Hma 101 Tugasan Individu
Hma 101 Tugasan Individu
Hma 101 Tugasan Individu
TUGASAN INDIVIDU
Arahan:
1.
2.
Sila hantar tugasan pada 25 May 2015 (Isnin) selewat-lewatnya jam 5.00 petang ke
bilik pensyarah di Bangunan C11, bilik 006. Sila masukkan ke dalam kotak yang
disediakan di luar bilik.
3.** Sekiranya sukar melukis rajah pohon menggunakan aplikasi komputer, anda
dibenarkan melukisnya secara manual.
TeksA
Seekor labah-labah tinggal dalam sebuah belukar.(1) Sarangnya lebih besar
daripada sarang labah-labah lain.(2) Dahulu sarang itu sarang bapanya.(3)
Kemudian ia menambah besar di sekeliling sarang itu.(4) Setiap hari ia
memerangkap mangsanya.(5) Mangsa yang ditangkap segera dimakan.(6)
Badannya semakin hari semakin besar.(7) Ia memang banyak makan.(8)
Tempat tidurnya di dalam sangkar.(9) Pada suatu hari, datang dua ekor labahlabah.(10) Seekor lebah itu dari arah timur. (11) Seekor lebah lagi dari arah
barat.(12) Kedua-dua labah-labah menjemput labah-labah buncit makan
kenduri.(13) Kenduri itu majlis makan-makan. (14)
Soalan
1.
Nyatakan pola ayat bagi ayat (1). Nyatakan subjek dan predikatnya.
2.
Nyatakan inti dan penerang yang terdapat dalam subjek ayat (1). Lukiskan rajah
pohon bagi subjek tersebut yang menunjukkan inti dan penerangnya.
3.
Nyatakan pola ayat bagi ayat (2). Nyatakan subjek dan predikatnya. Apakah
kategori frasa lebih besar dan daripada sarang labah-labah lain dalam ayat (2)?
4.
Nyatakan pola ayat bagi ayat (3). Nyatakan subjek dan predikatnya.
5.
Apakah inti bagi sarang itu dan sarang bapanya. Apakah penerang bagi keduadua frasa tersebut?
6.
Nyatakan kategori kata bagi setiap inti dan penerang bagi kedua-dua frasa
tersebut. Lukiskan rajah pohon bagi sarang itu.
7.
Nyatakan pola ayat bagi ayat (4). Nyatakan subjek dan predikatnya.
8.
Apakah fungsi sintaksis besar dan kategori frasa di sekeliling sarang itu?
9.
Nyatakan pola ayat bagi ayat (5)? Nyatakan subjek dan predikatnya.
10. Nyatakan pola ayat bagi ayat (6) Nyatakan inti dan penerang bagi subjek. Nyatakan
kategori inti dan penerang.
11. Nyatakan subjek dan predikat dalam ayat (7). Nyatakan kategori frasa bagi subjek
dan predikat
12. Nyatakan kategori frasa bagi subjek dan predikat dalam ayat (8).
13. Nyatakan inti dan penerang bagi subjek dalam ayat (9). Nyatakan kategori bagi inti
dan penerang tersebut.
14. Apakah fungsi sintaksis Pada suatu hari dalam ayat (10).? Apakah kategori frasa
tersebut?
15. Apakah fungsi sintaksis dari arah timur dalam ayat (11)? Apakah kategorinya?
16. Nyatakanpola ayat bagi ayat (12). Lukiskan rajah pohon bagi ayat tersebut.
17. Nyatakan 5 (lima) keterangan dari mana-mana ayat dalam teks A.
18. Lukiskan rajah pohon bagi ayat (6).
19. Lukis rajah pohon bagi ayat (13).
20. Lukis rajah pohon bagi ayat (14).