Kontrak Pekerjaan

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 3

KONTRAK PEKERJAAN

Perjanjian ini di buat pada diantara


RUMPUN HARMONI ENTERPRISE
NO 26, JALAN PERMAS JAYA 1/12
BANDAR BARU PERMAS JAYA, 81750,
JOHOR BAHRU.

(dengan ini di panggil Majikan)
Di satu Pihak dengan,
ROMI ABDUL ROSLI
Pasport No: A 102687
Warga Negara: Indonesia
( dengan ini di panggil Pekerja)
Bagi pihak yang satu lagi
Dengan ini dipersetujui seperti di bawah:
1. TERJEMAHAN
Pekerjaan maknanye pekerjaan di bawah perjanjian majikan.
Perusahaan maknanye Majikan/Syarikat/Employeer.
Gaji/Upah maknanye bayaran kepada pekerja di bawah syarat-syarat Perjanjian ini.

2. PERLANTIKAN
Perusahaan bersetuju melantik pekerja dan pekerja bersetuju menerima pekerjaan dan
meneruskan perkhidmatan dengan majikan di bawah perjanjian ini.

3. PEKERJAAN
Pihak perusahaan akan menawarkan pekerja untuk bekerja sebagai Pekerja Am dan
berhubungan dengan hal ini.

4. WAKTU BEKERJA
Bekerja selama 8 jam dan bekerja 5 hari seminggu
Masa bekerja : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Waktu kerja dan rehat disesuaikan mengikut undang-undang buruh Malaysia
5. BAYARAN GAJI/UPAH
Pekerja akan dibayar seperti berikut:-
Gaji/Upah pokok minimum RM 800.00 sebulan
Elaun/ kerja lebih masa akan diarahkan sekiranya ada arahan dan akan dibayar
mengikut peruntukan Undang-undang Buruh Malaysia iaitu:-
Hari biasa x 1.5
Hari istirehat mingguan x 2.0
Hari Cuti Umum x 3.0
6. PENEMPATAN
Pihak perusahaan akan menyediakan fasaliti perumahan termasuk eletrik dan air.

7. PERUBATAN DAN FOMEMA
Pihak perusahaan melantik pakar perubatan yang mempunyai klinik berdekata dengan tempat
kerja dengan perbelanjaan akan ditanggung oleh pihak perusahaan. Jika pekerja sakit dan harus
dirawat di hospital pihak perusahaan akan menanggung sepenuhnya mengikut Undang-undang
Buruh Malaysia.

8. INSURAN PERLINDUNGAN
Semua pekerja disediakan Insuran Pelindungan 24 jam dibawah Skim Workmen Compension Act
1952 secara kelompok. Insuran ini akan dibiaya oleh pihak perusahaan sepenuhnya

9. LEVI KERAJAAN
Pihak perusahaan akan membayar levi tahunan bagi pihak pekerja kepada Kerajaan Malaysia
melalui Jabatan Imigresen Malaysia. Jumlah levi,PLKS Yuran Pemprosesan dan Visa tertakluk
kepada perubahan dasar Kerajaan Malaysia.

10. PENGANGKUTAN
Pihak perusahaan akan menyediakan dan menanggung tiket bagi pekerja yang telah tamat
kontrak untuk dihantar pulang ke negara asal.

11. CUTI
Pekerja layak menerima cuti umum yang telah ditetapkan oleh perusahaan mengikut kesesuaian
yang ada dalam Undang-undang Buruh Malaysia. Pekerja juga akan diberi pelepasan untuk
bercuti bersyarat dan perlu dimaklumkan 3 (tiga) hari sebelum bagi pihak perusahaan
memproses permohonan cuti tersebut. Cuti kecemasan akan dibenarkan jika ada belaku
sebarang kematian ahli keluarga dan tiket untuk pulang akan ditanggung oleh pekerja sendiri.
Pihak pekerja hendaklah memberi surat pengesahan kematian kepada pihak perusahaan
setelah kembali.

12. TEMPOH MASA KONTRAK
Tempoh masa kontrak ada selama 5(LIMA) tahun .

13. PENAMATAN KONTRAK PEKERJAAN
Perusahaan berhak untuk memutuskan perjanjian kerja atas dasar Undang-undang Buruh
Malaysia seperti berikut:-
Melanggar peraturan dan undang-undang mengenai disiplin kerja atau melanggar
hokum yang telah digariskan oleh Kerajaan Malaysia
Semua keputusan akan dibuat mengikut budibicara pihak perusahaan setelah diadakan
perbincangan secara terperinci melalui rundingan dengan pihak terbabit seterusnya
akan dibawa kepada pihak Konsulat Jenderal/Kedutaan.
Pihak perusahaan akan menamatkan kontark tanpa notis jika pas lawatan kerja
kepunyaan pekerja ditarik balik oleh kerana kesalahan, pekerja tidak hadir melebihi 3
(tiga) hari berturut-turut tanpa sebab, pekerja wanita hamil dan pekerja dengan
sukarela ingin menamatkan kontrak pekerjaan dengan bersyarat dan dikehendaki
membayar kos gantirugi dalam baki kontrak sedia ada.

14. KLAUSA TAMBAHAN
Berdasakan ketentuan undang-undang buruh yang ada di Indonesia dan Malaysia, pihak Majikan
wajib membayar gaji pekerja secara langsung dan tidak melalui pihak ketiga.






. ..
Ditandatangi oleh: Rumpun Harmoni Enterprise

Anda mungkin juga menyukai