Teks MC Bagi Majlis Khatam Al-Quran
Teks MC Bagi Majlis Khatam Al-Quran
Teks MC Bagi Majlis Khatam Al-Quran
....
Hadirin dan Hadirat yang dirahmati Allah sekalian
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismilah pembuka bicara.
Majlis khatam Al-Quran yang diadakan ini bertujuan untuk meneruskan konsep
dan budaya cintakan Al-Quran dalam kalangan generasi muda. Di samping itu,
majlis ini adalah untuk meraikan kejayaan murid-murid SKPU yang telah berjaya
menamatkan bacaan Al-Quran. Semoga, kejayaan ini mampu memberi
semangat dan inspirasi kepada murid-murid yang lain untuk turut menamatkan
bacaan Al-Quran masing-masing.
Zikir Munajat Pembersih jiwa
Doa dipohon menjana taqwa
Untuk itu, majlis mempersilakan Ustaz Mohd Radzi bin Mahmood untuk
memimpin bacaan doa seterusnya memimpin Majlis Khatam Al-Quran kita pada
hari ini.....dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
#################################################################
Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran kita pada hari ini
Terima kasih diucapkan kpd al-fadhil Ustaz di atas pimpinan majlis khatam AlQuran sebentar tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berusaha Hajah Joairidah bt
Hj Seman, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Penakup Ulu, untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
#################################################################
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas ucapan alu-aluan sebentar
tadi.
#################################################################
Program Kem Bestari Solat merupakan salah satu daripada modul yang terdapat
dalam program j-QAF di sekolah rendah. Aktiviti ini dilaksanakan bagi
memastikan murid-murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi
bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Program ini juga
merupakan salah satu aktiviti pengukuhan dalam bentuk amali yang
diketengahkan kepada murid-murid sekolah rendah yang beragama Islam
bermula dari Tahun Satu lagi.
Molok
Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan
silap sepanjang mengacarakan majlis ini.Marilah sama-sama kita akhiri majlis
kita pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al-`Asr.
Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum
wa Rahmatullahi wa Barakatuh. Wa fi AmanilLahi Taala wa ilal liqa, maas
salamah.
Majlis menjemput tetamu kehormat dan para jemputan untuk menikmati
sedikit jamuan ringan di Bilik Pemulihan.