Pemilihan Kerjaya

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

NAMA

: CHITRA DEVI A/P NARINA

NO.K/P

: 870910-05-5086

LAPORAN

: TEMUBUAL ( PENGENDALIAN SESI BIMBINGAN KAUNSELING


KELOMPOK YANG TELAH DIJALANKAN )

PENSYARAH : PUAN. ROKIYAH BINTI BUYONG

Membuat pemilihan kerjaya di peringkat awalan adalah sangat penting kerana apabila
murid telah tamat tahun enam, mereka akan diberikan pilihan untuk memilih bidang dan subjek
yang diminati. Terdapat beberapa pilihan teras dan elektif yang perlu diketahui oleh murid
sebelum membuat keputusan memilih kumpulan elektif yang dikehendaki.
Pemilihan kerjaya yang tepat dan bersesuaian dengan kelulusan, minat dan personaliti
diri adalah sangat penting dalam menentukan arah tuju kehidupan seseorang individu. Tidak
mengetahui apa yang berlaku di hari esok adalah kuasa Tuhan, keupayaan merangka strategi
untuk hari esok adalah kekuatan manusia Eddy (2007). Oleh itu jika tersalah pilih atau tersalah
mengatur strategi dalam memilih pekerjaan boleh menimbulkan rasa bosan dalam bekerja,
menyesal, menanggung kerugian atau lain-lain risiko yang tidak menyenangkan dalam hidup
Ahmad Baharuddin (2007).
Sharp dan Marra (1971) dalam Mansur (1986), menyatakan masalah utama yang sering
dihadapi oleh pelajar masa kini adalah untuk membuat pemilihan kerjaya yang menepati minat,
kebolehan, bakat dan sahsiah diri mereka sendiri
Menurut Noor Aini (1996) sebab-sebab mengapa timbulnya masalah dalam membuat
pemilihan kerjaya ini adalah seperti berikut:-

1. Masalah Tidak Boleh Membuat Keputusan Dengan Tepat.


Timbulnya masalah ini disebabkan oleh individu tersebut tidak mempunyai minat dalam
berbagai bidang, minat yang tidak jelas atau betul-betul tidak tahu kerjaya yang sesuai
dengan kebolehan yang ada pada dirinya. Inilah yang menyukarkan individu tersebut
membuat pemilihan kerjayanya.
2. Ketiadaan Kesempurnaan Semasa Membuat Keputusan
Individu tidak dapat mengagak dengan baik tentang minatnya, kebolehan ataupun bakat
dan sahsiahnya. Kadangkala pemilihan yang dibuat tidak setimpal dengan sifat peribadi.
Ada pemlihan yang dibuat terlalu tinggi dan ada pula yang terlalu rendah berbanding
dengan kemampuan dan keupayaan semulajadi atau perolehan yang terdapat pada diri
seseorang itu.
3. Kekurangan Pengetahuan atau Maklumat Tentang Pekerjaan
Masalah ini sering berlaku pada peringkat umur dan perkembangan pelajar, dimana pada
peringkat ini pelajar tidak mendapat pendedahan dan penerangan yang mencukupi
tentang peluang-peluang pekerjaan dan jenis pekerjaan yang boleh mereka ceburi nanti.

Menurut Hairunnaja (2005) situasi berkaitan dengan masalah pemilihan kerjaya pelajar di
masa kini iaitu masalah tentang pelajar yang kehilangan hak untuk memilih subjek yang diminati
kerana pihak sekolah telah menetapkan subjek kepada pelajar untuk memudahkan urusan pihak
sekolah. Masalah yang diusulkan ialah pelajar iaitu kemungkinan untuk menghadapi kegagalan
sekiranya pelajar memilih bidang yang tidak diminati. Rahim Abdullah (1999) menegaskan
bahawa seseorang hendaklah mengetahui apa yang mereka mahu dalam hidup dan kemudian

bekerja keras untuk sampai kepadanya kerana peluang biasanya tidak selalunya datang berulang.
Tambahnya lagi seseorang yang berjaya itu adalah orang yang tahu apa yang dibuatnya.
Dalam tujuan literatur penyelidik akan membuat sorotan kepentingan pemilihan kerjaya
pelajar perdagangan di sekolah menengah kebangsaan.penyelidikan ini merangkumikaedah,
prosedur, tatacara dan program yang digunapakai untuk mendapatkan data ayng diperlukan bagi
mencapai matlamat kajian serta untukmenjawab persoalan kajian yang telah ditetapkan.
Metodologi kajian ini dijalankan dalam bentuk soal selidik yang akan diedarkan kepada
para pelajar yang mengambil mata pelajaran perdagangan di Sekolah Menengah Kebangsaan di
sekolah menengah kebangsaan tengku panglima raja. Kaedah soal selidik akan dijalankan untuk
mendapatkan maklumbalas mengenai factor utama pemilihan kerjaya pelajar melalui pendekatan
kolaboratif di sekolah-sekolah yang telah dipilih, dari segi pengurusan, pengajaran dan
pembelajaran.

RUJUKAN

Abdul halim ramli dan ahmad che yaacob. Pemilihan kerjaya di kalangan bakal graduan: satu
perbandingan gender di uitm cawangan johor.
Syed nasir bin sayed mahadi (1998), factor-faktor pemilihan kerjaya pelajar. Tesis sarjana
university utara Malaysia.
Azhar Muhammad dan rakan-rakan (2006) penguasaan pelajar sekolah menengah aliran agama
terhadap pengajian ilmu retorik arab. Pusat pengajian islam dan pembangunan social.
University teknologi Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai