Tekanan Mental Dan Pekerjaan

Unduh sebagai doc
Unduh sebagai doc
Anda di halaman 1dari 3

Tekanan Mental Dan Pekerjaan

TEKANAN KERJA

Setiap daripada kita mempunyai tekanan kerja. Suasana tempat kerja yang selesa dan
selamat meningkatkan kecekapan mutu kerja dan keseronokan bekerja. Suasana tempat
kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental.

Tekanan kerja yang sedikit adalah perlu untuk meningkatkan daya produktiviti. Jika
tekanan di tempat kerja berlebihan, ia boleh memberi kesan negatif. Masalah peribadi
dan keluarga akan merumitkan lagi kesihatan mental pekerja.

PUNCA-PUNCA TEKANAN MENTAL DI TEMPAT KERJA

Jenis Pekerjaan

Suasan tempat kerja, tekanan kerja yang berpanjangan dan perubahan cara
pengendalian kerja.

Peranan dan Fungsi Pekerjaan

Kerja dan peranan yang sentiasa berubah-ubah secara kerap atau pekerjaan yang
merbahaya

Perhubungan

Konflik sesama rakan sekerja dan majikan

Kerjaya

Kurang insentif dan penghargaan dari majikan, kecewa terhadap suasana kerja,
dinaikkan/diturunkan pangkat, hilang pekerjaan.

Perubahan Dalam Organisasi

Perubahan dalam struktur dan pengurusan organisasi secara mendadak meningkatkan


kekeliruan dan tekanan kepada pekerja

7 LANGKAH MENANGANI TEKANAN MENTAL


Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan Anda

• Akui kekuatan dan kelemahan dalam diri anda


• Bersikap positif semasa melakukan anda
• Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan anda
• Merasa seronok bekerja

Rancang Kerja Anda

• Kendali masa anda dengan bijak


• Beri keutamaan pada kerja yang penting
• Jangan bertangguh
• Elakkan membawa sebarang tugasan balik ke rumah
• Mengagihkan kerja dengan baik

Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah

• Lihat masalah dengan rasional dan raancang penyelesaian secara sistematik


• Senaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah
menanganinya
• Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian
• Ambil tindakan secara wajar

Mempunyai Sikap Yang Betul Terhadap Perubahan Dalam Kerja

• Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua
perubahan yang berlaku
• Rancang perubahan secara teratur

Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja

• Amalkan sifat tegas (assertive) bukan garang (aggressive)


• Luahkan pendapat anda secara sopan, tegas dan jelas
• Hormati pandangan rakan sekerja anda

Tingkatkan Sokongan Sosial Di Tempat Kerja

• Wujudkan ikatan persahabatan sesama takan sekerja


• Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu anda dan rakan sekeja
di dalam menangani sebarang masalah
• Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar
• Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah

Amalkan cara Hidup Sihat

• Luangkan masa untuk beribadah


• Dapatkan tidur yang mencukupi
• Bersenam selalu
• Adakan aktiviti/hobi yang menyeronokkan
• Jauhi diri dari arak, rokok dan dadah
• Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama

ANDA MANGSA TEKANAN MENTAL ?

Tanda-tanda tekanan mental

• Bersikap ganas (Panas Baran)


• Gelisah
• Gangguan selera makan
• Gangguan tidur
• Hilang - tumpuan, motivasi
• Kemurungan
• Kerisauan yang berlebihan
• Kelesuan
• Mabuk arak
• Mudah meradang
• Perasaan bersalah

Anda mungkin juga menyukai