai