Contoh Proposal Geografi (Nilai Cintakan Alam Sekitar)
Contoh Proposal Geografi (Nilai Cintakan Alam Sekitar)
Contoh Proposal Geografi (Nilai Cintakan Alam Sekitar)
1.1 Bidang Penyelidikan : Pendidikan Geografi Nilai cintakan alam sekitar dalam kalangan pelajar Geografi Menengah Rendah 1.2 Latar Belakang Kajian Pada tahun 2000, kandungan mata pelajaran Geografi digubal berdasarkan pemahaman bahawa bumi dan alam sekitarnya adalah ruangan kediaman
manusia.Kandungan ini merangkumi kajian tentang interaksi manusia dengan alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia (Sukatan dan Huraian Sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Geografi,2000) Subjek Geografi merupakan salah satu subjek yang diwacanakan dapat membentuk dan membina generasi cintakan alam sekitar.Nilai adalah selaras dengan hasrat Malaysia yang menitikberatkan pendidikan alam sekitar kerana menyedari ancaman yang sedang dihadapi negara, khususnya kesan daripada pembangunan dan tindakan manusia dalam mengubah alam sekitar (Abd Rahim Abd Rashid, 2001). Permasalahan global yang kian meningkat dan telah menimbulkan pelbagai isu seperti pemusnahan hutan, pencemaran, kesan rumah kaca, penipisan lapisan ozon, hakisan dan kepupusan spesies maka adalah penting untuk menyerapkan nilai cintakan alam sekitar ini dalam kalangan pelajar itu sendiri. Oleh yang demikian,penerapan nilai cintakan alam sekitar ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman serta mewujudkan sensitiviti pelajar terhadap fenomena alam secara setempat dan global. Hal ini sangat berkaitrapat dengan matlamat negara bagi melahirkan dan membina masyarakat yang sensitif dan memiliki pengetahuan yang tepat, berkemahiran dan nilai terhadap isu alam sekitar dan berkeupayaan untuk memberi sumbangan kepada penyelesaian masalah alam sekitar(Mohammad Zohir Ahmad,2007). Justeru, hal ini secara tidak langsung dapat membentuk pelajar yang peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar serta memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan
komitmen untuk berusaha dan bertindak secara individu atau bersama ke arah penyelesaian isu-isu alam sekitar.Usaha ini selaras dengan matlamat dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan individu yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Oleh yang demikian, tugas seorang guru di sekolah bukan hanya mengajar dan memberikan pengalaman yang ada padanya kepada para pelajar malah mempunyai peranan yang lain. Guru merupakan suatu agen penyampai dan penyebar maklumat kepada pelajar atau masyarakat supaya mempunyai nilai tahap sosial yang mantap dan tinggi. Guru juga merupakan pengajar dan penyebar ilmu ( Esah Sulaiman, 2004 ). 1.3 Pernyataan Masalah Negara kita berhadapan dengan pelbagai isu alam sekitar yang kian hari kian mencabar.Punca pencemaran kini tidak lagi mengenal sempadan. Pada tahun 1997, seluruh negara berhadapan dengan bencana pencemaran udara merentasi sempadan iaitu episod jerebu yang disebabkan oleh pembakaran hutan di Indonesia.Kejadian ini bukan sahaja memusnahkan alam sekitar, malahan juga telah mengakibatkan kerugian kepada ekonomi negara serta menggugat kesihatan orang ramai ( Rosnani, 1990). Isu alam sekitar merupakan isu yang semakin hangat diperkatakan pada masa kini sama ada dalam media cetak mahupun media elektronik. Namun begitu, walaupun pendidikan alam sekitar diajar dan dimasukkan dalam beberapa topik dalam menengah rendah, yang diharapkan dapat membentuk sikap yang lebih positif serta lebih bertanggungjawab tetapi ramai yang gagal menterjemahkan kesedaran itu dalam bentuk komitmen (Starke,1990). Oleh itu, terdapat ramai pelajar yang mempunyai kesedaran terhadap alam sekitar, tetapi masih mempunyai sikap yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar(Tiwi Kamidin, 2006).Oleh itu, meskipun pendedahan telah diberikan, namun kesedaran pelajar didapati masih berada pada tahap yang rendah dan kurang memuaskan. Menurut Ng Tiak Sui(1997), perkara ini dapat dilihat dengan jelas sekali
apabila masih terdapat pelajar yang membuang sampah di merata-rata tempat sama ada dalam kawasan sekolah mahupun di luar kawasan sekolah. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 2001, 16,247 tan sampah dihasilkan di Malaysia setiap hari (Azrina bt Sobian,2003). Jika dilihat kepada statististik yang dikeluarkan, lihatlah betapa banyaknya sampah yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia. Jika hal ini tidak diterapkan daripada awal dalam kalangan pelajar itu sendiri, kemungkinan pada suatu hari nanti Malaysia akan tenggelam dengan sampah. Jika terus dibiarkan, kemajuan dan kesejahteraan masyarakat dan negara akan tergugat di samping kesinambungan hidup serta masa depan bangsa dan negara akan turut terancam(Abu Hassan,2002 dalam Munirah Ahmad Darsuki,2004). Oleh itu, melalui nilai yang telah diterapkan ini, Hungerford dan Volk (1990)dalam Palmer(1988) telah mengkaji tentang sikap dan tanggungjawab warganegara dapat dibentuk melalui Pendidikan Alam Sekitar. Sistem pendidikan yang hanya menitikberatkan akademik semata-mata dan keghairahan guru untuk menghabiskan silibus juga menjadikan pelajar-pelajar kurang peka dan sensitif dan akan mewujudkan generasi yang pakar dalam keilmuan tetapi lemah dalam berakhlak.Masyarakat moden hari ini lebih ramai yang menderita akibat nilai negatif yang terdapat pada konsep ilmu sekarang(Mohd Kamal Hasan,1988 dalam Abd Rahim bin Hamdan,2007). Justeru, kajian ini dilakukan bagi mengetahui sejauhmana kefahaman pelajar menengah rendah tentang konsep cintakan alam sekitar dan kepekaan pelajar itu sendiri dalam menghadapi isu alam sekitar yang sedang hangat diperkatakan. Apabila telah ada kesedaran terhadap isu alam sekitar ini, penterjemahan perkara tersebut melalui perlakuan dan mampu melahirkan dan membina rakyat Malaysia yang sensitif dengan isu alam sekitar serta bertindak mencari jalan penyelesaian.
1.4 Objektif Kajian Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk: a. Mengenalpasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu alam sekitar masa kini. b. Mengenalpasti tahap kepekaan pelajar terhadap isu alam sekitar masa kini. c. Mengenalpasti tahap penerapan nilai cintakan alam sekitar dalam pengajaran dan pembelajaran Geografi yang dilakukan di dalam kelas yang dapat menimbulkan kesedaran terhadap isu alam sekitar lalu mengaplikasikannya sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. 1.5 Batasan Kajian Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauhmana wujudnya nilai cintakan alam sekitar dalam kalangan pelajar Geografi Menengah Rendah di Daerah Raub. Sehubungan dengan itu, kajian ini hanya dijalankan di sekolah menengah Daerah Raub sahaja. Sampel yang dipilih untuk kajian ini terdiri daripada pelajar Tingkatan 2 sahaja. Pelajar tingkatan 1 tidak dipilih sebagai sampel kajian kerana subjek Geografi bagi tingkatan 1 merupakan subjek pengenalan. Pemilihan pelajar tingkatan 2 kerana berikutan merupakan tahun kedua mereka belajar Geografi dan mereka biasa dengan subjek tersebut. Bilangan sampel yang diambil adalah seramai 30 orang bagi setiap kelas.Jadi, jumlah keseluruhan sampel adalah seramai 180 sampel bagi 6 kelas Tingkatan 2. Jadi, analisis data perlu dibuat dengan lebih berhati-hati. 1.6 Metodologi Kajian 1.6.1Rekabentuk kajian Kajian ini adalah kajian tinjauan. Kajian ini dijalankan untuk meninjau sejauh mana dalam diri pelajar mempunyai nilai cintakan alam sekitar dalam pengajaran dan pembelajaran Geografi Menengah Rendah. Apabila telah ada kesedaran, adakah
penerapan nilai tersebut diterjemahkan dalam perlakuan masing-masing.Kajian ini menggunakan soalan soal selidik. Pengkaji akan mengedarkan soal selidik ini dari kelas ke kelas untuk mendapatkan data. Dapatan kajian akan dianalisis secara statistik deskreptif iaitu min, sisihan piawai, frekuensi dan peratus. Kaedah ini merupakan kaedah yang sangat sesuai dijalankan bagi mendapatkan data tersebut. 1.6.2 Populasi dan sampel kajian Sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah semua pelajar Tingkatan 2 di salah sebuah sekolah menengah di Daerah Raub. Jumlah sampel bagi setiap kelas adalah
seramai 30 orang. Jadi, seramai 180 sampel akan diambil bagi 6 kelas Tingkatan 2 sekolah berkenaan. Rasional pengkaji memilih responden daripada salah sebuah sekolah menengah di Raub adalah kerana subjek Geografi ini merupakan subjek teras yang wajib diambil oleh semua kategori sekolah.Jadi, tiada sebarang masalah untuk mencari sampel dan seterusnya menjalankan kajian. 1.6.3 Instrumen Kajian Bagi menjawab persoalan ini, soalan soal selidik digunakan untuk mendapatkan data maklumat tentang nilai cintakan alam sekitar dalam kalangan pelajar geografi menengah rendah. Set soalan soal selidik ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A, B dan C. Bahagian A terdiri daripada soalan-soalan tentang maklumat diri responden (profil). Responden hanya menanda di ruangan yang berkaitan dengan maklumat diri yang dinyatakan. Bahagian B pula terdiri daripada 3 soalan kajian yang digunakan untuk mencapai objektif kajian ini. Soalan-soalan ini akan dipecahkan kepada item-item yang berkaitan. Skala Likert 5 akan digunakan untuk memudahkan responden menjawab item-item ini. Skala
Likert ini didapati sesuai untuk mengukur persepsi dan pandangan responden berhubung isu atau perkara( Azizi Yahya et al, 2007) Bahagian C pula terdiri daripada dua soalan terbuka bebas iaitu responden akan menulis sendiri di ruangan yang ditetapkan. 1.6.4 Prosedur Pengumpulan Data Setelah mendapat kebenaran menjalankan penyelidikan daripada Bahagian Kajian Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia, kajian dimulakan dengan menjalankan kajian rintis di sebuah sekolah menengah di Raub selama sehari. Pengkaji akan pergi sendiri ke
sekolah-sekolah berkenaan untuk berjumpa dengan responden. Setelah data dianalisis dan memperoleh nilai Alpha yang bersesuaian untuk mencari kesahan dan
kebolehpercayaan,pengkaji akan menjalankan penyelidikan sebenar ke salah sebuah sekolah menengah yang terpilih di Raub. Kutipan data dimulakan dengan menggunakan borang soal selidik yang dijalankan dalam lingkungan satu minggu. Pengkaji akan berjumpa sendiri dengan responden untuk mendapatkan data di sekolah masing-masing setelah mendapat surat kebenaran menjalankan kajian daripada Bahagian Penyelidikan Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia dan Unit Kualiti Jabatan Pelajaran Negeri Pahang. 1.6.5 Analisis Data Setelah selesai menjalankan tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik, dapatan dan data daripada kajian akan diproses. Data akan dianalisis secara deskreptif dengan menggunakan min, frekuensi, peratus dan sisihan piawai untuk paparan kajian. Data-data ini akan diproses dengan menggunakan SPSS ( Statistic Package for Social Science ) Versi 14. Analisis data dan penulisan laporan akan bermula dan akan disiapkan dalam tempoh sebulan.
1.7 Kepentingan Kajian Dapatan kajian ini diharapkan dapat menimbulkan kesedaran kepada guru tentang kepentingan penerapan nilai cintakan alam sekitar dalam pengajaran dan pembelajaran Geografi Menengah Rendah. Dengan mempertimbangkan nilai ini, penumpuan dalam bilik darjah akan menjadi lebih holistik iaitu tidak hanya menekankan kepada aspek kognitif sahaja tetapi juga aspek afektif yang melibatkan perkembangan sikap, tingkah laku, moral, nilai dan penghayatan ( Abd Rahim Abd Rashid, 2002 ). Dapatan kajian ini juga diharapkan dapat memberi gambaran kepada guru tentang kesedaran dan kepentingan pelajar itu sendiri mencintai alam sekitar dalam menghadapi masalah global pada masa kini. Betapa pentingnya kesedaran itu sebenarnya bermula daripada sekolah, kemudian diperluaskan kepada kawasan kejiranan akhirnya kepada masyarakat itu sendiri. Pengamalan mencintai alam sekitar itu sebenarnya itu yang perlu diaplikasikan dalam diri setiap pelajar. Hasil kajian ini juga mengharapkan supaya guru bersiap sedia mengambil langkahlangkah yang efektif jika dalam diri pelajar itu tidak mempunyai nilai cintakan alam sekitar. Hal ini supaya apabila pelajar itu sendiri keluar daripada sistem pendidikan, maka dia bukan tergolong sebagai perosak alam sekitar. Selain itu juga, melalui kajian yang dilakukan ini akan dapat dan mampu melahirkan rakyat Malaysia yang cintakan alam sekitar. Pendidikan tentang kesedaran mencintai alam sekitar perlu dijalankan daripada peringkat awal lagi supaya kesedaran dan kepekaan tentang isu alam sekitar ini diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Seterusnya akan dapat melahirkan rakyat Malaysia yang cintakan alam sekitar. Jadi, jika nilai cintakan alam sekitar dapat diterapkan, penyelesaian terhadap segala permasalahan tentang alam sekitar akan dapat diatasi.
BIL
BULAN JADUAL KERJA/MINGGU Surat Menyurat Penyediaan Instrumen Pemurnian Instrumen Menjalankan kajian rintis Analisis Data Kajian Rintis Kajian Sebenar Analisis Data Kajian Sebenar Menghasilkan laporan
BULAN 1 M M 1 2 X X M 3 X M 4
BULAN 2 M 1 M 2 M 3 M 4
BULAN 3 M 1 M 2 M 3
BULAN 4 M M 4 1 M 2 M 3
BULAN 5 M M 4 1 M 2 M 3 M 4
BULAN 6 M 1 M 2 M 3 M 4
1 2 3 4 5 6 7 8
X X X X X X X X X X X X X X X X X X
Abd Rahim Abd Rashid. ( 2001 ). Nilai-nilai Murni dalam Pendidikan : Menghadapi Perubahan dan Cabaran Alaf Baru. Kuala Lumpur. Penerbit Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Abd Rahim Abd Rashid. ( 2002 ). Pengajaran dan Pembelajaran Sains Sosial: Teori dan Amalan. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya. Azizi Yahya. ( 2007 ). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur. Penerbit PTS Profesional Publishing Sdn Bhd. Azrina bt Sobian (2003). Pengurusan Sistem Pepejal di Malaysia dan masalahnya. Kuala Lumpur. Kementerian Alam Sekitar. Hungerford, & Volk T.(1990).Changing Leaner Behavior Through Environmental Education dalam Palmer, J.A ( 1998 ).Environmental Education in The 21st Century:Theory,Practice,Progress and Promise.London and New York:Routledge. Esah Sulaiman. ( 2004 ). Pengenalan Pedagogi. Skudai Johor Darul Takzim. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Uzi bin Dollah. ( 2007 ). Penerapan Nilai Dalam Pengajaran Guru Matematik Sekolah Menengah : Satu Kajian Kes. Pulau Pinang. Penerbit Universiti Sains Malaysia. Mohammad Zohir bin Ahmad.(2007). Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah: Komitmen Guru. Pulau Pinang. Penerbit Universiti Sains Malaysia. Sukatan dan Huraian Sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. ( 2000 ).Geografi Tingkatan 1 hingga 3. Pusat Perkembangan Kurikulum. Starke,L.(1990). Signs of Hope:Working Towards Our Common Future. New York.Oxford University Press. Tiwi Kamidin.(2006). Perkaitan Antara Pengetahuan Alam Sekitar dan Sikap Terhadap Alam Sekitar Dalam Kalangan Guru Pelatih Maktab Perguruan Batu Lintang. Pulau Pinang. Penerbit Universiti Sains Malaysia.