Konstruktivisme Dalam P P Sains

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 18

PEMBELAJARAN KANAK-KANAK DI DALAM SUBJEK SAINS MENGIKUT TEORI KONSTRUKTIVISME

1.0 Pengenalan

Pendidikan dilihat sebagai satu ruang yang menyediakan pelbagai peluang untuk memperkembangkan potensi yang ada dalam diri seseorang individu. Menurut Syarifah Alwiah (1987), guru merupakan individu yang paling penting dalam menentukan kejayaan pelajar. Guru menjadi tonggak inspirasi dan motivasi dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang

bermakna.Pembelajaran yang bermakna itu bergantung kepada pendekatan yang digunakan oleh guru untuk mengajar iaitu sama ada melalui pendekatan tradisional atau pendekatan konstruktivisme.

Pendekatan tradisional merupakan pendekatan di mana guru sebagai pemberi maklumat dan pelajar hanya menden gar dan menerima segala maklumat yang di sampaikan oleh guru Di dalam pendekatan tradisional ini, pelajar memainkan peranan yang pasif. Pengajaran secara tradisional ini mengakibatkan kreativiti pelajar tidak dapat berkembang dan membuatkan seseorang itu terlalu bergantung kepada guru. Pemikiran yang kreatif dan kritis tidakdapat di asah. Walau bagaimanapun, pendekatan konstruktivisme yang menekankan tentang pembinaan pengetahuan berdasarkan

pengalaman dan pengetahuan sedia ada untuk memahami dan menguasai pengetahuan baru dilihat dapat memberi pembelajaran yang bermakna kepada kanak-kanak. . Antara unsur penting dalam kontruktivisme adalah: 1. 2. 3. Guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid. Pembelajaran adalah hasil usaha murid itu sendiri. Pembelajaran berlaku apabila murid menghubungkan ideaasal dengan idea baru bagi menstrukturkan semula idea .

Guru perlu mengambil kira struktur kognitif yang telah sedia ada pada kanak kanak. Apabila maklumat yang ingin disampaikan disesuaikan dan diserap

untuk dijadikan sebahagian daripada pemahaman mereka, struktur baru mengenai sesuatu bentuk ilmu pengetahun dapat dibina. Rutherford dan Ahlgren mengatakan bahawa kanak -kanak mempunyai idea mereka yang tersendiri tentang hampir semua perkara tetapi tidak p engetahuan mereka itu semuanya betul. Sekiranya salah faham dan miskonsepsi ini dibiarkan dan tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka akan kekal.

John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap haruslah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membin a pengalaman secara berterusan dan menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti P&P. Pada masa kini, teori konstruktivisme di dapati lebih releven dan sesuai untuk diaplikasikan dalam P&P kerana dapat membantu kanak-kanak dalam memahami sesuatu perkara dengan lebih mudah sejajar dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang menekankan kepada empat prinsip iaitu pendekatan bersep adu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan seumur hidup dan pendidikan yang sama untuk semua murid.

Walau bagaimanapun, p ada tahun 14 Oktober 2010, Surat Pekeliling Ikhtisas mengenai Perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Taha p Satu telah dikeluarkan untuk di laksanakan mulai tahun 2011. Bagi matlamat kurikulum Sains Sekolah Rendah ini adalah untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan nilai murni. Antara pendekatan dan pembelajaran sains yang disarankan ialah pendekatan inkuiri, konstruktivisme dan pendekatan sains, teknologi dan masyarakat. Apa yang ingin di tekankan di dalam KKBI ini adalah pendekatan melalui Teori Konstruktivisme di dalam subjek Sains .

Melalui temubual yang telah di jalankan dan juga perbincangan bersama ahli kumpulan yang lain, dapat di simpulkan bahawa guru percaya latar belakang
2

murid yang membawa kepada pengalaman sedia ada mereka menjadi faktor utama yang memberi kesan kepada pembelajaran sains kanak-kanak. Selain daripada itu, faktor-faktor lain yang dapat mempengaruhi pembelajaran sains kanak-kanak ialah:

1. Penyampaian dan pendekatan guru 2. Keadaan persekitaran murid 3. Penglibatan murid di dalam aktiviti yang dijalankan

Menerusi perbincangan antara ahli kumpulan juga dapat di senaraikan beberapa jenis pengalaman sains yang dikenal pasti oleh guru, antaranya:

1. Perbincangan di dalam kelas 2. Eksperimen 3. Simulasi 4. Aplikasi sains dalam kehidupan harian

2.0Faktor Utama dan Jenis Pengalaman Yang Memberi Kesan Terhadap Pembelajaran Sains Melalui Pendekatan Teori Konstruktivisme

2.1 Pengalaman Sedia Ada Murid

Menurut Arends, R.I.(1998), pembelajaran secara konstruktivisme ini boleh ditakrifkan sebagai murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. Lev Vygotsky, seorang ahli psikologi Rusia percaya bahawa perkembangan konsep kanak-kanak berkembang secara berperingkat, logikal dan rasional dengan bantuan orang lain. Penglibatan dengan orang lain memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk menilai dan meningkatkan pengetahuan diri memandangkan mereka terdedah kepada pemikiran orang lain dan berkongsi membina pemahaman baru (Gauvin, 2001). Menurut Bransford (1979), idea dan pandangan tentang kebolehan seseorang mempelajari sesuatu perkara baru melalui pengetahuan sedia ada bu kanlah sesuatu yang baru tetapi melalui kajian terkini yang dijalankan, pembelajaran berasaskan pengalaman ini adalah penting kepada pembelajaran. Walaupun pengetahuan sedia ada penting untuk menjadikan pembelajaran lebih berkesan, pendidik hendaklah mengaktifkan atau menghubungkaitkan pengetahuan kanak-kanak itu untuk digunakan dalam proses memahamkan sesuatu konsep yang baru agar titik keseimbangan dapat dicapai. Menurut temubual yang dijalankan, kanak -kanak tidak selalunya dapat melihat perkaitan antara perkara baru yang dipelajarinya d engan perkara yang mereka sudah sedia maklum tetapi guru dapat meningkatkan pemahaman ini dengan memberi perhatian kepada apa yang cuba disampaikan oleh murid dan menggunakan pengetahuan tersebut sebagai langkah permulaan dalam memahami konsep sains.

Seterusnya di dalam bilik darjah, guru boleh membantu pelajar untuk mengaktifkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada itu dengan

membincangkan apa yang bakal di pelajari oleh mereka sebelum memulakan

pengajaran agar pelajar dapat mengingat semula pengetahuan m ereka supaya boleh dikaitkan dengan topik pada hari tersebut. Sebagai contoh, pelajar Tahun Satu yang belajar tentang haiwan, guru memulakan pengajaran dengan bertanya haiwan apa yang berada di sekeliling mereka dan kemudian lebih spesifik dengan bertanyakan haiwan apa yang ada di hutan dan di air. Kita dapat lihat bahawa guru menggunakan pendekatan deduktif sebagai salah satu cara untuk menarik minat dan fokus pelajar. Pada waktu ini , guru boleh membetulkan tanggapan murid yang salah tentang haiwan apa yan g hidup di air dan di darat kerana kebiasaanya pengetahuan murid tidak lengkap atau pun salah. Guru tidak semestinya perlu tahu apa pengetahuan yang murid sudah kuasai tetapi sebaliknya guru perlu mengkaji dan meneroka pengetahuan sedia ada mereka supaya salah faham dan pengetahuan yang salah dapat di kenal pasti. Guru yang efektif dapat membantu murid dalam membuat perhubungan antarapengetahuan lama dan pengetahuan baru dan menguasa i konsep tersebut. Ini dapat dicapai melalui dengan memberi bahan atau ak tiviti yang dapat menolong murid sebagai usaha untuk memberi sokongan kepada usaha mereka dan meningkatkan kefahaman mereka. Sebagai contoh, dalam topik haiwan, guru boleh membuat aktiviti mewarna iaitu memberi kertas yang mempunyai gambar pelbagai haiwan dan meminta murid mewarnakan haiwan-haiwan yang habitatnya di air sahaja atau di darat sahaja.

2.2 Perbincangan Di Dalam Bilik Darjah

Menerusi aktiviti tersebut, secara tidak langsung guru dapat menerapkan perbincangan di dalam bilik darjah sebagai pengalaman sains yang dapat membantu murid mengasah kemahiran berfikir. Berfikir merupakan satu prosesmenghubungkan pengetahuan, kemahiran da n sikap yang ada pada diri seseorang individu bagi membolehkannya memahami dan mencorakkan alam sekelilingnya. Mempertingkatkan daya berfikir merupakan salah satu objektif sistem pendidikan negara. Kemahiran berfikir boleh digolongkan kepada pemikiran kritis dan pemikiran kreatif. Seseorang yang berfikir secara kritis akan sentiasa menilai sesuatu idea dengan sistematik sebelum
5

menerimanya.Seseorang yang berfikir secara kreatif pula mempunyai daya imaginasi yang tinggi, berupaya menjana idea yang inovatif dan asli serta boleh mengubah suai idea dan produk sedia ada kepada lebih berkualiti.

Perbincangan merupakan satu proses aktif yang melibatkan guru dan pelajar dalam persekitaran pembelajaran. Situasi akan terbentuk di mana guru membentuk suasana dan menjadi pemudah cara untuk pertukaran pelbagai idea dalam kalangan murid. Sepertimana yang dinyatakan oleh Bond (2001) bahawa dalam perbincangan, pel ajar merupakan pihak yang aktif kerana perbincangan bukan sahaja dapat merangsang interaksi antara murid secara bermakna tetapi dapat menggalakkan pelbagai teknik pembelajaran yang merangkumi kandungan, kemahiran, sikap dan proses -proses pembelajaran. Walau bagaimanapun, berdasarkan sesi temubual yang di jalankan, terdapat beberapa elemen pentin g yang perlu di ambil berat oleh guru apabila ingin menggunakan teknik perbincangan, antaranya ialah:

(a) Matlamat dan objektif Perbincangan di dalam kumpulan kecil dijalankan untuk menghasilkan pembelajaran yang berbentuk prose s dan bukan hasil akhir. Perkara ini berasaskan kepada kehendak di mana murid perlu melibatkan diri dalam perkembangan kemahiran dan sikap dalam perbincangan kumpulan. (b) Pemilihan topik dan aplikasi Topik yang dipilih boleh terdiri daripada tugasan atau pengajaran secara berterusan di dalam bilik darjah. Perbincangan boleh berkisar tentang pelbagai topik, subjek, pelbagai tahap perkembangan dan peringkat umur murid. Apa yang penting, topik yang dipilih perlulah relevan dan dapat merangsang minat kanak-kanak. Kebiasaannya, isu-isu

berkontroversi dan dilemma moral merupakan topik yang amat baik untuk perbincangan.

Dalam aktiviti perbincangan guru akan berperanan sebagai fasilitator, di mana beliau akan membimbing pelajar dengan kemahiran, menyediakan bahan dan peluang kepada murid untuk menentukan pengalaman pembelajaran. Penting untuk seorang guru itu untuk bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang
6

lain bagi mendengar, memerhati dan menggalakkan setiap murid untuk melibatkan diri di dalam kumpulan (Brown et al., 1996 ). Selain itu, dalam setiap kumpulan kecil itu juga mestilah ada seorang ketua dan pencatat. Peranan ketua dan pencatat boleh digilirkan antara ahli kumpulan. Penglibatan murid di dalam aktiviti dapat memberi k eberkesanan kepada aktiviti kumpulan ini dan ia juga bergantung kepada bagaimana guru dapat menyediakan peluang kepada murid untuk mengambil bahagian dalam pelbagai peranan.

Perbincangan merupakan suatu pengalaman yang membawa manfaat kepada kanak-kanak terutama jika kumpulan tersebut terlibat dalam tugasan yang memerlukan penyelesaian masalah dan membuat keputusan.

Perbincangan dalam kumpulan kecil juga dapat membantu murid yang kurang memberikan perhatian kepada pelajaran untuk melibatkan diri. Di samping itu, murid yang pasif dan lemah akan berpelu ang untuk mengecapi kejayaan jika diberikan peluang. Contohnya seorang yang lemah membaca boleh diasah jika diberikan peluang untuk bercakap di akhir perbincangan.

2.3 Penyampaian Dan Pendekatan Guru

Penentuan

kaedah

pengajaran

dan

pembelajaran

sains

seharusnya

berdasarkan kandungan standard kurikulum, kebolehan dan kecerdasan pelbagai murid serta sumber dan prasarana yang ada di sekolah. Di samping berperanan sebagai penyampai pengetahuan dan pakar rujuk dalam bidang pengajarannya, guru juga berperana n sebagai seorang fasilitator dalam pengajaran danpembelajaran. Guru perlu prihatin terhadap kepelbagaian jenis kecerdasan di kalangan murid. Kaedah dan aktiviti yang berbeza perlu dirancang untuk murid yang pelbagai kecerdasan . Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan Sains di Malaysia bermatlamat untuk memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi pen umpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan teknologi.

Menurut Vygotsky, Zon Perkembangan Terdekat (ZPD) merujuk kepada


7

tugasan pembelajaran yang sukar dilakukan sendiri oleh murid tetapi dapat menguasainya dengan bimbingan orang lain yang lebih mahir. Bagi membantu murid menguasai isi pelajaran yang berada dalam ZPD, teknik scaffolding diperkenalkan (Noriati A. Rasid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, 2009). Scaffolding bermaksud proses membimbing dan membantu pembelajaran yang menekankan kepada peringkat bimbingan dan sokongan yang dilakukan mengikut keperluan murid. Bimbingan akan dikurangkan apabila murid dapat menguasai peringkat demi peringkat. Di akhirnya, guru tidak lagi membimbing apabila murid berjaya melakukannya dengan sendiri.

Antara teknik penyampaian dan pendekatan yang boleh dil akukan guru mengikut scaffolding ialah penjelasan verbal, soal jawab, prompting, cueing dan tanda isyarat yang lain. Selain daripada itu, Ormrod (2008) mencadangkan guru mengaplikasikan scaffolding seperti berikut: 1. Galakkan pelajar bertanya dan beri jawapan yang munasabah bagi persoalan mengapa dan bagaimana yang diutarakan oleh murid. 2. Murid diminta untuk membuat jangkaan terhadap perkara yang bakal berlaku apabila membuat uji kaji atau eksperimen. 3. Analogi digunakan untuk membantu murid mengaitkan kon sep dan idea baru dalam menghubungkan pengetahun sedia ada murid. 4. Meminta murid membuat refleksi atau memberi pandangan dan mengaitkan dengan isi pelajaran.

Melalui temubual yang telah dijalankan, guru juga mengambil pendekatan demonstrasi sebagai salah satu teknik pengajaran. Demonstrasi merupakan satu cara untuk melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Demonstrasi melibatkan seseorang individu menunjuk cara di hadapan bilik darjah untuk menerangkan sesuatu aktiviti, konse p auat prosedur. Murid-murid yang lain akan memerhati, mendengar penerangan dan melihat sebelum aktiviti yang sama dilakukan oleh mereka. Semasa proses demonstrasi dijalankan, komunikasi lisan berlaku tentang sesuatu maklumat daripada guru kepada murid. Pr oses ini turut melibatkan penggunaan visual untuk memerhatikan proses, maklumat dan idea.
8

Namun begitu, guru yang ingin menggunakan demonstrasi dalam pengajaran, perancangan dan persediaan yang teliti perlu dilakukan. Jika tidak, pengajaran akan gagal me ncapai objektif. Demonstrasi juga akan menjadi kurang berkesan jika murid tidak diberikan peluang untuk mempraktikkan apa yang telah ditunjukkan. Selain daripada itu, pembelajaran juga akan menjadi kurang bermakna sekiranya guru tidak dapat menerangkan den gan sistematik.

2.4 Eksperimen

Sebagai mana yang telah diterangkan di atas, demonstrasi dilihat dapat membantu murid membina pengetahuan seperti yang dicadangkan di dalam teori pembelajaran konstruktivisme. Salah satu pendekatan demonstrasi yang penting dalam subjek sains adalah eksperimen. Eksperimen merupakan satu kaedah yang penting dalam memberi kanak-kanak pengalaman sains yang perlu dijalankan dalam mata pelajaran sains. Murid perlu menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu. Kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen melibatkan kemahiran berfikir, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Apabila kanak-kanak dapat melihat, memegang dan menggunakan sesuatu bahan, ia dapat menimbulkan sikap inkuiri yang membawa kepada

penemuan. Inkuiri secara amnya bermaksud mencari maklumat, menyoa l dan menyiasat sesuatu kejadian yang berlaku. Pembelajaran yang dilalui secara penemuan ini berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Melalui aktiviti bereskperimen, murid akan menyiasat sesuatu fenomena dan dapat mencapai kesimpulannya sendiri yang dapat menstruktur satu pengetahuan baru . Guru kemudiannya membimbing dan menjadi fasiliatator untuk murid memahami konsep sains melalui hasil inkuiri penemuan tersebut. Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dapat dikembangkan semasa proses ini.

Pengetahuan itu dapat diaplikasikan dengan perse kitaran mereka. Dalam

kajian yang telah dijalankan , pengkaji telah menggunakan satu model yang dikenali sebagai Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham yang telah dihasilkan oleh Needham di United Kingdom pada tahun 1987. Needham telah mencadangkan model pengajaran dan pembelajaran ini dalam "Children's Learning in Science Project" di University of Leeds untuk meningkatkan pemahaman pelajar tentang sesuatu konsep sains serta menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam bilik darjah. Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham ini digunakan oleh guru dalam aplikasi eksperimen melalui:

a) Fasa 1:Orientasi Guru menyediakan suasana pembelajaran untuk menimbulkan minat pelajar terhadap pelajaran. Sebagai contoh, eksperimen dijalankan di dalam makmal sains supaya suasana pembelajaran yang lebih kondusif boleh ditimbulkan.

b) Fasa 2: Pencetusan idea Sebelum sesuatu aktiviti atau eksperimen dijalankan, g uru perlu mengadakan aktiviti seperti perbincangan dalam kumpulan kecil, menggunakan kaedah peta konsep serta membuat laporan dengan menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru yang akan mereka belajar. c) Fasa 3: Penstrukturan semula idea Apabila suasana dan idea telah dib ina, aktiviti atau memberi tugasan berstruktur diberikan untuk membolehkan pelajar mencabar dan menguji idea asal mereka atau idea daripada rakan, dan membina struktur pengetahuan sendiri yang lebih bermakna dan berkesan. Sewaktu ini, kemahiran bahasa akan membantu pelajar membuat pengubahsuaian atau penyusunan semula idea secara teratur. d) Fasa 4: Penggunaan idea Pelajar akan mengaplikasikan pengetahuan baru dengan menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Ini mewujudkan pemahaman yang baru dan menggalakkan inkuiri dalam kalangan pelajar. Pada fasa ini, murid diminta

10

untuk menulis laporan eksperimen berdasarkan apa yang telah dilakukan atau membincangkan persoalan-persoalan yang timbul.

e) Fasa 5: Refleksi Pelajar membandingkan pengetahuan asal dengan pengetahuan baru dan merenung kembali proses pembelajaran yang menyebabkan perubahan kepada idea mereka. Pelajar juga boleh membuat refleksi untuk melihat sejauh mana idea asal mereka telah berubah. Guru boleh menggunakan kaedah penulisan kendiri, perbinca ngan kumpulan dan catatan peribadi pelajar untuk meneliti tahap pemahaman pelajar.

Penggunaan Model Konstruktivisme 5 Fasa Needham ini jika diaplikasikan di dalam P&P dapat membantu murid supaya lebih memahami sesuatu konsep daripada menghafal. Guru juga dapat menilai pemahaman murid dengan lebih cepat tanpa perlu bergantung kepada memberi kerja rumah kepada mereka. Walau bagaimanapun, untuk mengaplikasikan teori ini agak sukar untuk diguna pakai di sekolah dalam dunia pendidikan yang sebenar kerana kekangan waktu dan guru juga perlu menghabiskan isi kandungan mata pelajaran.(Nair & Muthia, 2005)
2.5 Simulasi

Simulasi merupakan situasi pembelajaran yang membolehkan pelajar berlatih menggunakan kemahiran, belajar mengenai prinsip atau melaksanakan sesuatu tindakan dalam keadaan terkawal seperti menyerupai situasi sebenar. Kelebihan menggunakan simulasi sebagai satu te knik mengajar dalam subjek sainsantaranya ialah pembelajaran berlaku dalam keadaan selamat dan menyeronokkan. Kedua, pelajar boleh diselia dengan rapi supaya pembelajaran menjadi lebih berkesan, berbanding sekiranya mereka berada dalam situasi sebenar. Walau bagaimanapun, terdapat tiga prinsip dalam melaksanankan simulasi iaitu: . 1. Guru perlu memilih suatu situasi berunsur masalah dan terangkan
11

dengan jelas 2. Tetapkan peranan-peranan berdasarkan watak-watak dan pililh pelajar yangsesuai untuk berlakon 3. Tetapkan had masa untuk sesi simulasi.

Antara aktiviti simulasi yang dapat dilakukan ialah penggunaan internet untuk menerangkan dan membantu murid membayangkan sesuatu konsep. Sebagai contoh perubahan siang dan malam. Komputer dan internet dapat membantu murid melihat dan memahamkan situasi kompleks dengan lebih mudah. Selain itu, main peranan, permainan atau penggunaan model juga dapat dilakukan di bawah konsep simulasi. Main peranan dapat dilakukan dengan murid melakonkan sesuatu watak atau peranan secara spontan berdasarkan beberapa syarat. Melalui aktiviti permainan, murid bermain untuk mempelajari sesuatu proses atau prinsip. Model pula digunakan untuk mewakili objek atau keadaan sebenar.

Walau bagaimanapun, dalam membuat pelbagai aktiviti ini, adalah penting untuk guru berhati-hati dan mengambil kira factor perbezaan budaya di kalangan murid dan menghormati perbezaan tersebut. (Brown, Collins & Duguid, 1989). Guru perlu membantu murid untuk melihat perbezaan budaya ini sebagai satu kekuatan bukannya sesuatu yang lain daripada rakan kelas yang lain. Kanak-kanak akan berasa terasing sekiranya perbezaan budaya mereka diabaikan oleh guru sewaktu P&P berlangsung.

12

3.0 Penutup

Perkembangan dunia teknologi yang pesat bukan sahaja mengubah budaya dan cara hidup masyarakat kita tetapi juga telah mengubah dunia pendidikan di Malaysia. Guru tidak lagi menggunakan teknik chalk and talk dalam pengajaran tetapi telah mengubah perspektif mereka dan tanpa disedari mereka telah pun menggunakan kae dah konstruktivisme dalam P&P mereka.

Melalui temubual yang telah dijalankan dan juga perbincangan antara ahli kumpulan, dapat disimpulkan bahawa guru pada masa kini semakin sedar mengenai kepentingan penerapan nilai-nilai konstruktivisme di dalam P&P subjek Sains. Walaupun guru tidak biasa dengar mengenai istilah konstruktivisme tetapi cara pendekatan yang digunakan mengamalkan ciri -ciri tersebut.

Ini dapat dilihat apabila guru mengutamakan

kepada

pembelajaran

berpusatkan murid dan murid belajar mel alui proses membuat atau beraktiviti seperti eksperimen dan lakonan. Guru juga menggunakan pengalaman sedia ada murid untuk menstruktur pengetahuan baru agar titik keseimbangan dapat dicapai sewaktu sesi pembelajaran berlangsung. Ini akan memberikan pengalaman sains dari aspek perbincangan, kemahiran saintifik dan juga kemahiran berfikir. Pengetahuan sedia ada murid perlu diaktifkan agar mereka dapat menghubungkan konsep yang baru dengan apa yang sudah mereka ketahui sebelumnya. Kesimpulannya, kanak-kanak akan lebih mudah untuk memahami subjek Sains sekiranya mereka dilibatkan secara aktif dalam proses P&P dan guru dapat membantu murid dengan menggunakan Model Konstruktivisme 5 Fasa dan juga teknik-teknik yang lain yang dirasakan sesuai mengikut perbezaan individu dalam kelas dan juga pengetahuan sedia ada murid supaya pembelajaran bermakna dapat dicapai.

13

Refleksi

Pada mula penerimaan kerja kursus ini di peroleh , saya berasa sangat susah untuk membuatnya. Hal ini kerana saya tidak dapat gambaran bagaimana dapat saya melakukan temubual dengan guru dan teori konstruktivisme yang sebenar kerana telah banyak teori yang telah di pelajari. Setelah bertanya kepada beberapa orang rakan saya serta di beri penerangan beberapa kali oleh pensyarah, barulah saya dapa t

membayangkan bentuk tugasan yang di kehendaki dan bagaimana penulisan tugasan yang akan dibuat. Saya mulakan dengan mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk kertas kerja yang diberi. Saya mencari dan cuba memahamkan konsep dan teori konstruktivisme dah aplikasinya di dalam bilik darjah. Sewaktu menjalankan PBS, kesukaran untuk mendapatkan guru yang mempunyai masa untuk di temu bual juga membuatkan tugasan ini semakin mencabar kerana guru-guru di sekolah tersebut sibuk dengan aktiviti pertandingan bola baling, choir dan sukan merentas desa. Di hari terakhir PBS, akhirnya saya mendapat kerjasama dari Cikgu Azinawati untuk meluangkan sedikit masa untuk di temu bual. Setelah menyiapkan tugasan ini,saya mendapati banyak perkara yang sangat berguna saya pelajari. Saya lebih mengetahui tentang bagaimana aplikasi konstruktivisme di dalam bilik darjah dan sebenarnya guru secara tidak sedar juga telah mempraktikkan teori ini dalam P&P mereka. Selain itu, kerja kursus ini juga mengajar saya untuk sentiasa memberi komitmen yang tinggi dan kerjasama yang padu antara ahli kumpulan agar sesuatu yang susah menjadi senang. Segala ilmu membuat kertas kerja ini sangatla h berguna untuk saya sebagai guru pelatih agar dapat membantu saya mengaitkan teori pembelajaran de ngan aplikasinya di dunia perguruan yang sebenar. Sekian,terima kasih.

14

Bibliografi

Arends, R. I. (1998). Learning to teach (4th ed.). Boston: McGraw Hill. Bransford, J.D. (1979). Human cognition: learning, understanding and remembering. Belmont, CA: Wadsworth Publishing Co. Brown, J.S., Collins, A., Duguid, P. (1989). Situated cognition and the culture of learning. Educational researcher (Washington, DC), vol. 18, no. 1. Brown, A.L., et al. (1996). Distributed expertise in the classroom. In: Salomon, G., ed. Distributed cognitions: psychological and educa tional considerations, halaman 188228. Bond. T.E. (2001). Giving them free rein: Connections in studentled book groups. Reading Teacher, 54(6), halaman 574-584. Elizabeth Murphy. (2011, April 6). Di akses daripada

http://www.ucs.mun.ca/~emurphy/stemnet/cle3.html Educational e.pdf Gauvain. M. (2001). The social context of social cognitive development . New York: Guilford Press. Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. (2011, April 8). Kurikulum Standard Sekolah Rendah d=111:kssr&catid=1:latest -news Model Konstruktivisme 5 Fasa. (2011, April 8) Diakses daripada Diakses daripada Practices (2011, April 6). Di akses daripada

http://www.ibe.unesco.org/publications/EducationalPracticesSeriesPdf/prac07

http://akademik.kedah.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&i

http://www.teachersrock.net/konstruktivisme.htm Noriati A. Rasid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Siri Pendidikan Guru: Murid dan Alam Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

15

Saunders, W. L. (1992). The constructivist perspective: Implications and teaching strategies for science . School Science and Mathematics, 92(3), 136141. Sharifah Alwiah Alsagoff . (1987).Psikologi Pendidikan 1: Konsep -konsep asas psikologi, psikologi pendidikan dan perkembangan. Kuala Lumpur:

Heinemann (Malaysia). Stella Vosniadou (2011, April 8). International Academy of Educatation: How Children Learn. Diakses daripada http://unesdoc.unesco.org/images/0012/001254/125456e.pdf Subadrah Nair, Malar a/p Muthiah .Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 20, 2141, 2005

16

LAMPIRAN

17

xq

18

Anda mungkin juga menyukai