JKA317

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 12

JKA 317 - FALSAFAH PENYIASATAN SOSIAL

Soalan : Perbezaan antara sains sosial dengan sains tulen/fizikal


Ilmu merujuk kepada kefahaman manusia terhadap sesuatu perkara, yang mana ia merupakan
kefahaman yang sistematik dan diusahakan secara sedar. Pada umumnya, ilmu mempunyai potensi
untuk dimanfaatkan demi kebaikan manusia. Biasanya, ilmu adalah hasil daripada kajian terhadap
sesuatu perkara. Dalam hal ini, ilmu sendiri juga boleh menjadi sasaran kajian dan menghasilkan apa
yang dikenali sebagai "ilmu mengenai ilmu", yakni epistemologi. Kajian mengenai ilmu lebih dikenali
sebagai sains maklumat dalam dunia kepustakawanan. Ilmu merupakan pemahaman bermakna ataupun
sesuatu yang memberikan makna kepada diri individu apabila datangnya sesuatu sumber maklumat
yang dikatakan berkaitan dengan sesuatu kajian ataupun memerlukan kefahaman. Ilmu adalah berbeza
dengan maklumat iaitu sesuatu maklumat tidak bererti atau bermakna sekiranya ia tidak dapat dijadikan
makna atau mendatangkan makna kepada seseorang contohnya data-data dari komputer (binary
code) tidak bermakna sekiranya tidak dirangkumkan untuk dijadikan perisian yang berguna kepada
manusia dan ianya hanya akan kekal sebagai data.
Ilmu mengikut Prof Rr. Syed Naquib al Atas "sesuatu yg sampai ke dalam diri insan dan
memberi makna dlm kehidupan". Prof Dr Hassan Langgulung pula, "ilmu sesuatu yg sampai ke dalam
diri menjadi tahu yg asalnya tidak tahu". Ahli falsafah Socrates pula kata " ilmu adalah suatu
pengetahuan yang benar". Plato pula kata "ilmu adalah pengetahun yg tepat". Kong Fu Zie (Confucius)
kata pula "ilmu adalah suatu pengalaman yg pasti". Guru Nanak pula kata "ilmu adalah amalan yang
bermakna dan berguna". Imam al Ghazali menjelaskan "ilmu adalah pengetahuan yg sistematik, benar
dan meyakinkan". Ilmu adalah suatu keperluan dalam kehidupan manusia. Ini kerana darjat dan
martabat manusia itu diukur berdasarkan tahap pengetahuan yang mereka kuasai. Justeru bagi
mengangkat diri maka manusia perlu menguasai ilmu yang ada dipersekitaran mereka. Umum
membahagikan ilmu kepada 2 bahagian iaitu ilmu Sains dan ilmu kemanusiaan. Ilmu Sains ialah illmu
yang menggunakan kaedah kajian secara saintifik bagi menerangkan sebab musabab sesuatu perkara itu
berlaku. Manakala Ilmu Kemanusiaan pula ialah ilmu yang melibatkan nilai kejiwaan dan nilai estetika
dalam diri manusia. Dan ilmu sains pula dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Sains Tulen dan Sains
Sosial. Secara ringkasnya Sains Tulen ialah kajian tentang fisiologi keidupan & alam semulajadi spt
struktur tubuh badan manusia, kajian saraf dan sebagainya. Sains Sosial pula ialah kajian tentang
fenomena dan isu yang berlaku ke atas diri dan kelompok manusia seperti kemiskinan, pengangguran,
keciciran, antropologi, ekonomi, ekologi, etimologi, komunikasi, linguistik, psikologi, sosiologi,
pendidikan dan lain-lain lagi
Sains merupakan bidang ilmu yang mempunyai skop yang sangat luas. Seandainya kita
kumpulkan segala ilmu yang dipunyai oleh keseluruhan umat manusia terutama sekali penyelidik dan
saintis daripada pelbagai bidang sains sejak zaman dahulu sekalipun, kita masih belum berjaya
sepenuhnya untuk memahami semua fenomena alam ini. Oleh itu, bayangkan betapa luasnya ilmu sains
itu dan betapa banyaknya perkara yang belum umat manusia ketahui lagi. Masyarakat celik sains
adalah masyarakat yang sentiasa menyoal, menyelidik atau mencari jawapan kepada sebarang
persoalan dan permasalah yang tertib daripada perasaan ingin tahu insan terhadap kejadian seharian
(AAAS, 2005). Individu yang celik sains adalah individu yang berkeupayaan untuk menerang,
menghurai dan meramal sebarang fenomena semulajadi. Secara lebih spesifik, individu celik sains
boleh membaca dan memahami artikel tentang sains atau berbincang dengan penuh yakin tentang
1

JKA 317 - FALSAFAH PENYIASATAN SOSIAL


sebarang topik. Menurut Rohana (2003), bidang Sains Sosial adalah suatu disiplin akademik yang
mempersoalkan tentang kemanusiaan dalam konteks sosialnya atau mempelajari kehidupan sosial atau
lebih tepat mempelajari pola tingkahlaku yang lazim ada pada kelompok-kelompok manusia. Bidang
Sains Sosial adalah bidang pengkajian ilmu yang sangat luas dan kompleks. Oleh kerana itu, ia telah
dikhususkan kepada disiplin-disiplin atau bidang-bidang yang lebih kecil dan lebih khusus. Menurut
Hunt dan Colander (2002), bidang Sains Sosial telah dipecahkan kepada bidang-bidang seperti
Antropologi, Sosiologi, Sejarah, Geografi, Ekonomi, Sains Politik dan Psikologi.
Frasa kata sains boleh dilihat sudut pengertiannya dalam dua bentuk iaitu melalui sudut bahasa
dan istilah. Ilmu sains merupakan sebuah proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan
penyusunannya. Perkataan sains berasal daripada bahasa Latin iaitu scientia yang bermaksud
mendapatkan ilmu atau maklumat. Dalam bahasa Melayu dan Indonesia, pada mulanya perkataan sains
tidak begitu digunakan dan sebagai gantinya mereka memakai perkataan ilmu sahaja. Sehingga kini
dalam bahasa Arab dan Indonesia menggunakan perkataan ilmu dengan makna sains. Pengelasan ilmu
mengikut tradisi Islam amatlah berbeza daripada tradisi lain. Tidak hairanlah Rosenthal, mendapati
ratusan takrif ilmu mengikut pelbagai mazhab dalam tradisi Islam. Takrif ilmu mengikut perspektif
Islam masih mampu menarik perhatian sarjana Islam kontemporari seperti Syed Muhammmad Naquib
Al-Attas yang telah memberi takrifan ilmu yang cukup tajalli (profound) apabila beliau menyatakan
ilmu secara espistemologi, dengan bersumberkan kepada tuhan sebagai sumber asalnya sehingga
sampai makna ke dalam diri sendiri. Dengan acuan kepada diri sendiri sebagai pentafsir dan
penerima. Takrif sains yang popular, pertamanya sains adalah merupakan ilmu pengetahuan yang
bersistem yang berdasarkan kepada cerapan, kajian, pengeksperimenan atau uji kaji dan sebagainya.
Keduanya, sains juga berupa pengetahuan daripada nalaran atau taakulan, naakulan dan mantik gunaan.
Selain itu, juga sains merupakan longgokan teknik, kemahiran, kebolehan berasas kepada latihan,
disiplin dan pengalaman malahan sains juga berupa analisis fenomena secara bersistem, mantik dan
objektif dengan kaedah yang khusus yang dipraktikkan untuk mewujudkan tumpuan pengetahuan yang
boleh dipercayai.
Bidang kajian sains tentang alam (al-kawn) dari sudut yang khusus dimana ahli sains mengkaji
satu juzuk alam yang tertentu cabang-cabang tertentu contohnya tentang alam tumbuhan, planet, langit
dan bumi dalam bentuk ilmu-ilmu cabang dari sudut sifatnya sahaja. Sedangkan sains sosial
membahasakan secara keseluruhan dengan pandangan yang menyeluruh (universal) dan kaitannya dari
sudut pengertian dan maksudnya. Pengamatan sains tulen adalah pengamatan dari sudut luaran sahaja
iaitu apa yang dapat dirasai dan disaksikan sahaja. Sedangkan sains sosial melihatnya dai sudut luaran
hingga lah dari sudut dalaman zat itu.huraian sampai kepada hakikat yang wujud tersembunyi
disebalaik yang zahir misalnya membicarakan dari sudut estetikanya dan akhlaknya. Bagi sains tulen,
persoalan yang biasa diutarakan ialah bagaimana/how satu peristiwa yang berlaku. Bagi sains sosial
pula, persoalan yang biasa dikemukan ialah kenapa/why dan jawapan ahli sains sosial biasanya akan
lebih tinggi kerana menghuraikan sebab kejadiannya sesuatu kejadian itu berlaku. Sains tulen hanya
membicarakan tentang sebab-sebab yang hampir pada persekitarannya sahaja. Sains sosial pula
membicarakan tentang sebab ynag utama yang jauh dan menjadi pendorong sebab yang lain iaitu
mengaitkan apa yang berlaku di alam fizik dengan alam metafizik. Sains tulen akan mencari kebenaran
dengan jalan penyelidikan (research), pengalaman dan percubaan (experiment). Manakal sains sosial
hampiri kebenaran dengan mengunakan akal budi secara radikal dan menyeluruh serta universal serta
2

JKA 317 - FALSAFAH PENYIASATAN SOSIAL


menggunakan pengamatan akal. Jika kita lihat sains tulen juga sering membicarakan perkara-perkara
yang sudah sedia ada seperti mengkaji penyakit HIV yang telah sedia ada. Manakala sains sosial pula
membicarakan perkara-perkara yang berkaitan yang berlaku dengan keadaan sedia ada seperti ilmu
mantik, akhlak dan estetika. Perkembangan sains terlalu cepat, banyak cabang ilmu dalam bidang sains
ditemui serta banyak penemuan baru dicapai. Perkembangan sains sosial amatlah perlahan kerana
bebanan sains sosial amatlah berat dan luas sekali bidangnya. Bidang kajian sains berbeza dengan
bidang kajian sains sosial kerana bidang sains ialah alam tabii manakala bidang sains sosial meliputi
sains itu sendiri. Selain itu, kebenaran sains adalah kebenaran yang bersifat positif, manakala
kebenaran sains sosial adalah kebenaran yang bersifat spekulatif iaitu dugaan yang tidak dapat di
buktikan selalunya secara empirik dan eksperimen sahaja.
Apa yang akan dibincangkan tentang perbezaan antara sains sosial dengan sains tulen/fizikal
adalah mengenai ciri-ciri dalam kedua-dua bidang ilmu yang menunjukkan ilmu itu sendiri. Secara
umumnya kita telah diterangkan dengan definisi apakah yang dikatakan dengan sains tulan dan apakah
dia sains sosial. Walaupun melibatkan kebanyakan konsep dan unsur yang sama namun perbezaan
masih boleh jelas diperlihatkan antara dua cabang ilmu ini. Perbezaan yang akan diperjelaskan ialah
melibatkan disiplin atau teori utama apa dia sains tulen dan sains sosial, pendekatan kajian atau kaedah
kajian yang digunakan antara keduanya, fenomena sosial dan fenomena fizikal, tokoh yang terlibat
serta fahaman mereka dalam kewujudan istilah ilmu ini dan konsep asas kedua-dua ilmu sains ini.
1.

Perkembangan dan asal usul Sains Tulen dan Sains Sosial

Faedah dan kepentingan sains di dalam kehidupan seharian memang tidak dapat dinafikan oleh
semua manusia. Sains dapat memberikan suatu insprisasi baru terhadap kehidupan manusia sejagat.
Kelebihan dan kemanfaatan bidang ilmu ini dapat dilihat di dalam ruang perspektif dunia kini.
Perubahan dan ledakan baru akibat dari penemuan-penemuan terkini di dalam disiplin ilmu sains dapat
dipertengahkan dengan melihat teknologi terkini akibat dari evolusi sains itu. Banyak ciptaan dan
rekaan dapat dihasilkan dari penemuan sains. Manusia kini bergantung harap kepada penemuanpenemuan baru bagi meningkatkan lagi tahap keselesaan hidup dan menikmati hidup ini dengan
sepuas-puasnya. Namun demikian, lama kelamaan sains semakin berkembang tanpa had dan batasan.
Penemuan demi penemuan yang baru dapat diketemui bagai cendawan yang baru tumbuh selepas
hujan. Sains kini seperti ombak yang besar membawa manusia seolah-olah ke alam dan dimensi baru
dalam
era
kehidupan
manusia
sejagat.
Merujuk kepada Encyclopedia Britanica International London, istilah 'sains' adalah dari bahasa
Latin, 'scire' bermaksud 'to know' atau 'untuk mengetahui' dan sains banyak merungkai berkenaan
dengan pengetahuan tentang alam semesta dan perkara yang berkaitan dengannya. Istilah sains dalam
tulisan Dr. Haji Jamnul Azhar pula menyatakan bahawa, 'sains' merupakan 'sesuatu kajian ilmiah yang
dijalankan secara empiris mengikut disiplin ilmu tertentu melalui alat apparatus tertentu dan ukuran
tertentu'. Menurut buku Encyclopedia Britanica International London lagi, 'sains terdiri di atas sesuatu
eksperimen dan peninjauan yang tepat bagi menghasilkan teori'. Apabila teori tersebut benar dan dapat
diterima akal, teori tersebut dapat diguna pakai di dalam pelbagai cara dan percubaan. ini dikenali
sebagai cara saintifik. Pencarian bagi sesuatu fakta dan prinsip yang baru pula dikenali sebagai sains
3

JKA 317 - FALSAFAH PENYIASATAN SOSIAL


tulen, manakala penggunaan dan aplikasi terhadap pengetahuan saintifik di dalam kehidupan dikenali
sebagai aplikasi sains.
Perkembangan ilmu sains sebenarnya bukanlah datang dari Barat seperti yang di dakwa oleh
sarjana-sarjana dan para ilmuwan Barat, tetapi ia datang dari para ilmuwan Islam terdahulu.
Perkembangan sains kini hanyalah sekadar usaha memperkembangkan ilmu yang sedia ada yang asal
usulnya datang daripada para ilmuwan Islam. Kehebatan dan ketinggian ilmu yang diperoleh daripada
para ilmuawan Islam yang terunggul pada abad ke-11, iaitu kesan selepas kejatuhan empayar Islam
Abassiyah di Sepanyol daripada tangan uamt Islam, maka dapatlah orang-orang Barat mengaut dan
mendapatkan khazanah ilmu itu. Sejarah dunia menerangkan bahawa 'Zaman Kegelapan' atau 'The
Dark Ages' merupakan zaman yang cukup ngeri bagi bangsa Eropah, tetapi pada zaman itulah
merupakan 'Zaman Keemasan' atau "The Golden Ages' kepada umat Islam. Ilmu yang menjadi asas
kepada orang-orang Barat sebenarnya merupakan asuhan dari orang-orang Islam sendiri yang
menyebarkan ilmu-ilmu mereka kepada sesiapa sahaja yang ingin mempelajari ilmu serta penemuanpenemuan terbaru sains. Sebagai satu contoh Kitab Qanun fi Tibb karangan Ibnu Sina menjadi rujukan
di pusat-pusat pengajian perubatan Eropah selama kira-kira 400 tahun lamanya. Jadi tidaklah benar
hakikat bahawa semua ilmu berkenaan dengan sains itu datang atau lahir dari golongan cendiakawan
orang-orang Barat, tetapi mereka cuma menghadiri kelas sahaja.
Ilmu sains yang dipelopori oleh cendiakawan Islam ini terus berkembang dengan pesat dan
tersebar dengan adanya keinginan serta kemahuan para pelajar yang datang dari Eropah ke kota-kota
Islam seperti Andalusia, Zahrah dan Baghdad pada ketika dahulu untuk membawa pulang sebahagian
buku-buku serta ilmu-ilmu yang telah mereka pelajari di sana. Ilmu Islam juga berkembang pesat
seiring dengan perkembangan ilmu sains di dunia Islam pada ketika itu iaitu sekitar dari tahun 900
hingga 1400 Masihi. Dalam masa yang sama, Eropah masih berada dalam zaman kemunduran dari segi
keilmuan dan budaya hidup. Pernah seorang ahli syair Eropah yang berada di Andalusia pada zaman itu
mengungkapkan:
"Anak-anak kecil kami masih bermain dengan lumpur,
Sedangkan anak-anak Muslimin di Andalus sudah pandai menulis dan mengira'
Waktu malam kami begitu gelap sekali,
Waktu malam di Zahrah bagaikan siang di sinari cahaya lampu.
Setelah berlakunya reformasi di kalangan orang-orang Barat, khususnya bagi orang-orang
Kristian Nasrani, mereka mula mengembangkan daya pemikiran dengan pelbagai binaan , rekaan dan
ciptaan baru. Ini semua kesan dari perubahan cara hidup yang di bawa para graduan dari kota-kota
Islam. Sebagai contoh salah seorang Paderi Agung Kristian yang bergelar Sylvester II yang giat
berusaha merubah gaya hidup masyarakat Itali pernah belajar di Masjid Qurtubah, Qurtubah (Cordova),
Sepanyol. Antaranya juga terdapat putera-putera raja yang berlumba-lumba mendapatkan 'pendidikan
4

JKA 317 - FALSAFAH PENYIASATAN SOSIAL


Arab' seperti yang terkenal dengan kejayaannya menubuhkan Universiti yang pertama di Eropah,
Universiti Constantinople iaitu Prince Federick II. Kejayaan merubah cara hidup orang Eropah inilah
telah berjaya mmbuatkan revolusi pertanian bertukar kepada revolusi industri dan revolusi demi
revolusi berlaku di negara Barat setelah mereka bangkit dari zaman kegelapan yang berlaku hampir
lebih 1000 tahun. Tamadun Barat yang didokongi oleh kita semua pada hari ini seharusnya berterima
kasih kepada tamadun Islam yang banyak memberi peluang dan perubahan kepada dunia Barat pada
hari ini. Hakikatnya, Islam telah berjaya mengeluarkan Barat dari alam gelap kejahilan dan
kemunduran kepada dunia perkembangan ilmu serta teknologi.
Bidang Sains Sosial sebenarnya adalah pecahan daripada bidang Falsafah. Di Zaman
Pencerahan, pendokong-pendokong bidang falsafah telah membahagikan bidang Falsafah kepada
beberapa bahagian. Satu di antaranya adalah bidang Metafalsafah; iaitu bidang kajian yang mana
kebanyakan ahli bijak pandai setuju ianya tidak boleh diuji secara empirikal. Isu yang termasuk dalam
bidang Metafalsafah adalah seperti isu; jika Tuhan Maha Berkuasa, 4 bolehkah Dia mencipta batu yang
sangat berat hingga Dia sendiri tidak mampu mengangkatnya?. (Hunt & Colander, 2002). Satu lagi
pecahan daripada bidang Falsafah adalah bidang kajian yang berkaitan dengan isu-isu yang sekurangkurangnya boleh secara teorinya untuk diuji secara empirikal. Sebagai contoh, kajian yang berkaitan
dengan pecahan kedua ini adalah seperti; apakah jenis organisasi politik dalam masyarakat yang lebih
disukai orang ? Isu ini boleh untuk dicari jawapannya secara teori, walaupun mungkin jawapannya
nanti tidaklah seratus peratus tepat dengan yang sebenar-benarnya diharapkan. Daripada pecahan kedua
bidang ilmu Falsafah inilah, bidang Sains Sosial mula muncul dan berkembang. (Hunt & Colander,
2002). Evolusi bidang Sains Sosial daripada bidang Falsafah dapat dilihat di Peranchis. Ahli-ahli
falsafah dan cerdik pandai di sana telah berkerjasama untuk menghasilkan suatu Ensiklopedia yang
diedit oleh Denis Di-derot dan Jean dAlembert. Ensiklopedia tersebut berada di dalam masyarakat
selama beberapa tahun sejak dari tahun 1751 M sehingga 1780 M. Ensiklopedia itu dikatakan
merupakan suatu kamus rasional bagi bidang Sains, Seni dan Industri dan mengandungi artikel yang
sistematik tentang manusia dan masyarakat. Ia juga mengandungi kaedah dan definisi asas berkenaan
bidang yang dinamakan Sains Sosial. (Hunt & Colander, 2002).
2.

Perbezaan Komponen utama (bahan & hipotesis kajian) Sains Tulen dan Sains Sosial

Menurut Rohana (2003) bahan kajian yang khusus (special subject matter) bagi bidang Sains
Sosial dan bidang Sains Tulen adalah berbeza. Bahan yang dikaji dalam bidang Sains Tulen adalah
berkisar tentang dunia material ataupun kebendaan, struktur dan sifat sesuatu bahan yang wujud di
dunia ini. Ianya dapat dibahagikan pula kepada dua bahagian pula iaitu sains yang berkaitan dengan
kebendaan iaitu seperti bidang Fizik, Kimia dan Biologi dan Sains yang khusus berkaitan dengan
manusia seperti bidang Sains Hayat, Fisiologi, Anatomi, Neurologi. Sains Sosial pula adalah
merupakan bidang atau disiplin ilmu yang mengkaji struktur dan sifat-sifat kelompok manusia,
bagaimana individu-individu atau kelompok-kelompok manusia berinteraksi antara satu dengan lain
dan juga dengan atau sekeliling mereka. Lebih tepat lagi, Sains Sosial merupakan disiplin akademik
yang mempersoalkan tentang kemanusiaan dalam konteks sosialnya atau mempelajari kehidupan sosial
atau lebih tepat mempelajari tingkah laku yang lazim ada pada kelompok-kelompok manusia,

JKA 317 - FALSAFAH PENYIASATAN SOSIAL


Bidang Sains Sosial dan Sains tulen juga mempunyai perbezaan dari aspek medan atau tempat
untuk menjalankan pengujian terhadap pembolehubah-pembolehubah yang dicerap. Dalam bidang
Sains Tulen, kebenaran dan kesalahan hipotesis boleh dibuktikan dengan tepat melalui eksperimen
yang dilakukan di dalam makmal. Ahli penyelidik Sains Tulen boleh melakukan kawalan terhadap
pembolehubah (variable) yang dikaji bagi mendapatkan hasil yang tepat. Bahan / material yang dikaji
dalam Sains Tulen juga tidaklah begitu kompleks berbanding bahan yang dikaji dalam bidang Sains
Sosial iaitu tentang manusia dan kehidupannya di muka bumi ini. (Hunt & Colander, 2002) Dalam
penyelidikan Sains Sosial pula, medan pengujian hipotesisnya adalah kehidupan sebenar manusia
ataupun peistiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan manusia. Ianya adalah medan pengujian
hipotesis yang sangat besar dan tidak mungkin boleh dibawa masuk ke dalam makmal. Penyelidik
Sains Sosial perlu turun ke dalam masyarakat, duduk bersama mereka, membuat pemerhatian terhadap
aktiviti-aktivit dalam masyarakat, memahami perbezaaan dan persamaan dalam budaya masyarakat,
mengambil kira keunikan setiap masyarakat dalam usahanya untuk menguji sama ada hipotesis
kajiannya itu benar ataupun salah. Ia adalah suatu usaha yang memakan masa, sangat memenatkan dan
memerlukan penyelidik mempunyai kepakaran dalam bidang yang dikajinya.
Menurut Hunt dan Colander (2002), hasil kajian bidang Sains Sosial mempunyai sedikit
perbezaan dengan kajian bidang Sains Tulen. Masalah yang dihadapi oleh penyelidik Sains Sosial
biasanya lebih sukar berbanding masalah yang dihadapi oleh penyelidik Sains Tulen. Dalam
penyelidikan Sains Tulen, hasil yang diperolehi biasanya tepat dan boleh digeneralisasikan kepada
fenomena yang lain (yang sama ataupun yang hampir sama) yang berlaku di masa yang lain. Dalam
penyelidikan Sains Sosial pula, hasil kajian adakalanya kurang tepat dan meyakinkan (less define and
certain) untuk digeneralisasikan kepada fenomena yang lain (yang sama ataupun yang hampir sama)
yang berlaku di masa yang lain.
Menurut Machlup (1994), bidang Sains Tulen adalah suatu bidang yang tidak dapat difahami
oleh orang kebanyakan (layman). Ia adalah suatu bidang pengetahuan yang boleh dicapai oleh mindaminda yang terbaik (superior minds) melalui usaha yang gigih. Orang kebanyakan (layman) dengan itu
sukar untuk memahami bidang Sains Tulen. Mereka tidak boleh untuk sesuka hati mengembil suatu
artikel profesional dalam bidang Fizik, Kimia ataupun Biofizik dan membacanya jika tidak mempunyai
latar belakang yang baik dalam bidang tersebut. Mungkin, hendak menyebut beberapa istilah pun sudah
menjadi perkara yang mustahil, apatah lagi untuk memahaminya dalam konteks seperti yang
dimaksudkan oleh penulis artikel tersebut. Berbeza keadaannya dengan bidang Sains Sosial.
penyelidikan-penyelidikan yang dibuat dalam bidang Sains Sosial tidaklah sesuatu perkara yang begitu
asing bagi kebanyakan orang. Cuma mungkin apa yang dikaji adalah isu-isu yang penting tetapi tidak
begitu dipedulikan sebab tiada kepentingan untuk berbuat demikian. Dalam hal ini, orang kebanyakan
mereka masih boleh untuk membaca artikel yang ditulis dalam bidang Ekonomi, Sosiologi,
Antropologi, Sosiologi mahupun bidang-bidang lain dalam Sains Sosial dan memahami kandungannya.
Meskipun mungkin ada beberapa istilah-istilah teknikal yang digunakan di dalam artikel tersebut, akan
tetapi ia tidaklah sesukar memahami istilah-istilah yang digunakan di dalam bidang Sains Tulen. Orang
kebanyakan (layman) masih boleh memahami artikel dalam bidang Sains Sosial yang dibacanya
berbanding artikel dalam bidang Sains Tulen.

JKA 317 - FALSAFAH PENYIASATAN SOSIAL


3.

Perbezaan Konsep Sains Tulen dan Sains Sosial

Sains Tulen adalah merupakan penggunaan kaedah saintifik untuk mengkaji benda-benda nyata
di bumi ini. Bidang ini merangkumi bidang ilmu astronomi, biologi dan perubatan, fizik, kimia, sains
bumi dan juga sains komputer. Sains sosial umumnya diertikan sebagai kajian mengenai manusia dan
masyarakat. Secara khususnya ia merujuk kepada penggunaan kaedah saintifik untuk mengkaji cara
manusia mengatur kehidupan berkelompok dan membentuk jaringan hubungan untuk membolehkan
mereka menjalani kehidupan tersebut (Sharifah Zaleha Syed Hassan , et. al. 2001 : 10). Ilmu sains
sosial ialah ilmu mengenai manusia, terutamanya semua aspek mengenai kehidupan manusia
berkelompok (Hunt & Colander.1993 : 4), dan penyelidikan sosial adalah lebih daripada pengumpulan
kaedah dan ia merupakan proses untuk membentuk pengetahuan dan juga merupakan proses untuk
menghasilkan pengetahuan baru mengenai dunia sosial dengan menggunakan kaedah saintifik
(Newman.1997 : 5).
4.

Perbezaan Fenomena Sains Tulen dan Sains Sosial

Sains Sosial seperti yang diketahui merupakan kelompok ilmu yang mengkaji fenomena sosial
(hubungan) manusia dengan menggunakan metodologi kajian secara saintifik & sistematik. Ia wujud
akibat dari hubungan & interaksi manusia yang berlaku secara kompleks. Ini menyebabkan timbulnya
fenomena (masalah) sosial manusia dan fenomena inilah yang dikaji mengikut disiplin sains sosial
dengan menggunakan kaedah yang saintifik & sistematik. Kaedah saintifik & sistematik dalam kajian
sains sosial merangkumi 2 komponen utama iaitu Penemuan pola (corak) tertentu sebagai sebahagian
bukti bagi menentukan objektif kajian dan Penghasilan generalisasi sebagai andaian umum tentang
wujudnya sesuatu isu atau fenomena.
Kajian sains sosial dianggap mempunyai autoriti kerana ia dijalankan secara saintifik dengan
menggunakan data-data empirik. Ia juga sebagai alternatif dalam mengubah tanggapan pemikiran
manusia yang terlalu bergantung kepada ilmu kemanusiaan (ilmu teologi & ilmu falsafah) semasa
Zaman Gelap (dark age) Eropah. Fenomena Sosial atau disebut masalah sosial spt penagihan dadah,
diskriminasi, jenayah, penceraian, kemiskinan dan sebagainya. Terdapat banyak punca yang
menyumbang pada terjadinya fenomena sosial, maka ia bergabung untuk menimbulkan satu fenomena
sosial yang sama. Pelbagai faktor ini telah menyebabkan ia agak sukar untuk menentukan punca utama
yang menyebabkan terjadinya sesuatu fenomena sebagai contoh penagihan dadah di kalangan remaja.
Manakala bagi Fenomena Sains Tulen ia mesti jelas mempunyai sebab musabab (cause & effect)
sesuatu isu/kes itu berlaku. Ia dikaji dengan menggunakan peralatan ukuran tepat dan kaedah
penyelesaiannya adalah lebih mudah. Contohnya faktor utama kemalangan jalanraya adalah kerana
tayar tidak memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan oleh SIRIM. Ia akan saling berkaitan di antara
satu sama lain. Ia membantu menghasilkan ilmu generik bersifat gunaan (applied) yang saling
melengkapi di antara satu sama lain.
5.

Perbezaan Pendekatan kajian Sains Tulen dan Sains Sosial

Dalam penyelidikan Sains Sosial para penyelidik mesti membuat cerapan dengan berhati-hati,
membuat klasifikasi dan menganalisis data-data, membuat generalisasi dan berusaha untuk membina
7

JKA 317 - FALSAFAH PENYIASATAN SOSIAL


dan menguji hipotesis-hipotesis kajian untuk menjelaskan keputusan yang dikemukakan. Sebagai
contoh, penyelidik Sains Sosial yang mengumpulkan fakta-fakta berkenaan dengan budaya orang yang
berbeza-beza pasti akan menemui persamaan antara budaya-budaya tersebut. Akan tetapi, sebenarnya
setiap dari perbezaan ataupun persamaan dalam budaya-budaya yang dikaji itu mungkin mempunyai
keunikannya yang tersendiri yang perlu diberikan perhatian sewajarnya sewaktu membuat kesimpulan
kajian. Fakta-fakta yang berbentuk seperti ini adalah sukar untuk diklasifikasikan dan diinterpretasikan.
Dengan itu, hasil kajian yang boleh untuk digeneralisasikan kepada persoalan yang sama ataupun yang
hampir sama menjadi kurang tepat dan meyakinkan (less define and certain).
Untuk mendapatkan hasil kajian yang boleh dipakai, pencerapan yang dilakukan terhadap
subjek atau bahan kajian dan penjelasan yang dikemukakan hasil daripada pencerapan tersebut
hendaklah bersifat objektif dan jauh dari mempunyai unsur-unsur bias (berat sebelah). Bagi bidang
Sains Tulen, hal ini dapat dilakukan dengan baik oleh kebanyakan penyelidiknya kerana hasil kajian
adalah semata-mata keputusan dari kajian fizikal yang dilakukan tanpa perlu interpretasi dari pengkaji,
maka tidak aka nada unsur bias. Walau bagaimana pun, berbeza keadaannya bagi para penyelidik dalam
bidang Sains Sosial. Ini kerana penyelidikan Sains Sosial turut mengambil kira aspek nilai (value) yang
sifatnya sangat subjektif. (Machlup, 1994)

6.

Perbezaan Kaedah kajian Sains Tulen dan Sains Sosial

Dalam penyelidikan saintifik, terdapat tiga kaedah utama yang digunakan untuk melakukan
penyelidikan dalam sains sosial. Sebelum itu kita lihat dulu apa itu Kajian Saintifik, ia membawa
maksud sebagai sesuatu aktiviti yang terhasil daripada proses pembuktian secara sistematik. Apakah
sesuatu fakta yang ditonjolkan itu sah dan boleh dipercayai? Ia perlu diberi sokongan dengan rasional
atau dibuktikan melalui langkah-langkah tertentu. Fakta atau teori dibuktikan melalui dua kaedah lazim
iaitu induktif dan deduktif. Induktif pula ialah kesimpulan yang dibuat dari pemerhatian am. Sebagai
contoh, sekiranya setiap kali dilakukan pemerhatian didapati beberapa pelajar lebih aktif belajar di
waktu pagi, kesimpulan dibuat bahawa kemungkinan semua pelajar sememangnya suka belajar di
waktu pagi. Deduktif pula ialah kesimpulan yang dibuat daripada pemerhatian khusus kepada secara
am. Sebagai contoh, sekiranya setiap kali dilakukan pemerhatian didapati semua pelajar lebih aktif
belajar di waktu pagi, kesimpulan dibuat bahawa kemungkinan setiap orang pelajar sememangnya
suka belajar di waktu pagi. Induktif atau deduktif saling bertindan.
Tiga kaedah utama yang digunakan untuk melakukan penyelidikan dalam sains sosial iaitu
Kaedah pertama menggunakan kaedah tinjauan iaitu sama ada menggunakan teknik temubual atau soal
selidik. Teknik mengumpulkan data melalui soal selidik merangkumi bahan pengukur di mana
responden perlu membaca dan memberi respon kepada persoalan yang dikemukakan dan ianya amat
sesuai bagi pengkaji yang memiliki idea teguh terhadap objektif kajiannya. Soal selidik berasaskan
teknik yang tidak tersusun yang memerlukan responden untuk memberi jawapan sendiri jarang
digunakan dan ianya mempunyai sedikit masalah kerana memerlukan responden untuk bermotivasi
8

JKA 317 - FALSAFAH PENYIASATAN SOSIAL


tinggi ketika menjawab soal selidik tersebut. Dalam mereka bentuk jadual, arahan hendaklah bercirikan
soalan yang jelas dan jadual tersebut perlulah ringkas dan mudah untuk difahami responden.
Responden tidak boleh diiring oleh penyoal selidik dan perangkaan yang rapi adalah amat penting
kerana keterjaminan data bergantung kepada tindak balas responden (Sedlack & Stanley. 1992 :215216 ). Kaedah ini merupakan kaedah yang paling popular untuk mengumpul data dalam kajian sains
sosial. Penyelidik akan menyediakan soal selidik tertentu mengikut piawai yang di tetapkan dan
menyerahkannya kepada responden. Langkah awal yang perlu di lakukan penyelidik adalah
mengenalpasti masalah kajian dan konsep yang digunakan serta bagaimana ia beroperasi. Ia melibatkan
proses abstration. Penyelidik perlu mendapatkan definisi-definisi yang menerangkan konsep serta
perkaitannya.
Terdapat tiga cara dalam kaedah tinjauan iaitu secara individu (self-administered
questionnaires), temubual dan tinjauan menggunakan telefon. Penghantaran borang soal selidik melalui
surat merupakan kaedah yang selalu digunakan penyelidik dalam tinjauan individu. Penyelidik juga
boleh menghantar soal selidik dengan membuat temujanji dan menghubungi responden dari rumah ke
rumah (Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al. 2001 : 76). Adakalanya penyelidik bersemuka secara terus
dengan responden setelah borang soalselidik dihantar kepada responden. Melalui kaedah tinjauan
secara individu ini responden boleh menjawab soalan yang diajukan tanpa rasa takut dan sangsi. Selain
itu, melalui kaedah ini juga memudahkan penyelidik menyelenggarakan penyelidikan mereka dengan
lebih senang dalam kumpulan yang kecil. Untuk mengatasi masalah borang soal selidik tidak
dikembalikan, penyelidik mengambil inisiatif dengan menyediakan borang soal selidik yang lengkap
dengan beralamat serta setem untuk di kembalikan. Melalui pendekatan ini ia bergantung kepada
kecekapan penyelidik dalam menyatakan maksud kajian dengan mudah, ringkas dan menetapkan
tempoh masa yang munasabah untuk responden memberi maklum balas. Apabila cara menghantar
jawapan secara pos tidak berkesan, penyelidik perlu mendapatkannya sendiri ataupun menggunakan
kaedah temubual (Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al. 2001 : 76). Terdapat juga penemuan baru dalam
kaedah tinjauan secara individu seperti penggunaan komputer dan internet. Terdapat beberapa teknik
baru yang sedang dicuba (Nicholls, Baker, dan Martin 1996 dalam Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al.
2001: 77) iaitu seperti CATI (Computer assisted telephone interviewing). Responden mendapat soalan
melalui telefon dan menjawab soalan-soalan secara dalam talian, CAPI (Computer assisted personal
interviews), sama dengan CATI tetapi soalan di kemukakan secara temubual bersemuka, CASI
(Computer assisted self interviewing) yang mana penyelidik membawa computer ke rumah responden
dan responden menjawab sendiri soalan dan memberi jawapan di computer dan terakhir TDE
( Touchtone data entry) iaitu responden menghubungi nombor telefon penyelidik dan menjawab soalan
dengan menekan nombor-nombor telefon tertentu. Pada masa kini penggunaan internet adalah secara
meluas, pelbagai teknik tinjauan secara on-line telah diwujudkan. Kita berkemungkinan menyaksikan
proses pengumpulan yang lebih mudah dan berkesan di masa hadapan. Penggunaan telefon mungkin
murah dan cepat namun penyelidik tidak dapat bersemuka dengan responden dan kesannya mungkin
penyamaran dan ketidakabsahan jawapan (Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al 2001 : 77)
Kaedah kedua dalam penyelidikan sains sosial ialah kaedah kerja lapangan (Field Work/Study).
Dalam kaedah ini, terdapat beberapa teknik yang selalu digunakan oleh penyelidik sains sosial dalam
kerja lapangan (Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al. 2001 : 78). Pertamanya ialah teknik pemerhatian
turut serta (Participant Observation) iaitu penyelidik diperlukan untuk turut serta dalam dalam
9

JKA 317 - FALSAFAH PENYIASATAN SOSIAL


kehidupan atau proses sosial yang berlaku (Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al. 2001 : 78). Sekiranya
penyelidik ingin memahami bagaimana proses strategi pilihanraya dan kempen di buat oleh parti
tertentu, penyelidik itu akan menganggotai parti tersebut dan cuba terlibat dalam mesyuarat-mesyuarat
parti politik yang berkaitan pilihanraya. Penyelidik bukan sahaja membuat kajian tetapi turut serta
dalam kerja-kerja pilihanraya. Teknik kedua ialah melalui temubual intensif (In-Depth Interview) yang
mana ianya dilakukan secara lebih mendalam, tidak formal dan berkaitan topik-topik yang ringan
sebelum menjurus kepada topi yang lebih serius (Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al. 2001 : 78). Isuisu yang dibincangkan berkaitan dengan isu-isu biasa tentang kehidupan dan kemudiannya menjurus
kepada topik sebenar. Misalnya penyelidik berkumpul dengan ahli-ahli mesyuarat parti di kedai kopi
sambil bercakap-cakap tentang isu-isu harian seperti Malaysia kalah dalam perlawanan bola sepak
sebelum secara mendalam bertanya tentang penyertaan seseorang dalam parti politik tersebut. Teknik
ketiga yang termasuk dalam kadah kerja lapangan ialah kajian kes. Kajian kes biasanya bersifat kajian
yang idiografik tentang individu, kumpulan, dan masyarakat (Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al. 2001
: 78). Sebagai contoh, seorang ahli sains politik mengkaji tentang pergerakan politik tertentu ataupun
seorang ahli sosiologi mengkaji tentang umpulan pekerja dalam sesebuah Bandar. Tambah beliau lagi,
pengkaji biasanya akan mengfokus pada kumpulan tertentu di lokasi-lokasi tertentu dan pada masa
yang tertentu. Teknik yang keempat adalah menerusi teknik etnografi dan ini biasanya di kaitkan
dengan disiplin antropologi (Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al. 2001 : 78). Teknik ini biasanya
merujuk kepada kajian pemahaman dan pemerhatian terhadap budaya dan sub budaya. Sebagai contoh,
kajian tentang amalan puja pantai dikalangan masyarakat Melanau di kawasan pesisiran Pantai Mukah
di Sarawak yang mana kajian ini bertujuan memahami budaya masyarakat Melanau dan membezakan
ciri-ciri budaya atau melihat persamaannya dengan budaya lain, serta pengaruh budaya dalam
kehidupan sosial yang lain.
Kaedah penyelidikan saintifik yang terakhir ialah menerusi kaedah unobstructive. Kaedah ini
biasanya dilakukan apabila sukar untuk mendapatkan reaksi dari responden kerana mereka tidak
menunjukkan reaksi terhadap penyelidikan ataupun tidak bertindakbalas terhadap proses ukuran yang
di jalankan oleh seorang penyelidik (Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al 2001 : 78). Terdapat tiga
bentuk ukuran yang biasanya di gunakan dalam kaedah ini (Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al. 2001 :
78). Ukuran yang pertama adalah melihat bukti-bukti fizikal yang boleh menunjukkan kesan
tingkahlaku sosial seseorang. Keduanya, iaitu dengan meneliti bahan peninggalan, seperti dokumen,
rekod, surat khabar ataupun buku. Dengan melihat laporan dan statistik yang ditulis, maka penyelidik
dapat gambaran tentang realiti sosial yang ingin di kaji. Penyelidik juga boleh melakukan teknik
analisis kandungan (content analysis) seperti melihat berapa kerap isu atau nama seseorang ahli politik
muncul dalam surat khabar ataupun televisyen. Ukuran ketiga, pemerhatian yang dibuat secara tidak
langsung dan tidak formal. Misalnya melihat simbol parti politik yang disukai oleh seseorang ataupun
respon seseorang terhadap poster pilihanraya.
Bagi Sains tulen kaedah biasanya melibatkan pendekatan kualitantif atau kuantitatif yang mana
penyelidikan kuantitatif dijalankan untuk mendapatkan fakta menggunakan pengukuran objektif dan
analisa statistic data numerik untuk memahami dan menjelaskan sesuatu perkara/feenomena yang boleh
dijadikan panduan kepada amalan dan polisis (Gay & Airasian, 2000) bertujuan untuk mendapatkan
penjelasan berkaitan kenapa dan mengapa fenomena tersebut berlaku. Manakala penyelidikan
menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif pula ialah menjawab persoalan kajian yang dinyatakan
10

JKA 317 - FALSAFAH PENYIASATAN SOSIAL


dalam bentuk hipotesis yang mana ia terdapat sedikit kelemahan kerana tidak dapat menjelaskan
sepenuhnya kebanyakan masalah dalam bidang yang dikaji. Walaupun Sains sosial menggunakan
keadah kajian yang sama seperti sains tulen namun terdapat perbezaan seperti yang telah
diperbincangkan pada bahagian atas tadi.
7.

Perbezaan Disiplin Sains Tulen dan Sains Sosial

Umum telah menentukan disiplin utama Sains Sosial ialah mengkaji manusia dalam konteks sosial
mereka. Namun ia berbeza mengikut pecahan disiplin ilmu itu sendiri kerana ilmu itu luas dan manusia
tidak berupaya menguasi semua ilmu jadi ia perlu dikhususkan mengikut bidang yang tertentu. Ilmu
akan semakin bertambah setiap hari. Maka ia perlu kepada sub-bidang untuk memudahkan manusia
mempelajarinya. Setiap bidang itu mempunyai fokus & kepentingan yang berbeza. Minat akan
mendorong manusia untuk meningkatkan tahap kefahaman terhadap sesuatu bidang ilmu.
Bidang Sains Sosial sesungguhnya adalah suatu bidang yang sangat luas dan sangat menarik
untuk dipelajari. Meskipun ada pendapat yang mengatakan bahawa bidang Sains Sosial adalah bidang
yang lebih rendah berbanding bidang Sains Tulen, pendapat kami bahawa kami tetap yakin bidang
Sains Sosial mempunyai sumbangan dan impak yang besar terhadap kemajuan dan tamadun manusia.
Keperluan hidup ketika ini dan kemajuan yang mendadak dalam hampir semua aspek kehidupan
manusia telah menjadikan bidang Sains Sosial menjadi sangat penting seiring dengan bidang Sains
Tulen. Aspek yang diberi perhatian dalam kedua-dua bidang Sains Sosial dan Sains Tulen adalah
berbeza antara satu sama lain. Akan tetapi, bagi mendapatkan kehidupan yang lengkap dan
menyeluruh, kemajuan dalam kedua-dua bidang ini amat perlu. Dalam sesebuah negara, tidak boleh
hanya bidang Sains Sosial sahaja yang maju dan diberi perhatian sedangkan bidang Sains Tulen
diabaikan. Begitulah sebaliknya, tidak boleh mementingkan Sains Tulen dan memencilkan Sains Sosial
Kedua-dua bidang Sains ini sama ada Sains Sosial mahupun Sains Tulen mempunyai sumbangannya
yang tersendiri dalam melahirkan sebuah bangsa yang maju dan seimbang.

RUJUKAN
Abd Karim Zaidan. 2000. Islam dan Politik Kenegaraan. Petaling Jaya: Persatuan Ulama Malaysia.
Abdul Latif Samian dan Khairul Anwar Mastor. 2000. Perkembangan Sains dan Peradaban Manusia.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malysia.
Bailey, K.D. Kaedah penyelidikan sosial. Terj. Hashim Awang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Hebatnya Al-Quran Jika Kamu Berfikir, Mohd Syamil Mohd Yusuff, Mustread Sdn Bhd 2010
Hunt, E.F. & Colander, D.C. 2002. Social science: An introduction to the study of society.
Massachusetts: Allyn & Bacon.
11

JKA 317 - FALSAFAH PENYIASATAN SOSIAL


Menyingkap Keajaiban Al-Quran Mengikut Kajian Sains, Abu ar-Razi al-Ahmadi, Pustaka Ilmi 2002
Machlup, F. 1994. Are the social science really inferior? Dlm. Martin, M. & McIntyre, L.C. (pnyt).
Readings in the philosophy of social science, hlm. 5-19. Massachusetts: The MIT Press
Mohd. Majid Konting. 2000. Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Ritzer, G. 1996. Sociological theory. Ed. Ke-4. New York: The McGraw-Hill Companies, Inc.
Rohana Yusof. 2003. Penyelidikan sains sosial. Bentong: Pts Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Quran Saintifik, Dr Danial Zainal Abidin, PTS Millenia 2009
Abdul Rahman Embong. (Pnyt.). 1995. Antropologi dan sosiologi: Menggaris arah baru. Bangi:
Penerbit UKM.
Rustam A. Sani & Norani Othman. 1991. The social sciences in Malaysia: A critical scenario.
Akademika 38 (Januari) : 5-28.
Shamsul Amri Baharuddin. 1995. Malaysia: The kratonization of social sciences. Dlm Social science in
Southeast Asia: From particularism to universalism. Suntingan Nordholt, N.S. & L.E.Visser.
Amsterdam: VU University Press.
Sharifah Zaleha Syed Hassan dan Mohd. Shamsuddin Zahid Sopian. (Pnyt.). 1992. Perenungan tentang
ilmu sosial. Bangi: Penerbit UKM.

12

Anda mungkin juga menyukai