Bab 1 Kemahiran Komunikasi

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 9

Bab 1 Kemahiran Komunikasi

Definisi dan Konsep Komunikasi


Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai pemindahan maklumat dan makna daripada satu pihak(penghantar) kepada
pihak yang lain (penerima). Proses komunikasi melibatkan 5 langkah. Iaitu:

Model-model Komunikasi
Komunikasi Linear
Merupakan satu komunikasi satu hala iaitu pengirim menghantar mesej kepada penerima.
Penerima tidak memberi maklumbalas.
Bising dan gangguan boleh menggnggu komunikasi ini.
Komunikasi Interaksional
Komunikasi dua hala antara penghantar dan penerima mesej.
Maklumbalas berlaku melalui bentuk verbal dan bukan verbal
Pengirim dan penerima bergilir untuk menghantar mesej.
Komunikasi Transaksional
Merupakan komunikasi secara berterusan diantara pengirim dan penerima mesej.
Pengirim dan penerima berkomunikasi secara serentak.
Kepentingan Kemahiran Komunikasi
Kemahiran berkomunikasi perlu dikuasai bagi memudahkan seseorang mendapat kawan dan diterima
dalam masyarakat. Walaubagaimanapun kita perlu mengetahui latar belakang dan konteks sesuatu situasi
dan keadaan sebelum melakukan komunikasi. Ini adalah penting untuk mendapat satu komunikasi yang
berkesan.
1.HubunganInsan(Kemasyarakatan)

Perbezaan budaya sering menjadi faktor penghalang untuk melakukan komunikasi jika terdapatdua
orang yang berasal dari latar belakang budaya yang berbeza.

Pemahaman dan kaji selidik berkaitan budaya dan adat resam sesuatu bangsa atau kaum memudahkan kita
untuk berkomunikasi dengan betul.

Pemahan psikologi iaitu pengatahuan tentang pemikiran, perasaan dan tingkah laku adalah penting selain
kemahiran berkomunikasi didalam hubungan insan.
1.
2.Akademik


Amat penting bagi seseorang mahasiswa untuk berhubung dengan para pensyarah khususnya untuk
menyiapakn tugasan kursus (exciment). Ianya meliputi penguasaan dalam penulisan dan juga lisan.

Contoh :
1.
Mahasiswa tidak boleh menggunakan bahasa rojak dan bahasa slanga apabila berkomunikasi
dengan pensyarah atau menggunakan khidmat pesanan ringkas(SMS) untuk menghubungi pensyarah.
2.
Mahasiswa perlu mengusai teknik penulisan akademik, penulisan saintifik atau penulisan ilmiah
untuk menyiapkan laporan dan esei bagi menghasilkan kerja yang berkualiti untuk diserahkan kepada
pensyarah.
3.
Tugasan secara individu memaparkan kebolehan bekerja sendirian dan tugasan berkumpulan
melatih mereka berkomunikasi dengan orang lain, bersabar, bersifat kepimpinan dengan ahli kumpulan.
3. Kerjaya
Perlu pandai mencari peluang kerjaya berdasarkan bidang pengajian, kelulusan dan kebolehan diri sendir.
Mencari peluang kerjaya melalui pelbagai sumber seperti suratkhabar, internet dan sebagainya.

Menghasilkan sebuah curriculum vitae atau resume yang bagus seperti maklumat peribadi, kemahiran
sampingan dan latar belakang kelayakkan akademik. Mahir berkomunikasi semasa ditemuduga seperti menjawab
soalan yang ditanya dengan tenang dan mengikut kehendak soalan. Menguasai bahasa lain terutamanya bahasa
inggeris.

Apabila telah bekerja, perlu mengusai kemahiran berkomunikasi di alam maya. Mahir mencari maklumat
(google and yahoo), penggunaan laman social (facebook, twitter) dan lain-lain.

Beretika ketika melakukan komunikasi terutamanya didalam penulisan seperti memfitnah, menghina dan
meniru kerja orang lain.
Komponen Komunikasi

Jenis-jenis Komunikasi

KOMUNIKASIBUKANVERBAL

Komunikasi ini sering berlaku secara serentak dengan komunikasi lisan. Terdapat beberapa aspek
komunikasi bukan verbal dan pengaruhnya meliputi hal-hal seperti berikut :
Ekspresi Wajah :

Boleh membantu komunikasi lebih berkesan. Ianya mencerminkan perasan dan emosi seseorang.

Pandangan mata :
Merupakan isyarat ilmiah. Dengan adanya pandangan mata semasa berkomunikasi, dapat menunjukkan kita menghargai
dan focus dengan perbualan tersebut.

Sentuhan :
Mesej seperti perhatian, sokongan emosi, kasih saying atau simpati dapat ditonjolkan melalui sentuhan

Gaya Tubuh dan Gaya Berjalan :


Cara seseorang berjalan, duduk, berdiri dan bergerak memperlihatkan ekspresi diri. Posisi tubuh dan gaya berjalan
mencerminkan emosi, konsep diri dan tahap kesihatan seseorang.

Gerak isyarat :

Seperti menggerakkan tangan dan mengetuk-ngetuk kaki ketika berbicara.

Proksemik :
Berkaitan penggunaan ruang. Jarak berkomunikasi menggambarkan tahap keakraban diantara komunikator.

Artifak :
Bentuk komunikasi melalui penggunaan pakaian, wangi-wangian, alat solek dan lain-lain
Komunikasi Bertulis :
Aktiviti merakan idea, pandangan atau pendapat dalam bentuk lambing-lambang bertulis atau grafik. Bertujuan untuk
menyalurkan mesej, berhubung atau berkongsi maklumat. Ianya kekal dan boleh disimpan untuk kegunaan masa
hadapan.

Bentuk-bentuk Komunikasi

Intrapersonal

Interpersonal

Komunikasi Berkumpulan

Melibatkan kelompok sehingga 25 orang malah lebih lagi didalam suatu kumpulan besar. Ianya melibatkan beberapa
proses seperti perundingan, pembahagian tugas, berkongsi maklumat dan menyelesaikan masalah.

Komunikasi Organisasi

Rumit kerana melibatkan jumlah ahli yang sangat besar dan memerlukan protokol yang tertentu.
Arah aliran komunikasi :

Komunikasi Awam

- Melibatkan seorang komunikator dengan sejumlah pendengar(khalayak)


- Bentuk-bentuk Pengucapan Awam
Bersifat Informatif :
Khalayak didedahkan dengan maklumat semasa atau kemahiran baharu. Pengucapan
awam berbentuk ini biasanya berlaku di kampus universiti, ceramah agama di masjid,
kempen keselamatan dan bengkel kemahiran.
Bersifat Persuasif :
Bertujuan untuk mempengaruhi dan mengubah sikap khalayak. Pengucapan ini biasanya
di dalam ceramah parti politik atau kempen untuk mempromosi barangan oleh sesebuah syarikat.
- Jenis-jenis Pengucapan Awam
Spontan
Tanpa pesediaan. Mudah dibuat oleh pemidato yang berpengalaman dan sebaliknya
Ekstemporan
Nampak seperti ucapan spontan tetapi sebenarnya pengucap telah bersedia lebih awal
dengan kandungan ucapan dan sebagainya. Nota ringkas sebagai rujukan atau mempunyai
daya ingatan yang tinggi semasa menyampaikan ucapan.
Manuskrip
Ucapan dibuat melalui pembacaan manuskrip. Kadeah ini biasanya digunakan oleh orang
kenamaan seperti Perdana Menteri, Sultan dan sebagainya.
Hafalan
Biasanya ucapan sebegini ringkas bertujuan untuk melayan khalayak. Ianya lebih
bersifat pengacaraan seperti pada majlis hari jadi dan perpisahan.

Komunikasi Silang Budaya

- Komunikasi yang melibatkan individu daripada lata belakang budaya yang pelbagai

- Halangan yang biasa berlaku

Komunikasi Berasaskan Teknologi

Penggunaan Laras Bahasa


Merupakan penggunaan variasi bahasa mengikut bidang-bidang yang tertentu, berdasarkan konteks
dan situasi. Ianya berubah mengikut situasi, peserta dan tujuan komunikasi.

Jenis-jenis Laras Bahasa


1. Biasa/umum
Tidak menggunakan bahasa yang formal atau istilah khusus kerana tidak berkaitan dengan bidang ilmiah.
Mudah difahami dan tiada istilah teknikal. Ayat digunakan pendek, ringkas dan tidak mengikut
tatabahasa.
2. Ilmiah
Merangkumi bidang ilmu seperti sains, teknologi, matematik dan lain-lain. Ianya bersifat formal,
menggunakan istilah dan format mengikut bidang yang dipelajari.
Contoh : Simbol-simbol khusus dalam pengiraan dalam bidang matematik.Istilah sains dan bahasa teknikal
di dalam bidang sains.
3. Agama
Banyak mengandungi istilah agama kerana banyak melibatkan wacana agama. Contohnya
laras bahasa dalam teks kudus, laras agama perlu digunakan seperti bahasa Arab dalam Al-Quran tidak
sama dengan laras bahasa Arab umum.
4. Undang-undang

Penggunaan istilah-istilah perundangan biasanya dipinjam dari bahasa latin dan inggeris
seperti defendan, plantif, prosiding, melafide dan lain-lain.
5. Sastera
Berbentuk puitis, dramatik, naratif dan deskriptif. Mengandungi mesej tersirat seperti kiasan,
peribahasa, personafikasi, metafora atau perlambangan. Kadang kala turut tidak mengikut
peraturan tatabahasa.
Halangan Di dalam Komunikasi
Merupakan perkara-perkara yang menyebabkan komunikasi yang kurang berkesan, mesej
gagal disampaikan dan salah faham seterusnya menggagalkan komunikasi.
HalanganPersekitaran

Bunyi bising, panas, jarak, suasana yang tidak selesa, tidak selamat dan tegang

Halangan Sikap Penghantar


Penghanta bersikap negative seperti agresif, mengancam, mengarah, tidak mendengar
pendapat orang lain dan hanya merasakan pendapat dia sahaja yang betul.

Halangan Sikap Penerima


Sikap negative penerima seperti tidak memberi perhatian, membuat mimik muka yang
tidak elok dan tidak mendengar dengan baik.

Halangan Bahasa
Penggunaan dialek yang berbeza ketika komunikasi, bahasa kasar, sebutan kurang
jelas dan nada percakapan yang tidak sesuai.
Halangan Maklumat Kurang Tepat dan Jelas
Penggunaan bahasa singkatan, symbol emotion dan silap menghantar email
8

Aspek Keberkesanan Berkomunikasi


Komunikasi berkesan mampu merangsang dan memupuk hubungan yang baik antara
satu
sama lain, membantu mencapai kejayaan dalam akademik dan kerjaya.

Anda mungkin juga menyukai