Kebudayaan Bersifat Relatif
Kebudayaan Bersifat Relatif
Kebudayaan Bersifat Relatif
budaya lain berbeza, maka standard kebenaran dan kebaikan yang ada pada setiap
kumpulan budaya akan berbeza satu dengan yang lain. Dari sinilah terbentuk nilai-nilai
budaya yang sifatnya relatif. Walaupun demikian, adanya relativiti budaya secara konseptual
dan sistematik dipopularkan oleh Frans Boaz, seorang ahli antropologi budaya berbangsa
Amerika.
Kesimpulan
Pertama, relativisme budaya muncul sebagai reaksi dari adanya etnosentrisme yang
berkembang di Eropah, yang selalu mengukur baik-buruk dan benar-salah suatu budaya
berdasarkan budayanya, sedangkan relativiti budaya berprinsip bahawa kepercayaan dan
aktiviti individu harus difahami berdasarkan budaya di wilayahnya masing-masing dan
mengajak kepada sesiapa untuk menghargai suatu budaya yang berbeza atau mempunyai
perbezaan dengan budayanya, sehingga menghasilkan penilaian terhadap budaya yang
bersifat relatif. Hal ini bererti bahawa tidak ada suatu komuniti masyarakat yang berhak
mendakwa budayanya lebih unggul dibanding dengan budaya yang lain.
Kedua, semua hasil pemikiran dan cara kerja aliran relativisme budaya merupakan sesuatu
yang amat penting untuk dipelajari oleh sesiapa yang berminat, baik bagi perkembangan
kebudayaan (ilmu budaya) untuk kepentingan membina dan mengembangkan teori ataupun
untuk kepentingan menyelesaikan masalah-masalah yang berkembang di masyarakat.
Migrasi Orang Cina Ke Tanah Melayu Asal-Usul Dan Perkembangan Orang Cina.
Kehadiran orang Cina ke Tanah Melayu sudah bermula pada awal abad ke-15 iaitu zaman
Kerajaan Melayu Melaka telah menjalinkan hubungan perdagangan dan persahabatan
dengan negara China. Penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu khususnya di Negerinegeri Selat semakin pesat pada awal abad ke-19, berikutan dengan perkembangan
perdagangan di Pulau Pinang dan Singapura.
Orang Cina dibawa masuk melalui Sistem Kangchu untuk bekerja sebagai buruh di ladang
lada hitam dan gambir. Akhir abad ke-19, pemerintah Inggeris telah memberikan galakan
terhadap kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu kerana Inggeris memerlukan tenaga
buruh yang ramai supaya dapat mengeluarkan bijih timah yang banyak untuk keperluan
Revolusi Perindustrian di Britain. Sebelum Perang Dunia Kedua pada tahun 1941, orang
Cina hanya menjadikan Tanah Melayu sebagai petempatan mencari kekayaan dan mereka
pasti akan kembali ke negara asal. Namum, selepas Perang Dunia Kedua tamat keinginan
orang Cina mulai berubah dan mereka mula ingin menetap di Tanah Melayu.