BAHAN INTERVENSI BMT2 2022 Kak Zati

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 6

BAHAN INTERVENSI

TINGKATAN 2
1. KEMAHIRAN MENULIS BAHAGIAN A ( KARANGAN RESPON TERHAD )

2. SENI BAHASA ( NOVEL MENITI IMPIAN)

Berdasarkan Novel yang anda kaji di Tingkatan 2. Tuliskan Persoalan


berkaitan novel berkenaan.

3. TATABAHASA

KATA KERJA TRANSITIF (KTT) DAN KATA KERJA TAK TRANSITIF ( KKTT)

Gariskan kata kerja yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.


Kemudian, nyatakan sama ada kata kerja itu kata kerja transitif (KKT) atau kata kerja
tak transitif( KKTT)

1) Encik Shaari mengasah parang-parang itu sehingga tajam. ( )


2) Rohaimi selalu mandi di sungai itu dengan kawan-kawannya ( )
3) Puan Maria menyiram pokok-pokok bunga orkidnya pada waktu petang.
( )
4) Azila sedang menidur adiknya di dalam buaian.( )

1
5) Zulkarnain mengisi borang permohonan untuk memasuki maktab itu dengan teliti.
( )
6) Penyanyi baru itu menyanyi dengan penuh semangat.( )
7) Murid-murid Tahun Enam Anggerik sedang berlatih di dewan sekolah.
( )
8) Abang Azhar pergi ke bandar dengan menunggang motosikal
( )
9) Rosli terjatuh ke dalam longkang di hadapan rumahnya petang semalam.
( )
10) Monyet itu memanjat pokok kelapa untuk mengambil buah kelapa muda.
( )

4. TATABAHASA

Latihan Kata Kerja Transitif dan Kata Kerja Tak Transitif.


Tuliskan betul ( / ) atau salah (x) pada kata kerja di bawah.
Jika penggunaannya salah tuliskan jawapan yang betul.

1. Anggota dewan sedang berbincang tentang krisis kemelesetan ekonomi di rantau

ini. ( )

...........................................................................................................

2. Dengan berpandu peta tersebut, akhirnya kami berjaya mencari jalan


keluar. ( )

...........................................................................................................

3. Penceramah itu sedang menerangkan tentang masalah keruntuhan moral


yang melanda remaja kini. ( )

...........................................................................................................

4. Cikgu Salmah bertanyakan murid-muridnya tentang persiapan sambutan hari


Kemerdekaan yang akan diadakan pada hari esok. ( )

...........................................................................................................

2
5. Sebagai sebuah negara sedang membangun, Kerajaan harus
menitikberatkan tentang keamanan dan kesejahteraan rakyat. ( )

...........................................................................................................

6. Pendapat yang dikemukakan oleh perserta itu kebanyakannya berdasarkan


kepada bukti yang sahih. ( )

...........................................................................................................

7. Dengan berpandukan pada sungai, , kami mencari jalan keluar dari hutan itu.
( )

...........................................................................................................

8. Pelajar yang didapati melanggar disiplin sekolah akan dihukum berdasarkan


kepada undang- undang yang termaktub dalam perlembagaan
sekolah. ( )

...........................................................................................................

3
SKEMA JAWAPAN

1. KEMAHIRAN MENULIS ( KARANGAN RESPON


TERHAD)

CONTOH JAWAPAN

Setiap ahli keluarga memiliki tanggungjawab dan peranan


masing-masing demi melahirkan sebuah keluarga bahagia. Berkongsi
masalah dan cuba menyelesaikannya bersama merupakan salah satu
cara efektif untuk diamalkan. Dengan ini, kesefahaman dan kepercayaan
antara ahli keluarga dapat ditingkatkan.

Selain itu, setiap ahli keluarga juga perlu bekerjasama dalam


melaksanakan tanggungjawab di rumah. Anak-anak khususnya boleh
membantu ibu bapa membuat kerja rumah yang mudah secara rutin.
Akhir sekali, keluarga bahagia perlu ditunjangkan oleh sikap saling
menghormati. Sebagai contoh, anak-anak boleh bersalaman dengan ibu
bapa sebelum pergi ke sekolah, menggunakan kata-kata yang sopan
dan nada suara yang sesuai apabila berbual. Kesimpulannya, uslub-
uslub ini perlu diamalkan agar matlamat untuk mengecap keluarga
bahagia dapat dicapai.

2. SENI BAHASA ( NOVEL MENITI IMPIAN )


Contoh cadangan jawapan:

Novel yang saya kaji ialah Novel Meniti Impian karya Osman Ayob.
Berdasarkan Novel ini terdapat beberapa persoalan yang
diketengahkan.

Persoalan yang pertama ialah Persoalan kegigihan dapat membawa


kejayaan. Contohnya, Zahar yang gigih berusaha menuntut di IKM dan
menjalani latihan dalam loji telah Berjaya mempunyai bengkel
perabotnya sendiri. Persoalan yang seterusnya ialah Persoalan
keprihatinan terhadap orang lain yang hidup susah. Buktinya, Pak Yusuf
prihatin terhadap anak- anak saudaranya yang telah kematian bapa.
Akhir sekali ialah Persoalan Konflik Percintaan dalam kalangan
remaja.Contohnya Zahar mencintai Suhaili secara diam- diam, tetapi
Suhaili tidak menyukai
4
Zahar dan menghina Zahar kerana taraf Pendidikan mereka yang
berbeza.

3. TATABAHASA

1) Encik Shaari mengasah parang-parang itu sehingga tajam. ( KKT )


2) Rohaimi selalu mandi di sungai itu dengan kawan-kawannya ( KKTT )
3) Puan Maria menyiram pokok-pokok bunga orkidnya pada waktu petang.
( KKT )
4) Azila sedang menidur adiknya di dalam buaian.( KKT )
5) Zulkarnain mengisi borang permohonan untuk memasuki maktab itu dengan teliti.
( KKT )
6) Penyanyi baru itu menyanyi dengan penuh semangat. ( KKTT )
7) Murid-murid Tahun Enam Anggerik sedang berlatih di dewan sekolah.
( KKTT )
8) Abang Azhar pergi ke bandar dengan menunggang motosikal ( KKT )
9) Rosli terjatuh ke dalam longkang di hadapan rumahnya petang semalam.
( KKTT )
10) Monyet itu memanjat pokok kelapa untuk mengambil buah kelapa muda.
( KKT )

4. TATABAHASA
1. Anggota dewan sedang berbincang tentang krisis kemelesetan ekonomi di rantau

ini. ( / )

2. Dengan berpandu peta tersebut, akhirnya kami berjaya mencari jalan keluar.
( x )

Dengan berpandukan peta tersebut, akhirnya kami berjaya mencari jalan keluar.

3. Penceramah itu sedang menerangkan tentang masalah keruntuhan moral yang


melanda remaja kini. ( x )

Penceramah itu sedang menerangkan masalah keruntuhan moral


yang melanda remaja kini.

5
4. Cikgu Salmah bertanyakan murid-muridnya tentang persiapan sambutan hari
Kemerdekaan yang akan diadakan pada hari esok. ( / )

5. Sebagai sebuah negara sedang membangun, kerajaan harus


menitikberatkan tentang keamanan dan kesejahteraan rakyat. ( x )

Sebagai sebuah negara sedang membangun, kerajaan harus


menitikberatkan keamanan dan kesejahteraan rakyat.

6. Pendapat yang dikemukakan oleh perserta itu kebanyakannya berdasarkan


kepada bukti yang sahih. ( x )

Pendapat yang dikemukakan oleh perserta itu kebanyakannya berdasarkan


bukti yang sahih.

7.Dengan berpandukan pada sungai, kami mencari jalan keluar dari hutan itu.
( x )

Dengan berpandukan sungai, kami mencari jalan keluar dari hutan itu.

8. Pelajar yang didapati melanggar disiplin sekolah akan dihukum berdasarkan


kepada undang- undang yang termaktub dalam perlembagaan
sekolah. ( x )

Pelajar yang didapati melanggar disiplin sekolah akan dihukum berdasarkan


undang- undang yang termaktub dalam perlembagaan sekolah.

Anda mungkin juga menyukai