Proposal Perceraian Hubungkait Dengan Faktor Ekonomi

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 8

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FSSG/FASS)

KERTAS PROJEK (PENDIDIKAN ISLAM)


ABST 4106

TUGASAN

SEMESTER

JANUARI 2017

BIS (KA 9122)


PENGAJIAN ISLAM (PENGURUSAN ISLAM) DENGAN KEPUJIAN

NAMA : NOORIDZAM BIN YUNUS

NO. MATRIKULASI :

NO. KAD PENGENALAN :

NO. TELEFON :

E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN :

NAMA PENYELIA :
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

01 PENGENALAN 3

02 PERSOALAN KAJIAN 5

03 TINJAUAN KAJIAN 5

07 METADOLOGI KAJIAN 7

10 RUJUKAN 8

2
PERCERAIAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN DAN HUBUNGKAIT
DENGAN FAKTOR EKONOMI

Oleh Nooridzam Bin Yunus, Pelajar OUM Semester Januari 2017

PENGENALAN

Keluarga merupakan sebuah institusi yang menjadi asas kepada pembinaan seluruh
sistem sosial dan kebudayaan islam. Keluarga juga merupakan sebuah amanah yang
telah dimandatkan oleh Allah s.w.t kepada hamba-Nya untuk dijaga dan disemai
dengan kasih sayang dengan seikhlasnya. Fungsi utama sesebuah institusi
kekeluargaan adalah untuk mewujudkan suasana Islam dalam menjalani kehidupan
harian supaya ia dapat berkembang dan melahirkan pemangkin yang intelektual pada
masa depan.
Perkahwinan adalah permulaan bagi setiap keluarga. Dengan ini bermulalah
kehidupan antara suami dan isteri secara mutlak. Perkahwinan sebagai mana dengan
ibadah yang lain berrmatlamatkan keredhaan Illahi dan ia merupakan wasilah yang
terbaik untuk mengecapi kebahgiaan hidup yang telah ditetapkan oleh syarak.

Suami isteri bertanggungjawab dalam menjaga dan mempertahankan sebuah institusi


keluarga. Di dalam sesebuah keluarga, sifat kasih sayang, toleransi, saling
bekerjasama dan keadilan hendaklah dipupuk dalam jiwa setiap ahli keluarga.

Namun, tidak semua yang diharapkan dan dirancang itu berjalan seperti yang
diharapkan. Begitu juga dalam isu perkahwinan,perceraian itu tidak boleh dipisahkan.
Keluarga yang bermasalah jika dibiarkan dan tidak cuba mencari jalan penyelesaian
maka sudah pasti berakhir dengan perceraian.
Islam merupakan agama rabbani yang ajarannya bersesuaian dengan kehendak dan
fitrah manusia. Dalam masalah rumahtangga, perceraian adalah salahsatu jalan
penyelesaian yang terakhir sekali dianjurkan setelah perbincangan kedua-dua pihak
dan sesi nasihat telah diambil. Perceraian tidak digalakkan dalam islam dan salahsatu
3
perbuatan yang sangat dibenci dalam islam, namun itulah satu-satunya cara
penyelesaian terakhir kepada pasangan yang bermasalah.
Atas dasar daripada isu tersebut maka kajian ini dilakukan iaitu perceraian di wilayah
persekutuan Labuan hubungkait dengan faktor ekonomi untuk mengetahui sejauhmana
faktor ekonomi penyumbang kepada isu perceraian khususnya di wilayah persekutuan
Labuan.

Seperti yang kita sedia maklum bahawa Labuan merupakan salah satu negeri bebas
cukai. Namun hakikat yang sebenarnya status bebas cukai tersebut hanya terhad
kepada beberapa barang dan perkhidmatan sahaja. Manakala bahan mentah seperi
sayuran dan barang-barang makanan dan lain-lain datangnya dari negeri seberang iaitu
sabah dan Sarawak yang mana menyebabkan harga barang tersebut melambung
kerana tambahan kos-kos pengangkutan. Labuan sebuah negeri yang kecil
bagaimanapun dirasakan taraf hidup di pulau ini sememangnya dirasai tinggi dari segi
barangan bahan mentah dan juga sewaan rumah dan harga rumah yang terlalu tinggi.
Ini menyebabkan kos sara hidup di Labuan antara yang tertinggi di Malaysia.

Justeru itu,kajian ini dibuat untuk membuktikan sedikit sebanyak adakah faktor ekonomi
penyumbang kepada perceraian di wilayah persekutuan labuan.

4
PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk merungkaikan beberapa persoalan unik yang berlaku di
kalangan warga wilayah persekutuan Labuan mengenai faktor ekonomi dalam
menyumbang kepada penceraian. Antara persoalan dan tanggapan awal dalam kajian
adalah seperti berikut :

i. Adakah isu ekonomi dan taraf hidup di wilayah persekutuan Labuan penyebab
berlakunya perceraian seperti di sesetengah negeri lain di malaysia?

ii. Sejauh manakah faktor ekonomi penyumbang kepada penceraian di wilayah


persekutuan labuan

iii. Apakah isu kewangan yang rendah bagi sesebuah keluarga menyebabkan keretakan
hubungan seterusnya membawa kepada perceraian.

iv. Setakat mana kebenaran yang dinyatakan oleh pihak tertentu yang mengatakan
pasangan yang kahwin muda mengalami masalah pengurusan kewangan dan
seterusnya mengambil jalan terakhir iaitu perceraian.

TINJAUAN KAJIAN

Perceraian dalam perkahwinan adalah perbuatan melepaskan ikatan perkahwinan


dengan menggunakan lafaz cerai, talak atau seumpamanya oleh suami kepada isteri.
Dalam hal ini Allah SWT berfirman yang maksudnya:

Talaq (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk
dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan
(menceraikannya) dengan cara yang baik. (Surah Al-Baqarah :229)

Sabda Rasulullah SAW:

5
Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-
sungguh, dan dilakukan dengan bergurau (main-main) adalah dianggap bersungguh-
sungguh, iaitu nikah, talaq dan rujuk. (HR Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, At-Tirmizi
dan Al-Hakim)

Sabda baginda lagi:

Seburuk-buruk yang halal kepada Allah SWT ialah talaq (HR At-Tirmizi dan An-Nasai)

isu perceraian merupakan satu isu yang sangat membimbangkan di negara kita
khususnya di wilayah persekutuan labuan. Akhbar nasional melaporkan bahawa
sebanyak 75,299 kes perceraian direkodkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
di seluruh Negara pada 2007 dan 2008 termasuk kes-kes tertunggak bagi tahun-tahun
sebelumnya. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 64,631 kes dicatatkan pada 2007
yang turut melibatkan tunggakan kes tahun-tahun sebelumnya, manakala 10,668 kes
dilaporkan tahun 2008.(Utusan Malaysia, 2009).

Dikatakan punca krisis rumahtangga ini adalah kerana tidak serasi, kecurangan,
poligami, karenah dan campur tangan keluarga yang keterlaluan, masalah kesihatan
pasangan termasuk kesuburan, suami isteri bermain kayu tiga, hutang yang banyak,
masalah ekonomi, pengangguran, peluang kerja terhad, komitmen kerja dan
kerjaya yang terlalu tinggi, simptom cemburu buta - kurung pasangan, dan kurangnya
didikan moral -penderaan dan pengabaian (Harian Metro, 2008).

Isu kewangan dikenal pasti sebagai faktor utama menyebabkan perceraian dalam
kalangan pasangan muda di Perak, kata Pengerusi Pertubuhan Ibu Tunggal
Kebangsaan Malaysia cawangan Perak Wan Safariah Munsurdin.

Beliau berkata berdasarkan statistik, seramai 35,000 ibu tunggal berdaftar dengan
pertubuhan itu dan daripada jumlah berkenaan 30 peratus adalah golongan muda
berumur antara 25 dan 35 tahun. "Kita dapati pasangan bercerai muda ini rata-rata
tidak berkemampuan selepas mempunyai anak. Mereka tidak mampu menyara rumah
tangga. "Malah kita dapati ada juga suami jenis panas baran dan apabila pendapatan isi

6
rumah tidak mencukupi...ditambah dengan tekanan menyebabkan mereka melafazkan
cerai," katanya. (sinar online, 2016)

Hasil tinjauan daripada beberapa keratan akhbar dan laporan berita mendapati isu
ekonomi seperti masalah hutang yang berlebihan, isu kewangan,pengangguran, kerja
yang terhad, dan lain-lain membuktikan bahawa ekonomi seseorang juga menjadi faktor
kepada isu berlakunya perceraian.

METADOLOGI KAJIAN

Metolodogi kajian ini membincangkan kaedah penyelidikan yang digunakan dalam


kajian. Antara aspek yang disentuh ialah reka bentuk kajian, kumpulan sasaran,
instrumen kajian dan prosedur kajian seperti di bawah :

1. Kumpulan Sasaran Kajian atau tempat mengumpul dan mendapatkan maklumat


adalah di cawangan perkahwinan dan pembangunan keluarga jabatan agama islam
wilayah persekutuan Labuan dan juga di mahkamah syariah wilayah persekutuan
Labuan.

2. Prosuder Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengumpul sebanyak mungkin maklumat


berkenaan isu perceraian yang disebabkan oleh faktor-faktor ekonomi melalui laporan-
laporan yang direkod oleh pegawai-pegawai di dua agensi yang terlibat. Antara
prosedur yang perlu dibuat adalah menghantar surat permohonan untuk meminta data
atau statistik berkaitan tajuk kajian dan seterusnya menunggu maklum balas daripada
kedua-dua agensi terbabit.

Hasil daripada data tersebut berupaya untuk membantu pengkaji menilai sejauhmana
faktor ekonomi menyumbang kepada masalah perceraian di wilayah persekutuan
Labuan.

3. Rekabentuk Kajian

7
Rekabentuk penyelidikan ialah perancangan yang menentukan cara penyelidikan
dijalankan untuk menemukan jawapan kepada permasalahan penyelidikan yang telah
ditetapkan. Rekabentuk melibatkan beberapa aspek penyelidikan seperti
permasalahan, strategi dan perkaitan sebab akibat. Rekabentuk juga akan menetapkan
unit analisis, populasi, persampelan, variabel, cara pengukuran, pengumpulan dan
penganalisisan data (Sulaiman Masri, 2003:25). Dalam kajian ini, pendekatan kualitatif
diaplikasikan dengan proses temubual serta kuantitatif yang melibatkan penggunaan
data atau statistik yang diperolehi daripada mahkamah syariah wilayah persekutuan
Labuan.

4. Instrumen Kajian

Soal Selidik Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik
yang diisi sendiri oleh responden. Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan
data di mana ia mengukur sejauhmana anggapan orang ramai mengatakan ekonomi
menjadi punca masalah rumahtangga.

SENARAI RUJUKAN

Prof Dr.Ahmad Shuib,Dr Thinagaran Perumal,ProfDr Nagarajah Lee, Module OUM


Research Methodology, Selangor Darul Ehsan, Open University Malaysia.

Aziz Salleh.1993.Asas Kaunseling Islam.Utusan publications & Distributors. Kuala


Lumpur.

Mohd Suhadi Mohamad Sidik, Cadangan Kajian : Sejauh mana Faktor Demografi
Menjadi Pemyebab Konflik Yang Membawa Kepada Perceraian Dalam Kalangan
Pasangan Islam Di Daerah Alor Setar Kedah

Chua Yan Piaw. Kaedah Penyelidikan (Kaedah dan Statistik Penyelidikan)

http://harjin-bismillah.blogspot.my/2010/09/konsep-perceraian-dalam-ajaran-islam.html

Anda mungkin juga menyukai