Prinsip Muamalat Assignment

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN MUAMALAT

ISI KANDUNGAN
BI
L
01
02

PERKARA

MUKA SURAT

PENGENALAN

PRINSIP MUAMALAT DALAM ISLAM

SEJARAH PENUBUHAN DAN


03

PERKEMBANGAN SISTEM PERBANKAN

ISLAM DI MALAYSIA
04

MENGANALISIS PRODUK KEWANGAN


YANG BEBAS RIBA,GHARAR DAN MAISIR
BESERTA CIRI-CIRI MUAMALAT DALAM
ISLAM

06

KESIMPULAN

12

07

RUJUKAN

13

1.0 PENGENALAN
Apabila menyebut mengenai muamalat kini pasti ianya akan dikaitkan dengan bank dan sistem
perbankan. Banyak urusan kini sangat berkait rapat dengan bank. Jika kita hendak membeli
sesuatu contohnya rumah,kereta,barang-barang elektrik,perabot dan sebagainya pasti keadaan
sekarang kita sangat-sangat memerlukan bank untuk membayarnya. Ini kerana pihak bank kini
menawarkan perlbagai kemudahan kepada pengguna atau pembeli untuk mengurus dan membeli
sesuatu barangan dan keperluan. Bank juga merupakan salahsatu cara untuk kita memiliki
sesuatu benda seperti rumah dan kereta tanpa mengumpul wang dalam tempoh yang lama tetapi
hanya dengan meminjam sahaja dan membayar ansuran pada tempoh masa yang ditetapkan.
Dengan harga rumah sekarang yang begitu tinggi memaksa pengguna untuk menggunakan
inisiatif yang ada iaitu dengan cara meminjam dengan bank. Dalam hal ini kita akan
membincangkan topik berkenaan muamalat dan juga sistem perbankan yang ada agar kita boleh
menggunakan kemudahan yang ada ini dengan cara yang betul dan mengikut syariat islam.
1.1 Pengertian Muamalat
Muamalat adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia,dengan
memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukar-menukar, pinjam-meminjam
dan sebagainya.
Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia
untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah s.w.t yang
melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam .
Muamalat yang dimaksudkan ialah dalam bidang ekonomi yang menjadi tumpuan semua orang
bagi memperoleh kesenangan hidup di dunia dan kebahagian di akhirat.
Segala harta yang ada di alam ini samada di muka bumi, dilaut atau di dasar adalah milik Allah
s.w.t secara mutlak.Manusia disuruh memiliki harta yang di sediakan oleh Allah s.w.t
melalui ilmu

pengetahuan dan kemahiran yang

di

anugerahkan

kepadanya.Mereka

yang

memiliki harta kekayaan di dunia adalah sebagai pemegang amanat Allah s.w.t dan
bertanggungjawab terhadap harta-harta tersebut.
1

Firman Allah S.W.T :



Maksudnya : Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan,maka berjalanlah
di merata-rata ceruk rantau dan makanlah daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t
dan ingatlah kepada Allah s.w.t jualah (tempat kembali kamu) di bangkitkan (maka
hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaannya)
(Surah Al-Mulk Ayat 15)
Jelas di sini bahawa muamalat itu sendiri bila diterjemahkan kepada maksud yang mudah pada
masa kini ianya sangat menyamai dengan fungsi bank dan sistem perbankan yang ada yang mana
semua orang sangat-sangat memerlukan bank samada untuk urusan menyimpan harta ataupun
urusan meminjam dan membeli sesuatu produk,perkhidmatan,atau barangan.
Ruang lingkup muamalah mencakup segala aspek kehidupan manusia, seperti sosial, ekonomi,
politik hukum dan sebagainya. Aspek ekonomi dalam kajian fiqh sering disebut dalam bahasa
arab dengan istilah iqtishady, yang artinya adalah suatu cara bagaimana manusia dapat
memenuhi keperluan hidupnya dengan membuat pilihan dengan menggunakan sesuatu
perkhidmatan atau benda yang mampu memnuhi keperluan hidupnya.

1.2 Peranan muamalat


Muamalat berperanan mewujudkan masyarakat yang aman dan sejahtera. Muamalat yang di
jalankan berlandaskan syariat Islam akan melahirkan masyarakat yang aman dan jauh daripada
sebarang penipuan,pemerasan,ketidakadilan,memonopoli harta dan sebagainya,inilah matlamat
muamalat dalam Islam demi kesejahteraan umat manusia.
Muamalat dalam islam bertujuan untuk menghindarkan berlakunya sebarang penindasan sesama
manusia. Islam sangat menegah umatnya melakukan perkara-perkara yang tidak baik yang mana
akan menyusahkan mereka yang tertindas.

Muamalat juga memainkan peranan agar semua kegiatan ekonomi yang dijalankan bersih
daripada sebarang perbuatan yang dilarang oleh islam seperti riba , rasuah, menipu dan
sebagainya yang dilarang oleh Allah S.W.T. Harta yang disediakan oleh Allah tidak hanya
dikuasai atau dimonopoli oleh pihak tertentu sahaja tetapi semua orang berhak mendapat dan
memiliki harta mengikut kemampuan masing-masing dan yang penting mestilah dengan cara
yang betul dan diredhai oleh Allah S.W.T.

2.0 PRINSIP-PRINSIP MUAMALAT DALAM ISLAM


Antara prinsip-prinsip muamalat yang terkandung mengikut syariat islam ialah seperti berikut:
1. Pada dasarnya segala bentuk muamalah adalah mubah.
Segala sesuatu urusan muamalat hukum asalnya adalah dibolehkan sehinggalah ada dalil dalam
Al-Quran ataupun hadis yang mengeluarkan hukum yang lain yang menghukum boleh ataupun
tidak sesuatu urusan muamalat tersebut. Ini berdasarkan kaedah fiqh yang mahsyur iaitu :
, ) ((
"Pada dasarnya (asalnya) pada segala sesuatu (pada persoalan mu'amalah) itu hukumnya
mubah, kecuali jika ada dalil yang menunjukkan atas makna yang lain."

2. Mumalalat dilakukan atas dasar sukarela, tanpa mengandungi unsur-unsur paksaan.


Sesuatu urusan muamalat mestilah dilakukan dengan cara sukarela iaitu sesuatu urusan tersebut
dilakukan tanpa paksaan oleh mana-mana pihak tetapi berdasarkan kehendak diri sendiri . hal ini
dijelaskan melalui firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 29 iaitu :


"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan
jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di
3

antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh diri kamu sekalian, sesungguhnya Allah adalah
maha penyayang kepadamu. "

3. Muamalat

dilakukan

atas

dasar

pertimbangan

mendatangkan

manfaat

dan

mengelakkan mudarat dalam bermasyarakat.


Prinsip yang ketiga yang perlu ada pada muamalat dalam islam ialah muamalat yang hendak
dilakukan mestilah atas dasar yang mendatangkan manfaat dan mengelakkan kemudaratan dalam
bermasyarakat. Ini dijelaskan lagi melalui hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Dari Ubadah bin Shamit; bahawasanya Rasulullah saw menetapkan tidak boleh berbuat
kemudaratan dan tidak boleh pula membalas mudarat ". (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)
Dalam kaedah fiqh juga ada disebutkan iaitu;

"Kemudharatan harus dihilangkan"

4. Muamalah dilaksanakan dengan memelihara nilai-nilai keadilan, menghindari unsurunsur penganiayaan dalam pengambilan kesempatan.
Pada prinsip yang berikutnya, muamalat yang hendak dilakukan dan dilaksanakan mestilah
dengan memelihara nilai-nilai keadilan dan menghindari segala bentuk unsur penganiayaan
dalam mengambil dan merebut kesempatan.
Hal ini dijelaskan melalui firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 279 :


279. oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka
ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak
menemui selamat). dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal

harta kamu. (dengan Yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga
tidak dizalimi oleh sesiapa.

3.0 SEJARAH PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN SISTEM PERBANKAN ISLAM


DI MALAYSIA
Berdasarkan bahan-bahan yang dirujuk oleh penyelidik, banyak penulisan mengaitkan idea
penubuhan sistem kewangan Islam di Malaysia berdasarkan cadangan Profesor Emeritus Ungku
Aziz . Pada tahun 1959, beliau yang merupakan seorang profesor Ekonomi dari Universiti
Malaya pada waktu itu mengemukakan satu memorandum kepada pihak kerajaan mencadangkan
keperluan satu perbadanan atau sebuah institusi kewangan ditubuhkan bagi menguruskan
sumber-sumber kewangan bakal haji Malaysia yang bebas daripada amalan bunga dalam
kegiatan-kegiatan kewangannya, sebaliknya berdasarkan kepada pelaburan dan keuntungan.
Hasilnya, institusi kewangan Islam yang pertama diperkenalkan dalam sistem kewangan
Malaysia adalah dengan penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) pada tahun 1969.
Seperti juga yang berlaku di negara-negara Islam yang lain, semangat kembali kepada agama
telah menular dalam kalangan cerdik pandai di Malaysia sekitar tahun 1970-an. Perkembangan
ini mencetuskan pula hasrat untuk menubuhkan bank Islam yang disuarakan di peringkat negeri
dan kumpulan masyarakat Islam di Malaysia. Kerajaan telah menerima syor dan cadangan ini
yang membawa kepada penubuhan Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan Bank Islam pada bulan
September 1981 yang dianggotai oleh empat belas orang ahli dan dipengerusikan oleh YM Raja
Tan Sri Mohar Raja Badiozaman manakala Lembaga Tabung Haji pula bertindak sebagai urus
setia (Nor Mohamed, 1996).
Hasil daripada laporan Jawatankuasa Pemanduan Kebangsaan Bank Islam tersebut, maka satu
akta perbankan yang berasingan iaitu Akta Bank Islam 1983 (ABI) pada 7 April 1983 telah
digubal untuk membolehkan perbankan Islam beroperasi seiring dengan perbankan
konvensional. Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) ditubuhkan pada 1 Julai 1983 sebagai bank
Islam pertama di Malaysia di bawah ABI dengan modal berbayar sebanyak RM80 juta.

Seterusnya, perbankan Islam telah dikembangkan ke seluruh negara dengan meningkatkan


bilangan peserta sebanyak mungkin dalam tempoh yang singkat.
Pada bulan Mac 1993, BNM telah memperkenalkan Skim Perbankan Tanpa Faedah (SPTF) yang
membenarkan institusi perbankan konvensional menawarkan produk dan perkhidmatan
perbankan Islam (Bank Negara Malaysia dan Sistem Kewangan di Malaysia, 1999). Langkah ini
adalah sebagai salah satu usaha kerajaan untuk menambah syer pasaran perbankan Islam dalam
pasaran kewangan negara ke arah menjadikan sistem kewangan Islam selari dengan sistem
kewangan konvensional. Pada 1 Disember 1998, istilah SPTF telah digantikan dengan Skim
Perbankan Islam (SPI) memandangkan istilah SPTF tidak mencerminkan penampilan sebenar
operasi perbankan Islam yang dilaksanakan oleh institusi perbankan (Bank Negara Malaysia dan
Sistem Kewangan di Malaysia, 1999).
Malaysia mengamalkan pendekatan sistem dwiperbankan (dual banking system) iaitu
melaksanakan sistem perbankan Islam dan dalam masa yang sama membenarkan operasi sistem
perbankan konvensional (Nor Mohamed, 1996). Model dwiperbankan ini diiktiraf oleh banyak
negara umat Islam yang lain sebagai model perbankan masa depan. Banyak delegasi dari luar
negara terutamanya negara-negara umat Islam datang melawat Bank Negara Malaysia dan Bank
Islam Malaysia Berhad untuk mendalami cara-cara sistem dual banking ini berfungsi (Hamim
et.al, 2008, Archer dan Karim, 2002). Indonesia mula mengikut gaya Malaysia dengan
melaksanakan sistem perbankan Islam di sekitar 1990-an. Formasi ini (islamic windows)
seterusnya menjadi model perbankan Islam bagi sebahagian negara-negara Teluk seperti Bahrain,
Qatar dan UAE (Siddiqi, 2006).
Setelah lebih dua puluh sembilan (29) tahun SPI beroperasi di Malaysia, perkembangan yang
berlaku amat memberangsangkan. SPI telah berkembang dan mewujudkan persaingan yang baik
kepada sistem perbankan konvensional di Malaysia . Data terkini menunjukkan terdapat enam
belas (16) buah bank Islam (Islamic banks) sedang beroperasi di Malaysia termasuk enam bank
luar (foreign banks) iaitu Bank Al-Rajhi, Asian Finance Bank Berhad, Kuwait Finance House
(Malaysia) Berhad, HSBC Amanah Malaysia Berhad, OCBC Al-Amin Bank Berhad dan
Standard Chartered Saadiq Berhad . Selain itu terdapat lima buah bank Islam antarabangsa
(International Islamic banks) yang sedang beroperasi di Malaysia iaitu Al-Rajhi Banking and
6

Investment Corporation, Alkhair International Islamic Bank Berhad, Deutsche Bank


Aktiengesellschaft, Elaf Bank B.S.C. (c) dan PT. Bank Syariah Muamalat Indonesia.Tbk yang
menawarkan produk kewangan berlandaskan syariah. Data yang terkini menunjukkan bahawa
aset perbankan Islam di Malaysia sudah mencapai 72.5 bilion USD dengan purata perkembangan
sebanyak 20% setiap tahun .
SPI menawarkan produk-produk berasaskan prinsip-prinsip syariah yang berbentuk deposit dan
pembiayaan. Produk-produk berbentuk deposit adalah bersandarkan kepada prinsip-prinsip
seperti wadiah dan mudarabah untuk akaun simpanan, akaun semasa dan akaun pelaburan.
Produk-produk yang berbentuk pembiayaan pula berdasarkan prinsip-prinsip seperti bay
bithaman ajil, murabahah, bay al-inah, ijarah thumma al-bay, al-rahn dan musyarakah untuk
pembiayaan individu, pendidikan, kenderaan, perumahan, hartanah, gadaian, projek-projek dan
lain-lain lagi yang diklasifikasikan sebagai pembiayaan runcit. Pembiayaan korporat pula adalah
berdasarkan prinsip-prinsip seperti murabahah, tawarruq, bay bithaman ajil (BBA) dan ijarah.
Pembiayaan perdagangan antarabangsa (trade finance) pula berdasarkan prinsip wakalah,
murabahah, kafalah, bay al-dayn, ujr dan musyarakah untuk urusan pembiayaan perdagangan
import dan eksport dan produk-produk yang ditawarkan adalah seperti Surat Kredit (Letter of
Credit), surat jaminan (Letter of Guarantee), bil penerimaan secara Islam (Islamic Accepted
Bill), jaminan perkapalan (Shipping Guarantee ) dan lain-lain lagi (Abdul Ghafar, 2010).

4.0 MENGANALISIS PRODUK KEWANGAN YANG BEBAS RIBA, GHARAR, DAN


MAISIR DI MANA-MANA PERBANKAN ISLAM
Antara produk-produk kewangan islam yang dijalankan di mana-mana perbankan islam adalah
seperti berikut :
7

Bai Urbun ()
Suatu perjanjian jualan di mana wang cagaran dibayar terlebih dahulu sebagai sebahagian
daripada pembayaran harga aset jika kontrak berterusan hingga selesai. Wang cagaran ini akan
hilang jika pembeli tidak memenuhi kewajipan memuktamadkan pembelian aset. Wang cagaran
yang hilang dianggap sebagai hibah (/hadiah) kepada penjual.
Bai Salam ()
Suatu kontrak di mana pembayaran harga dibuat sepenuhnya terlebih dahulu semasa kontrak
dimetrai supaya aset dapat diserahkan kemudian pada suatu tarikh masa depan. Kualiti aset yang
dirancang untuk dibeli perlu ditetapkan sepenuhnya tanpa meninggalkan kesamaran yang boleh
mendorong kepada pertikaian. Barangan yang dijual merupakan aset biasa, bukannya emas,
perak atau mata wang yang dianggap sebagai pertukaran nilai kewangan yang tertakluk di bawah
peraturan Bai al Sarf, iaitu pertukaran bersama dari tangan ke tangan tanpa lengah. Mod
pembiayaan ini sering digunakan dalam sektor pertanian, di mana bank mendahulukan wang
bagi pembelian pelbagai input pengeluaran bagi mendapatkan saham dalam tanaman tersebut,
yang kemudiannya dijual.

Mudharabah

()

Suatu perjanjian antara pemodal (rabbul mal) yang memberi 100% modal untuk perniagaan
dengan

usahawan

(mudharib)

yang

menguruskan

perniagaan

dengan

menggunakan

kepakarannya. Di bawah kontrak ini, keuntungan yang diperoleh akan dibahagikan antara
mereka mengikut nisbah yang dipersetujui sebelumnya, sementara sebarang kerugian akan
ditanggung sepenuhnya oleh pemodal.

Takaful
Takaful yang bermaksud saling menjamin, berasal dari perkataan Arab - kafala. Konsep takaful
bertujuan mengalakkan tolong menolong dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan
konsep ta'awun. Dalam Islam, menolong atau menyediakan bantuan amatlah digalakkan.

Dalam perniagaan takaful, pemahaman dari maksud ini merupakan satu agenda penting. Ia
diterapkan kepada semua peserta yang mengambil perlindungan takaful untuk berniat ikhlas bagi
saling jamin-menjamin di kalangan mereka ketika ditimpa musibah. Secara amnya, objektif
dalam industri takaful sebenarnya mempunyai persamaan dengan industri insurans konvensional.
Kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana
ditimpa musibah. Secara jelasnya, kedua-dua instrumen ini merupakan satu cara yang moden
untuk memindahkan risiko yang berlaku dan sudah menjadi kebiasaan, sesuatu ganjaran akan
diberi kepada pihak yang sanggup menerima pemindahan risiko ini.
Objektif insurans dapatlah diungkapkan sebagai golongan ramai yang bernasib baik membantu
golongan yang tidak bernasib baik. Sememangnya objektif tersebut adalah diiktiraf oleh
Islam. Al-Quran dalam surah al-Maaidah, ayat 2, secara terangnya turut menyatakan galakan
oleh Allahkepada manusia untuk mengamalkan sikap tolong-menolong, bermaksud:
"Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan
janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan".
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam persidangan yang kelimanya telah memutuskan
iaitu insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans yang ada pada
masa ini adalah suatu muamalah yang fasid (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai dengan prinsipprinsip Islam dari segi aqadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar (tidak ketentuan), maisir
(judi) dan riba.
Adapun Ciri-ciri muamalat yang dianjurkan oleh islam yang mana ianya selari dengan produkproduk perbankan islam adalah terkandung dalam ayat Al-Quran seperti dibawah ini :
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu
sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan
perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu
berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. [26]
Ayat al-Quran di atas dengan jelas menggariskan kepada kita prinsip asas dan yang paling
penting dalam menjalankan apa saja amalan transaksi dalam muamalah / perekonomian
Islam.Setiap orang Islam hendaklah menjalani kehidupannya seolah-olah Allah swt sentiasa
berada disisinya.Kita hendaklah ingat bahawa semua harta yang kita pegang adalah amanah dan

hak Allah swt , tidak kira sama ada harta itu kepunyaan kita sendiri , kepunyaan orang lain atau
kepunyaan seluruh komuniti.
Kalimah bil batil dalam ayat di atas bermaksud , amalan yang bertentangan dengan syariah
dan prinsip moral.Perniagaan adalah proses pertukaran manfaat sebagai keuntungan tanpa
melakukan apa-apa bebanan yang tidak sah atau penipuan terhadap pihak lain.Dalam perniagaan
atau sebarang aktiviti atau transaksi muamalah , segala bentuk aktiviti yang bertentangan
dengan prinsip syariah seperti yang telah dijelaskan sebelum ini adalah dilarang dan hendaklah
dijauhi.
Asas utama dalam menjalankan perniagaan atau sebarang aktiviti muamalah yang berteraskan
kepada prinsip syariah ialah , setiap transaksi muamalah itu mestilah berpaksi dan
bertunjangkan kepada kejujuran dan keadilan.

10

5.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya dapatlah kita fahami konsep muamalat yang dianjurkan dalam islam yang
mana muamalat merupakan satu tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama
manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah s.w.t yang
melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam .

Muamalat dalam ekonomi sudah pastinya menjurus kepada sistem perbankan berasaskan syariat
islam yang menjauhi dari perkara riba, gharar dan maisir. Umat islam masa kini adalah
diwajibkan melabur dalam perbankan islam bukannya di perbankan konvensional. Ini kerana
tiada sebab dan alasan lagi untuk kita melabur di institusi kewangan konvensional sedangkan
perbankan islam telah menular hampir ke semua bank-bank yang ada khususnya di Malaysia.

Sistem perbankan islam juga menawarkan produk-produk kewangan islam yang banyak untuk
kita membuat pilihan dalam memenuhi kehendak dan keperluan kita. Sehingga kini sistem
perbankan islam semakin kukuh dan semakin mendapat perhatian umum khususnya Negara luar
yang telah memasang minat dan mempelajari seterusnya ingin melaksanakan sistem perbankan
islam di negara mereka masing-masing. Ini kerana

sistem perbankan islam bukannya

mementingkan keuntungan semata-mata tetapi ianya adalah untuk membawa kemaslahatan


sejagat kepada umat islam mahupun bukan islam yang melabur di perbankan islam.

11

6.0 RUJUKAN
Datuk Haji Muhammad Noor B. Hj Ibrahim. Tafsir pimpinan Ar-Rahman kepada
pengertian Al-Quran. Kuala Lumpur. Darul Fikir.
Al-Imam Muslim. Terjemahan Hadis Sahih Muslim Jilid 1,2,3,4 . Klang Book
Centre.
Mohammad Nidzam Abdul Kadir. Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Muamalat. Kuala
Lumpur.Telaga Biru.
Prof.Madya Dr.Shamsiah Mohamad. Modul OUM Fiqh Muamalat. Selangor Darul Ehsan. Open
University Malaysia.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Takaful
http://rumahbuku.weebly.com/bangku-ii/fiqh-muamalah-dalam-islam.
http://simplenoteib.over-blog.com/kewangan-islam.html
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2001&dt=0901&sec=Ekonomi&pg=ek_06.htm
http://ppismp205.blogspot.my/2012/03/8-muamalat-dalam-islam.html.

12

Anda mungkin juga menyukai