Buku Panduan Kesihatan Oum 2014

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 17

HIDUP

TANPA
STRESS

PENGENALAN
Anda

sedang

tapi

anda

mengulangkaji

tidak

dapat

pelajaran

memberi

Bahasa

tumpuan

Melayu

sepenuhnya.

Mungkinkah anda sedang mengalami stress atau tekanan


perasaan! Stress atau tekanan perasaan adalah salah
satu penyakit moden yang banyak membelengu masyarakat
hari

ini.

Apa

itu

stress

dan

adakah

stress

itu

membahayakan diri kita?


Dr. Hans Selye, pengasas teori stress atau tekanan
perasaan
reaksi

telah
yang

disebabkan
(Dr.

mendefinisikannya

tidak

oleh

David

B.

spesifik

sesuatu
Posen

sebagai

oleh

bebanan

diri

yang

(Lifestyle

suatu

seseorang

menimpanya.

Counselor

and

Psychotherapist) ; Stress) Bebanan ini boleh wujud


dalam

bentuk

perubahan

dalam

pengubahsuaian
perasaan

ancaman,

yang

hidup

yang

cabaran
seseorang

selari

baik

lagi

ataupun
yang

dengannya.
positif

apa-apa

memerlukan
Ada

yang

tekanan

dinamakan

eustress dan ada pula negatif dan dinamakan sebagai


distress.
Tekanan

yang

berhati-hati,
memberikan

positif

boleh

terangsang,

tumpuan

dan

menjadikan
kreatif

perhatian

kita
dan

kepada

apa

lebih
lebih
yang

sedang kita lakukan. Banyak penemuan dan ciptaan oleh

saintis-saintis
dengan

berlaku

masalah-masalah

di

saat

tertentu.

mereka

tertekan

Contohnya,

ketika

Alexander Graham Bell sedang berusaha untuk membantu


tunangnya,

Mable

Hubbard,

yang

telah

hilang

pendengarannya, beliau telah berjaya mencipta telefon


yang telah meledakkan sistem telekomunikasi pada hari
ini. (Stephen C. Phillips, The Ten Laws Of Success)

PELAJAR MALAYSIA ALAMI


STRES YANG TINGGI

Mengalami stres adalah sesuatu yang normal bagi setiap


normal dalam kehidupan manusia namun perlu belajar untuk
menguruskannya dengan baik. Stres merupakan masalah awal
sebelum ia menjadi kronik kepada kecelaruan fikiran iaitu
penyakit mental dan pelajar berpotensi mengalaminya,Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia, Datuk Dr Ismail Alias

Kita bimbang dengan laporan bahawa pelajar kita mengalami stress


yang tinggi.
Apakah stress itu diakibatkan oleh tekanan belajar, tekanan
perasaan oleh ibu bapa, tekanan kerana aktiviti yang banyak di
sekolah atau memang remaja hidup dalam keadaan stress?
Hasil kajian Kementerian Kesihatan yang diumumkan semalam
mendapati pelajar di negara ini mengalami tahap stres yang
tinggi.
Bilangan tersebut cukup tinggi, oleh yang demikian
kementerian sedang berusaha untuk meningkatkan latihan dan
kemahiran Gaya Daya Tindak ke atas pelajar di seluruh negara.
Banyak sebab yang menjadi penyumbang kepada masalah pelajar
dalam hal ini terutama sekolah, peperiksaan, keluarga dan
sebagainya.

REAKSI PERASAAN

Perasaan cepat marah, kecewa, dan suka menyendiri


adalah tanda-tanda stres negatif. Kita akan cepat berasa
marah akibat tekanan yang diterima. Keadaan ini sekaligus
menyebabkan mood berubah-ubah iaitu keadaan diri atau
perasaan yang tidak stabil, suka dan duka bersilih ganti.
Selain itu perubahan sikap kepada lebih agresif kerana
menghadapi situasi juga adalah stres negatif.

Seseorang yang stres biasanya akan menjadi murung dan pendiam

SUKAR MEMBUAT
KEPUTUSAN

Keadaan ini terjadi apabila kita menghadapi gangguan


baru. Hal ini disebabkan fikiran tidak tenang dan
bercelaru yang menyukarkan kita membuat keputusan.

Kemahiran membuat keputusan yang tepat amat penting bagi


menghindari stres

SAKIT FIZIKAL

Kadang kala, akibat terlampau memikirkan


sesuatu masalah kita mungkin akan hilang selera makan dan
sukar tidur. Keadaan ini boleh menyebabkan kita mendapat
penyakit seperti sakit kepala, gastrik, dan sebagainya.
Kita juga mungkin lesu atau sugul.

PERUBAHAN
PERLAKUAN

Kita mungkin akan berubah sikap dan


perlakuan jika menghadapi stres. Kadang kala kita menjadi
murung dan penyedih, adakalanya kita boleh menjadi

pemarah dan hilang sabar. Kita juga sering melengahlengahkan kerja.

Stres membe ri kesan terhadap perubahan tingkah laku seseorang

FAKTOR-FAKTOR
PENYEBAB STRESS

FAKTOR
LUARAN

1.

Tempat belajar
Persekitaran tempat pembelajaran terutama di
sekolah memberi impak yang besar kepada
seseorang. Keadaan sekolah yang bersih,
hubungan baik antara guru dan pelajar serta
kemesraan hubungan sesama rakan akan membantu
mengurangkan stres.

2.

Keluarga
Kebahagian keluarga adalah faktor penting bagi
mengelakkan stres di kalangan remaja. Kasih
sayang yang diberi oleh ibu bapa kepada anakanak dan kemesraan sesama ahli keluarga adalah
tunggak kepada keluarga bahagia. Keagalan
institusi keluarga memikul tanggungjawab

yang

diberi menjadi punca stres yang menyebabkan


remaja bermasalah.

Anak-anak daripada keluarga yang bermasalah lebih cenderung untuk


menjadi stres

3.

Masyarakat
Situasi masyarakat pada masa kini banyak
mempengaruhi remaja. Masalah sosial seperti
kejadian jenayah, penyalahgunaan bahan dan

tiada hubungan baik sesama jiran tetangga boleh


mengakibatkan stres. Dalam kehidupan
bermasyarakat, kerukunan sesama jiran haruslah
dijaga agar kehidupan lebih aman dan harmoni.

4.

Persekitaran
Persekitaran yang tidak selesa seperti
pencemaran bunyi daripada kenderaan dan
kegiatan manusia turut mempengaruhi emosi kita.
Selain itu, keadaan suhu yang tidak menentu
seperti panas atau sejuk yang keterlaluan akan
menyebabkan ketidakselesaan dan sekali gus
menyebabkan stres.

FAKTOR
DALAMAN

1.

Imej kendiri
Tekanan dalam diri yang sering dialami remaja
berlaku akibat rasa rendah diri yang
keterlaluan dan berasa diri tidak disukai.
Contohnya bentuk fizikal, status sosio ekonomi,
pencapaian akademik boleh mempengaruhi imej

kendiri seseorang.

2.

Pengurusan diri yang lemah


Kita tidak dapat menjadi pelajar yang cemerlang
sekiranya gagal atau tidak dapat menguruskan
masa dengan baik dan tiada perancangan diri.
Sebagai contoh, kegagalan menyiapkan kerjakerja sekolah, menyebabkan kita takut untuk
berjumpa guru. Keadaan ini boleh menimbulkan
stres.

STRATEGI
MENANGAI STRES

1.

Kemahiran pengurusan diri


Kita perlu membuat perancangan diri yang
sistematik supaya tidak menghadapi sebarang
masalah yang boleh menimbulkan stres.
Justeru, kita perlu menetapkan matlamat,
menyenaraikan matlamat tersebut mengikut
keutamaan dan seterusnya membuat penjadualan
tindakan untuk mencapai matlamat tersebut.

2.

Kemahiran membuat keputusan


Apabila kita menghadapi sesuatu masalah, kita
perlu menyenaraikan segala tindakan yang
boleh diambil. Kita perlu mengkaji kebaikan
dan keburukan setiap tindakan dan memilih
tindakan yang paling sesuai. Oleh yang
demikian, kita boleh menyelesaikan masalah
tersebut tanpa mengikut emosi.

3.

Hubungan yang baik

Jalinkan hubungan yang baik dengan jiran dan


rakan-rakan untuk menjamin kehidupan yang
lebih harmoni. Hormat-menghormati, tolong
menolong, dan bertolak ansur adalah sikap
terpuji yang perlu diamalkan tanpa mengira
perbezaan umur, pangkat, bangsa, dan agama.

4.

Kecergasan fizikal
Kita mesti mengamalkan pemakanan seimbang,
bersenam selalu, dan mendapat rehat yang
mencukupiuntuk mendapatkecergasan fizikal
yang optimum. Kecergasan fizikal yang optimum
mengurangkan stres.

Badan yang cergas membantu mengurangkan stres

5. Menilai semula pegangan hidup


Kita perlu menilai semula pegangan dan falsafah
hidup kita. Pegangan agama dan nilai moral diri
yang kuat akan membantu kita mengkaji
sikappositif dan negatif yang ada dalam diri.

Mendekatkan diri kepada agama salah satu cara menangani stres


dengan berkesan

PENAWAR

STRES

BERTENANG

BERFIKIRAN
POSITIF

MENYUKAI DIRI

Anda mungkin juga menyukai