HBMT 3203 V2

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 22

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEPTEMBER 2014

HBMT3203_V2
TEACHING OF ELEMENTARY MATHEMATICS PART IV

NAMA

HASROLAFFENDI BIN JOHARI

NO. MATRIKULASI

801218025033002

NO. KAD PENGENALAN

801218025033

NO. TELEFON

0195133347

E-MEL

[email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN

KELANTAN LEARNING CENTRE

ISI KANDUNGAN

PERKARA
1.0 Pengenalan
2.0 Teknologi Terkini Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik

Sekolah Rendah

HALAMAN
2
3

2.1 kepentingan Menguasai Kemahiran Teknologi Maklumat (Ict)

2.2 Perkembangan Dan Kepentingan Ict Dalam P&P

3.0 Kekangan Dan Cabaran Yang Dihadapi Oleh Guru Dalam Penggunaan
Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Sekolah

Rendah
4.0 Prinsip-Prinsip Penggunaan Bahan Teknologi
5.0 Bahan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Topik Peratus

10
11

6.0 Cara Penggunaan Bahan Teknologi

12

7.0 Refleksi Penggunaan Bahan Teknologi Pengajaran Dan Pembelajaran

14

8.0 Kesimpulan

15

9.0 Rujukan

17

10.0 Lampiran

18

1.0 PENGENALAN

Pada zaman digital dan globalisasi ini, perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi menuntut agar perubahan dibuat ke atas kaedah mengajar dan belajar. Dasar dan
polisi pembangunan Negara menunjukkan Malaysia amat menitikberatkan penggunaan ICT
dalam pendidikan, oleh itu impak ICT dalam pendidikan amat ketara sekali. Kementerian
Pendidikan Malaysia telah melancarkan Sekolah Bestari pada awal 1999 yang bertujuan untuk
melakukan perubahan sistematik terhadap budaya sekolah dengan menggunakan teknologi
sebagai alat pemudah cara dalam pengajaran dan pembelajaran (Rohani,1999 dan Ab.Rahim
2000).
Perkembangan

dunia

teknologi

dan

telekomunikasi

serta

projek

Multimedia

SuperCorridor (MSC) telah menempatkan Malaysia dalam hubungan global antara negaranegara maju di dunia. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memaksimakan penggunaan ICT
dalam

mentransformasikan

masyarakat

Malaysia

kepada

masyarakat

bermaklumat

(knowledge based society). Kemajuan teknologi internet dan multimedia begitu menonjol
dalam sektor awam dan swasta. Perkembangan terkini menyaksikan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) menjadi alat pemangkin utama untuk menyebar dan menyimpan maklumat
dan seterusnya membantu pelajar membina pengetahuan baru (Lechner & Boli 2000)
Untuk mengharungi cabaran serta mencapai matlamat

Multimedia Super

Corridor(MSC) dan Wawasan 2020, mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan


pembelajaran adalah tepat pada masanya. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran merangkumi pelbagai aspek seperti dalam konteks pembelajaran, penggunaan
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dikategorikan sebagai tutorial, penerokaan,
aplikasi dan komunikasi, manakala dalam konteks pengajaran pula, ICT digunakan sebagai
tutor dan alat demonstrasi.
Selain itu, globalisasi merupakan satu ideologi perubahan budaya, sosial, dan politik
yang dicetuskan oleh kemajuan pesat ICT. Dalam keadaan ini, globalisasi menyebabkan
wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran
global, konsep perubahan global dan sebagainya (Abd. Rahim, 2005). Perubahan ini
memberikan kesan sama ada positif dan juga negatif kepada masyarakat di negara
membangun.

2.0 TEKNOLOGI TERKINI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


MATEMATIK SEKOLAH RENDAH
ICT (Information Communication Technology) dapat ditakrifkan sebagai sistem yang
membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan dan komunikasi maklumat
dalam pelbagai bentuk melalui media elektronik. Revolusi maklumat yang berlaku disebabkan
kemajuan ICT memberi cabaran baharu kepada profesion keguruan, di samping kemajuan
yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk mempertingkatkan martabat profesion keguruan
yang sedang mengharungi perubahan abab ke -21. Menurut Ward & Peppard (2003), ICT
merujuk kepada teknologi (hardware, software, telecomunication dan networks). Sesuatu
yang nyata (tangible) contohnya komputer peribadi, servers, routers, kabel dan sesuatu yang
tidak nyata (intangible) contohnya software
Perkembangan pendidikan baharu dalam pengetahuan ICT memerlukan anjakan
peranan pendidikan dan profesion keguruan. Negara membangun memerlukan lebih ramai
guru yang mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi maklumat (ICT).
Latihan pendidikan guru juga memerlukan perubahan paradigma bagi melahirkan guru-guru
yang berkelayakkan dan berkebolehan mendidik dan membangunkan masyarakat dan negara.
Abdul Rahim (2005) menyatakan bahawa globalisasi yang meluaskan konsep dunia tanpa
sempadan memberikan cabaran terhadap guru bagaimana perancangan pengajaran dan
pembelajaran serta dunia pendidikan boleh dimajukan dari perspektif global yang melibatkan
penyesuaian kurikulum, penjadualan belajar, penerokaan maklumat melalui ICT pengawalan
dan penyeliaan, dan peranan efektif guru dalam memajukan dunia pendidikan.
Integrasi ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan,
pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang hayat. Integrasi ICT dalam
P&P membolehkan aktiviti P&P dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan
sumber pendidikan, berupaya meningkatkan kualiti pendidikan disamping mempercepatkan
proses pendidikan berasaskan tahap kebolehan pelajar.
Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi
pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan
teknologi mesti digabungjalin bersama kaedah pengajaran. Guru perlu mengintegrasi ICT
untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti P&P. Integrasi ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran perlu dilihat dari perspektif yang lebih luas iaitu menggunakan ICT secara

berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan
dalam P&P (Pusat PerkembanganKurikulum, 2001).
Matlamat utama mengintegrasi ICT dalam kurikulum adalah untuk membantu murid
memperkembangkan kebolehan dari segi mengguna, mengurus dan memahami ICT. Adalah
penting bagi murid untuk menguasai kebolehan-kebolehan ini semasa proses pembelajaran
dalam setiap bidang kurikulum (Jonassen,1996). Peranan ICT dalam P&P akan membawa
kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian. Namun
begitu, kehadiran ICT sahaja tidak dapat membantu proses transformasi ini. Perkara yang
penting dalam integrasi ICT ialah setiap strategi itu harus menjurus kepada keperluan P&P
dan sebagai satu cara untuk guru dan pelajar menyelesaikan masalah semasa proses
pembelajaran serta memperolehi hasil yang bertepatan dengan isi kandungan.
Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P&P
memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah
pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan
komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam P&P.
Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi
pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.
Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke 21 dan perubahan kearah
masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru kepada institusi pendidikan. Untuk
mencapai matlamat Wawasan 2020 dan mewujudkan masyarakat bermaklumat, maka inisiatif
untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
(P&P) adalah perlu. Teknologi maklumat dan komunikasi telah mengubah cara hidup manusia
berkomunikasi, bekerja serta menjalankan perniagaan. Cabaran ini membawa kepada
implikasi yang besar kepada P&P dalam bilik darjah dan juga bidang penyelidikan. Prasarana
telekomunikasi dan sistem maklumat berasaskan multimedia membenarkan pelajar
berinteraksi secara terbuka dan dapat mendalami setiap ilmu yang diperolehi dengan lebih
berkesan .

2.1 Kepentingan Menguasai Kemahiran Teknologi Maklumat (ICT)


Menurut Ngan (1994), literasi komputer membawa maksud yang lebih luas kerana bukan
sahaja konsep dalam kesedaran tetapi juga pengalaman dan pengendalian komputer. Manakala
kesedaran komputer pula merujuk kepada pengetahuan mengenai cara computer digunakan
dalam masyarakat, kesan kegunaannya terhadap sosial dan ekonomi serta kesannya terhadap
kehidupan manusia. Kesedaran komputer berkait rapat dengan pembelajaran tentang
komputer, manakala literasi komputer pula berkait rapat dengan pembelajaran dan
penggunaan komputer.
Besag dan Levine (1984) berpendapat, tahap asas literasi komputer adalah kebolehan
membaca serta menulis dengan menggunakan bahasa sendiri dan dalam definisi yang lebih
luas, bukan sahaja setakat boleh membaca tetapi juga boleh menggunakan pengetahuan yang
diperoleh daripada komputer dalam kehidupan seharian. Mc Keown (1986) menyatakan jika
seseorang itu celik komputer,dia bukan hanya mempelajari tentang komputer tetapi juga tahu
menggunakannya sebagai alat yang memudahkan kerja-kerja lain. Menurut beliau lagi, literasi
juga bermaksud mengetahui perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh komputer
serta kebolehan seseorang itu mengarah komputer berbuat sesuatu yang dikehendaki.
2.2 Perkembangan dan kepentingan ICT dalam P&P
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003) secara jelas telah menggariskan tiga dasar
utama ICT dalam pendidikan. Pertama literasi ICT untuk semua pelajar, Kedua
mengutamakan peranan dan fungsi ICT sebagai kurikulum dan alat P&P. Ketiga penggunaan
ICT untuk meningkatkan produktiviti. Oleh itu Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum,
menjelaskan beberapa manfaat ICT dalam pendidikan diantaranya berupaya meningkatkan
kefahaman dan keupayaan murid dalam pelajaran, memberi peluang pembelajaran yang sama
kepada semua murid dengan pelbagai keupayaan, meningkatkan motivasi murid,
membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning), membolehkan murid
mengakses maklumat yang sukar diperolehi, mewujudkan suasana pembelajaran yang
mencabar dan menyeronokkan, membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen
yg sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya dilakukan dengan cara biasa, meningkatkan
kreativiti dan imaginasi murid serta memberi peluang kepada murid belajar secara lebih
berkesan dengan bimbingan yang minima serta meningkatkan kemahiran ICT.
Kemajuan dalam bidang pendidikan semakin hari bertambah jelas dipengaruhi oleh
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Dalam konteks pendidikan,

penggunaan alat teknologi bukan sahaja mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan
pentadbiran, malah berpotensi besar sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran
pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Teknologi seperti ini
mestilah dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru agar dapat menghasilkan suatu output yang
memenuhi tuntutan masyarakat. Melalui penggunaan alat teknologi ini, suasana pengajaran
dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan mempunyai potensi yang baik untuk
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Multimedia adalah sebahagian dari
cabang ICT yang berkeupayaan menggabungkan pelbagai media seperti teks, suara, imej,
animasi dan video dalam sesuatu perisian membuatnya sebagai teknologi media pengajaran
dan pembelajaran yang lebih menarik dan praktikal.
Rosenberg (2001) menjelaskan integrasi ICT dalam P&P memberikan peluang kepada
guru untuk memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid.
Pembelajaran ini memfokuskan pembelajaran dalam konteks aktiviti masalah sebenar dan
meletakkan pelajar sebagai penyelesai masalah. Melalui penggunaan ICT pelajar dapat
menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan,
pangkalan data dan pembentangan dengan menggunakan alat-alat teknologi. Kemahiran dan
penguasaan dalam teknologi akan melahirkan pelajar yang lebih bersedia dan yakin untuk
memasuki alam pekerjaan
Kajian yang dijalankan (Abdul Rahim Mohd Saad, 1998) menyatakan terdapat
beberapa stail pembelajaran di kalangan murid. Ada yang lebih selesa belajar secara konkrit
berbanding dengan secara abstrak. Ada yang dikategorikan sebagai field dependent
berbanding dengan murid field independent. Ini bermakna aktiviti-aktiviti pengajaran bagi
murid yang suka secara abstrak atau tergolong dalam field independent adalah mudah tetapi
bagi murid yang belajar secara konkrit atau tergolong dalam field dependent mereka akan
mudah faham seperti beberapa konsep, prinsip, peraturan dan hukum sekiranya terdapat
pelbagai bahan ilustrasi, rajah, latihan atau amalan. Ini bermakna murid-murid ini diberi
peluang menggunakan kesemua panca indera semasa proses pembelajan.

3.0 KEKANGAN DAN CABARAN YANG DIHADAPI OLEH GURU DALAM


PENGGUNAAN

TEKNOLOGI

DALAM

PENGAJARAN

PEMBELAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

DAN

Pembaharuan dalam sistem pendidikan

terutama dari segi pengajaran-pembelajaran,

sistem pengurusan pembelajaran dan peranan guru sudah tentu akan memberikan cabaran
baharu di negara ini menjelang abad ke-21. Pendidikan, sekolah dan profesion keguruan di
negara ini perlu memainkan peranan yang lebih ke hadapan bagi membentuk generasi muda
yang celik komputer dan dapat merealisasikan dasar dan matlamat negara bagi menjadikan
Malaysia sebuah negara yang maju dalam bidang ICT.
3.1 Kekurangan Kemahiran Adalah Cabaran Utama Dalam Mengintegrasikan
P& P Di sekolah
Penggunaan IT mempunyai hubungan yang signifikan dengan bidang pelbagai
kecerdasan atau multiple-intelligences yang mencorakkan budaya pembelajaran yang tidak
lagi terikat kepada pembelajaran konvensional. Kecekapan dan kemahiran komputer dalam
pembelajaran merupakan satu kebolehan yang dikaitkan dengan kecerdasan, perkembangan
kongnitif, kreativiti dan inovasi, reka cipta, reka bentuk,visual, pembelajaran maya dan
sebagainya. IT juga merupakan bidang kecerdasan artificial yang penting dalam era ICT.
Tidak ramai para pendidik yang memanfaatkan internet sebagai satu alternative yang
menyediakan akses kepada pelbagai maklumat yang dapat membantu memantapkan bahan
pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, penggunaan pembelajaran elektronik di
sekolah terutamanya penggunaan internet atau www masih lagi rendah. Kajian yang
dilakukan oleh Rosli, Zamalia dan Shafiee (2001) menunjukkan tahap penggunaan ICT yang
berkaitan pengajaran dan pembelajaran dikalangan pensyarah UiTM adalah sekitar 30 %.
Kajian ini jika diperluaskan di peringkat sekolah pasti akan memberikan peratusan nilai yang
lebih rendah ekoran kekurangan kemudahan dan kemahiran.

3.2 Kekangan Dalam Menghabiskan Sukatan Pelajaran Juga Merupakan


Masalah Yang Dihadapi Dalam Mengintegrasikan ICT Dalam P&P Di
sekolah.
Daripada temubual dengan beberapa guru yang kurang atau tidak menggunakan
komputer untuk membantu pengajaran dan pembelajaran mereka didapati masalah utama

yang dihadapi mereka adalah kekangan untuk menghabiskan sukatan pelajaran kerana
menurut mereka penggunaan internet memerlukan masa yang lama untuk dilayari dan diakses
walaupun dari segi sikap mereka bersedia menggunakan komputer dalam pengajaran.
Sementara Wiburg (1997), pula mengatakan bahawa untuk membina, membangun dan
mengintegrasi sumber-sumber multimedia agak sukar walaupun mempunyai kemahuan
menggunakan teknologi dalam pengajaran, mempunyai kemahiran teknikal tetapi masa dan
sumber yang terhad akan terus menjadi penghalang utama dalam dunia digital.
3.3 Kekurangan Prasarana Dan Bahan Sokongan
Kekurangan prasarana dan bahan sokongan juga munyumbang kepada kekangan
mengintegrasikan ICT di sekolah .Meluaskan literasi komputer menjadi agenda penting
pendidikan selaras dengan dasar ICT negara pada abad ke-21. Era teknologi maklumat
memerlukan sistem pendidikan dan institusi sekolah menggubal matlamat utama pendidikan
bagi membentuk generasi muda yang celik dan mahir komputer. Satu cabaran penting
pendidikan sekarang ialah menyediakan kemudahan komputer untuk semua pelajar. Ini
bermakna kemudahan komputer tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja tetapi
melibatkan keseluruhan pelajar tanpa mengira status ekonomi, sosial, kaum dan sebagainya.
3.4 Peralatan Tidak Seragam
Kecanggihan kemudahan ICT yang terdapat di sekolah -sekolah pada masa ini adalah
tidak seragam. Ada yang meletak komputer di dalam bilik darjah, ada juga yang meletakkan
semua komputer ini di dalam makmal. Ada yang memiliki sambungan kepada Internet, ada
yang tidak. Guru-guru yang menggunakan panduan yang terkandung dalam dokumen ini
haruslah terlebih dahulu mengetahui tahap keupayaan infrastruktur ICT yang terdapat di
sekolah

masing-masing

sebelum

merancang

sebarang

aktiviti

pembelajaran

yang

menggunakan ICT. Ini bagi memastikan aktiviti yang dilaksanakan membuahkan hasil yang
optimum sesuai dengan objektif pembelajaran.

3.5 Sikap Negatif Guru


Cabaran lain yang menjadi permasalahan mengintegrasikan ICT dalam P&P di sekolah
adalah sikap negatif dikalangan guru yang mendidik. Guru harus meninggalkan pengajaranpembelajaran cara lama yang diamalkan selama ini, sebaliknya memikirkan pembelajaran
dinamik dalam konteks penggunaan teknologi maklumat. Pemikiran positif perlu wujud di

kalangan pelaksana dasar penggunaan ICT di semua peringkat sistem pendidikan di negara ini
bagi membolehkan ICT diadaptasikan dan diperluaskan dalam budaya pembelajaran. Faktor
persediaan mental, pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan anggota adalah penting ke
arah sesuatu perubahan dalam sesebuah organisasi (Steers & Black,1994). Kajian ini
mendapati bahawa persediaan mental dalam kalangan anggota organisasi merangkumi sikap
yang positif terhadap agenda perubahan yang dicadangkan di samping memahami tujuan atau
sebab-sebab di sebalik perubahan yang akan dilaksanakan. Perubahan sikap dan nilai terhadap
IT diperlukan oleh guru dalam menghadapi cabaran baru dalam pendidikan (Ambigapathy,
2001). Justeru, para pendidik perlu literasi komputer supaya penggunaan komputer dalam
pendidikan tidak terjejas. Dalam mencapai objektif tersebut, guru-guru perlu diberi latihan
dalam penggunaan teknologi baru untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah. (Ambigapathy
&Suthagar, 2003).
Guru perlu menjadi penggerak dan pencetus kepada perubahan masyarakat ICT dan
pembentukan masyarakat digital menjelang tahun 2020. Guru perlu bersedia melaksanakan
tugas baharu bagi membangunkan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru harus
meninggalkan pengajaran-pembelajaran cara lama yang diamalkan selama ini, sebaliknya
memikirkan pembelajaran dinamik dalam konteks penggunaan teknologi maklumat.
Pemikiran positif perlu wujud di kalangan pelaksana dasar penggunaan ICT di semua
peringkat sistem pendidikan di negara ini bagi membolehkan ICT diadaptasikan dan
diperluaskan dalam budaya pembelajaran. Selain itu, guru juga perlu bersedia meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran
dan pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional yang kurang berasaskan inovasi
teknologi.

4.0 PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN BAHAN TEKNOLOGI


Sebelum memilih bahan teknologi, guru mestilah telah memikirkan topik yang dipilih,
kebolehan murid-murid, isi kandungan pelajaran secara terperinci dan juga objektif-objektif

pengajaran. Kemudian guru hendaklah menganalisis pengalaman atau pengetahuan sedia ada
murid dengan menggunakan sumber-sumber pengajaran tertentu.
Proses pengajaran yang akan disampaikan oleh guru hendaklah dianalisis berdasarkan
objektif dan seterusnya dicatatkan dengan jelas sumber yang diperlukan untuk
memaksimumkan pencapaian objektif pembelajaran. Guru hendaklah menentukan sifat-sifat
bahan teknologi yang hendak disediakan sebelum pemilihan sesuatu sumber pengajaran dan
pembelajaran dibuat. Perkara-perkara yang perlu diteliti adalah seperti kandungan, rekabentuk
dan persembahan.
Banyak hasil yang praktikal dapat dicapai apabila sumber pengajaran dan
pembelajaran berkualiti tinggi digunakan di dalam bilik darjah. Antara hasil-hasil ini ialah
(Kemp dan Smellie,1989):
a. Kandungan topik boleh dipilih secara lebih terperinci dan diorganisasikan.
b. Penyampaian pengajaran boleh dipiawaikan.
c. Pengajaran adalah lebih menarik minat pelajar.
d. Pembelajaran adalah lebih interaktif apabila teori-teori pembelajaran
diaplikasikan.
e. Masa pengajaran boleh disingkatkan.
f. Kualiti pembelajaran boleh diperbaiki.
g. Arahan boleh diberikan bila dan di mana perlu.
h. Sikap positif murid terhadap apa yang mereka pelajari dan juga terhadap proses
pembelajaran itu sendiri boleh dikukuhkan.
i. Peranan guru juga boleh dikukuhkan.

Dilihat secara keseluruhan, kesemua hasil-hasil di atas menunjukkan bahawa


kecekapan pembelajaran dan sikap positif terhadap pembelajaran dapat diperkukuhkan

melalui penggunaan bahan teknologi. Untuk mencapai kebaikan-kebaikan di atas, bahan


pengajaran dan pembelajaran yang digunakan mestilah bermutu tinggi dan dipilih atau direka,
dihasilkan dan digunakan sebagai satu bahagian yang diintegrasikan di dalam sistem
pembelajaran dan pengajaran (Gagne, Briggs,dan Wager, 1992).

5.0 BAHAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TOPIK


PERATUS
Terdapat beberapa garis panduan yang boleh dijadikan rujukan oleh guru dalam
menentukan pemilihan bahan teknologi yang boleh digunakan dalam bilik darjah. Anataranya
ialah bahan sumber yang dipilih semestinya sesuai. Pemilihan bahan teknologi hendaklah
mempunyai hubungan kesesuaian dengan perkara-perkara seperti objektif dan matlamat
pengajaran, pendekatan, teknik dan kaedah yang digunakan, keadaan murid, suasana
pembelajaran dan minat murid.
Guru hendaklah menentukan objektif pengajaran terlebih dahulu sebelum memilih dan
menentukan bahan bantu belajar yang sesuai digunakan. Dengan objektif pengajaran yang
tertentu, guru boleh memilih bahan-bahan yang sesuai untuk dijadikan bahan teknologi yang
akan dapat membantu ke arah tercapainya objektif pengajaran tersebut. Bahan teknologi yang
dipilih juga hendaklah sesuai dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
Tugasan ini memerlukan saya untuk menyediakan satu pakej bahan teknologi yang sesuai
bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah serta menilai
sejauh mana penggunaannya dapat menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Bahan
teknologi yang saya pilih ialah Penggunaan Laman Pembelajaran Maya ( Virtual
Learning Environment ) . Bagi pengajaran kemahiran topik Peratus tahun 4 saya terlebih
dahulu menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). RPH tersebut adalah seperti di
Lampiran 1.
Hal ini bertepatan dengan teori perkembangan kognitif Jean Piaget yang mengatakan
kanakkanak yang berusia antara 7 hingga 12 tahun adalah peringkat membina operasi
konkrit.

6.0 CARA PENGGUNAAN BAHAN TEKNOLOGI

6.1 Laman pembelajaran maya Virtual Learning Enviroment


Bahan bantuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menerusi sistem
pembelajaran maya, Frog VLE. Melalui sistem ini, kaedah pengajaran bukan sahaja menjadi
mudah dan pantas malah lebih interaktif.Semua bahan pengajaran juga boleh diakses melalui
satu pangkalan data membolehkan guru dan pelajar berkongsi maklumat yang sama.
Diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama YTL
Communications menerusi projek 1BestariNet sejak awal tahun lalu, sistem yang
dibangunkan di United Kindom itu membolehkan proses pengajaran, pembelajaran,
pengurusan dan pentadbiran di sekolah menjadi mudah dan lancar.
Penggunaan Frog VLE menjadikan proses pengajaran, pembelajaran, pengurusan dan
pentadbiran di sekolah menjadi mudah serta lancar. Menerusinya juga, semua sekolah bakal
dilengkapi akses internet berkelajuan tinggi 4G, platform pembelajaran bertaraf dunia dan
akses kepada sumber dan teknologi sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013 hingga 2025.
Frog VLE adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia
pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan
kaedah maya.melalui sistem itu pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah sahaja
sebaliknya boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa.
Sistem ini membenarkan pelajar dan guru untuk menghasilkan dan mengakses sebuah
tapak pembelajaran secara dalam talian. Ia membolehkan mereka memperoleh hampir semua
maklumat di internet seperti video, gambar, sumber pendidikan dan membinanya menjadi
sebuah laman yang menarik tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal.
Apa yang lebih penting, limpahan sumber pengajaran dan aplikasi hebat yang
ditawarkan itu adalah selamat dan telah ditapis. Sistem itu menggunakan platform Google

Cloud yang membolehkan pengguna mengakses pelbagai aplikasi Google seperti Google
Email, Google Drive dan sebagainya.
Pada masa yang sama, katanya, platform itu juga menawarkan bahan pengajaran
berkualiti secara percuma seperti Khan Academy, Ted Education, National Georgaphic dan
British Council selain apa yang disediakan oleh KPM.
Ini akan memberi kelebihan kepada para guru untuk mencari bahan-bahan pengajaran
yang sesuai dengan minat dan kemampuan pelajar mereka. Pada masa sama, mereka juga
boleh menghasilkan bahan pengajaran sendiri dan berkongsi bersama guru lain di sekolah
atau di seluruh negara

Pembelajaran secara interaktif melalui Frog VLE mampu meningkatkan minat dan kefahaman
pelajar terhadap sesuatu subjek .
Sistem itu memberi kelebihan kepada semua pihak sama ada dalam kalangan
pentadbir, para guru, pelajar dan ibu bapa.melalui sistem itu, semua maklumat dalam buku
teks termasuk latihan dan kerja sekolah akan disimpan dalam satu pangkalan data. Ia dapat
mengurangkan jumlah buku teks yang perlu dibawa oleh pelajar ke sekolah dan jumlah buku
latihan yang perlu ditanda oleh guru setiap hari kerana peranan itu telah diambil alih oleh

komputer. Dengan ini, guru dapat memberi lebih tumpuan kepada pelajar serta merangka
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih interaktif dan menyeronokkan.
Ibu bapa pula bukan sahaja dapat memantau perkembangan anak-anak mereka malah
dapat mengetahui acara-acara di sekolah menerusi ruang kalendar, papan notis sekolah dan
sebagainya melalui laman yang tersedia.pada permulaan perlaksanaan agak kekok belajar
menggunakan sistem itu namun semuanya menjadi mudah selepas mencubanya beberapa kali.
penggunaan sistem pembelajaran maya membolehkan kita berinteraksi atau bertanya soalan
dengan guru biarpun selepas sesi persekolahan tamat.Frog VLE tidak sekadar boleh
digunakan di sekolah semata-mata sebaliknya di mana-mana sahaja asalkan ia mempunyai
kemudahan capaian internet.
Frog VLE membolehkan guru memberi lebih tumpuan kepada para pelajar.sistem itu
juga menarik minatnya untuk belajar sesuatu subjek kerana bahan pengajaran yang disediakan
berorientasikan pelbagai sumber dan bersifat interaktif. Pelajar mempunyai kebebasan
membuat rujukan dan ulang kaji sehingga benar-benar faham mengenai subjek dipelajari
biarpun tanpa bantuan guru. Ia menjadikan mereka lebih berdikari.Jika sebelum ini purata
markah bagi subjek matematik ialah sekitar 80 peratus, kini ia telah meningkat lebih 90
peratus dalam tempoh kurang setahunselain pembelajaran melalui nota dan video, pelajar juga
boleh menjawab soalan kuiz, latihan, mendapatkan contoh soalan peperiksaan malah dapat
mencuba permainan di akhir topik.Ia merupakan alternatif kepada kaedah pengajaran
konvensional yang lazim berpusat di bilik darjah dan buku teks. Menerusi sistem ini pelajar
bukan sahaja lebih tertarik untuk belajar, malah pada masa yang sama berpeluang meneroka
ilmu lain yang terkandung di dalamnya.
7.0 REFLEKSI PENGGUNAAN BAHAN TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Kajian Mohd Sharif Abdul Manaf (1994) mendapati bahawa penggunaan media
dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menimbulkan kesan-kesan positif. Antaranya
termasuklah menjadikan proses pembelajaran lebih baik, dapat mencapai pembelajaran
berkesan dalam masa yang singkat, membantu mencapai objektif pengajaran serta
merangsang minat murid.
Ini dapat dibuktikan dalam pengajaran yang saya jalankan bersama murid Tahun 4
Aman bagi topik peratus. Sebelum ini, murid mengalami kesukaran dalam menentukan nilai

tempat bagi nombor peratus. Kesukaran menguasai konsep nilai tempat dalam nombor peratus
akan memberi kesan yang jelas semasa melakukan pengiraan melibatkan operasi tambah,
tolak, darab dan bahagi.
Dengan berbantukan Laman Pembelajaran Maya ( Frog VLE ), murid membuat latih
tubi menyusun manik-manik pada dekak mengikut nilai tempat yang betul dengan bimbingan
guru. Selepas diberikan beberapa siri nombor perpuluhan dan nombor bulat, murid semakin
mahir dalam menentukan nilai tempat seperti seperti puluh, sa, persepuluh, perseratus dan
perseribu. Melalui pengalaman ini, murid dapat membina pengetahuan yang kukuh. Jelas
sekali murid dapat menyatakan jawapan dengan betul apabila ditanya nilai tempat bagi setiap
nombor.
Dengan berbantukan Frog VLE, murid dilihat lebih seronok dan berminat untuk
melibatkan diri secara aktif.

Pemilihan bahan bantu yang efektif adalah penting bagi

memastikan kejayaan proses pembelajaran dan pengajaran. Melalui sikap positif murid
sebegini, objektif pembelajaran dapat dicapai sepenuhnya

9.0 KESIMPULAN
Penggunaan ICT dalam bidang pendidikan adalah selaras dengan hasrat Malaysia untuk
meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. ICT membolehkan pembangunan pendidikan
pada abad ke-21 di negara ini menjadi lebih kompetitif dan dapat bersaing di peringkat
antarabangsa. Malaysia perlu melangkah ke hadapan bagi mengantarabangsakan status
pendidikannya di peringkat global.
Peranan istitusi pendidikan bagi meningkatkan kadar celik komputer yang melibatkan
pengetahuan dan kemahiran komputer ke arah melahirkan masyarakat siber bergantung pada
profesion keguruan. Kaedah pengajaran tradisional chalk and talk perlu diubah untuk
disesuaikan dengan kaedah mengajar menggunakan peralatan ICT seperti menggunakan
projektor LCD, komputer dan persembahan PowerPoint. ICT menyediakan peluang kepada
golongan guru sekolah dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) merujuk kepada kebolehan guru mengintegrasikan aspek
pedagogi, psikologi dan teknologi dalam pengajarannya serta kemampuan pelajar mengakses
dan belajar dari bahan yang disediakan.
Walau bagaimanapun, jika infrastruktur ICT tidak lengkap dan tidak efisyen, guru dan
pelajar tidak dapat menjalani pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan pelaksanaan ICT

dalam pengajaran dan pembelajaran akan gagal. Jadi, prasarana dan kemudahan di sekolah
hendaklah dipantau bagi membolehkan penggunaan komputer secara meluas di kalangan
guru-guru. Masih banyak ruang kosong yang mampu diisi dan digunakan untuk
mempertingkatkan lagi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan komputer
terutama dalam era globalisasi di mana ilmu boleh didapati hanya di hujung jari sahaja.
Pengetahuan dan kemahiran penggunaan komputer merupakan faktor penting ke arah
pembentukan sikap positif terhadap komputer yang masih kurang dalam kalangan guru.
Usaha untuk mempertingkatkan pengetahuan dalam kalangan pendidik diperluaskan melalui
kursus dan latihan yang berkesan perlu disarankan.
Sewajarnya lebih ramai tenaga pengajar di institusi pendidikan mengorak langkah seiring
dengan zaman ledakan maklumat dengan membina perisian-perisian kursus serta lamanlaman web untuk membantu dan mengubah corak pengajaran dan pembelajaran ke arah
pembelajaran berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Oleh itu kejayaan pengajaran dan pembelajaran ini terletak di atas sejauh mana dasar,
galakan, kemudahan prasarana yang dibekalkan dan pemantauan yang dilaksanakan dalam
sistem pendidikan di Malaysia. Seterusnya peranan yang dimainkan oleh pihak pentadbir dan
terutamanya guru-guru amat penting untuk membawa integrasi ICT ke bilik darjah dengan
kebijaksanaan dan kemudahan yang sedia ada serta semangat, kesungguhan dan iltizam yang
tinggi untuk menjayakannya.
Justeru pengaplikasian ICT dan rekabentuk pengajaran dalam penggunaan bahan
multimedia mempunyai potensi untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih
menarik dan bermakna. Penggunaan komputer dan Internet diyakini akan dapat membantu
mewujudkan suasana pembelajaran bestari yang menekankan tiga unsur penting iaitu, self
access, self paced , dan self directed. Seterusnya gabungan pengajaran guru berasaskan
teknologi maklumat dan komunikasi serta penerapan nilai murni semasa pengajaran
terutamanyasemasa penerokaan ledakan sumber maklumat melalui Internet.

9.0 RUJUKAN

Dr. Mohamad Jamil dan rakan-rakan (2008). satu Kajian Mengenai Bahan Bantu
Mengajar Dalam Pengajaran Pembelajaran Di Sekolah Rendah. Maktab Perguruan Batu
Lintang : Jabatan Matematik
Liew dan M. Saridan .(1991). Modul KRM3013 Asas Nombor. Tanjung Malim : Universiti
Perguruan Sultan Idris.
Murugiah Velayutham, Kao Thuan Keat dan Lena Vimalanandan. (2013). HBMT3203
Teaching of Elementary Mathematics Part 1V. Seri Kembangan: Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Maznah Mahmood. (2000). Pengajaran Matematik : Strategi Membina Kemahiran. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mok Soon Sang. (1997). Penyuburan Matematik untuk Diploma Perguruan Malaysia.
Ipoh, Perak: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (1993). Siri Pendidikan Perguruan : Pengajian Matematik. Kuala
Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Meor Ibrahim Kamaruddin. (2001). Modul Pembelajaran Sains dan Matematik. Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. (Tidak diterbitkan)
Noor Asmah, (2000). Siri Pendidikan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Untuk
Sekolah Rendah Buku . Kuala Lumpur : DBP, KPM
Pusat Perkembangan Kurikulum (2000). Sukatan Pelajaran Matematik Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shulman (1986). Seminar Pendidikan Sains dan Matematik : Miskonsepsi Matematik
Satu Refleksi. Open Universiti Malaysia
Troutman Wong Leon Kit (1994). Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan
Moodle Bertajuk Nombor Perpuluhan. Universiti Teknologi Malaysia
http://gambit283.blogspot.com/2012/11/sesi-pengajaran-dan-pembelajaran.html
http://ahmadkhairulamin.blogspot.com/
http://mateduniaku.blogspot.com/2012/11/contoh-aktiviti-pengajaran-2-perpuluhan.html
http://pecahansetara.blogspot.com/
http://pismpsem5.blogspot.com/2012/01/bahan-sumber-pengajaran-dan.html

http://hassansitam.blogspot.com/2012/03/sumber-pengajaran-danpembelajaran.html

10.0

LAMPIRAN 1

Bidang:

Nombor dan Operasi

Tajuk:

Peratus

Standard Kandungan:

9.Nilai Peratus

Standard Pembelajaran:

Murid dibimbing untuk:


9.1 Menukar perpuluhan hingga dua tempat perpuluhan kepada

peratus dan sebaliknya.


Masa:

60 minit
Fasa

1. Persediaan
Pemerhatian dan
Analisis

Cadangan Aktiviti
a. Guru login ke Laman VLE sekolah berdasarkan
kata laluan dan password yang telah disediakan
hadapan kelas.
b. Guru menerangkan tajuk peratus sebagai topic
pembelajaran hari ini.
klik :Laman Virtual Learning Enviroment

Pilih : Site TAJUK: PERATUS

Paparan berikut akan terpapar :

Cadangan Komunikasi

Persediaan murid:
Murid telah diminta
untuk
mengulangkaji tajuk
peratus yang telah
dipelajari pada
tahun 3

2. Pengenalan

i. Guru menerangkan maksud peratus

Penjanaan Idea

Respon murid:
Murid boleh berinteraksi
dengan aktif bersama
guru.

Sintesis Idea

konsep peratus

b) Guru menunjukkan cara menukar perpuluhan


kepada peratus dan sebaliknya

c) Guru menayangkan video yang berkaitan dengan


peratus

3. Perkembangan

Penilaian

Penambahbaikan
Menilai

4. Tindakan
Pelaksanaan
Amalan
Berterusan

a. lembaran kerja kepada murid murid akan


menjawab / membuat aktiviti didalam computer
atau tablet
kesimpulan

i.Selesaikan tugasan yang


diberi.

Guru dan murid akan membuat refleksi berkaitan


aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada hari ini
EMK

TMK , Kreativiti dan Inovasi

BBB

Kad Imbasan, Lembaran Kerja, laptop , LCD

Penilaian /
Pentaksiran

Menukarkan perpuluhan kepada peratus dan sebaliknya

Refleksi

Anda mungkin juga menyukai