Teks Pengerusi Majlis Persaraan Guru Besar

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 10

TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR

TEKS PENGERUSI MAJLIS SANJUNGAN BUDI, KILAUAN BAKTI


Tarikh / Hari
Masa
Tempat
PERKARA/
PEMBACA
Ketibaan
Tetamu

: 3 MAC 2015 / Selasa


: 9.00 pagi
: Dewan SK Merlimau
BUTIRAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,


Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana
majlis kita akan bermula sebentar lagi.
Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En. Md. Isa bin
Mahat dengan diiringi dif-dif kehormat masuk ke
dalam dewan. Dipersilakan mengambil tempat.

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Pagi yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis Sanjungan Budi,
Kilauan Bakti sempena persaraan En. Md. Isa bin
Mahat, Guru Besar SK Merlimau.
Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku.
Dif-dif kehormat dan para hadirin diminta berdiri.
...................................(Lagu Negaraku)

CATATAN

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.

Bacaan Doa

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t,


salam sejahtera, salam 1 Malaysia, salam Melaka Maju
Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau.
Hadirin yang dimuliakan,
Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh
bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al
Fadil Ustaz Suhaimi bin Md. Yusof. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
*********** (Doa)

Ucapan
Alu-aluan

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Suhaimi bin Md.
Yusof atas bacaan doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Yang Dihormati ..
Tuan Pengarah Pendidikan Melaka
Yang Dihormati Ketua-ketua Sektor, Jabatan
Pendidikan Melaka
Yang Dihormati Ketua-ketua Unit, Jabatan
Pendidikan Melaka
Yang Dihormati .
Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Jasin

Yang Dihormati
Barisan Guru Besar dan Pengetua
Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah
Negeri Melaka

Yang Dihormati En. Sabarhan bin Mokhtar


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Merlimau serta ahli-ahli Jawatankuasanya
Yang Dihormati
Mantan mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Yang Diraikan
En Md. Isa bin Mahat
Guru Besar SK Merlimau
Yang Berusaha Pn. Hjh Rohaya bt Ahmad
Penolong Kanan Pentadbiran SK Merlimau
Yang Berusaha En. Md. Noh bin Md. Yassin
Penolong Kanan Hal-ehwal Murid
Yang Berusaha Pn. Siti Hawa bt Omar
Penolong Kanan Kokurikulum
Yang Berusaha En. Ahmad Zulifli bin Manoh
Penolong Kanan PPKI
Yang Dihormati En. Sabarhan bin Mokhtar
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK
Merlimau
Yang Dihormati ..
YDP Majlis Guru Besar Negeri Melaka
Yang Dihormati
Pegawai-pegawai di JPN dan PPD
Dif-dif jemputan,
Seterusnya
hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :
Majlis Sanjungan Budi, Kilauan Bakti sempena
persaraan Yang Diraikan En Md. Isa bin Mahat, Guru
Besar SK Merlimau.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur


Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya
maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi
ini untuk meraikan En. Md. Isa bin Mahat dalam Majlis
Sanjungan Budi, Kilauan Bakti, Jasamu Dikenang,
Setulus Ingatan Kekal Abadi

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala
bakti dan kepimpinan yang dilakukan oleh Yang
Diraikan En. Md. Isa bin Mahat sepanjang
perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang
berakhir sebagai Guru Besar di SK Merlimau ini

Ucapan GPK 1

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian
Majlis menjemput Pn. Hjh. Rohaya bt Ahmad, GPK
Pentadbiran untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
***Ucapan GPK 1

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Pn.


Hjh. Rohaya bt Ahmad, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi.

Ucapan YDP
PIBG

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan


Yang Dihormati En. Sabarhan bin Mokhtar, Yang
Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK
Merlimau untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
***Ucapan YDP PIBG

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En.


Sabarhan bin Mokhtar atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Persembahan
Murid

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini,


marilah sama-sama kita saksikan persembahan khas
daripada murid-murid .... yang berjudul
... Dipersilakan.
**** persembahan
Semoga kita terhibur dengan persembahan khas yang
cukup istimewa sebentar tadi. Terima kasih
diucapkan.Kumpulan ini dibimbing oleh Encik Razimi
bin Ramli.

Hadirin yang dimuliakan,


Ucapan Yang
Diraikan Tuan
GB

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan


iaitu ucapan daripada Yang Diraikan En. Md. Isa bin
Mahat. Majlis dengan segala hormatnya menjemput
dan mempersilakan.

***Ucapan GB

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada Yang Diraikan En. Md. Isa bin
Mahat atas ucapan itu tadi.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Persembahan
Multimedia

Para Hadirin yang kami muliakan,


Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan multimedia sempena persaraan Yang
Diraikan En. Md. Isa bin Mahat.
*** Persembahan multimedia

Begitulah sebentar tadi dapat kita saksikan


persembahan multimedia sempena persaraan Yang
Diraikan En. Md. Isa bin Mahat . Terima kasih kepada
team unit ict SKM dan individu yang menjayakan
persembahan tersebut.
Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber
inspirasi buat kita semua.

Ucapan
Pengarah

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan


Yang Dihormati,

Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Melaka untuk


menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
***Ucapan Pengarah
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Yang Dihormati ..
Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Melaka atas ucapan
itu tadi

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di
pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama pelari telah sampai ke garisan penamat,

Penyampaian
Hadiah &
cenderamata

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah


dan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat
insan yang kita raikan pada hari ini iaitu En. Md. Isa
bin Mahat.
Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput
dan mempersilakan Pn. Hjh. Rohaya bt Ahmad, Guru
Penolong Kanan Pentadbiran, SK Merlimau mengiringi
Yang Diraikan En. Md. Isa bin Mahat untuk menerima
cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata
daripada ..
Rujuk senarai hadiah

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata


kenang - kenangan khusus untuk Yang Diraikan En Md.
Isa bin Mahat.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang
Diraikan En Md. Isa bin Mahat atas kesudian

menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut


merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian
Yang Berusaha Pn. Hjh Rohaya bt Ahmad mengiringi
Yang Diraikan En. Md. Isa bin Mahat sebentar tadi.
Ungkapan terima kasih juga kepada semua penyampai
cenderamata sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah


Penyampaian
Cenderamata
Untuk JPM

Untuk pengetahuan semua, Yang Diraikan En. Md. Isa


bin Mahat turut berbesar hati untuk menyampaikan
cenderamata
kenang-kenangan
untuk
Jabatan
Pendidikan Melaka khusus daripada beliau sendiri.
Justeru itu, sekali lagi Majlis ingin menjemput dan
mempersilakan Yang Diraikan En. Md. Isa bin Mahat
untuk menyempurnakan acara.

Dipersilakan Yang Dihormati


Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Melaka untuk
menerima cenderamata daripada Yang Diraikan En.
Md. Isa bin Mahat.
Begitulah sebentar tadi upacara penyampaian
cenderamata kenang-kenangan daripada
Yang
Diraikan En. Md. Isa bin Mahat.
Umpama memanjat dah sampai ke puncak
Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Potong Kek

Hadirin yang dimuliakan,


Seperti yang kita sedia maklum bahawa esok adalah
hari ulang tahun kelahiran Yang Diraikan En. Md. Isa
bin Mahat, Guru Besar SK Merlimau.

Untuk itu, marilah kita sama-sama menyanyikan lagu


selamat hari jadi untuk beliau.
Sebelum itu, terlebih dahulu majlis menjemput Yang
Diraikan En. Md. Isa bin Mahat tampil ke pentas
untuk memotong kek sebagai simbolik menyambut
ulang tahun kelahiran dan persaraan. Dipersilakan.

Hadirin yang dimuliakan,


Sama-sama kita nyanyikan lagu selamat hari jadi buat
cikgu Md. Isa.

Allah Selamatkan Kamu,, Allah Selamatkan Kamu..


Allah Selamatkan Cikgu Md. Isa,,Allah Selamatkan
Kamu..

Terima kasih diucapkan kepada Yang Diraikan En. Md.


Isa bin Mahat yang sudi menyempurnakan majlis.
Terima kasih kepada semua hadirin.
Penutup

Kita telah pun berada di hujung acara.


Untuk cikgu Isa.
Guru umpama bintang cemerlang
Walau bersara jasa dikenang
Raut wajah damai dan tenang,
Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari
ini.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang

Diraikan En. Md. Isa bin Mahat kerana sudi untuk


bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan
kami semua mendoakan agar Yang Diraikan En. Md. Isa
bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan
seharian.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada
semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa
bersama-sama memeriahkan Majlis Sanjungan Budi,
Kilauan Bakti ini.
Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan
kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami
mengacarakan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Majlis menjemput Yang Diraikan En. Md. Isa bin
Mahat serta semua tetamu, hadirin dan hadirat untuk
menjamu selera di khemah sajian.
Wa BilLahi Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum
Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

Anda mungkin juga menyukai