Laporan Reflektif Lawatan Penanda Aras

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 3

Laporan Reflektif Lawatan Penanda Aras Sekolah Cemerlang

Program khidmat masyarakat yang dijalankan pada 14 April 2016 di SK


Sungai Dua, Pulau Pinang telah disempurnakan dengan lancar dengan
kerjasama pihak pengurusan dan bimbingan mentor-mentor. Kumpulan kami
telah merancang dan membuat persediaan yang secukupnya untuk
menyediakan semua bahan dan barangan yang diperlukan untuk menjayakan
program ini. Pada hari tersebut, kami telah menjalankan aktiviti seperti
taklimat daripada pihak pengurusan sekolah, sesi soal jawab dengan pihak
pengurusan sekolah, melawat kawasan sekolah, dan interaksi dengan murid
cemerlang di kawasan SK Sungai Dua. Sepanjang program ini dilaksanakan,
saya telah menimba banyak pengalaman yang berharga.
Terdapat beberapa kekuatan yang boleh saya dapati sepanjang
melaksanakan program ini iaitu mempunyai semangat kerjasama dan
bersungguh-dalam melaksanakan program ini. Kami telah berganding bahu
dalam menyumbangkan idea, fikiran dan tenaga supaya program dapat
berjalan dengan lancar tanpa sebarang kekangan. Selain itu, dengan adanya
program sebegini secara tidak langsung saya dapat menambah dan
mendalami dengan lebih mendalam mengenai bagaimana untuk berurusan
dengan pihak luar. Sekiranya diberi tugasan semasa di sekolah nanti secara
tidak langsung mampu menguruskan dan tidak teragak-agak untuk menolak
apa sahaja kerja yang diberikan oleh guru besar. Dalam perjalanan menjadi
seorang guru yang cemerlang, pengalaman memainkan peranan yang sangat
penting. Ia bermula dari dalam diri guru itu sendiri dan dipersekitaran dirinya.
Jika ia mampu melakukan pada masa sekarang iaitu mampu mengendalikan
dan menguruskan sesuatu perkara bermakna pada masa akan datang tidak
mustahil akan dapat melakukan kerja tersebut dengan lebih baik dan
cemerlang.
Kekuatan yang lain boleh dilihat ialah dari pihak sekolah sendiri dalam
mentadbir sekolah tersebut. Saya dapati bahawa guru besar dan penolong
kanan sekolah tersebut merupakan seseorang pendidik yang suka merendah
diri.

Beliau

menyatakan

bahawa,

sebarang

perubahan

dan

budaya

kecemerlangan yang diterapkan di sekolah tersebut adalah sama seperti

sekolah-sekolah yang lain, tiada banyak perbezaan dilakukan. Namun, beliau


amat menekankan disiplin di sekolah tersebut. Bukan sahaja murid-murid
perlu berdisiplin malahan guru-guru juga tidak terkecuali. Menurut beliau
sahsiah sahaja bukan datang dari murid tetapi mesti datang dari guru barulah
murid akan mengikuti. Selain itu, tema atau prinsip yang dipegang oleh beliau
dalam mentadbir sekolah ialah komitmen guru yang tinggi perlu diamalkan
dalam bidang pendidikan. Untuk menjadi seorang guru yang hebat beliau
menyatakan bahawa seorang guru perlu jadi agen perubahan iaitu yang
sentiasa mengikuti peredaran semasa. Agen perubahan yang dimaksudkan
ialah boleh bercampur dengan pelbagai lapisan masyarakat serta dapat
membetulkan sentimen minda masyarakat. Pada masa yang sama, guru
perlu sedia berkorban untuk kepentingan murid dan mempunyai minat yang
mendalam dalam bidang pendidikan agar dapat bersumbang dengan ikhlas.
Selain itu, saya dapati kekuatan di sekolah tersebut ialah murid mereka
digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan aktiviti kokurikulum di
samping bidang akademik. Sebagaimana yang sedia maklum, SK Sungai
Dua mencapi tahap cemerlang dalam permainan bola sepak. SK Sungai Dua
mempunyai ramai pemain bola sepak yang cemerlang dan terlibat dalam
pertandingan peringkat daerah dan negeri secara aktif. Bukan Itu sahaja,
Penolong Kanan Kokurikulum turut memaklumkan bahawa terdapat murid
yang cemerlang dalam permainan bola tampar, bola baling dan olahraga. SK
Sungai Dua turut menyediakan satu gymnasium supaya para murid
mempunyai ruang kahs untuk melatih stamina diri. Dari segi akademik pula,
murid diajar untuk menitikberatkan keputusan masing-masing di samping
melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Sehubungan dengan itu, para atlet
sukan turut mencapai tahap yang cemerlang dalam bidang akademik.
Di samping itu, kelemahan yang boleh dikenalpasti sepanjang
melakukan tugasan ini ialah kekangan yang saya maksudkan adalah dari segi
masa, tenaga dan komitmen sesama unit. Ini telah menyukarkan kami untuk
menjayakan program tersebut. Selain itu, kelemahan yang lain boleh dilihat
ialah bagi sekolah tersebut ialah kemudahan padang yang kecil untuk
menampung kegunaan murid. Guru-guru terpaksa mengaturkan masa bagi
penggunaan padang untuk latihan pelbagai acara sukan dan permainan.

Bagi mengatasi semua kekangan di atas, terdapat beberapa


penambahbaikkan

dan

cadangan. Antaranya

ialah

kami

telah

cuba

menyiapkan segala kertas kerja serta surat menyuarat yang diperlukan


seawal mungkin. Selain itu, masalah kekeliruan dan keraguan yang timbul
telah diatasi dengan semua unit telah berganding bahu serta bergilir-gilir
untuk menjalankan tugas supaya tidak berlaku pertelingkahan antara satus
sama lain. Bagi penambahbaikkan dari segi masa yang diperuntukkan pula,
carilah waktu dan masa yang sesuai untuk menagadakan program tersebut
serta semua maklumat yang ingin disampaikan dapat disalurkan dengan
mudah dan tidak tegesa-gesa.
Seterusnya, program lawatan penanda aras sekolah cemerlang ini
telah memberi peluang kepada para guru pelatih untuk mengenali tentang
makna sekolah cemerlang. Sebenarnya mencapai dan mengekalkan taraf
sekolah cemerlang bukan perkara yang mudah. Komitmen dan kerjasama
setiap kakitangan sekolah adalah perkara yang paling diutamakan. Selain itu,
lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan oleh guru-guru pelatih
kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada kami untuk
bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin
sebelum bergelar guru agar kami lebih bersedia untuk membangunkan dan
meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang. Lawatan ini dapat
memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang pengurusan sesebuah
sekolah

bagi

memastikan

sekolah

terus

berada

dalam

kemuncak

kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah


ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah ini
supaya terus cemerlang
Secara kesimpulannya, program ini telah memberi pengalaman yang
amat berharga dan bermakna. Saya berpendapat bahawa objektif BIG Fasa
5 ini telah berjaya dicapai. Saya berharap program seperti ini akan dapat
diteruskan pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai