Pengenalan Pendekatan Kodaly

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 11

Topik

Pengenalan
Pendekatan
Kodaly

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Menceritakan latar belakang Zoltan Kodaly;

2.

Menyenaraikan tujuh falsafah yang diutarakan oleh Zoltan Kodaly;

3.

Mengenal pasti lima ciri muzik/lagu rakyat; dan

4.

Mengenal pasti tiga teknik yang digunakan di dalam kaedah Kodaly.

PENGENALAN
Pendekatan Zoltan Kodaly merupakan salah satu pendekatan yang digunakan di
dalam pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah. Zoltan Kodaly merupakan
tokoh muzik dari Hungary yang mengambil berat dengan muzik rakyat kerana
beliau tidak mahu muzik tersebut lupus ditelan zaman. Di samping muzik
rakyat, nyanyian sebagai kemahiran asas menjadi falsafah yang utama di mana
kanak-kanak boleh menyanyikan lagu-lagu rakyat dengan menggunakan suara
mereka sendiri. Teknik yang beliau ketengahkan ialah nyanyian tonik solfa,
menggunakan isyarat tangan dan menyebut dan menotasikan irama dengan
menggunakan notasi lidi.

2.1

LATAR BELAKANG ZOLTAN KODALY

Zoltan Kodaly (16 Disember 188216 Mac 1967) adalah seorang tokoh terkemuka
pada abad ke 20 dalam kebudayaan Hungary. Beliau merupakan seorang
pencipta dan penggubah muzik, yang mewujudkan satu sintesis di antara muzik
rakyat Hungary dan warisan muzik Eropah. Sebagai seorang ethnomuzikologis
pula beliau merupakan perintis dalam menyelidik dan mengklasifikasikan lagu

12

TOPIK 2 PENGENALAN PENDEKATAN KODALY

rakyat secara saintifik. Di dalam pendidikan, Kodaly terkenal sebagai seorang


pendidik muzik yang berbakti untuk mendidik rakyat Hungary supaya menjadi
penggubah, pencipta, pemimpin muzikologis dan pendidik. Beliau mengambil
berat tentang Bahasa Hungary dan inginkan bahasa itu terpelihara dan tidak
tercemar. Di samping itu beliau berpendapat bahawa aspek intelek, jasmani,
rohani dan kebudayaan perlu ditekankan di dalam pendidikan untuk kemajuan
negara.
Pada tahun 1900, negara Hungary masih di bawah pemerintahan beraja Austro
Hungarian dan ketika itu muziknya dipengaruhi oleh budaya Jerman. Pada
ketika itu kesedaran tentang muzik rakyat Hungary masih belum membara.
Namun, beberapa tahun selepas itu Zoltan Kodaly dan kawan karibnya Bela
Bartok sedar bahawa muzik rakyat mempunyai nilai estetik yang tinggi serta
memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan identiti negara mereka.
Dengan kesedaran ini mereka menjelajahi seluruh negera sehingga ke tempattempat yang terpencil untuk merakamkan suara-suara kaum petani yang
masih menyanyikan lagu-lagu Hungary serta mentranskripsikan irama yang
dikumpulkan.
Bela Bartok meneruskan penyelidikannya di Sloviak, Rumania, Rusia, Asia,
Chuvash, Chemish dan negara-negara yang berdekatan. Irama dan melodi
dianalisis mengikut mod, skel, bentuk dan jenis kumpulan irama lagu yang sama.
Pekerjaan yang begitu rumit yang dimulakan oleh Kodaly dan Bartok sekarang
ini sedang diteruskan oleh sekumpulan penyelidik dan muzikologis dengan
mengikuti perancangan Kodaly di Akademi Sains di Budapest, Hungary.
Kini terdapat lima buah jilid Corpus Musicae yang telah lengkap; setiap satu
mengandungi beberapa lagu yang diklasifikasikan mengikut jenis seperti lagu
kanak-kanak, perayaan dan upacara tertentu, memikat, perkahwinan dan
rintihan.

AKTIVITI 2.1
Terfikirkah anda untuk menjelajah ke seluruh pelusuk negara kita
termasuk Sabah dan Sarawak untuk mengumpul lagu-lagu rakyat.
Berapa banyakkah yang anda dapat kumpulkan? Apakah maksud
sebenarnya lagu rakyat?

TOPIK 2 PENGENALAN PENDEKATAN KODALY

2.2

13

FALSAFAH DAN KONSEP KODALY

Kodaly memulakan satu usaha dalam penyelidikan prinsip dan bentuk muzik
Hungary. Beliau takut warisan budaya muzik Hungary lupus ditelan zaman.
Oleh yang demikian, untuk memastikan muzik menjadi kehidupan harian di
kalangan rakyat Hungary serta tidak lupus, beliau menghasilkan falsafahnya.
Falsafah dan konsepnyanya mengandungi prinsip-prinsip yang merupakan
aspek perkaedahan yang kini digelar sebagai Kaedah Kodaly.
(a)

Muzik Kepunyaan Manusia


Muzik perlu diajar dan dipelajari oleh semua lapisan masyarakat untuk
menghasilkan rakyat yang berilmu dalam bidang muzik. Pendidikan muzik
adalah satu cara di mana muzik dapat diapresiasi dan dihayati. Berliterasi
muzik mewujudkan budaya muzik; lebih ramai lagi orang yang melibatkan
diri dalam muzik sama ada sebagai pemuzik atau penonton. Pendidikan
muzik membolehkan bakat muzik seseorang kanak-kanak berkembang. Di
samping itu ia memperkembangkan aspek pendengaran, intelek, emosi,
fizikal dan kebudayaan seseorang kanak-kanak.

(b) Nyanyian adalah Asas Kemahiran Muzik


Suara adalah alat muzik semula jadi yang berkesan. Oleh kerana muzik
adalah untuk semua dan bukan segolongan kecil yang mempunyai hak
istimewa seelok-eloknya pengalaman muzik pertama dimulakan dengan
nyanyian di mana sahaja atau dengan sesiapa sahaja.

If I were to try to express the essence of this education in one word,


that word would be SINGING.
Zoltan Kodaly

Nyanyian dalam lapisan suara harus diperkenalkan dalam sukatan pelajaran


sekolah rendah. Nyanyian seperti ini memperkembangkan kebolehan
pendengaran muzik yang bertekstur polifoni. Ia akan memudahkan
seseorang menghayati muzik dari sastera muzik masterpieces tanpa
mengetahui memainkan alat muzik.
(c)

Muzik Rakyat sebagai Bahan Pengajaran dan Pembelajaran


Nyanyian merupakan asas kemahiran muzik. Bahan yang penting dan
terbaik untuk digunakan dalam pengajaran pembelajaran muzik ialah
muzik/lagu rakyat Hungary.

14

TOPIK 2 PENGENALAN PENDEKATAN KODALY

Ciri-ciri lagu rakyat dan tradisional ada lima (sila rujuk objektif yang
dirancang). Ia merupakan:
(i)

Bahan asas kepunyaan rakyat;

(ii) Identiti kepunyaan sesebuah Negara;


(iii) Diperturunkan secara lisan;
(iv) Bahan di dalam bahasa ibunda dikenali oleh kanak-kanak; dan
(v) Pendek dan mudah dinyanyikan dan diingati oleh kanak-kanak.
Setelah tumpuan diberi kepada bahan sendiri barulah bahan dari luar
negara diperkenalkan. Kanak-kanak digalakkan menyanyi lagu-lagu dari
luar negara dalam bahasa asalnya supaya mereka dapat mempelajari dan
menjalankan kajian tentang bahasa asing.
(d) Nyanyian Koir
Nyanyian koir adalah penting untuk menghasilkan keseronokan dari
usaha yang kolektif. Ia mewujudkan manusia yang berdisiplin, berperibadi
tinggi dan mulia. Hanya muzik masterpieces dari negara sendiri dan
luar dijadikan bahan nyanyian koir. Ahli koir perlu diberi kemahiran
dalam membaca skor muzik tanpa tunjuk ajar dari jurulatih melalui kibod.
Sekiranya pengajaran pembelajaran tersebut menggunakan kibod ia akan
menyekat perkembangan kemahiran muzik seseorang.
Nyanyian koir adalah bidang yang penting bagi seorang ahli muzik
instrumental terutamanya dalam nyanyian kaunter. Seorang ahli muzik
perlu ada kemahiran menulis notasi muzik melalui pendengaran dan
sebaliknya tanpa memainkan pada alat muzik. Kebolehan membaca skor
menunjukkan kefahaman yang baik tentang petikan muzik tersebut.
Dengan pendengaran dalaman yang tajam, permainan alat yang dihasilkan
jelas bermutu. Mengikut Kodaly, seseorang pemain muzik yang baik perlu
mempunyai keempat-empat ciri seperti berikut:
.... a well-trained ear, a well-trained intelligence, a well-trained heart and a welltrained hand.
Keempat-empat ciri di atas perlu seimbang. Kodaly berpendapat solfa serta
bentuk dan harmoni boleh membentuk seseorang pemuzik ke arah dua ciri
pertama di atas. Untuk melaksanakan pengajaran supaya ia menyeluruh,
seseorang perlu mengalami pelbagai jenis pengalaman di dalam bidang
muzik. Tanpa penglibatan dalam permainan muzik kamar dan menyanyi
di dalam kumpulan koir seseorang itu akan gagal untuk menjadi pemuzik
yang cemerlang.

TOPIK 2 PENGENALAN PENDEKATAN KODALY

15

(e)

Alat Muzik Tidak Perlu Digunakan


Alat muzik seperti piano tidak digunakan untuk mendapatkan ketepatan pic
dan tidak juga digunakan untuk mengiringi nyanyian koir. Ini disebabkan
ada piano yang tidak setala dengan sempurna atau berbunyi sumbang.
Sesebuah lagu diperkenalkan dengan menyanyikannya dahulu dan bukan
menggunakan kibod. Ada sesetengah pemimpin orkestra menyanyikan lagu
yang hendak dimainkan ketika menjalani latihan untuk memberi inspirasi
dan galakan kepada pemuziknya.

(f)

Pengajaran Pembelajaran Muzik Perlu Berlaku Awal di Pra Sekolah


Kanak-kanak mudah menerima dan mudah terpengaruh. Mereka perlu
dibimbing dan belajar muzik awal di pra sekolah supaya tidak akan
terdedah kepada muzik yang tidak bermutu. Kanak-kanak yang berumur
antara 6 hingga 16 tahun selalunya mudah dan cepat mempelajari sesuatu
serta berbakat dalam mengalami muzik yang bermutu tinggi. Muzik
rakyat adalah bahan yang terbaik untuk pengajaran dan pembelajaran
memandangkan renj dan lirik yang sesuai dengan kebolehan kanak-kanak.
Menyanyi dan menggerakkan tubuh badan dapat memperkembangkan
mental dan fizikal kanak-kanak. Kanak-kanak perlu mempelajari membaca
notasi sebelum memainkan alat muzik. Kelas persediaan dijalankan untuk
memudah dan mengukuhkan pembelajaran konsep muzik dan pendengaran
dalaman. Kanak-kanak didedahkan kepada asas muzik, membaca muzik
secara serta-merta, menulis muzik dan melatih pendengaran dan irama
melalui nyanyian.

(g) Muzik Perlu Menjadi Tunjang dan Nadi Kurikulum Pendidikan


di Sekolah
Muzik mengikut Kodaly, boleh membantu dalam perkembangan emosi,
intelek, jasmani dan rohani kanak-kanak. Isu mata pelajaran Muzik sebagai
mata pelajaran yang kurang penting selalu timbul di kalangan penggubal
kurikulum dan pentadbir sekolah. Selalunya mata pelajaran lain yang lebih
penting seperti Matematik didahulukan. Mengikut kajian yang dibuat
oleh The San Jose Unified School District Project di Amerika Syarikat,
tahap pencapaian murid di sekolah yang mempunyai muzik sebagai mata
pelajaran utama adalah lebih baik daripada sekolah yang meluangkan masa
yang sedikit untuk mata pelajaran Muzik. Walau bagaimanapun, Kodaly
berpendapat tujuan muzik dijadikan nadi adalah bukan untuk menghasilkan
keputusan peperiksaan yang cemerlang dan seterusnya muzik dijadikan
mata pencarian seseorang tetapi untuk dijadikan cara hidup seseorang lebih
bermakna.

16

TOPIK 2 PENGENALAN PENDEKATAN KODALY

Rajah 2.1: Isyarat Tangan

Falsafah Kodaly Alat muzik tidak perlu digunakan. Apa yang Kodaly
maksudkan ialah pada permulaan pengajaran dan pembelajaran alat
suara diberi penekanan dan alat muzik seperti piano digunakan setelah
kemahiran nyanyian dan penggunaan suara telah mantap.

2.3

MUZIK RAKYAT

Muzik atau lagu merupakan satu kesinambungan yang menghubungkan zaman


dahulu dengan zaman sekarang. Ia adalah kepunyaan rakyat atau sesuatu
komuniti yang telah wujud, dipelihara dan dinyanyikan bertahun-tahun
lamanya. Muzik/lagu rakyat menggambarkan cara hidup dan kebudayaan
sesebuah komuniti. Ia merangkumi pelbagai jenis lagu yang mempunyai fungsi
di dalam kehidupan komuniti tersebut. Contohnya, lagu pekerjaan, kelahiran,
kematian, perkahwinan, kanak-kanak, keindahan alam, keagamaan, peperangan
dan lain-lain lagi. Pencipta Muzik/lagu rakyat biasanya tidak diketahui kerana
ia diturunkan secara lisan dari generasi ke generasi. Tradisi secara lisan ini
selalunya memelihara keaslian Muzik/lagu tersebut tanpa diubah, namun,
ada kalanya melodi dan atau liriknya sengaja diubah untuk mengikut zaman
dan selera sesuatu komuniti. Muzik/lagu rakyat adalah cermin kepada jiwa
seseorang. Ia mempunyai nilai estetik yang tinggi dan setarafnya dengan
mana-mana seni yang dianggap berharga.

TOPIK 2 PENGENALAN PENDEKATAN KODALY

17

Mengikut Kodaly sebelum seseorang itu dapat memahami muzik negara lain
ia perlu memahami muzik negaranya dahulu. Sekiranya ianya tidak diberi
perhatian, dipelihara dan digunakan maka lupuslah ia, seterusnya hilanglah
identiti rakyat dan negara.
Ciri-ciri Lagu Rakyat
Antara ciri-ciri yang terdapat di dalam muzik/lagu rakyat yang asli ialah:
(a)

Mencerminkan kehidupan dan budaya sesebuah komuniti.

(b) Diturunkan melalui lisan atau nyanyian bukan melalui bahan bercetak.
(c)

Kesan dari diturunkan dari generasi ke generasi ialah kadang kala terdapat
sedikit perubahan dari aspek melodi, irama dan liriknya.

(d) Faktor masa. Wujud bertahun-tahun lamanya di kalangan sesebuah


komuniti.
(e)

Penciptanya tidak diketahui.

(f)

Pendek dan dalam bentuk yang mudah:


(i)

Mempunyai melodi dan corak irama yang mudah dan berulang-ulang

(ii) Renjnya kecil


(iii) Menggunakan skel yang mudah
(iv) Menggunakan perbendaharaan kata yang umum dan mudah
(v) Liriknya menggunakan bahasa ibunda dan berulang-ulang

AKTIVITI 2.2
Dengar 5 buah lagu dan kenal pasti lagu-lagu tersebut dengan
menulis tajuk lagu. Antara manakah lagu yang bukan lagu rakyat?
Beri sebab-sebab kenapa lagu yang anda pilih adalah bukan lagu rakyat.

2.4

TEKNIK KAEDAH KODALY

Kaedah Kodaly adalah satu kaedah yang berterusan dan sentiasa berkembang.
Banyak perubahan telah berlaku sejak kaedah ini bermula dan sedang dalam
proses perubahan untuk mencari cara yang lebih baik lagi untuk memupuk rasa
cinta kepada muzik.

18

TOPIK 2 PENGENALAN PENDEKATAN KODALY

Terdapat tiga jenis teknik yang diutarakan oleh Kodaly di dalam pengajaran dan
pembelajaran. Tiga teknik tersebut adalah:

Tonik Solfa;

Isyarat Tangan; dan

Simbol, Notasi dan Sebutan Irama.

(a)

Tonik Solfa
Kodaly menggunakan sistem do bergerak yang berasal dari Guido Arezzo
(Itali) pada Abad ke 11.Dalam sistem ini, tonik solfa atau tonik pusat dalam
sesebuah lagu ialah do dalam nada major dan la dalam nada minor.
Ini memudahkan pelajaran nyanyian semerta.
Nada Major :

Nada minor :

Tonik Solfa menekankan perhubungan pic dan fungsinya dalam sesuatu


sistem tonal. Apabila kanak-kanak dapat menguasai tonik solfa dengan
selesa melalui nyanyian, membaca dan menulis skor mereka bolehlah
diperkenalkan dengan not nama abjad.
Nyanyian pic dalam jeda minor ke 3 (so mi) merupakan pengajaran
pembelajaran asas. Dengan penggunaan tonik solfa kanak-kanak yang
kenal dua not yang berpic ini boleh membacakan not ini pada baluk
di mana-mana posisi. Kodaly berpendapat skel pentaton (5 ton) amat sesuai
digunakan kerana skel itu merupakan skel asas untuk lagu rakyat Hungary
yang berciri mod minor.
(b) Isyarat Tangan
Isyarat tangan digunakan sebagai respon kepada melodi yang didengar
dan dilakukan tanpa menyanyi kerana ia berlaku di dalam kepala.
Contohnya kelas akan menyanyi dan dengan serentak seorang pelajar akan
menggunakan isyarat tangan tanpa menyanyi.
Penggunaan isyarat tangan membuat pembelajaran solfa mudah dan
merupakan satu persediaan untuk mendengar pertukaran do. Contohnya
guru menunjukkan beberapa siri isyarat tangan kepada pelajar dan pelajar
menyanyi kepada solfa Apabila guru berhenti pada mi dengan serentaknya
ia akan menggunakan tangan kiri untuk menunjukkan isyarat so Pelajar
kemudian akan menyanyi pada so dalam pic sama seperti mi. Latihan
seperti ini diteruskan sehingga pelajar dapat kemahiran dalam perubahan
nada dan solfa.

TOPIK 2 PENGENALAN PENDEKATAN KODALY

19

Isyarat tangan boleh mempertingkatkan kemahiran intonasi dalam dua


suara. Kelas boleh di bahagikan kepada dua kumpulan; kumpulan 1
menyanyi mengikut isyarat tangan kanan guru sementara kumpulan 2
menyanyi mengikut isyarat tangan kiri guru. Di sini guru perlu cekap dalam
penggunaan isyarat tangan.
(c)

Simbol, Notasi Lidi dan Sebutan Irama


Berikut adalah di antara urutan irama yang digunakan di dalam
Kaedah Kodaly:
Simbol
Muzik bergerak dalam beat yang stabil.

Ada beat yang mempunyai tekanan.

>

>

Meter-muzik bergerak dalam kumpulan beat yang mempunyai tekanan.


2
4

h
>

h
>

Muzik
bergerak
dalam
boleh digabungkan.

dua

atau

tiga

2
4

3
4

atau

kedua-duanya

Irama-mempunyai nilai bunyi yang panjang, pendek dan tanda rehat.


4
4

l l l

l l l l l l Z

Sukukata irama yang digunakan dalam kaedah ini di Hungary ialah:


ta

ti ti

ti ri

ti ri tri - o - la syn co pa

(szun)

20

TOPIK 2 PENGENALAN PENDEKATAN KODALY

RUMUSAN

Zoltan Kodaly adalah seorang pencipta dan penggubah muzik yang


berasal dari Hungary. Sebagai seorang ethnomuzikologis pula beliau
merupakan perintis dalam menyelidik dan mengklasifikasikan lagu rakyat
secara saintifik. Di dalam pendidikan, Kodaly terkenal sebagai seorang
pendidik muzik yang berbakti untuk mendidik rakyat Hungary supaya
menjadi penggubah, pencipta, pemimpin muzikologis dan pendidik.
Beliau mengambil berat tentang Bahasa Hungary dan inginkan bahasa itu
terpelihara dan tidak tercemar.

Falsafah dan konsep beliau tentang muzik adalah seperti berikut:

Muzik adalah kepunyaan manusia.

Nyanyian adalah asas kemahiran muzik.

Muzik Rakyat sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran.

Nyanyian Koir.

Alat muzik perlu digunakan.

Pengajaran pembelajaran muzik perlu berlaku awal di pra sekolah.

Muzik perlu menjadi tunjang dan nadi kurikulum pendidikan di sekolah.

Muzik/lagu adalah kepunyaan rakyat atau sesuatu komuniti yang telah


wujud, dipelihara dan dinyanyikan bertahun-tahun lamanya. Ia merangkumi
pelbagai jenis lagu yang mempunyai fungsi di dalam kehidupan komuniti
tersebut. Ia mempunyai nilai estetik yang tinggi dan setarafnya dengan manamana seni yang dianggap berharga. Ciri-ciri muzik/lagu rakyat adalah

bahan asas kepunyaan rakyat.

identiti kepunyaan sesebuah negara.

mempunyai nilai estetik yang tinggi.

bahan di dalam bahasa ibunda dikenali oleh kanak-kanak.

Terdapat 3 teknik diutarakan oleh Kodaly di dalam pengajaran dan


pembelajaran.

Tonik Solfa.

Isyarat tangan.

Simbol, Notasi dan Sebutan Irama.

TOPIK 2 PENGENALAN PENDEKATAN KODALY

Isyarat Tangan
Notasi
Sebutan Irama

21

Simbol
Tonik Solfa

UJIAN 1
1.

Dari negara manakah Zoltan Kodaly berasal?

2.

Huraikan falsafah Kodaly Nyanyian adalah kemahiran asas.

3.

Namakan satu lagu yang anda rasa ia adalah lagu rakyat. Huraikan kenapa
anda menyatakan demikian.

UJIAN 2
1.

Apakah teknik Kodaly yang berkaitan dengan falsafah beliau seperti di


Ujian 1 no. 2?

2.

Apakah 3 not solfa yang pertama yang boleh digunakan sebagai pengenalan
di dalam kelas?

3.

Apakah teknik yang ketiga yang berkaitan dengan konsep irama?

Anda mungkin juga menyukai