Tugasan Hbef 3103

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 22

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MAC 2012 HBEF3103

PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

830510015345001 : 830510015345

: :

019-5202676 [email protected]

NAMA TUTOR PUSAT PEMBELAJARAN

DR.ROSLI BIN SAHAT : IPOH

Kata Aluan-aluan

Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah izinNya serta kekuatan yang diberi maka apa yang tersimpul di hati dapat saya terjemahkan dalam pencarian ilmu yang berguna kepada diri, keluarga dan anak bangsa. Terima kasih juga kepada isteri dan anak-anak yang banyak membantu dan pendorong semangat juang untuk menempuh liku-liku sebagai seorang pelajar jarak jauh. Dugaan yang sedia ada cukup banyak menanti. Komitmen kepada tugas dan keluarga di peringkat usia sebegini memang mencabar. Mudah-mudahan apa yang dihajati dimakbulkan Allah swt. Rasa bangga di dada apabila tugasan yang diberi dapat disiapkan walau pun di dalam keadaan yang agak menekan terutama daripada beban tugas sedia ada. Masa bagai emas. Waktu yang berlalu tidak akan berpatah kembali. Untuk menyiapkan tugasan ini, masa yang terluang hanyalah di waktu malam dengan ditemani dengkuran anak-anak tercinta. Bersengkang mata dan memerah otak untuk mencari inti pati. Syukur dengan kemajuan zaman yang ada. Tugas menjadi mudah dengan adanya talian internet. Segala-galanya di hujung jari. Pengalaman tugas lebih dua puluh tahun juga banyak membantu. Apa yang ada di dalam diri dicurahkan kembali di atas setiap helaian tugasan ini. Akhir kata, saya yakin dan percaya bahawa tugasan yang dihasilkan ini dapat memulangkan sesuatu yang amat berharga pada suatu hari nanti. Kepada pensyarah dan rakanrakan yang banyak membantu, ribuan terima kasih diucapkan. Kepada keluarga tercinta, semoga bersabar dan berdoalah agar kejayaan dan kebahagian sentiasa menjelma. Kalian semua banyak membantu dari segi moral dan memahami keadaan yang sedang ditempuhi.

Sekian. LOKMAN BIN SAMIAN

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2012

1.0

PENGENALAN

Teknologi pengajaran dan pembelajaran dapat difahamkan dengan pelbagai cara dan sebab-sebab tertentu. Mengikut Galbraith (1967), teknologi dapat didefinisikan sebagai kemahiran menggunakan pengetahuan (saintifik mahupun tidak) secara sistematik sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan tugas. Manakala menurut Heinich, Molenda dan Russell (1969), yang menyokong pendapat Galbraith menyatakan kekuatan teknologi terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Evan dan Nation (2000) pula berpendapat sebaliknya. Konsep alat bukan sebagai satu teknologi tetapi bagaimana kita menggunakan alat untuk memenuhi sesuatu keperluan. Malaysia juga tidak terlepas daripada penggunaan teknologi dalam P&P dan beberapa definisi tentangnya telah lahir. Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (1998) menyatakan bahawa teknologi pendidikan ialah proses yang kompleks dalam menganalisis keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik, dan rasional bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu, idea, tenaga, sumber bahan, kaedah dan tatacara untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Reiser (2001), reka bentuk pengajaran dan teknologi terdiri daripada analisa pembelajaran daripada proses pembelajaran dan masalah yang dihadapi, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan, menilai dan proses pengurusan pengajaran atau pembelajaran dan

sumber bermaksud untuk meningkatkan pembelajaran pada pelbagai persekitaran, sama ada sekolah atau tempat kerja. Sebelum sesuatu proses P&P bermula, rancangan pembelajaran dibentuk terlebih dahulu sebagai panduan dan pemudah cara agar objektif dan kehendak proses P&P itu tercapai. Menurut Dick dan Reiser (1989), reka bentuk pengajaran ialah suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun dan menilai pengajaran. Richey (1986) pula mendefinisikan reka bentuk pengajaran sebagai sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan sesuatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran. Reka bentuk pengajaran itu mencakupi seluruh proses pengajaran iaitu mereka bentuk, membina, meliputi dan mengurus pembelajaran. Tujuan utama reka bentuk pengajaran itu adalah untuk:i) Menghasilkan pengajaran yang berkesan; ii) Pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan; dan iii) Membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar serta membantu pembinaan disiplin yang positif. Maka dengan itu saya memilih bahan pengajaran dan pembelajaran dari laman Learning Managemanet System, CD Courseware Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mata pelajaran Science Sekolah RENDAH.Ada enam prinsip grafik yang perlu ada bagi reka bentuk visual iaitu a) Simplisiti b) Dominan c) Pola d) Seimbang e) Variasi f) Harmoni.

Simplisiti Bagi memahami simpisiti, ia adalah lukisan yang jelas dan mudah dibaca.Kedua, sesuatu bahan grafik perlu nampak mudah bagi mengelakkan penerima daripada merasa tekanan untuk mengetahui apakah maklumat sebenarnya yang perlu disampaikan. Contohnya kita lihat gambar ikan dan haiwan sahaja dapat menggambarkan kandungan pembelajaran Science Year 5 ini dan tajuknya terang dan jelas supaya menarik minat pengguna web ini.

Dominan

Dominan dari segi istilahnya bermaksud objek atau item utama mestilah ditonjolkan agar dapat dilihatr dan dibaca maksudnya oleh penonton dengan mudah.Ada 7 cara untuk sesuatu laman web itu mencapai dominannya. Antaranya ialah: a) Menggunakan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Third) b) Warna dan bentuk yang kontras c) Saizyang lebih besar d) Menggunakan anak panah yang menunjuk kea rah item utama e) Menggunakan garis-garis yang menunjuk kea rah item utama f) Mewujudkan gerakan dalam rekaan visual seperti pergerakan cecair, guli atau kipas. g) Menggunakan lampu atau cahaya yang memancar.

Dominan yang terdapat laman web ini seperti gambarajah dibawah

Pola Prinsip ini penting kerana ia berkaitan dengan soal susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual. Pentingnya aspek susunan ini kerana:

a) Menarik perhatian ke arah item yang utama b) Menggerakkan penglihatan mata kepada keseluruhan visual dalam arah yang betul c) Mengekalkan penglihatan mata dan mengikut alairan persembahan Disamping itu, ada dua jenis pola yang boleh digunakan dalam rekaan visual iaitu pola mengikut geometri dan pola mengikut huruf.

Seimbang Laman ini dilihat ada prinsip reka bentuk ini iaitu seimbang. Elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk, tidak kira sama ada bahagian kiri atau kanan.Ada dua jenis seimbang iaitu
a) Seimbang formal iaitu pembahagian yang sama bahagi antara dua bahagian visual, sama

ada bahagian kiri dengan kanan atau bahagian atas dengan bawah.
b) Seimbang tidak formal iaitu pembahagian yang tidak sama rata antara item kiri dengan

kanan atau atas dengan bawah sesuatu rekaan.

Seimbang formal

Seimbang tidak formal

Variasi Variasi menyokong pola untuk meningkatkan tarikan dalam visual, iaitu menggunakan variasi dalam penghasilan visual agar kelihatan hidup, meningkatkan tarikan dan minat terhadap persembahan.

Harmoni Harmoni perlu ada bagi melengkapkan elemen-elemen grafik.Ini bagi menunjukkan kesinambungan idea atau buah fikiran.Jadi, penonton boleh mengikuti perkembangan keseluruhan visual.Ia juga mesti ada hubungan antara elemen-elemen, arah aliran persembahan, perspektif dan kesatuan imej.

SOALAN 2

PENGENALAN

Edward De Bono(1990) menyatakan kemahiran berfikir sebagai suatau proses yang kompleks yang berlaku dalam minda seseorang apabila ia menerokai sesuatu pengalamannya untuk mencapai sesuatu tujuan.Tujuan yang dimaksudkan beliau ialah untuk member makna, menilai, kefahaman, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.Penggunaan multimedia secara interaktif dalam bidang pendidikan masa kini telah banyak diaplikasioleh para pendidik khusunya di sekolah rendah.Gabungan animasi, audio, video dan grafik yang menarik menjadikan courseware ini menjadi lebih menarik dan sangat sesuai digunakan di dalam bilik darjah. Banyak persoalan yang timbul antaranya bahan atau media yang dihasilkan sesuai digunakan dalam kelas, adakah ia berkait rapat dengan iklim bilik darjah sesuatu tempat, dan persoalan-persoalan ini berkait dengan reka bentuk kemahiran berfikir yang akan kita kaji ini.

Tidak kira apa teori pembelajaran yang digunakan, kesemuanya boleh diaplikasikan dalam pelbagai bentuk di dalam bilik darjah. Ini disokong oleh pendapat Nicholson(1996), mentakrifkan pembangunan sesuatu courseware harus mengambilkira cirri-ciri yang terdapat di dalam model rekabentuk visual yang ada masa kini.

Seperti yang kita ketahui, model kemahiran berfikir telah dicipta oleh Pusat Perkembangan Kurikulum dikenali sebagai Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif.Model ini mempunyai empat kategori kemahiran berfikir yang berkait rapat antara satu sama lain iaitu a) Pemikiran Kreatif b) Pemikiran Kritis c) Penyelesaian masalah d) Membuat keputusan

Menurut Majid Konting (1960), reka bentuk merupakan teknik dan kaedah tertentu untuk memperoleh maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah.Kajian saya terhadap laman courseware www.spp.moe.gov.my , ia memang mempunyai kaitan dengan membangunakn kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.Sistem ini telah dibangunkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum bagi matapelajaran Science dan Mathematics selari dengan dasar pendidikan kerajaan pada tahun 2003. Laman ini banyak

membantu guru secara amnya untuk memudahkan proses pengajaran dan memberiinput yang berguna kepada para pelajar.

2.0

Empat ciri reka bentuk yang dapat meningkatkan Kemahiran Berfikir

Ciri yang pertama yang saya dapati ialah menganalisis pelajar. Asasnya, sebelum sesuatu courseware dibangunkan guru harus mengenalpasti pelajar sama ada dari segi umur, latar belakang sosioekonomi dan sebagainya. Sekiranya guru berdepan dengan pelajar yang pasif maka guru harus membangunkan courseware yang sesuai supaya pembelajaran pelajar tidak membosankan. Aras pengetahuan, kemahiran dan pengetahuan sedia ada juga perlu diambilkira supaya

courseware yang dibangunkan mencapai sasaran guru. Contohnya sekiranya guru ingin membangunkan courseware bagi topik Light and Shadow dalam subjek Science, guru perlu mengenalpasti latar belakang pelajar sama ada pernah mengalami 4 musim tersebut atau tidak. Sekiranya pelajar tidak pernah melalui suasana musim sejuk misalnya, guru perlu memikirkan suatu alternatif yang boleh memberi pengalaman kepada pelajar tanpa perlu berada di kawasan empat musim. Maka sudah pastilah tayangan video merupakan pilihan yang tepat untuk topik iklim.

Jika kita mengkaji ciri pertama ini, proses menganalisis pelajar amat penting kerana melalui maklumat awal dan latar belakang pelajar, guru dapat menghasilkan courseware yang baik dan benar-benar sesuai dengan latar belakang pelajar. Courseware yang baik mendorong pelajar untuk memahami dan mengenalpasti maklumat atau mampu isu-isu pembelajaran

berkaitan topik dengan mudah. Smaldino et. al (2005) turut menyokong bahawa sekiranya guru

dapat mengetahui latar belakang pelajar, guru boleh menyampaikan maklumat dengan mudah dan menarik. Tidak terhad setakat itu, saya sangat pasti bahawa courseware tersebut mampu mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang seronok di dalam bilik darjah. Ciri kedua ialah menyatakan objektif. Sebelum memulakan sesuatu pengajaran, menyatakan objektif sangat penting supaya guru dapat menetapkan apa yang seharusnya pelajar dapat daripada coursewareini. Seperkara lagi, apa yang dipelajari dari laman ini bukan perkara yang lama, tetapi sesuatu yang baharu kerana pembelajaran itu sendiri bermakna perubahan atau pembaharuan. Ini bermakna, objektif harus difokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang baru untuk dipelajari.Contohnya dalam topic Light and Shadow, cahaya mestilah bergerak dalam suatu garis lurus dengan pandangan mata yang tepat.Maka pembangunan courseware Science Year 5 ini membolehka pelajar memahmi konsep asas cahaya dengan betul dan secara tidak langsung mencapai objektif ini. Secara rasionalnya, objektif pelajaran amat penting kerana ia member impak dan panduan khusus untuk guru untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan memilih media pengajaran yang paling sesuai bagisetiap aktiviti yang dijalankan. Pembangunan laman ini berlandaskan objektif yang jelas yang membolehkan murid memahami konsep asas cahaya dan mampu menguasai kemahiran proses sains. Ciri reka bentuk yang seterusnya ialah memilih kaedah, media dan bahan. Laman courseware ini sesuai dan menarik. Media dan courseware yang dipilih haruslah berdasarkan tingkat kebolehan pelajar dan objektif pembelajaran yang ingin dicapai.Dalam tajuk Bayang-bayang, kaedah demonstrasi perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum menggunakan laman ini. Demonstrasi di mana guru menunjukkan sesuatu demonstrasi kepada pelajar atau sekumpulan pelajar. Jika pembelajaran itu bertujuan untuk membentuk psikomotor domain, demonstrasi guru perlu diikuti dengan memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan apa yang ditunjukkan oleh guru. Ada beberapa perkara yang perlu difikirkan semasa merancang menggunakan kaedah demonstrasi iaitu:a) Kenal pasti konsep atau prinsip atau kemahiran yang hendak diajar. b) Bahagikan kepada beberapa konsep atau prinsip atau kemahiran jika ianya kompleks untuk diajar.

c) Pastikan setiap pelajar terlibat di dalam aktiviti yang dirancangkan. d) Kumpulkan bahan dan peralatan yang diperlukan. e) Cuba demonstrasi sekurang-kurangnya sekali sebelum kelas bermula. f) Sediakan soalan sebelum,semasa dan selepas demonstrasi dilakukan. Fikirkan bagaimana guru akan menggunakan bahan bantu mengajar semasa demonstrasi.Guru menunjukkan lampusuluh dan bola sepak dan menyalakan lampu ke arah bola tersebut dan murid-murid nampak akan bayang-bayang sebenar berlaku. Jadi dengan ini, baharulah murid akan dapatgambaran tentang topic pembelajaran yang berlaku.

Tegasnya, penggunaan media yang pelbagai boleh digunakan, saya berpendapat guru harus mempertimbangkan kandungan yang ada pada courseware ini seperti tayangan video, penggunaan gambar berskala besar atau soalan interaktif yang mempunyai tahap soalan kerana ia lebih menarik dan mampu mendapat gambaran jelas.Pendapat ini disokong oleh Nicholson (1996) dalam kajiannya yang mendapati guru di Hong Kong, China turut menggunakan video berkaitan cahaya bergerak lurus bagi tajuk cahaya. Maka,tidak hairanlah kenapa model ini digunakan secara meluas dalam bidang pendidikan. Menilai dan menyemak bahan adalah ciri reka bentuk pengajaran yang penting juga.Ia digunakan selepas menggunakan courseware ini. Aspek yang dinilai adalah berkaitan dengan keberkesanan atau kekuatan courseware secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa aspek yang harus kita fikirkan seperti yang disarankan oleh Yusup (2006):

a) Adakah objektif pembelajaran tercapai? b) Adakah alat/ bahan media yang digunakan untuk membantu proses pembelajaran danpengajaran? c) Adakah kesemua pelajar menggunakan alat / bahan media dengn cara yang betul? d) Adakah suasana pembelajaran selesa? e) Adakah peluang pemerhatian individu diberi? Proses menilai ini sebenarnya berlaku sebelum, semasa dan selepas menghasilkan courseware dan iantidak berakhir di situ sahaja. Pembaikan courseware ini akan terus dilakukan sehingga media itu benar-benar sesuai dengan pelajar dan mampu mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.Penilaian boleh dilakukan samada penilaian formatif dan penilaian sumatif.Bagi saya,menilai dan menyemak semula bahan amat diperlukan kerana guru bukan sahaja dapat mengenal pasti kekuatan bahan tersebutmalah guru boleh memperbaiki kelemahan bahan itu sehingga ia amat sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara umum, pencapaian pelajar dibahagikan kepada tiga iaitu:(a) Prestasi pelajar berdasarkan rujukan kriteria iaitu penilaian pelajar berdasarkan suatu set objektif yang telah dipilih dan ditentukan; (b) Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran iaitu menguasai kemahiran yang diajar dan dapat menggunkannya; dan (c) Sikap pelajar iaitu menunjukkan perubahan sikap yang positif. 3.0 Kesimpulan Keempat-empat ciri reka bentuk yang sesuai dengan laman ini mempunyai asas yang kukuh untuk menjadikan laman courseware ini antara bahan yang terbaik setakat ini.Berdasarkan kjaina-kajian yang lepas,model laman ini bukan sekadar member panduan kepada guru dalam pengajaran dan pembelajaran malah cirri yang ada boleh megubah persepsi pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang selalu dianggap membosankan.Sekiranya ciri reka bnetuk yang ada diaplikasikan sepenuhnya oleh guru dan murid dalam laman courseware ini, saya percaya bahawa murid-murid akan tertunggu-tunggu pengajaran guru pada hari tersebut.Bagi pihak guru pula, proses penyampaian maklumat akan menjadi lebih mudah, menarik dan efektif. Guru matapelajaran Science mestilah menguasai konsep asas dan kemahairan proses sains dalam

laman ini maka ia dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid terutamnay murid yang ada kecerdasan tinggi.Ia juga dapat membantu mengembangkan idea murid yang bermakna dalam pembelajaran.Menurut Gallagher(1985), satu proses mental yang membolehkan individu mencipta dan menghasilkan idea atau keluaran baharu atau menggabungkan idea atau keluaran baharu dalam cara yang asli atau baharu baginya dan berguna serta bernilai dari segi sosial.Berdasarkan kepada rekabentuk yang ada , guru dapat mengaplikasikan kemahiran kreatif dan kritis dalam pembelajaran sains .Ini menunjukkan tahap aplikasi yang tinggi. Tumpuan dan minat yang mendalam terhadap pembelajaran dapat membantu murid menguasai sesuatu konsep dan amali secara amnya.Ini dibuktikan dengan latihan yang mempunyai aras mudah, sederhana dan tinggi yang mampu menguji tahap pemahaman dan penerimaan murid terhadap pengajaran guru. Modul yag ada menrapkan kemahiran kritis iaitu mengingat dan dapat mengelakkan lupaan iaitu halangan kepada kemahiran berfikir.Guru harus kreatif sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran dan ini menjadikan objektif pelajaran tercapai secara keseluruhannya.

2500 patah perkataan.

BIBLIOGRAFI
1. http://btpn.moe.edu.my/pspnns/Unit_PSM&HE.PKG/kbkk.htm

2. Edward de Bono, Teach yourChild How To Think, Penguins Books 3. Ainon Mohd dan Abdullah Hassan, Pemikiran Logikal dan Kritikal, Kuala lumpur : Utusan Publications 4. Ab.Rahim Selamat (1990), Teknologi Sistem Pengajaran.Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti 5. Gagne, R.M. (1983). The Condition of learning. Toronto: Holt. RineHeart and Winston.

6. Jonassen, H. D. (1996). Computer in the classroom: Mindtools for critical thinking:Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall 7. Lee Shok Mee (1994). Asas Pengajaran Sains Sekolah Rendah Edisi 2 .Kuala Lumpur .Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. 8. Philips, J.(1999). Pengajaran Kemahiran Berfikir: Teori Dan Amalan . Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn.Bhd. 9. Surizan Md.Adil .(2000). Analisis Kuantitatif Perlaksanaan Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Proses Sains Oleh Guru-guru Sains Sekolah Rendah diKawasan Merlimau, Melaka Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda. 10. Yusup Hashim.(2006). Penggunaan Teknologi Instruksional Dalam Kurikulum dan Instruksi. 11. Som Haji Nor & Mohd Dahalan Mohd Ramli.(1998). Kemahiran Berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) . Kuala Lumpur :Longman. 12. Nurul Huda Abdul Rahman, Dr. (2011). KPD3016 KPD 3026. Pengajaran, Teknologi dan Pentaksiran. Pusat Pendidikan Luar: Tanjung Malim:

Anda mungkin juga menyukai